Pages

Thursday, August 28, 2014

Fuji XQ1

Or perhaps, 'Balerno' is better for the title?

Anyway, the sun shone gloriously yesterday, trying not to lose to its naughty neighbour Bertha and I took this opportunity to test my Fuji XQ1. There are already a lot of review on the internet (dpreview or Amazon etc), and I must say, this tiny guy does his job very well!


I've got asked many times 'why did you buy this one?'

My personal answer would be it's because I need a point-and-shoot pocketable camera to work alongside my dslr. At times, I just feel that dslr is too heavy for a leisure stroll or for a long active vacation. Rasa nak jual dslr pun ada, haha.

And the general answer would be, it's because this tiny guy had a 2/3 sensor in it!!!! (a bit smaller than the mighty Sony RX100, but hey, this Fuji is damn cheap)

left: the foot of the Harlaw reservoir

left: Balleny farm - a 19th century mill


The only major weakpoint I find in Fuji XQ1 is its clickless lens dial. Also, for different shooting modes, the lens dial functions differently. You might find that it is used for zooming and at other instant, it works only to change scenes' mode. Of course, you can basically default this in setting, but the challenge is that it takes time to familiarise with the setup.


Note: I did not edit/post-process any of these pictures. The white balance setting is a bit on a warm side.

Friday, August 22, 2014

Setanggi Mekah

Sesekali bau kapur barus menusuk hidungku. Entah kenapa, aku sangat meminati bau ‘carbon compound’ yang satu ini. Ia ternyata memberi efek damai sekalipun telingaku sedang digasak riuh siren ambulans pada ketika itu.

Kali pertama aku menaiki ambulans adalah sewaktu aku berada di tingkatan empat (that was like 6 years ago). Aku dan beberapa jurulatih hoki mengiringi seorang sahabat yang cedera parah dalam latihan hoki di UIA dan ambulans tersebut mengambil masa hanya 10 minit sahaja ke HKL! Adrenaline-rush dan ada rasa macam dalam movie Need for Speed. Haha.

Cumanya, ambulans yang aku naiki kali ini tidak tergegas-gegas. Subjek yang berada di depan mata terkejap kaku di dalam balutan kafan. Sesekali aku menoleh ke luar - cuba mengenali nama-nama jalan atau sebarang mercu tanda yang mampu diingati. Gagal. Apa yang pasti, menara jam ala-ala Big Ben di kota Mekah itu semakin mengecil daripada pandangan. Seperti melihat KLCC dari Ampang lookout point.

“Daripada jarak ni, kalau berjalan kaki pulang, paling kurang dua jam,” aku bermonolog, sambil menganggar kejauhan.

Lalu aku pun tersenyum sendirian. Tahulah aku bahawa ambulans ini tidak menuju ke Jannatul Ma’la. Sudahlah aku tidak mengetahui arah tuju ambulans, siapatah gerangan jenazah dan orang yang berada dalam ambulans ini pun aku tidak kenal! Aduhai (tepuk dahi).

Masing-masing diam seribu bahasa. Ada yang aku perhati, mulutnya terkumat-kamit membacakan sesuatu yang tidak jelas butir bicaranya. Membacakan Al-Fatihah dan doa-doa kepada si mati, barangkali. Timbul juga imaginasi liar kalau-kalau si mati hidup semula lalu menjerkahku, “Hoi, kau tak bacakan doa untuk aku ya?!”

Setelah lebih kurang setengah jam perjalanan, konvoi kami, dua buah ambulans tiba di sebuah kawasan perkuburan yang sangat luas (tidak mampu ingat apa namanya - rasanya Al-Saraya). Pada asalnya, ada empat atau lima biji ambulans yang tersedia berhampiran dengan pintu masjidilharam, Bab Malik Abdul Aziz. Ambulans lain pergi ke kawasan perkuburan yang lain, agaknya.

Syari' Malik Abdul Aziz: tempat ambulans biasa berkumpul. Oh ya, ini Nizam, adik lelakiku.

Dan pada asalnya, aku tak berniat pun untuk turut serta mengebumikan jenazah. Biasanya aku akan terus pulang ke hotel - sama ada untuk berehat atau makan juadah yang disediakan. Malah, sepanjang aku ulang-alik antara hotel dan al-haram, tidak pernah pula aku melihat kelibat ambulans di Syari’ Malik Abdul Aziz. Sehinggalah pada suatu hari… aku mengambil keputusan untuk menunaikan fardhu Zuhur berhampiran dengan lokasi jenazah ditempatkan.

Usai sahaja solat jenazah yang sentiasa menjadi kelaziman di sini, aku terlihat ramai jemaah berpusu-pusu keluar melalui pintu yang hampir dengan bukit Sofa. Mereka semua kelihatan tergesa-gesa. Seakan-akan tertarik dengan magnet arus manusia, aku lalu membontoti mereka keluar dari masjid.

“Haji! Haji! Haji!” jerit seorang lelaki tua menghalau sesiapa saja yang berada dalam laluannya sambil menjunjung selonggok kain di atas kepalanya.

Aku mendekat, lalu mendapati longgokan kain tersebut rupa-rupanya merupakan jenazah seorang bayi. Hati tiba-tiba terasa hiba. Pada masa yang sama, tertanya-tanya juga ke mana anak kecil ini akan dibawa.

Bayi itu, bersama-sama puluhan manusia yang berebut-rebut membawa beberapa keranda, sedang menuju ke arah ambulans dan van jenazah yang telah sedia tertunggu. Melihat ramai pemuda berasak-asak untuk ikut menaiki ambulans, aku lantas bermonolog, “should I follow the flow?”

“What would happen to me if the ambulance does not return to Al-Haram? What if they ask me for payment since I’m obviously not an Arab?”

Secara kebetulan pula, aku terdengar seorang kanak-kanak bertanyakan abang drebar, “adakah kamu akan menghantar kami pulang ke Al-Haram selepas mengebumikan jenazah?” (translasi mudah daripada bahasa Arab). Dia mengangguk sambil tersenyum. Aku bertanyakan soalan yang sama untuk memuaskan hatiku dan dia sekali lagi mengiakannya.

Dalam keraguan itu, aku teringat hadis riwayat Muslim (rujukan: no. 2062),

Abu Huraira reported Allah's Messenger (ﷺ) as saying:
He who attends the funeral till the prayer is offered for (the dead), for him is the reward of one qirat, and he who attends (and stays) till he is buried, for him is the reward of two qirats. It was said: What are the qirats? He said: They are equivalent to two huge mountains. Two other narrators added: Ibn 'Umar used to pray and then depart (without waiting for the burial of the dead). When the tradition of Abu Huraira reached him, he said:" We have lost many qirats."

Lalu aku membulatkan tekad. Apa nak jadi, jadilah. Jangankan satu riyal, syiling qirsy sesen pun aku tak ada. Fon dan jam pula tertinggal di bilik hotel. Umi abah dan adik lelakiku langsung tidak tahu-menahu.

Di kawasan perkuburan, jenazah disolatkan sekali lagi. Penjaga kawasan itu kemudiannya menyuruh kanak-kanak untuk turun ke dalam liang lahad. Berebut-rebut mereka terjun =.=! Setelah posisi jenazah dibetulkan, sebuah petak konkrit ditutup di atas lubang tadi seraya dikambus dengan pasir. Setel. Oh ya, dinding liang lahad itu bukan tanah, tetapi hanya dinding batu bata.

Mudah sekali urusannya. Tiada bacaan talkin mahupun siraman air mawar. [Aaarghh rindu gila woi dengar talkin. Yang mana ada kat Malaysia tu rajin-rajin la pergi kubur nohh]

Dalam perjalanan pulang, aku cuba berbasa-basi dengan seorang penumpang ambulans yang lain. Wajahnya kacak, matanya bundar kebiruan dan rambutnya sedikit perang. Rupa-rupanya dia bukan Arab, serta main ‘gamble’ masuk ambulans sama seperti diriku, haha. 

Akhirnya, kami diturunkan berhampiran dengan perkuburan Ma’la. Jauh gila kot jalan kaki pulang ke hotel (mengada-ngada nya lah budak bandar ni kan). Apa motif dia drop jauh-jauh pun I had no idea. Family aku tahu cerita ni pun, hanya lepas aku bukak mulut. Bukannya mereka nak tanya kenapa aku hilang masa lunch tadi, haihhh….

Anyway, alhamdulillah siap juga penulisan yang tertangguh ni. Ada banyak lagi catatan pengembaraan yang belum aku hasilkan. Sebenarnya dah ada episod lepas dalam Hiwar Hikmah (but that was more than 3 years ago urghh). Akhir kalam, semoga kematian sentiasa menjadi the ultimate tazkirah untuk kita semua. Jangan sampai immune.

Sekian dan sehingga bertemu lagi! =)