“Ayyuha al- syabab tawajjah ilal amam,
Nujahidu fi sabilirrahman~”
Salamullah ‘alaik. Alhamdulillah, tamatlah sudah kubaca novel ini (seperti yang tertera pd tajuk entri) karya Fatimah Syarha. Ya, novel ini juga kupinjam daripada RC KYUEM; same goes to the previous novel review. Diterbitkan pada April 2008 (baru sekarang nak baca? =.=) oleh Telaga Biru, aku jangkakan kelainan padanya. Kenapa? Sebab… pertama, novelis yang tidak kurang hebatnya dan kedua, Telaga Biru bhai… cover novel pun udah gempak…
Ramai orang tanya aku, “berapa markah kau kasi kat novel nih?”, “novel syabab ni jenis atau genre apa ek?”. Fiksyen mahupun bukan fiksyen? Tidak. Jawapan aku; novel ini berunsurkan KOMSAS. Baiklah, sila jangan tertanya-tanya mahupun gelak. Rasionalnya atas beberapa indicator. Antaranya, latar masa, tempat dan masyarakat tersangatlah variasi serta teknik plotnya yang agak cemerlang. (hehs.. poyo melebih bajet munsyi DBP ke ape… =).
‘Syabab’ bertemakan suka duka kehidupan di kampung dan bandar serta penghijrahan (lebih tepat; pencarian) identiti diri ke arah yang lebih baik. Plot pengenalan novel ini mungkin agak membosankan kerana ia agak deskriptif terhadap suasana kampung (peringatan; pembaca berlatarbelakangkan urban akan merasa sedikit blur akan situasi desa yang ingin disampaikan oleh penulis). Bagi aku yang kini berada di kolej, kengkadang adelaa jugak fikiran melayang mengimbas kembali pengalaman desa spt dikejar babi tunggal mengamuk kat gua musang, Kelantan, main jerat2 burung and etcetera2… oh, rindunye~
“kasi je laa synopsis novel nih…”. Oh, tidak sekali-kali. Novel ini termasuk dlm kategori senarai-novel-perlu-baca aku. Jadi, aku akan berpegang pd prinsip ‘tidak membunuh semangat inkuiri kalian terhadap novel terbaek~’. Keh keh keh… pastu pastu, ade gak hamba Allah bertanya, “kau nmpak mcm pro aje kasi review novel2 nih… cuba cer aa sket camne klimaks cite nih…”. Oklahh, jujurnya, aku sendiri pun xdpt kenalpasti ‘part’ mana kemuncak ceritanya (sebab cerita dia mcm meleret2 mcm novel Bukit Kepong… hahah!!).
Oh oh, sila baca yg ni… ‘Detik 15hb Mac menjengah. Kaki Syabab melangkah di KLIA seawal jam 4.30 pagi. Dia beratur panjang untuk proses pemeriksaan masuk atau check in. Orang kampung mengerumuninya, becok berceloteh. Pengunjung yang lain asyik memandang rombongan Kampung Pacat Lintah. Lain daripada yang lain. Riuh rendah. Bagaikan KLIA mereka yang punya.’
Haha!!! Familiar gile kann? Aku suka ayat yang last tuh… tetibe teringat pulak kenangan ‘goodbye event’ kat bebudak Vanderbilt. Gile havoc. Jerit sana jerit sini, pesanan & nasihat juga xlupe diberi. Plus bebudak SAS bawak banner siap. Yang integomb pulak sakan camwhoring. Naseb je time tu cancel nyanyi lagu skolah (sebab perut penoh kowt tibai McD). Kalo x, silap2 suara pompuan yg kasi announcement kat airport tu pon boleh tenggelam… =)
Wa khalasatul qaul, walakin novel ini agak berat (sebab ia bincangkan punca perselisihan mazhab, fiqah perbandingan dan falsafah jumud orang lama2), tapi aku galakkan; bacalah. Santai giler kowt laras nahunya… Ayuh terjah!!!
‘sesungguhnya orang2 yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya; “dalam keadaan bagaiman kamu ini?” mereka menjawab; “kami antara orang yang tertindas di negeri (makkah)”. Para malaikat berkata; “bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah ke bumi itu?” orang itu tempatnya di neraka jahannam, dan jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.’ –al-Nisa’, ayat 97.
No comments:
Post a Comment