Pages

Sunday, October 17, 2010

Innamal a’mal bi al-niat

haha.. kanthoi ngan mr sutherland mati aku...

            “weh, apesal ko gune Nikon haa? Bukan ke SLR canon lg best?”

          “oi jang, tadi aku nampak awek artis cun putih melepak ngah gelak2 kat RC. Rugi ohh ko xde… kalo x, sempat la jugak snap2 pic ngan beliau.” Allah~ rossak…

          “woi woi wooiii!!! Meh laa dtg sini… amik gamba aku ngan balak aku nih… pasni ko upload kat fesbuk ek… pastu tag aku.” =.=’

          Abaikan dialog harian di atas. Sebaliknya, caknakan diri anda terhadap tajuk entri ini. Ha… korang dapat agak tak ‘niat’ apa yang aku nak bicarakan kali ni? Ya, tepat sekali telahan korang; niat berfotografi.

          Marcapada, realiti minat muda-mudi terhadap bidang fotografi semakin bercambah. Ala-ala cendawan tumbuh lepas hujan gitu… Izan, memang tidak hairanlah kalau korang gi midvalley, terlihat golongan remaja sedang sakan bergambar ketika bermain boling mahupun sedang enak lunch together kat foodcourt kat tingkat atas sekali tuh… *oh, aku pun pernah terlibat… =/

          Sesetengah pihak mentafsirkan hobi fotografi ini sebagai suatu manifestasi ukuran status dan budaya hidup seseorang. Ada jugak yang fikir, “alah, budak tu beli SLR mahal2 sebab nak menunjuk-nunjuk dan sebagai hiburan semata-mata”. Eh, tapi tidak semuanya begitu. Ada jugak manusia yang sanggup melabur ribuan ringgit untuk SLR kerana minatnya dalam kewartawanan dan jurnalis bebas. Tak kisah lah korang nak fikir dan taksir perilaku orang macam mana. Apa yang pasti, objektif berfotografi ada 1001 ragam.

          “aku suka fotografi sebab aku nak abadikan segala kenangan hidup dalam bentuk image. Kan ada pepatah English kata, ‘a picture tells a thousand words’”. Jawapan tipikal manusia kalau ditanya kenapa mereka menghambakan diri dalam dunia fotografi. Aku tak nafikannya. Bahkan, inilah merupakan sebab utama kamera dicpta pada lewat kurun ke-19.

          Bagi umat islam, perlu diingatkan bahawa setiap amal yang kita lakukan hendaklah bertunjangkan niat untuk mencari keredhaan Allah. Iaitu niat yang boleh taziid iman kita. Bukan niat yang sia-sia. Ada orang yang boleh tenggelam dalam kekhusyukan mengingati Penciptanya apabila dia melihat ayat-ayatNya pada kejadian alam semesta. Malang sekali, sedikit sahaja bilangan manusia yang menceburkan diri dalam dunia pengimejan kerana berkiblatkan niat yang betul. Oh~

          Baik, berbalik kepada dialog yang telah dinyatakan di atas. Pernah terlintas kat fikiran korang nak ungkapkan kata2 sedemikian? Atau korang pernah jadikannya sebagai pertuturan harian korang? Papehal pon, ingatlah kata2 nabi, seseorang itu tidak akan mencuri melainkan ketika imannya tidak sempurna (kalau salah betukan ye..). *sumpah entri yang aku taip ni kene kat batang idong sendiri… adesss~

          Kalau korang tanya apa objektif aku terlibat sama dalam dunia fotografi, aku jawab, “sebab aku minat ilmu falak”. Woha!!! Ok, sriyes aku xtipu. Bermula drpd jd johan dlm kuiz falak negeri Selangor masa f4, jd peserta symposium NITROS kebangsaan mase f5, follow aktiviti cerap dan etcetra2, minat aku terhadap fotografi muncul secara automatic.

          Point penting di sini, betulkan niat anda berfotografi. Kalau rasa dah jauh menyimpang tuh, anda masih belum terlambat untuk align balik niat anda. Waka waka eh eh =). Salam~

5 comments:

nina mazlan said...

ak suka tengok org amik gambar,sbb ak amik gambar xlawa.down T.T

sbb tu jugak ak suka diambik gambar.ngaa :D

go go fifi, teruskan hobi yg best tu :P

btw, lawa gambar kat atas.tp kat mana tu? +_+"

Anonymous said...

Overview of state health insurance laws and activities. http://insuranceinstates.com/arizona/Phoenix/American%20International%20Recovery/85053/

fifi said...

erna; suke diambik gambar ye? fifi xde hal~ bile2 akak kelapangan utk diambik gambar, panggil aje... hahah!! (nampak?!! niat fotografi dah terlari/tersimpang skejap) =)

err.. gambo kat atas tuh kat tangki air utama kyuem.. laalala~

Nina Mazlan said...

fifi, haa, nt g kan natural history?apa lg,tgkap gambar ak byk2 ye :P

huh?tangki utama? =.=

nazrinafifi said...

ceyt~ demand la pulak akak sorang nih..
tangki air kaler putih belakang umah sir sutherland.. xkan la dah setaun lebih dok cni xperasan kowt.. adoi la~