“Negara basmi kemiskinan!!!”
“Kemiskinan sifar!!!”
“ke arah negara berpendapatan tinggi!!!”
Suatu hari, aku dekati seorang budak comel di sekolah rendah agama adik aku lalu kutanya beliau, “adik, adik suka tak bagi sedekah kepada orang miskin?”
“eh, mestilah. Kan nabi galakkan umatnya berbuat begitu. Lagipun dapat pahala…”. Wah, ‘pandainya adik nie…,’ getus hatiku.
“betul3~”
Budak tadi tersenyum bangga. Puas dengan jawapan yang diberikan, barangkali. Lantas kuterus menyoalnya lagi, “adik bawak duit tak sekarang?”
“ada. Ala … pasni adik nak beli aiskrim. Kenapa abang tanya?” kerut dahinya. Dia ingat aku nak pinjam duit dia kot…
“alah, saje je tanye… adik ade berape ringgit sekarang?”
“seringgit. Sekeping ni je adik ade…”
“oklah. Ha… abang nak tanya ni…”
“?” dia buat muka comel.
“kot-kot laa kan , pasni adik terjumpe due orang makcik… sorang tu miskin, sorang lagi tu pulak fakir. Tapi adik ade sekeping seringgit aje… agak2, adik nak sedekah singgit tu kat sape?”
Lama dia fikir baru dia jawab, “mestilah kat makcik yang fakir tuh…”
“kenape?” kusoal terus.
“ustazah kata, orang fakir ialah orang yang ada duit, tapi duit orang fakir tak lebih separuh pun daripada belanja diorang setiap hari. Kalau orang miskin pulak, diorang lagi kaya daripada orang fakir… adik baru je belajar dlm kelas tadi…”
“fuyyoo… abang kasi 100 markah untuk adik. Sebab jawapan dik betul, hari ni, abang belanje makan aiskrim.”
Pergh… lihat, budak sekolah rendah pun tahu bezakan antara fakir dan miskin. Budak hingusan kot… tapi, apa yang dikesali, pemerintah Negara tak tahu wehh!!! Apa yang orang atasan ni tahu; slogan2 yang telah dipropagandakan seperti di atas. Tidakkah mereka sedar, rasulullah s.a.w sendiri sering berdoa; ‘hidup miskin, mati pun miskin, dibangkitkan di padang mahsyar juga aku nak bersama-sama golongan masaakiin’.
Bukan ke korang selalu baca pagi2 lepas subuh dalam ma’thurat (aku harap pemerintah Malaysia tahu laa ma’thurat tu ape kebende…); allahumma inni a’udzubika minal kufri wal FAQR. Haa… kan kan ?!! Abes, kenape tidak dilaungkan ‘negara basmi kefakiran!!!’? Ade sorang ustaz tasawuf kat tempat aku kata; ‘walaupun ini hanyalah khilaf istilah, tapi perlu diingat, perbezaan mengistinbatkan istilah jugalah merupakan antara factor lainnya ijtihad ulama’.
4 comments:
"Tidakkah mereka sedar, rasulullah s.a.w sendiri sering berdoa; ‘hidup miskin, mati pun miskin, dibangkitkan di padang mahsyar juga aku nak bersama-sama golongan masaakiin".
ada hadis full x?
maaf aku lupe ahh doa die.. tapi dlm google bnyk ahh.. antaranya begini...
“Ya Allah, hidupkan aku miskin. Matikan aku miskin. Dan kumpulkan aku kelak di Padang Mahsyar ke dalam kelompok kaum miskin”.
Doa ini jarang sekali dibaca tapi memang itu kenyataan doa yang diajarkan Rasulallah saw agar meminta kepada Allah kemiskinan.
maklumat lanjut; lawat link nih; http://groups.yahoo.com/group/zaharuddin/message/1130
comelnye~ :P
thnx zameer.. i know i am~
awwww...
Post a Comment