Malam itu, jam tepat 0030. Lenguh. Sakit juga baring lama-lama atas ‘basketball court’. Menyesal pula tak bawa bantal awal-awal. Tapi, syukurlah. Alhamdulillah startrail berjaya pada malam itu. Kebetulan langit cerah lalu mempamerkan ayat-ayat Allah yang bertebaran. Subhanallah~
Ok. Sebenarnya, entri ini sangat random motion. Ala-ala Brownian movement gitu… haha merepek. Korang mesti selalu dengar orang kata ‘dulu, kini dan selamanya’. ‘hakim’ budak KISAS kat KYUEM pun selalu memulakan madah dakwahnya dengan pendahuluan, “dulu, kini dan selamanya kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan nikmat iman dan islam”. Lama2 bosan pulak aku dengar trademark budak nih… haha!!
Haa… kenapa dulu, kini, tetapi bukan selamanya? Aku malas nok oyap panjang2, kome sume baco ajo laa contoh2 yg aku kabo kat bawoh ni deh… (adey.. mmg integrasi loghat abes laa..)
Dulu; TAHU bahawa ‘jika kelajuan kereta di selekoh’ sudah terlebih had atau mengatasi had geseran antara ‘muatan dgn permukaan but kereta’, ‘resultant force’ induced. (muatan menggelongsor)
Kini; If F>Fmax, F=ma, where a & friction coefficient is not zero.
Dulu; zaman neolitik datang selepas zaman paleolitik. Zaman logam pulak selepas zaman neolitik. Cara hidup, tempat tinggal, dan system organisasi mereka semua kita hafal. Kalau faham, insyaAllah Sejarah dpt A+… =.=’
Kini; kepala hotak anda. Eh, kepala lututlah. Buat apa nak percaya hujah2 teori Darwin nih? Hang gila ka senget?
Dulu; tumbuhan bergerak ke arah cahaya untuk fotosintesis (sekolah rendah). Positive hydrotropism due to accumulation of auxin hormone (sekolah menengah).
Kini; ntah. Aku dah x amik bio…
Dulu; Disogok dengan maklumat bahawa matawang ringgit Malaysia kekal stabil. Dolar US yang dijadikan sandaran sebenarnya yang merundum.
Kini; terlupa pulak yang US suka cetak wang. Mereka kan sumber inflasi global…
Dulu; Tok Janggut, Dato’ Bahaman, Abdrahman Limbong dan lain2 dilabel sebagai pejuang nasionalisme tanah Melayu. Rakyat Malaysia perlu berjiwa patriotic dan nasionalis. 1 Malaysia!!!
Kini; ape kejadah fitnah para syuhada yang sahut seruan jihad sebagai pejuang nasionalis? Kita lupe pulak kan, semangat kebangsaanlah yg meruntuhkn khilafah uthmaniyyah…
Dulu; Kahwin bini tua orang tak kata apa2. kaunselor sekolah pulak galakkan kahwin perempuan muda atas alasan mereka lebih matang drpd lelaki 4-5 tahun. Apekah?? =.=”
Kini; err.. entahlah. =)
Rasanya, yang inilah yang paling tak boleh blah…
Dulu; sokonglah barisan alternatif. Ingat!! Bukan pemimpin yang wibawa kita pandang, tetapi dasar yg mereka bawa itu lebih penting. Iaitu dasar ke arah Negara islam. (reminder= Malaysia masih bukan Negara islam ye…)
Kini; Opt for government!! Barisan nasional!! Rasional= aku nak fly dan tak nak masuk ISA… =.=”
Woha!!!
* Dulu dan kini sahaja yang termaktub. Penulis tak berani bubuh pandangan masa depan, sebab ia bukan selamanya. Ilmu Allah itu tersangatlah luas. Semakin kita godek, semakin berkocak otak untuk menerima yang haq. Perspektif dan orientasi pemikiran berubah mengikut waktu… langit tidak selalunya cerah~
3 comments:
Dulu; zaman neolitik datang selepas zaman paleolitik. Zaman logam pulak selepas zaman neolitik. Cara hidup, tempat tinggal, dan system organisasi mereka semua kita hafal. Kalau faham, insyaAllah Sejarah dpt A+… =.=’
Kini; kepala hotak anda. Eh, kepala lututlah. Buat apa nak percaya hujah2 teori Darwin nih? Hang gila ka senget?
mana ko taw benda ni salah??kaji la dulu..sebenarnya btol la dorg wujud..lecturer geoscientist utp yg wat research pun ckp dorg wujud but as a mkhluk not "sebaik-baik manusia"..
sejarawan skang kan dah power..ada mesin leh kaji umur fosil,artifak.etc..xkan la sume sepakat dgn teori darwin...kan??
cuba buka blog saifulislam entry tajuk ADAM SEBELUM ADAM..
yes yes yes!! thnx ezan!!
*err.. sbenarnya post ak ni mmg sngaje nk provokasi makhluk2 peka d luar sane.. lalala~
apa cegu f*** terbabit skali? ahahaha
Post a Comment