Pages

Friday, March 30, 2018

Wacana Za'ba: Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri

Berkenaan gejala fikiran terpasung, Za'ba menjelaskan;

"Pendeknya orang-orang Melayu hanyalah menunjukkan pandangan yang buruk dan miskin sahaja rupanya pada tiap-tiap cawangan kehidupan. Orang muda-mudanya kebanyakan leka membuang-buang masa dengan kesukaan yang isa-sia, lucah dengan menjamu kesedapan syahwat dan hawa nafsu kebinatangan, tiada jimat dan cermat pada perkara wang dan belanja, dan tiada mengirakan untuk esok atau lusa, serta leka tonggeng balik dengan mencari jalan-jalan hendak bersedap-sedap dan bersuka-suka, orang tua-tuanya terpasung dengan kepercayaan bodoh-bodoh dan ketakutan yang bukan-bukan akan hantu syaitan, jin ifrit, pelesit manjangan."

Berkenaan pembaharuan pendidikan;

"Pelajaran hendaklah juga dijadikan 'kalimah syahadah' yang awal pertama sekali hendak dikirakan dan dilebihkan."

"Memada-madalah. Bangunlah segera daripada tidur kamu wahai sekalian ikhwan. Sanya telah kelamlah tipu daya kebodohan dan terbit cahaya pengetahuan. Tengok, lihat dan perhatikanlah apakah yang tidak diperbuat oleh kaum yang jaga itu. Meruntuhkan bukit yang besar-besar, membangunkan bangunan di padang yang rata, menjadikan lautan itu daratan dan daratan itu lautan. Padahal tidak bergeak ianya dari atas kerusinya dengan menggoyangkan kaki. Hanyalah digunakan telunjuk jarinya pada menyempurnakan segala kehendak kemudian daripada telah berpengetahuan ianya pada menggunakan tabiat barang-barang sperti yang dijadikan Tuhannya bagi faedah-faedah manusia di alam ini."

Wallahu'alam.

Dah lama tak update blog. Jadi saya ingin menebus kesepian blog ini dengan memberikan pdf percuma tentang kertas kerja Wacana Za'ba yang Jejak Tarbiah anjurkan pada tahun 2016. Selamat membaca!

Klik link file di bawah (jangan risau ini bukan spam)


https://drive.google.com/file/d/193ZonMBTAx42bg3KgRQQC_pHzJ3YfB8R/view?usp=sharing