Pages

Wednesday, October 27, 2010

Dulu, Kini, bukan selamanya…


          Malam itu, jam tepat 0030. Lenguh. Sakit juga baring lama-lama atas ‘basketball court’. Menyesal pula tak bawa bantal awal-awal. Tapi, syukurlah. Alhamdulillah startrail berjaya pada malam itu. Kebetulan langit cerah lalu mempamerkan ayat-ayat Allah yang bertebaran. Subhanallah~

          Ok. Sebenarnya, entri ini sangat random motion. Ala-ala Brownian movement gitu… haha merepek. Korang mesti selalu dengar orang kata ‘dulu, kini dan selamanya’. ‘hakim’ budak KISAS kat KYUEM pun selalu memulakan madah dakwahnya dengan pendahuluan, “dulu, kini dan selamanya kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan nikmat iman dan islam”. Lama2 bosan pulak aku dengar trademark budak nih… haha!!

          Haa… kenapa dulu, kini, tetapi bukan selamanya? Aku malas nok oyap panjang2, kome sume baco ajo laa contoh2 yg aku kabo kat bawoh ni deh… (adey.. mmg integrasi loghat abes laa..)


Dulu; TAHU bahawa ‘jika kelajuan kereta di selekoh’ sudah terlebih had atau mengatasi had geseran antara ‘muatan dgn permukaan but kereta’, ‘resultant force’ induced. (muatan menggelongsor)
Kini; If F>Fmax, F=ma, where a & friction coefficient is not zero.


Dulu; zaman neolitik datang selepas zaman paleolitik. Zaman logam pulak selepas zaman neolitik. Cara hidup, tempat tinggal, dan system organisasi mereka semua kita hafal. Kalau faham, insyaAllah Sejarah dpt A+… =.=’
Kini; kepala hotak anda. Eh, kepala lututlah. Buat apa nak percaya hujah2 teori Darwin nih? Hang gila ka senget?


Dulu; tumbuhan bergerak ke arah cahaya untuk fotosintesis (sekolah rendah). Positive hydrotropism due to accumulation of auxin hormone (sekolah menengah).
Kini; ntah. Aku dah x amik bio…


Dulu; Disogok dengan maklumat bahawa matawang ringgit Malaysia kekal stabil. Dolar US yang dijadikan sandaran sebenarnya yang merundum.
Kini; terlupa pulak yang US suka cetak wang. Mereka kan sumber inflasi global…


Dulu; Tok Janggut, Dato’ Bahaman, Abdrahman Limbong dan lain2 dilabel sebagai pejuang nasionalisme tanah Melayu. Rakyat Malaysia perlu berjiwa patriotic dan nasionalis. 1 Malaysia!!!
Kini; ape kejadah fitnah para syuhada yang sahut seruan jihad sebagai pejuang nasionalis? Kita lupe pulak kan, semangat kebangsaanlah yg meruntuhkn khilafah uthmaniyyah…


Dulu; Kahwin bini tua orang tak kata apa2. kaunselor sekolah pulak galakkan kahwin perempuan muda atas alasan mereka lebih matang drpd lelaki 4-5 tahun. Apekah?? =.=”
Kini; err.. entahlah. =)


       Rasanya, yang inilah yang paling tak boleh blah…


Dulu; sokonglah barisan alternatif. Ingat!! Bukan pemimpin yang wibawa kita pandang, tetapi dasar yg mereka bawa itu lebih penting. Iaitu dasar ke arah Negara islam. (reminder= Malaysia masih bukan Negara islam ye…)
Kini; Opt for government!! Barisan nasional!! Rasional= aku nak fly dan tak nak masuk ISA… =.=”


Woha!!!

* Dulu dan kini sahaja yang termaktub. Penulis tak berani bubuh pandangan masa depan, sebab ia bukan selamanya. Ilmu Allah itu tersangatlah luas. Semakin kita godek, semakin berkocak otak untuk menerima yang haq. Perspektif dan orientasi pemikiran berubah mengikut waktu… langit tidak selalunya cerah~

Saturday, October 23, 2010

post random sahaja...

malas sekali nk update blog dgn artikel2 hangat...
jadi rerakan sekalian...
kali ni aku taruk gambar je la...
bace entri penoh tulisan pun boring gak kengkadang... ye dak? 

 
talk by ustaz hasrizal di kolej... sumpah best. utk maklumat lanjut, layari blog muscom

 
 pastu ade harituh gi beraye kat rumah pn. mazira.. seponser kitorang kat bangi...
tapi sedihnya tak ramai yg dtg... busy exam kan...
wakil KY pun aku, izzat ngan weng je...
disebabkan aku mls nk upload gamba kat fesbuk, blog lah sasaran aku...






Wednesday, October 20, 2010

Belated interfaith talk


          Salam bloggers (wah, mcm2 salam ade zmn sekarang ni ek…). Tapi, aku just nak ingatkan, nabi kita tak pernah kasi salam kat orang lain melainkan ianya tidak sia2 serta mendoakan kerahmatan Allah terhadap penerima salam. Ie; salamullah ‘alaik, assalamualaikum warahmatullah, assalam wahdatul maalizie… erk? Ok back to the point. =.=’

kamil said; wuts ur opinion sifu?

          KYUEM interfaith talk was conducted on… (weh aku lupe tarikh!!!). anyway, the talk was moderated by ustaz hasbi and Pastor John (Christian), Professor Bala (hindu), sifu naseer (islam) were the panelists on that day. ‘To instill the understanding of god and to find the common underlying rationale between religions’ were the main objectives of the event (peace), not the ‘titik perbezaan’ okayh?! *in the spirit of 1Malaysia… yeahh!! Hihi~ so, let’s hear the thoughts of these scholars…

Pastor John
  • Jesus Christ is a god, and holds wealm’s god in man
  • Concepts of love, peace, goodness depends on the perspectives of knowledge of the God and man.
  • Where there is love, there is God. So, God is love
  • Man’s destiny is to be like god (the God’s values)
Professor Bala
  • Dharmic principles were compiled in a single book by the Masters long time ago through experiences and practices.
  • Though hindu has many gods, all of them rooted from a single source. Differs occur by different masters.
  • Life’s purpose; seeking union with the God. Not to equate god, but to become as perfect as possible.
  • If there’s a form of God, means Gods are vulnerable for destructiveness!!! *oh and at this moment, educated eyes of kyuem-ians suddenly enlarged…
  • Purpose of self-sacrifice; create harmonies in the world
Sifu naseer
  • Islam is not the same as muslim. Comparatively, don’t judge the Christians the same as the past crusaders’ attitudes. Because, All religions promote goodness. =)*couldn’t agree much…
  • Islam sustain the universe by sending prophets
  • True islam is blinded by our own culture. And the same apathy goes to other religions.
Q&A session
  • Explain trinity.
-no trinity word in bible. Its just a concept. There are 3 gods; father, son and ruh ul-quddus (refers to Gabriel in islam). We’re 1.

  • Christians promote love in every aspect. Other way round, islam promotes fear god. Why there is such disparity?
- you got the wrong message, because you judge a religion by their practitioners. In fact, to every ibadah, you begin with basmalah; Allah the most merciful, the most gracious.

  • Relationship between Quran, bible and science?
- both pastor and sifu agreed that quran and bible are not an approach for scientific ‘research’. Plus, you wouldn’t know a religion if you’re comparing it with science. Reminder from them; faith and ikhlas come first in acquiring religious understanding.

  • Explain the divinity of jesus.
-unexplainable because I slept. Damn… its freaking cold in the great hall.

malu tanya sesat jalan~

Sunday, October 17, 2010

Innamal a’mal bi al-niat

haha.. kanthoi ngan mr sutherland mati aku...

            “weh, apesal ko gune Nikon haa? Bukan ke SLR canon lg best?”

          “oi jang, tadi aku nampak awek artis cun putih melepak ngah gelak2 kat RC. Rugi ohh ko xde… kalo x, sempat la jugak snap2 pic ngan beliau.” Allah~ rossak…

          “woi woi wooiii!!! Meh laa dtg sini… amik gamba aku ngan balak aku nih… pasni ko upload kat fesbuk ek… pastu tag aku.” =.=’

          Abaikan dialog harian di atas. Sebaliknya, caknakan diri anda terhadap tajuk entri ini. Ha… korang dapat agak tak ‘niat’ apa yang aku nak bicarakan kali ni? Ya, tepat sekali telahan korang; niat berfotografi.

          Marcapada, realiti minat muda-mudi terhadap bidang fotografi semakin bercambah. Ala-ala cendawan tumbuh lepas hujan gitu… Izan, memang tidak hairanlah kalau korang gi midvalley, terlihat golongan remaja sedang sakan bergambar ketika bermain boling mahupun sedang enak lunch together kat foodcourt kat tingkat atas sekali tuh… *oh, aku pun pernah terlibat… =/

          Sesetengah pihak mentafsirkan hobi fotografi ini sebagai suatu manifestasi ukuran status dan budaya hidup seseorang. Ada jugak yang fikir, “alah, budak tu beli SLR mahal2 sebab nak menunjuk-nunjuk dan sebagai hiburan semata-mata”. Eh, tapi tidak semuanya begitu. Ada jugak manusia yang sanggup melabur ribuan ringgit untuk SLR kerana minatnya dalam kewartawanan dan jurnalis bebas. Tak kisah lah korang nak fikir dan taksir perilaku orang macam mana. Apa yang pasti, objektif berfotografi ada 1001 ragam.

          “aku suka fotografi sebab aku nak abadikan segala kenangan hidup dalam bentuk image. Kan ada pepatah English kata, ‘a picture tells a thousand words’”. Jawapan tipikal manusia kalau ditanya kenapa mereka menghambakan diri dalam dunia fotografi. Aku tak nafikannya. Bahkan, inilah merupakan sebab utama kamera dicpta pada lewat kurun ke-19.

          Bagi umat islam, perlu diingatkan bahawa setiap amal yang kita lakukan hendaklah bertunjangkan niat untuk mencari keredhaan Allah. Iaitu niat yang boleh taziid iman kita. Bukan niat yang sia-sia. Ada orang yang boleh tenggelam dalam kekhusyukan mengingati Penciptanya apabila dia melihat ayat-ayatNya pada kejadian alam semesta. Malang sekali, sedikit sahaja bilangan manusia yang menceburkan diri dalam dunia pengimejan kerana berkiblatkan niat yang betul. Oh~

          Baik, berbalik kepada dialog yang telah dinyatakan di atas. Pernah terlintas kat fikiran korang nak ungkapkan kata2 sedemikian? Atau korang pernah jadikannya sebagai pertuturan harian korang? Papehal pon, ingatlah kata2 nabi, seseorang itu tidak akan mencuri melainkan ketika imannya tidak sempurna (kalau salah betukan ye..). *sumpah entri yang aku taip ni kene kat batang idong sendiri… adesss~

          Kalau korang tanya apa objektif aku terlibat sama dalam dunia fotografi, aku jawab, “sebab aku minat ilmu falak”. Woha!!! Ok, sriyes aku xtipu. Bermula drpd jd johan dlm kuiz falak negeri Selangor masa f4, jd peserta symposium NITROS kebangsaan mase f5, follow aktiviti cerap dan etcetra2, minat aku terhadap fotografi muncul secara automatic.

          Point penting di sini, betulkan niat anda berfotografi. Kalau rasa dah jauh menyimpang tuh, anda masih belum terlambat untuk align balik niat anda. Waka waka eh eh =). Salam~

Thursday, October 14, 2010

Fakir vs miskin

“Negara basmi kemiskinan!!!”
“Kemiskinan sifar!!!”
“ke arah negara berpendapatan tinggi!!!”

          Suatu hari, aku dekati seorang budak comel di sekolah rendah agama adik aku lalu kutanya beliau, “adik, adik suka tak bagi sedekah kepada orang miskin?”

          “eh, mestilah. Kan nabi galakkan umatnya berbuat begitu. Lagipun dapat pahala…”. Wah, ‘pandainya adik nie…,’ getus hatiku.

          “betul3~”

          Budak tadi tersenyum bangga. Puas dengan jawapan yang diberikan, barangkali. Lantas kuterus menyoalnya lagi, “adik bawak duit tak sekarang?”

          “ada. Ala… pasni adik nak beli aiskrim. Kenapa abang tanya?” kerut dahinya. Dia ingat aku nak pinjam duit dia kot…

          “alah, saje je tanye… adik ade berape ringgit sekarang?”

          “seringgit. Sekeping ni je adik ade…”

          “oklah. Ha… abang nak tanya ni…”

          “?” dia buat muka comel.

          “kot-kot laa kan, pasni adik terjumpe due orang makcik… sorang tu miskin, sorang lagi tu pulak fakir. Tapi adik ade sekeping seringgit aje… agak2, adik nak sedekah singgit tu kat sape?”

          Lama dia fikir baru dia jawab, “mestilah kat makcik yang fakir tuh…”

          “kenape?” kusoal terus.

          “ustazah kata, orang fakir ialah orang yang ada duit, tapi duit orang fakir tak lebih separuh pun daripada belanja diorang setiap hari. Kalau orang miskin pulak, diorang lagi kaya daripada orang fakir… adik baru je belajar dlm kelas tadi…”

          “fuyyoo… abang kasi 100 markah untuk adik. Sebab jawapan dik betul, hari ni, abang belanje makan aiskrim.”

          Pergh… lihat, budak sekolah rendah pun tahu bezakan antara fakir dan miskin. Budak hingusan kot… tapi, apa yang dikesali, pemerintah Negara tak tahu wehh!!! Apa yang orang atasan ni tahu; slogan2 yang telah dipropagandakan seperti di atas. Tidakkah mereka sedar, rasulullah s.a.w sendiri sering berdoa; ‘hidup miskin, mati pun miskin, dibangkitkan di padang mahsyar juga aku nak bersama-sama golongan masaakiin’.

          Bukan ke korang selalu baca pagi2 lepas subuh dalam ma’thurat (aku harap pemerintah Malaysia tahu laa ma’thurat tu ape kebende…); allahumma inni a’udzubika minal kufri wal FAQR. Haa… kan kan?!! Abes, kenape tidak dilaungkan ‘negara basmi kefakiran!!!’? Ade sorang ustaz tasawuf kat tempat aku kata; ‘walaupun ini hanyalah khilaf istilah, tapi perlu diingat, perbezaan mengistinbatkan istilah jugalah merupakan antara factor lainnya ijtihad ulama’.

*sekadar berkongsikan pendapat yang haq. Sebab, aku rasa, memang jadi tanggungjawab aku untuk spread the true words. Entri ini juga merupakan galakan kepada blogger yang lain untuk turut sama-sama menyahut seruan dakwah (hehs… bajet hape laa aku nih…). Kalau ustaz2 berjuang amar ma’ruf di medan masyarakat, kita yang student ni, faham2 aje laa kan tugas kita. 

Monday, October 11, 2010

Syabab musafir kasih


“Ayyuha al- syabab tawajjah ilal amam,
Nujahidu fi sabilirrahman~”

          Salamullah ‘alaik. Alhamdulillah, tamatlah sudah kubaca novel ini (seperti yang tertera pd tajuk entri) karya Fatimah Syarha. Ya, novel ini juga kupinjam daripada RC KYUEM; same goes to the previous novel review. Diterbitkan pada April 2008 (baru sekarang nak baca? =.=) oleh Telaga Biru, aku jangkakan kelainan padanya. Kenapa? Sebab… pertama, novelis yang tidak kurang hebatnya dan kedua, Telaga Biru bhai… cover novel pun udah gempak…

          Ramai orang tanya aku, “berapa markah kau kasi kat novel nih?”, “novel syabab ni jenis atau genre apa ek?”. Fiksyen mahupun bukan fiksyen? Tidak. Jawapan aku; novel ini berunsurkan KOMSAS. Baiklah, sila jangan tertanya-tanya mahupun gelak. Rasionalnya atas beberapa indicator. Antaranya, latar masa, tempat dan masyarakat tersangatlah variasi serta teknik plotnya yang agak cemerlang. (hehs.. poyo melebih bajet munsyi DBP ke ape… =).

          ‘Syabab’ bertemakan suka duka kehidupan di kampung dan bandar serta penghijrahan (lebih tepat; pencarian) identiti diri ke arah yang lebih baik. Plot pengenalan novel ini mungkin agak membosankan kerana ia agak deskriptif terhadap suasana kampung (peringatan; pembaca berlatarbelakangkan urban akan merasa sedikit blur akan situasi desa yang ingin disampaikan oleh penulis). Bagi aku yang kini berada di kolej, kengkadang adelaa jugak fikiran melayang mengimbas kembali pengalaman desa spt dikejar babi tunggal mengamuk kat gua musang, Kelantan, main jerat2 burung and etcetera2… oh, rindunye~

          “kasi je laa synopsis novel nih…”. Oh, tidak sekali-kali. Novel ini termasuk dlm kategori senarai-novel-perlu-baca aku. Jadi, aku akan berpegang pd prinsip ‘tidak membunuh semangat inkuiri kalian terhadap novel terbaek~’. Keh keh keh… pastu pastu, ade gak hamba Allah bertanya, “kau nmpak mcm pro aje kasi review novel2 nih… cuba cer aa sket camne klimaks cite nih…”. Oklahh, jujurnya, aku sendiri pun xdpt kenalpasti ‘part’ mana kemuncak ceritanya (sebab cerita dia mcm meleret2 mcm novel Bukit Kepong… hahah!!).

          Oh oh, sila baca yg ni… ‘Detik 15hb Mac menjengah. Kaki Syabab melangkah di KLIA seawal jam 4.30 pagi. Dia beratur panjang untuk proses pemeriksaan masuk atau check in. Orang kampung mengerumuninya, becok berceloteh. Pengunjung yang lain asyik memandang rombongan Kampung Pacat Lintah. Lain daripada yang lain. Riuh rendah. Bagaikan KLIA mereka yang punya.’

          Haha!!! Familiar gile kann? Aku suka ayat yang last tuh… tetibe teringat pulak kenangan ‘goodbye event’ kat bebudak Vanderbilt. Gile havoc. Jerit sana jerit sini, pesanan & nasihat juga xlupe diberi. Plus bebudak SAS bawak banner siap. Yang integomb pulak sakan camwhoring. Naseb je time tu cancel nyanyi lagu skolah (sebab perut penoh kowt tibai McD). Kalo x, silap2 suara pompuan yg kasi announcement kat airport tu pon boleh tenggelam… =)

          Wa khalasatul qaul, walakin novel ini agak berat (sebab ia bincangkan punca perselisihan mazhab, fiqah perbandingan dan falsafah jumud orang lama2), tapi aku galakkan; bacalah. Santai giler kowt laras nahunya… Ayuh terjah!!!

‘sesungguhnya orang2 yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya; “dalam keadaan bagaiman kamu ini?” mereka menjawab; “kami antara orang yang tertindas di negeri (makkah)”. Para malaikat berkata; “bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah ke bumi itu?” orang itu tempatnya di neraka jahannam, dan jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.’ –al-Nisa’, ayat 97.

Friday, October 8, 2010

First exam in KY

from left; kak irsyad, kak hazman, aku, eijas~

          Hurrah!! And at the instance the invigilator said, ‘your time is up. Please drop your pen’, the examination week is over. And it was my first exam in kyuem. =) my expected results? = er.. cant say much. Bad kowt. Reason? = unprepared. Lazed around. ‘sloth’ed enuff. =.=”

          And oh.. there are times I reminisced the exam ‘cheating’ techniques in my previous school. One of them; make full use of your calculator (A,B,C,D) =). Oh oh.. and also the finger signals.. hahah!! But here, in the verdant uplands, I am totally not expecting that the teachers were that strict. Like serious shett strict gile… Practising for real a-levels I guess. Heyy, lambat lagi kott… adesss la~

          “wey, bak aa sket campbells ngan kopi jantan kau… nk stay up nih…”

“weh korang sume!!! Lpas supper kat DM before korang study, Ingat!! target kita mlm ni (timang takraw) 100!!!”

Hahahh!!! Suke ati korang la nk senyum sorang2 ke, nk sebak sbb rindukan zaman skolah dulu2 ke, atau nk balik gi skolah skang gak, yg penting bende tu semua dah xde… let the past be the past. Yg ade skarang cume study sensorang, kiasu memanjang, otak dewasa bergebang-gebang (dah xde zmn kanak2…) dan 1001 ragam lahh.

Kat kolej, method of study for each student varies. Kalau zameer, study dgn lagu maher zain dan alunan ayat2 quran. Mangastream kat laptop ditoleh sekali-sekala, kan zam kan? Hazman lak… mcm biasalah, tensen belajar, brenti jap petik gitar kapok kuning beliau. Last skali, si irsyad, kalo nk study hilang ntah ke mana… tp dialah yg kuat skali study kowt… org kate ape? Kiasu? Ntah la…

Aku? Dah x memain cam dulu aa senang cer… kengkadang sumbat earphone layan dj def punk, outlandish. Headbanging aa sket2 sambil bace2 tuh… *adeh.. pe kejadah? Oh, who’s zameer, hazman and irsyad? Diorang chaletmates aku. Lupe lak aku blom prkenalkan kat korang.. eheh~

Ok, hazman is a sarawakian, mcm termizi, mat, nena, syeera and azida (ARGH.. rindu gile dorang!!!) . Irsyad pulak budak subang jaya; dekat ngan umah aku jek. Both Man and irsyad are private students (pelik aa gak, dlm bnyk2 kolej kat mlaysia, kyuem gak depa pilih… no idea). Then, si zameer. Bnyk aku tahu psl budak KOM nih… begitu juga dia… (sbb zam kuat stalk orang.. =.=). Scholar UEM, budak bangi, pandai gile nk mati, hafiz… pe lg eh? Haa!! Adik die kat skolah aku skarang… dak BUDI kot… hahah!! After2~

Alhamdulillah, kering jugak idea yg aku nk repekkan kat blog nih… eh, tunggu next entry… review novel lah pulakk~ =) *zameer, maaf aku xnak masukkan gambar ko.. woha!!