Pages

Wednesday, June 30, 2010

VERSUS dan TERASING


Salamullah ‘alaik,

          Familiar kan dgn 2 novel tersebut? Kalau tak, aku cadangkan why not you guys hit the MPH and get a grip on those. Menarik. Dlm entri kali ni, kurang appropriate rasanya kalau aku kasi sinopsisnya. Ye la.. kang tak saspens lak kan. Elok aku jadi komentar aje...

          Seeing the common underlying rationale is one of my strengths. Yes, and these ‘VERSUS’ and ‘TERASING’ themed on woman. Ya, wanita. Disebabkan wanita, lelaki yang dahulunya tersangatlah thiqah dlm ‘TERASING’ boleh terhumban ke dunia kehinaan (aku xboleh elaborate panjang sbb TERASINGku sudah dihadiahkan kpd Khairi yg kini sudah berada di USA). Juga disebabkan wanita, AO of Wrath, skater Brookland dlm VERSUS diketemukan hidayah Allah. He changed for good.

          Hlovate, mcm biasa. Merojakkan bahasa Melayu, bahasa pasar dan English dlm penulisan beliau. Taklah berat sgt mcm si Osman Awang tu kan. Same je mcm entri rojak yg aku buat nih… =.=' Hilal Asyraf pulak jage sket bahasa beliau. Cuma… mungkin kurang kepelbagaian deskripsi membuatkan rasa ‘bosan’ hinggap sekejap dlm kepala otak aku.

          Jiwang??? Ha’ah… lagi2 VERSUS. Naah.. I don’t give a damn sgtlah psl tuh.. mind if I share with u guys the definition of ‘baik’. Menurut Hlovate, ayat quran ade berbicara “masuklah kamu dlm islam secara kaaffah (holistic)”. Maaf, aku lupa surah dan ayat keberapa. Mudahnya, mcm ni ar.. seorang muannas yg cukup solatnya 5 waktu berjemaah, tapi lepak je pakai baju muslimah skali dgn jeans ketat lekat kat batang kaki; tu belum cukup ‘baik’ ok!!!

          VERSUS; sesuai utk dak2 yg amik economics studies, belajar di overseas (I’m soon-to-be), skaters (akulaa tuh!!), and anyone yg rase ingin berubah. Ermm.. tu jelah kot stakat ni. And, IZZATI!! Uridu SINERGI anda.. (pinjam2). p/s= maaflah jika aku ade terpoyo bagus sgt psl kesusasteraan Melayu aku. It was in my blood. Inherited from my mom. Kiranya bertaring jugaklahh kan.. ok, salam~

Sunday, June 27, 2010

MIHAS 2010


          Click the link and you’ll get the whole idea of the significance of this programme. Well, as for me, our family trip to MIHAS 2010 aimed to observe what the government has been doing all this while and in other words, manifests the government’s commitment into halal hub industry. To make our goal clearer, we attended the the event during ‘happy hour’ period; the last few hours on the last day.

          Wide range of products being showcased; from foods, drinks to perfumes and toiletteries. But, what on earth did the tourism agency and banks involved in this event?? Adeyh~ klakar la pulakk. Ok, sila jangan gelak. Erm.. each booth had its own attraction point. And there’s one booth that attracted me the most which was kopi HANG TUAH. Huhh?? Yeah.. u guessed it right. A typical malay man, complete in his old-fashioned baju ‘melayu’ attire, and with his ‘busur’ (apesal ade busur pon aku xpaham) promoted his products to the passers-by.


          Huge sum of RMs flew during the event. We bought halal France parfums, chocolates, biscuits, frozen fish nuggets (brand ape ntah tp yg ni sumpah sedapp) and Arabic yoghurt delight to name a few. *blk rumah aku trus try kopi hang tuah. Yekkk, sedap kott. Secawan pon dah cukup ar kalau nak tengok match WC kol 2.30 pg. ho3...

          Oh, oh, ohh.. I met an ex-integomb there. Btw, I’m officially an ex too. Dgn semangatnye aku jerit “eh, senior akulahh!! Kak Fatin!!!” yup, sister Fatin Hazwani. Kat USIM skarang. Kott, ntah… dye senyum2 je pastu blah. Cehhs, dengan junior pon xnak lepak sembang ke? Har har har… nahh, a few pics captured at the event. Salam~

how to help palestinians...

topi dye stylar kowt...

org arab (kiri sekali) boleh ckp melayu... smart2

aku pusing2 tp xjumpe pon booth dr german.. =.=


p/s= orang dah pesan jangan kuarkan teleskop baharu nak cerap partial lunar eclipse harituh, berawan jadiknyer… ho3. Aisey, pengalaman mengajar segala-galanya. Pasni bawak kuar yg lame pon jadik ar… peace~

Wednesday, June 23, 2010

#day 3- bekwoh/ make gula(i)



          So, yeah, I’ve been writing this post lazily and tiredly. Alhamdulillah, selesai jugak anak beranak buat kenduri kesyukuran di rumah mek di Tok Uban, Pasir Mas. Pagi itu, 2 ekor kambing baka ‘Dopher’ (aku rasa la..) yg sgt sihat berjaya ditumbangkan oleh moyang aku; Ayoh Haji. Yg mude mudi trmasuk aku jd tukang lapah je… kuang3.

          Disebabkan daging trlampau banyak, 2 kawah gulai kambing hanya berjaya menggelegak ketika matahari hampir tegak di atas kepala. Antara menu bekwoh tipikal lain yg trlibat ialah sira labu, lada solok (ade kat Kelantan je taw..), ayam masak merah, and xlain xbukan; belacan ngan budu la.. nasi putih ngan nasi karot ada jugak…

          Dari tengahari smpai sebelum masuk waktu maghrib, juadah dihidangkan secara buffet. Ala… yg self-service a.k.a yg cebok2 sendiri tu la kan. Tetamu pulak xputus2 sehinggakan nak solat zuhur ngan asar pon kene habaq kat org dapur dulu. Yelaa, manela tahu dieorang perlukan tenaga jantan kan… *cehh, bajet kan aku...

          Most sanak sedara trdekat yg beranak-pinak-gila-ramai dtg slps isyak coz ade wat ngatek(tahlil) sket. Usai mengatek, mkn lagi. Kali ni secara berhidang pulakk. Yg mcm mkn beradab tu la… and yess, kerjaya jong kako (pelayan la...) akan jadi lebih mencabar dan memenatkan. Sumpah. Aku xtipuu…

          Sekejap2 ado oghe mintak nasi tambah, air teh o beng, tamboh lauk, air basuh tgn habes la… dan pelbagai lagilahh. Pening. Ditambah lg dgn kaum Hawa kat dapur ckp kuat mcm hape… *ye la.. mic xde kat umah. Dah abes mentekedarah, kene lg hidangkan buah2an, kuih-muih kat pakcik2 sambil diorang pekena rokok daun tembakau. Adesss….

          When the event’s over, kenelah pulakk berus/basuh/sabun segala mcm saiz kuali/jelok kat dapur. Tp aku xbuat. Tuang sekejap and terus tido… hua3. Kpd pembaca setia blog aku, aku just nak story ar sket situasi yg agak-x-havoc ketika bekwoh di Klate. Kalau korang nak share jugak experience, apa salahnya mengomel dan mengomen?? Salam~

Wednesday, June 16, 2010

#day2- tembikai, the ‘red kijang’

          Pagi itu, selasa 1 jun 2010, kami dibawa ke project site Ayah Ziz di Machang. Otw ke sana, kami lalu depan SMS Machang. Sejurus aku teringat psl HKSBP di Pasir Putih. Ape cer laa dak2 integomb kat sane ye?? Niat mmgla mem-buak2 nak pegi tengok juniors2 kat SCIPP, tp xtvt pack sgtla bhai… hadoyai~

          Mase ni musim buah timun (oghe kelate merujuk kpd tembikai laa..). lagi2 musim kemarau, mmg kompem manis thp menjilat jari la weyh. Kebetulan pulak aku tersinggah kat Projek Draja Kelantan di Machang (ladang tembikai). Pergh… ladang dye seluas mata memandang beb… uncle Ziz kate keluasan tnh ladang dye ade ar over 100++ ekar. Besar giler. And penuh dgn tembikai yg belum dikutip.

          Then, kami terus ke Pasir Mas. Sepanjang tepi jln sebelum masuk pekan Psr Mas mmg penoh ngan gerai jual timun ar… and guess what?? 50 sen sekilo dol!!! Kat KL nak dapat 99 sen pon susah… uncle Ziz ckp, disebabkan lambakan timun, peniaga just tutup timun2 tersebut dgn kain pd waktu mlm. Dahla xde pagar. Lebih style, kes kecurian sifar!!! Gempak sungguh….

          Mlm tu pulak, Kelantan dijadualkan berlawan dgn Perak di Stadium Kota Bahru (aku ckp psl piala FA). The moment watching football match at mamak stall or at home amidst ‘gilo2’ Kelantan supporters is in fact a great experience and memorable one. Not much can be described except gila, fanatic, menyimbah and retarded. Mwahahaha~

          Tengah2 seronok abes usha match tersebut, tibe2 je telinga kami menangkap ulasan si Shebby, “nampaknye, penyokong2 Kelantan pd mlm ini lebih berdisiplin…” cheysss, merah panas btol telinga aku lantas hati menyumpah2. ‘hek ele… Shebby nih mmg nak cari maut ke hape?? Nak perli agak2la sket bhai… kaw kesah hape kami nak jd penyokong fanatic. Gi mampos la org tue!!!’

          Last2, Kelantan mng gak 2-0. Hambek ko!! Org Perak jgn terase ek.. aku kutok si Shebby tu je… hua3. Ok bye~



projek yg khabarnya tdk membantu org melayu. ape daa....

Sunday, June 13, 2010

And they were off to Vandy…














































Assalamualaikum und guten morgen

       12 Jun 2010, kakiku menapak laju ke KLIA. Sejuk. Eh, aku pakai seliparlahh!! Lalu mataku me-lilau2 mencari kaunter L13. ramainya umat. Nasibku baik si makhluk Khalis ada ternampak aku, lalu ‘ANJANG’ dilaungnya. Sejurus, orang yang dirai aku jumpa siap berblazer. Tapi si Din pulak yg xde. Oh, khamis minggu depan ke… ceh. Xpe2, nnt insyaAllah aku dtg jugak.

       La… ramai lg rupenyer excel9 yg turut dtg. Diorang lepak kat McD la. Ramai la jugak. Kalu aku nak listkan pon baek xyah. Setelah puas berpeluk cium sembang mengilai puntianak serta camwhoring kat McD, Khairi dan Mushi2 kene gather sbb ade sikit taklimat. Kami2 yg x pegi Vanderbilt, Nashville, USA nih mmg gile sebokk nak bergambor walhal bkn kami yg kene on board. Haihz~

       “We make it hard for you to say goodbye”-> slh satu banner kat area departure tuh. And, it really was!!! Xde sape yg bley describe camne perasaan aku time tu. Giler ahh!! Member gi US kott!! Anak tekak aku pun cam gile dah nak putus sbb jerit sebut name KHAI!!! MUS!!! as they walked down the escalator. Yg kaum Hawa mmg air mata men-curah2 ke ladang gandum ar… aku x tipuuu...

       And ohh, Hannah, so sweet u are. Cume u mcm obvious sgt men’declare’kan. I bet orang rumah Khai mesti heboh2 dah psl u. hahah!! relax2 je babe~ ptg itu, situasi KLIA yg sepatutnya sejuk berhawa dingin bertukar hangat. Gamat. Dak SAS ar plg ramai yg dtg kott. Siap bawak banner self-funded lagi. And memekak2 nak ckp budak yg pakai blazer tu bdk skolah aku. Hakhak *sriyesly ketawa air mata.

       Guys, promise me to join the trip to KLIA next 2 years okayh?!! US, India, Australia, NZ, Ireland, UK, Canada, Japan, Korea, Spain, France and etc2, here we comee!!! *saye pon maw juge disambut ngan banner integomb dohh.. huhu~


Posted by; Oxbridge-to-be student. Cewaahh!!!
p/s= lagi gambar di fesbuk saye okeh?!!!

jap2, apal kat mid?? hua3...

Wednesday, June 9, 2010

#day1- ATR 72, nasi kerabu golok

tetibe lak enjin mati.. cuak kebebehh weh...



Assalamualaikum und guten Tag!!

       Yes!! The post’s title tells it all. Akhirnya, setelah ntah berapa bulan aku terperap kat rumah, dpt jugak pulang ke kg tercinta. No more internet, air pollution and here, the sky is so much favourable for astronomers like me. 31 Mei jam 1805, ATR 72 (pesawat firefly) yg aku dan adik aku naiki selamat brlepas. Kami berdua je on board….

       Setibanya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Samad Pengkalan Chepa, kami 2 beradik disambut oleh bapa saudara, Ayah Ziz dan isterinya, Che Mah. Then, dlm masa kami mencari-cari masjid utk solat maghrib, mata aku mcm tertumpu kat satu mansion nie. Mcm kenal je rumah bunggalo ni. Ha! Wazien, laen kali kalu ko nak pi rumah Zulex, ko minx tlg aku je la ek… wakaka!!

       Then, our uncle bawakla kitorang pegi mkn nasi kerabu golok. Kalau oghe KB xtahu, baek gi mati la… haha. Tak tak. Gurau se-mata2. auntie kate restoran ni siap msk TV lg. tersohor. Pelanggan dye mlm tu pon nmpk cam x putus2 je… ermm.. I got no idea why it is named ‘g-o-l-o-k’, so please don’t ask me. Try ar tanye Atiqah. Dye oghe KB an… hua3

       Mlm masih mude, jadi kami dibawa ber-siar2 ke Kbg Kerian. Kelantanese pronounce it 'kube kriye'. Based on my observation, Bandar ni mmg dah maju abes ar.. skarang nih, depan USM tuh, dah ade KK Square, Nirwana, Mydin and blablabla. Sumer baru bukak. Kalau time mlm mmg nmpak hidop and happening la senang citer…

       Ade sesetengah org kate, “Klate kalu duduk bowoh PAS, meme takkan maju pah sudoh la…” Hek ele.. bg aku la kan, itu sume pemikiran manusia2 kolotlahh!! Sapelaa sgt korang ni nak judge kemajuan negeri aku based solely on the state’s appearance. Cube bukak blk buku teks sejarah F4. ketamadunan itu didefinisikan bkn shj dari segi duniawi, mlh juge ketinggian tatasusila dan akhlak masyarakat kan kan?!! *aku ter-emo sekejap…

       Mlm tu kami bermalam di mansion Ayah Ziz. Pergh… sudah cat kaler kuning bhai… mmg terang2an outshined other mansions in that area doe… kk, enough for today. ZZzzZzz…….


p/s= dah wat lame dah entri nie.. cume mesti ikut skedul je.. kuang3

Saturday, June 5, 2010

Munaaqasyah Dirham Dinar; BullsEYE!!!


Assalamualaikum dan salam 1 khilafah!!! Yeah!!

       Reference= Euro’s intrinsic value turmoil and the soaring price of gold per gram. Who’s to blame? What’s the cause? Ans= CAPITALISME and SECULARISME, please google for it yourselves okayh?? tanye ameer pon boley gak...

       So, officially said, I’d attended the munaaqasyah dirham dinar held by hizbut tahrir Malaysia on 30th. May 2010 at Khilafah Centre Bandar Baru Bangi. As usual, the idea of telling my parents regarding this programme was a real sick. Haihz~ is there anything wrong in acquiring something right and valuable out there. I am no longer a kid OK?!!! Oh… if only I’d a car, oh, oh and ohh…

       Ok cukup mengarut. Berbalik kepada isu yang ingin dibincangkan. Pertama sekali, sepuluh jari aku hulurkn untuk memohon maaf sekiranya post kali ini sgt lewat terutamanya kpd sahabat2 yang nak tahu sgt psl munaaqasyah kali ini. Mengapa bullseye? Apa kaitan ‘mata kerbau’ dgn keruntuhan system kapitalisme dewasa ini?? Oppss.. hehe, rasanya aku dah terbagi hint kott. Kalau nak taw lg, teruskan pembacaan anda ok?

       The first workpaper presenter, Prof. Dr. Mohammad which is the activist of Hizbut Tahrir Malaysia had gave a short brief on the foundation of capitalisme which were 1. free market and 2. free solution to arising problems. He’d also mentioned the kickstart and the falling era of gold dinar.

       Naturally (fitrah), man are attracted to valuables like gold. And for centuries since (I meant the prehistoric civilization), trade were made through gold-based-value medium. However, the climax of this gold era was during the reign of Khilafah Umaiyyah. Syeikhul Malik Bin Marwan, the caliph on 74 Hijriyyah started to mould the gold into legalized dinar and founded the policy of not using outsiders’ currency. Cool wasn’t it?

       The gold era dimmed in line with the falling of the Daulah Ottomaniyah. Simultaneously, the West introduced paper notes based on gold value. This FIAT money concept began on 1971. ermm.. truthly, there’s a lot of conflicts such as the idea of Wood before 1971. a lot to story here and I hope u guyz could just google for it ok? Sorrryyy…

       The second presenter, Ustaz Hafiz addressed the methods and the barriers of implementing the dirham dinar concept in secularized country like us, Malaysia. I’m sorry bcoz I didn’t jot down all the methods mentioned, but, there’s a few that I think were the important key areas.

       One of them, Malaysia should change its trading and market policy, the ‘rakyat’ will be given a period of time to change their FIAT money to the dinar, Baitulmal need to be an important agency and should replace the responsibility of Bank Negara Malaysia (BNM) and Finance Ministry. Cool eh?? Haha…

       So, what’s the ‘kekangan’ of this implementation?? 1. Islamic countries were too weak and not united. 2. the leaders of Islamic countries themselves were being puppeted and indirectly ordered by the West and Jews (can I say the old man Najib?).
       
       all in all, Ustaz Hafiz stated that the idea of breaking the siege of capitalisme, islami politics and et cetera2 can only be implemented if and only if through the medium of the Daulah Khilafah Ala Minhaj Nubuwwah (Negara islam tanpa sempadan spt Madinah).

       And guess what?? I learned economy-like-physics concept too!! Here it goes; Growth Domestic Production (betul er??), GDP = money reserve x velocity. Let’s say the money reserve within one’s country is fixed and the only variable left was velocity. According to Prof. Mohammad, the ‘velocity’ term refers to the liquidity of currency; easeness to move the money from one to another. The (ms-1) can be increased through interest-free business; means no ‘riba’ involved.

       Sekali lagi, macam program Hizbut Tahrir yg aku dah pergi kat Masjid Ubudiyah Shah Alam, program ni xdela gempak mane. Tp kali ni mmg ramai r org dtg. Sampai kerusi bangku pun x cukup siott.. yg dtg lmbat kenela berdiri kat belakang… huhu~ kk, assalamualaikum w.b.t penutup warkah.


Tuesday, June 1, 2010

YOUTH ‘10


KUALA LUMPUR 28 Mei 2010 (post kali ni format berita pulak)= Adik kpd sdr pengarang, Nizam Amiri baru pulang bermalam dari RMC, Sg. Besi. Jadi, abangnya yg prihatin ni bawakla beliau pergi jalan2 ke PWTC, tempat berlangsungnye program YOUTH ’10. release tension, kan adik? Abg tahu suasana RMC tu mcm lubuk neraka yg plg dalam, kan kan?? Haha.. gurau jerk…

       Disebabkan kami ni jarang solat Jumaat di Masjid Negara, jadi, gelagat manusia yg trdiri drpd pelbagai kaum, warna kulit dan usia agak membuka mata kami di sini. Kami pergila kat satu gerai ni sebelum solat Jumaat. Tekak haus dan tetibe rase nak minum cendol la pulakk. Adik aku pun pesanla… “cendol 2 bang!!”. Lantas dye pon kasi la tanpa mengujar sebarang pth prkataan mahupun reaksi. Setelah diamat-amati selama lebih kurang 10 minit, barulah aku tahu yg penjual cendol tu bukan setakat bisu, malah pekak pulakk tuh!! Hmmm.. aku terkagum sebentar.

       Usai solat, kami terus ke tempat yg dituju. Pergh… ramai giler siott. Baru hari jumaat, esok dgn lusa aku xtaw la ape jd nnt. Disebabkan kene beratur pnjang nak amik tiket, pukul 3 baru kami boleh masuk kat dlm. Masuk2 je tros jumpe Adrian ngan Shawn Khoo. Haih~ jadi duta Celcom plak mamat 2 ekor nih. Haha…

        Mmg banyak booth kat dlm tuh. Booth psl ternakan kambing jamnapari pon ade… tp bg aku, booth plg best ialah booth Youthsays. Booth ni jugak dianjurkan secara bersama oleh DBP. ‘Anda ckp 5 minit, kami bg RM50.’ Ha… nilah slogan utama booth ni. Dye wat dlm format bahas ala parlimen. Aku pon terase cam nak join dan nk kikis blk karat skil bahas aku. Tp xdpt la beb… punye ramai belia beratur menunggu giliran utk dptkan RM50… huhu~


       Time aq pegi kebetulan pulak hujan lebat. Jadi, band yg buat show mase tuh mmg tepat aku samekan dgn spender ar… hahah! Hambar dan loya… penonton sume lari takut basah. Pastu aku try freethrow basketball, usha futsal, fusbal and dance festival. Yg gerai2 bazaar2 tuh langsung aku x pegi. Haha… pegi mamposs!! Kami xsuke bazirkan duit utk beli bende yg silly milly dan x penting.

       Sebelum pulang, kami tibai pizza hut kat The Mall. Sampai je kat kaunter KTM Putra, aku pesan “kak, 2 tiket ke sbg jaya ye…” “ maafla dik,,, tren ke Klang rosak. Mungkin adik boleh try teksi ke bas ke..” adesss, otak aku ligat berfikir dan tibe2 munculla idea yg agak bernas. okla kak, 2 tiket ke KL Sentral ek”.

       Ha… part ni la yg aq rase nak kutok KTM cam aram nie… sampai je kat stesen KL Sentral, ade sorang pompuan buat pengumuman dlm tren “harap maaf. Tren ini akan menuju ke Klang. Penumpang yg ingin ke Seremban diminta keluar dan…”. Hatiku mmg mencarut2 la… ‘aik, td kate tren ke Klang rosak, skarang tren ni pegi Klang pulakk. Mmg ____(text missing)’

       Dgn memegang tiket yg tertera ‘Putra-KL Sentral’, aku dan adik aku wat muke dunno, toya je smpai la kami tibe di stesen Sbg Jaya. Mcm mane kami boleh lepas mesin pengimbas dan pengawal yg bertugas kat tepi tuh korang x perlu taw. Ape salahnye kitorang permainkan KTM… dah td KTM permainkan kitorang gak… kan?? Hua3, don’t try this at home…

~daaaaa…….~