Pages

Wednesday, October 24, 2012

Selapis Kasih Sedulang Rindu


Selapis Kasih Sedulang Rindu
Lirik: UsopKopratasa

Di mana oh di mana kawan lama,
Apakah engkau masih di sana,
Membilang hari merenung diri,
Diiringi suara kecapi.

Dan aku masih di sini menanti,
Dan aku tak meratap lagi merenung diri,
Namun kuambil resmi si padi,
Makin menunduk makin berisi,
Walau akarku tak kukuh di Bumi.

Ibarat kita si pohon rimbun,
Engkau adalah daunnya,
Dan akulah pucuknya,

andai kita si pohon tua,
nanti gugur daunnya,
hidup bersama sebagai teman sejati.

Di mana oh di mana kawan lama,
Apakah engkau masih di sana,
Membilang hari merenung diri,
Diiringi suara kecapi.

itulah adat hidup di dunia,
tiada yang baru tiada yang lama,
pudarnya cincin tanpa permata,
tiadalah adam tiadalah hawa,
tanpa jiwa siapalah kita.

Ibarat kita si pohon rimbun,
engkau adalah daunnya,
dan akulah pucuknya.

andai kita si pohon tua,
nanti gugur daunnya,
hidup bersama sebagai teman sejati.

------------------------------------------------------------------------------

Aku masih di sini, kawan lama! =D

Risau juga jika ada yang ingat aku dah mati (sebab blog tak dikemas kini), jadi aku ambil kesempatan ini untuk berkongsi lagu lama dendangan SM Salim dan Ramli Sarip. Belakangan ini, kerap juga aku mendengar lagu-lagu lama, batu (baca: rock) kapak, dan mencari sketsa 'wokyoh, samad, said' di youtube. Hal ini tidak lain tidak bukan barangkali disebabkan tempoh masa yang sudah genap sebulan aku berada di perantauan. Ha'ah, dah sebulan.

Sepurnama di sini berlalu begitu cepat, sehinggakan waktu masuk maghrib pun sudah berubah lebih dari sejam. Dedaun pun sudah mula menguning dan gugur dari dahannya. Sewaktu aku mula-mula tiba di Heathrow, cuaca sangat sejuk dan langit putih belaka. Keadaan itu berterusan semalaman, dan seharian jugalah aku kehilangan internal global positioning system. Tak boleh tentukan mana timur, mana barat. 'Frustrated' gila.

Di sini, aku tinggal di asrama universiti. Bahasa orang putihnya 'Halls of Residence'. Ada juga kawasan perumahan yang boleh disewa di sekitar universiti, tapi aku memilih untuk tinggal di asrama selama setahun untuk merasa 'hidup' dengan orang putih. Kami berkongsi tandas, bilik mandi dan dapur. Paling aku tak boleh tahan ialah berkongsi dapur. Kalau jumaat malam mesti ada botol2 arak bergelimpangan atas lantai. Ada yang pecah. Bau busuk memang tak perlu cerita lagi. 

Kata salah seorang seniorku, kawasan perumahan di sekitar universiti dipanggil 'Flower District'. Bunyi dah macam dalam cerita Hunger Games, tapi wiring dan kabel2 elektrik rumah sebijik macam Malaysia. Tak tahulah tnb tiru uk atau sebaliknya, haha. Nama lorong-lorong di kawasan ni ialah nama bunga. Ada dahlia road, violet road, honeysuckle road, primrose road, etcetera. Tapi jangan haraplah nak jumpa nama jalan bunga kembang semangkuk. Nama tu endemik di Malaysia saja ya kawan-kawan.

Flower district ni, menurut kata seniorku merupakan tempat tinggal kos rendah untuk ibu-ibu tunggal dan orang bermasalah. Jadi, kes-kes kecurian basikal tu memang perkara biasa dan budak2 nakal selalu mengganggu pelajar2 yang tinggal di kawasan ni. Setakat ni aku tak pernah terserempak dengan mereka. Tapi aku pernah terlihat keluarga yang bermasalah. Di atas bas, si anak kecil merengek kelaparan sehingga berguling-guling atas lantai sambil memegang perut manakala si ibu hisap rokok dan sesekali mencarut memarahi anaknya. Sayu pula melihatnya.

Oh, tempoh hari aku ke Portsmouth (*muka sauk pelabuhan?). Ada banyak brand/factory outlet di sana, kata mereka. Tujuan aku ke sana tidak lain tidak bukan adalah untuk memenuhkan ruang-ruang almari baju di hall. Dulu, kalau almari bajuku di rumah kosong, itu bermakna almari bajuku di sekolah/kolej sudah penuh. Sebulan sekali aku pulanglah ke rumah dari integomb/kyuem untuk import baju2 yang mana patut. Sekarang ni, kena pula penuhkan yang mana kosong dengan membeli yang baharu. Memang harapan lahh kalau nak import dari Malaysia.

Oh ya, dua minggu lepas aku ke Bath. Kami (aku dan kawan2 lama) bermalam di rumah senior kyuem. Bermusafir di uk ni sangat mudah, sebab accommodation terjamin beres. Teman2 sekolej mahupun sekolah dahulu tercampak hampir di keseluruhan negara di dunia demi mencari ilmu Tuhan yang luas. Bath ni sangat cantik dan tenang. Ke mana-mana sahaja aku dibawa melawat, ucapan subhanallah itu tak lekang di bibir memuji keindahan ciptaan sang Maha Pencipta. Kata mereka lagi, Aberdeen tempat paling indah di uk, diikuti Bath. Tapi aku rasa melihat sunrise di Kundasang dan mandi-manda di Pantai cahaya bulan, Kelantan lebih best. hoho

Pernah tengok cerita Narnia? Kalau anda ingat, cerita pertama Narnia bermula dengan pengeboman bumi England. Selepas itu, ada scene empat beradik naik kereta api menyusuri lembah2 yang menghijau. Dulu, aku selalu berhajat dan kepingin menaiki kereta api stim seperti itu dan melihat keindahan alam yang terbentang di sepanjang perjalanan. Dan sungguh aku tidak menyangka perjalanan pulangku dari Bath Spa ke Southampton Central ialah pemandangan seperti itu! 

Tren yang aku naiki (meskipun bukan kereta api stim) dari Bath telah bergandingan dengan sungai dan jeram dalam 10 kilometer pertama perjalanan. Dari kejauhan, lembah2 nan hijau berbalam-balam melatari visualku. Dan apabila lembah2 itu mendekat, terlihat pula sekawanan biri2 meragut padang rumput sambil diperhatikan penggembala dan anjingnya yang setia. Penggembala tua itu kelihatan sangat tenang dan puas akan hidupnya. Begitu juga halnya dengan sekawan kuda yang aku perhatikan cukup puas kejar-mengejar menyeberangi anak sungai. Seolah-olah akulah yang berada dalam movie Narnia itu!! Allahu Allah


kredit gambar: fotografifi (padahal tu aku, haha)

Ok, nak undur diri dah ni. Tapi sebelum tu, nak pesan sebenda (baca; satu benda). Jangan cepat skeptikal dengan orang islam yang pakai seluar pendek dan berhijab tak sempurna. Kau mana tahu, entah2 baru semalam dia masuk islam..? Haa