Pages

Wednesday, September 12, 2012

Kapal Haji dalam Kenangan

Assalamualaikum wbt,
Subhanallah,
walhamdulillah,
Allahuakbar,
wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim.

Saya rasa saya sudah lama tidak berbicara mengenai buku. Hal ini bukan bermaksud bahawa saya sudah tidak gemar membaca, tetapi belakangan ini saya mula menyedari bahawa pembacaan saya lebih cenderung ke arah bahan bacaan elektronik. Sejak pandai menggunakan google (err…), saya dapati diskusi dan forum2 di internet serta laman sosial sudah lebih daripada memadai untuk mengetahui isu semasa dan menjana keilmuan. Lebih2 lagi ia hanya semudah satu klik tetikus komputer.

                Saya rasa, keadaan ini akan menjadi bertambah parah jika saya memiliki ‘smartphone’ yang boleh mengakses internet tanpa mengenal sempadan. “Guna Iphone je…,” jawab salah seorang senior saya apabila saya bertanyakan perihal buku2 pelajaran yang saya perlukan di universiti. Aduhai !! -.-


                Toyyib, kali ini saya ingin berkongsi cerita orang menunaikan haji. Cerita ini saya peroleh daripada sebuah travelog bertajuk ‘Kapal Haji dalam Kenangan’ karya Yahaya Awang dan diterbitkan oleh Utusan pada tahun 2008. Selain itu, saya juga sempat meneliti beberapa bacaan lanjutan di forum ini. Sinopsis di akhir muka buku ini dan pengenalan mengenainya digarap dengan baik oleh penulis, membuatkan saya berasa tidak senang duduk untuk terus membacanya;

                “Saya telah menemu bual beberapa orang yang pernah ke Mekah dengan Kapal Haji Anshun, Anking, Bunga Raya, dan Kuala Lumpur. Jemaah haji yg belayar bersama saya dgn Kapal Kuala Lumpur awal tahun 1969 juga memberi inspirasi kpd saya. Ketika itu kebanyakan mereka berumur lebih 60 tahun. Bermakna jika Allah panjangkan umur mereka sekarang mereka berumur lebih 100 tahun. Yang saya tahu ramai yg telah kembali ke rahmatullah. Kita berdoa mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.

Pengalaman arwah ayah saya belayar ke Mekah dengan kapal yg menggunakan kuasa arang batu bersama datuknya kira2 pd tahun 1900 dan pengalaman arwah ibu saya yg dua kali belayar ke Tanah Suci juga memberi ilham kpd saya. Yang baik drpd Allah dan yg serba kekurangan drpd saya sendiri. Saya mohon maaf.

Kapal haji yg membawa kira2 1500 orang jemaah haji menjelma sbg kampung terapung di lautan Hindi. Masyarakat terapung yg dtg dari seluruh pelosok Malaysia dgn dialek atau pelat bahasa yg berlainan tetapi niat dan hala tuju yg sama. Ada yg kaya. Ramai yg sederhana. Semuanya baik hati, peramah, periang dan suka menolong. Tidak ada apa yg hendak dibanggakan di tengah2 lautan yg bergelora.

Yg kaya tinggal di bilik kelas satu dan dua yg berhawa dingin. Yg lain tinggal di petak2 di perut kapal. Di setiap petak ada kira2 15 buah katil dua tingkat utk 30 org jemaah. Suami isteri, rakan2 setempat dibenarkan tinggal bersama. Petani, nelayan, cikgu, kerani, polis, pesara dan lain2 hidup spt sebuah keluarga. Bekalan makanan dan ubat dikongsi bersama. Sakit demam bersama-sama tolong-menolong.

Di atas kapal ada tuk bomoh, bidan, tukang urut, dan ramai penglipur lara. Riuh rendah bergelak ketawa di petak, di dek kapal dan di mana saja. Suasana perkampungan jemaah haji di lautan Hindi berbeza-beza. Waktu fajar menyinsing amat menarik. Waktu senja dan malam ramai yg terpesona, terutama waktu bulan terang di Laut Socotra yg digelar Laut Sutera. Ramai yg bersiar-siar, bersembang dan bercerita. Ramai juga yg membaca alQuran dan berzikir. Keindahan alam mengingatkan jemaah tentang keindahan dan kekuasaan Pencipta. Yg lalai ada juga yg bermain daun terup, catur, dam, dhomna dan lain2. Anak2 kecil berlari-lari menghiburkan ayah bonda. Cucu2 tuk bergelar remaja lain pula kisahnya. Dlm kumpulan, mereka berkelah dan meronda.

Semua nampak riang dan ceria. Seronok sungguh belayar ke Jeddah dgn kapal laut. Pernah berlaku, duda dan janda minta dinikahkan segera walaupun baru bertemu mata di tengah samudera. Di mekah, Arafah, Muzdalifah, Mina dan Madinah tentu lebih bahagia lagi. Rugi kalau anda tidak membaca buku ini kerana kapal haji tidak ada lagi. Banyak cerita menarik yg diselitkan dlm buku ini.”

                Persediaan orang tua2 untuk menunaikan haji pada zaman dahulu merupakan antara perkara yg perlu ditekuni generasi muda pada hari ini. Cerita2 ini bukan shj seronok utk dijadikan topik perbualan antara atuk dan cucu, bahkan penting utk kita sedar bahawa mereka bersusah-payah utk menunaikan rukun islam yg kelima itu. Menjual sawah dan tanah utk haji ialah perkara biasa. Berkongsi rasa dan kisah, pada saya, mampu untuk memindahkan kesungguhan nenek moyang kpd generasi muda agar berkeinginan tinggi utk ‘naik haji’.

                Melalui buku ini, saya baru sahaja tahu akan cerita orang kampung bergotong-royong merajut tong sahara. Sebelum ini saya tidak pernah dengar cerita mengenainya. Begitu juga halnya tentang orang membawa belut dalam botol berisi lumpur. Dan juga kisah berkejaran menangkap ayam yang terlepas dari ikatan di atas kapal tetapi malang sekali ada antara ayam2 tersebut terbang ke laut lepas lalu mati katak. Dan juga petua memamah bawang merah mentah untuk menguatkan tubuh daripada hawa negara yg kita tidak biasa.

                Saya melahirkan rasa kagum dan terima kasih kepada si penulis kerana mempunyai ingatan yg sgt kuat dan berjaya pula menghidupkan cerita dgn perincian2 yg teliti. Pelayaran kapal haji yg berminggu-minggu ternyata tidak bosan dan penuh dgn aktiviti, menurut penulis. Selain kuliah agama pd setiap hari, ada juga acara sukan bg anak2 kecil, kuiz haji utk org dewasa, latihan kebakaran dan sesi jual beli yg unik di pelabuhan2 yg disinggahi.

                Kisah duka apabila menguruskan jenazah anggota jemaah yg sudah uzur tidak dpt dielakkan. Mereka dikebumikan nun jauh di perut laut, dilepaskan perlahan-lahan dgn pemberat. Teringat pula saya pada pantun ‘kelip-kelip kusangka api, kalau api mana dapurnya? Hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya?’ T_T. Kisah suka juga ada melihatkan jemaah yg tawaf secara berenang padahal banjir di sekeliling kaabah sudah hapus kepala! (ya, ada gambar hitam putih dalam buku ini).

                Baik rasanya cukup sekadar itu. Buku ini termasuk dlm kategori ‘mestibaca’ hehe. Apa yg pasti, saya tidak akan membawa buku ini bersama-sama saya ke kerajaan bersatu nanti sebab beratnya sahaja sudah sama dengan berat sepapan sup bunjut ! hahaha.

Surah Yunus, Ayat 22: "Dialah yang menjalankan kamu di darat dan
di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis
kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera dan bahtera
itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan
angin yang baik dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba
datanglah kepadanya angin ribut yang kencang dan mereka pula didatangi
ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka
diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah
dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil
merayu dengan berkata): Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah)
selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur"

Monday, September 3, 2012

Prep update.

                I know it’s been a while since I updated my previous entry, and there’s actually a lot to spill out but seriously I am running out of time. Walls surrounded me at these times that I’d once consider the thought of posting vlogs. I dare not though. =.=

                Last Saturday, my family and I were in Kuantan visiting our relatives (yang tak pernah tahu ramai sebenarnya kat sana). Earlier that day, we played tennis and checked out from the Swiss Garden resort. And by late evening, we already arrived in Subang Jaya, attending Kamil’s majlis doa selamat and joining futsal with the ‘semangat sukan soton’ team at the Sportsplanet.

                I returned home at 1 am. Then it took a while for me to sink into the reality that I’ve not done with my visa application! (this is due to the uni’s late update towards my new passport, not me procrastinating. eheh alasan je lebihh)

                I have not finished my Syawal fasting, my reading materials, my cooking lesson, buying luggage stuffs and to spend some quality time with le family and friends. And to think that I only have three weeks left at home, macam cacing kepanasan dan macam kera makan belacan lahh aku…! Aiyaaa

                Ok anyhow I shall make this post short. And to those who kept asking when is my flight to London, September 22nd. it is. Which university? universiti yang ada kaitan dengan susu, sotong dan ‘semangat sukan’ -.-!

                Misi ke universiti idaman tercapai jua akhirnya. Tak sabar juga sebenarnya nak sambung pengajian (errr…). Jadi sekarang cuma tinggal beberapa misi, iaitu misi yang pernah aku conteng menggunakan pen marker di cermin loker dorm berkat 1 dulu;
11 1As dalam genggaman,
doktor pakar kupunya masa depan,
Study overseas kuharapkan,
Dalam hatiku 30 juzuk alquran.
                
selamat hari raya!!! ikhlas daripada geng pasir mas, kelantan ^^