Pages

Sunday, October 9, 2016

Cara berjimat di IPTA


Kali ni aku nak berkongsi cara-cara untuk berjimat cermat di ipta melalui eksperimen yang aku buat selama seminggu. Sebenarnya, tips untuk berjimat adalah sangat universal - maka, segalanya bergantung kepada circumstances masing2 (sebagai contoh, keberadaan di ipts yang mahal atau menjadi pelajar di luar negara) dan kemahuan para pelajar itu sendiri.

Eksperimen selama seminggu ini aku lakukan sebaik saja aku diterima masuk ke Kolej Ibu Zain, UKM sebagai pelajar sarjana. Sebelum ni aku selalu dengar bahawa pelajar2 kita terpaksa ikat perut sehingga hanya mampu makan megi (abstract), justeru, aku cuba untuk berada di tempat mereka untuk mengetahui situasi sebenar (survey analysis).

Aku memulakan minggu aku dengan menerima wang RM100 daripada umi walaupun dah puas aku pujuk umi supaya jangan bagi (walhal happy je dpt duit hahah). RM50 terus aku guna untuk topup kad TnG untuk bayar tol, ktm dan bas rapid. So first day je dah tinggal RM50.

Yang kelakarnya, aku tertinggal berus gigi dan ubat gigi di rumah. Takkanlah nak pakai siwak je kan selama seminggu. Jadi terpaksalah aku keluar kejap ke Speedmart untuk membeli kehendak asasi tersebut. Tiba2 di Speedmart tu aku ternampak sekotak air mineral 1.5liter yang ada sedozen. "Berapa sekotak ni bang?" aku tanya. "6.90," jawabnya. Murahlah aku fikir. Tanpa membuang masa, aku beli sekotak air mineral campur air soya 3 kotak sebab time tu aku rasa dahaga nak mampus. Habis shopping, aku terus dinner di KDO (sebab makanan dia boleh tahan murah). Maka pada hari pertama, bajet aku dah tinggal RM26. Sobs3.

Hari kedua, aku breakfast dgn sepaket biskut oat. Ni mmg habit aku sejak dari overseas dulu lagi. Memang takde maknanya lah bersarapan dgn nasi kerabu kecuali kalau kau kerja menoreh getah atau sedang bercuti di Kelate. Kemudian aku lunch dgn classmates aku di luar di Bandar Baru Bangi. Aku tak berapa familiar sgt dgn Bangi, jadi aku selalu follow je naik kereta mereka. Aku lupa dah nama restorannya... D'Limau Nipis ke apa ntah yang depan PKNS Bangi tu? Makan di situ boleh tahan mahal tapi kalau sedap, aku spend je duit utk try jalan2 cari makan. Campur dgn dinner di kafe KIZ, hari kedua tu yakni hari Selasa: bajet aku dah tinggal RM13 huaaa T_T

RM13 je weh!

Sebelum tidur hari Selasa tu aku terpandang kotak air mineral yg aku beli di Speedmart, lepastu time tu aku teringat yg aku pernah nampak org jual air dan jajan di fakulti GSB. Tanpa membuang masa, aku ambil marker dan tulis besar2 di kotak tersebut 'RM2 sahaja sebotol. Sila masukkan duit ke dalam bekas biru ini. Terima kasih' dan aku letak kotak itu di lobi kolej aku. Nak bagi nampak air aku laku, aku keluarkan 2 botol dan aku bubuh beberapa keping duit seringgit dan wang syiling ke dlm bekas biru tu. Lol.

Untuk hari ketiga, aku breakfast dgn biskut mcm biasa (aku rasa faktor inilah yang buat aku slim kahkah) dan follow classmates makan di luar. Cuma kali ni ada member dari Iraq belanja kami makan. Jadi pengajarannya kalian kenalah berkawan dgn foreigner sbb foreigners ni berkocek tebal muahahhaa. Bila malam berlabuh, aku balik ke kolej, aku tengok botol air dalam kotak tu dah berkurangan. Laku juga, aku fikir. Aku fikir nak collect duit dlm bekas biru tu bila kesemua botol air dah habis dibeli. Jadi hari Rabu tu bajet aku dah tinggal RM8.

Keesokannya selepas subuh hari Khamis, aku tengok kotak air aku di lobi tu dah kosong! Laku keras! Aku pun ambillah segala hasil dan kosongkan meja lobi. Lepas aku kira-kira, aku cuma dpt RM15 drpd bekas biru tu. Sepatutnya aku dptlah RM20 sbb aku jual 10 botol air. Tapi aku mmg dah expect kekurangan ini akan berlaku sbb mungkin ada pelajar yg ambil botol air dulu dan nak bayar nanti tapi dah terlupa (atau mmg ada je yg nak curi huhu). Sudahnya aku halalkan aje lah. Alhamdulillah bajet aku naik sikit jadi RM23. Hari Khamis aku berpuasa jadi aku akan berbuka puasa di masjid UKM saja. Tapi sbb aku lapar jadi aku kena makan juga di kafe KIZ dan aku ada berbelanja sikit di Bangi tadi, maka bajet aku pada hari keempat iaitu hari Khamis sudah tinggal RM15.

Kebiasaannya aku tak beli pun air kalau lunch atau dinner (sbb aku mmg jenis minum air 20 minit lepas makan utk pencernaan makanan yang lebih efisyen lol), dan kebiasaannya aku akan minum drpd water dispenser yg ada di fakulti aku. Water dispenser tu bukan water cooler tau. Air water cooler tu tak berkhasiat, bak kata pengetua kolej aku lah.

Pada hari terakhir eksperimen yakni hari Jumaat, aku berbelanja utk makan tengahari secara ala kadar saja di kolej. Baki wang itu aku gunakan utk pulang ke rumah. Jadi, lepas tolak cukai GST, tol highway dan nilai petrol RON95, bajet yang aku bawa pulang ke rumah ialah RM3.

Drpd RM50 yg aku ada di permulaan minggu (RM50 utk TnG tu tak kira la sbb aku tak guna public transport sgt pun. Plus, bas UKM free je), aku berjaya membawa pulang baki dlm beberapa helai ringgit.

Final budget: RM3.

Kalau kita bundarkan nilai RM50 utk seminggu, maka secara kasarnya kita boleh kata bahawa pelajar IPT memerlukan RM200 lah sebulan. Mungkin lebih sikitlah sbb nak kena bayar yuran kelab, print tesis, beli tuala wanita (yg aku baru sedar mahal sbnrnya weh) dan sebagainya. Lebih kurang sama je masa aku hidup di Edinburgh dulu - aku spend dlm GBP200 jugak sebulan. Jadi aku tertanya-tanya, isu pelajar makan megi ni atas sbb mereka tak mampu nak ada bajet RM200 sebulan ke mcm mana? Kadang2 aku perhati yg duk makan megi tu boleh pulak berbelanja main futsal tiap2 hujung minggu? Boleh pulak subscribe mobile plan yg mahal2 sbb nak stream movie dan bergayut dgn aweks? Entahlah.

Macam aku dah cakaplah sebelum ni; kau bagilah tips survival sehingga buat jerat ayam hutan sekalipun, gaya hidup berjimat cermat ni bergantung pada keupayaan dan kemahuan diri sendiri juga sebenarnya. Kalau diri kita sendiri tak nak berhemat, alamatnya sia-sia sajalah nasihat ibarat mencurah air ke daun keladi.

Haaa kan dah dapat satu peribahasa free.

Last sekali aku tinggalkan kalian dgn satu persoalan yg aku rasa eloklah utk direnungi. Kalau dari zaman mahasiswa lagi kita dah tak dapat bertegas dgn perbelanjaan sendiri, rasa-rasa boleh tak kita berhemat bila dah kerja dah kahwin nanti? Yang bernasib malang dpt awek/isteri high maintenance tu, I bid you guys good luck. Haha.

Sekian.

Tuesday, May 17, 2016

#DAISUKI15 pt.3

[Sebuah penulisan yang tertangguh. Terbahagi kepada 5 tema/slot. Search #DAISUKI15 di twitter dan facebook untuk membaca segala input yang dikongsi oleh para peserta, okay?]

"There is exception to everything," merupakan frasa kegemaran Ustaz Ridha. Ada juga kelompok Yahudi Ortodoks yang lantang membantah polisi luar Israel dan ada juga Yahudi yang mesra dan masuk Islam. Tapi kita sebagai orang Islam haruslah sentiasa berwaspada dengan orang Yahudi ini kerana sikap mereka yang bobrok itu sudah terbukti malar hijau sejak zaman berzaman.

Diceritakan juga sejarah kejatuhan khilafah Turki Uthmaniyyah - melalui usaha Hertzl dan Ataturk yang terkeji itu - sebagai pengajaran tipu muslihat yang sering kali berulang pula di zaman moden ini. Kuncinya ialah pada sikap Yahudi itu. Jika kita ada sikap itu, kitalah Yahudi!

"Sikap inilah masalah kita!" tegas Ustaz Ridha. Entah kenapa, tiba2 ustaz mengambil contoh sifat orang Melayu yang cepat menuduh dan melabel 'liberal' kepada orang yang tak bersefahaman dengannya. Tetapi contoh yang ustaz beri itu benar - bahawa kita ini jarang sekali bersikap objektif terhadap sesuatu masalah/ilmu.

Sayidatina Aisyah meriwayatkan bahawa Baginda SAW tetap berpuasa walaupun belum mandi junub sesudah terbitnya fajar subuh. Manakala Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Baginda SAW bersabda tidak sah puasa bagi orang yang tidak mandi junub sebelum subuh. Dalam kitab fiqh, perbezaan ini dibahaskan, khilaf diraikan, dan tidak ada seorang pun ulama' fiqh yang memburuk-burukkan peribadi antara kedua-dua sumber hadis tadi, justeru, memanifestasikan keobjektifan mereka dalam mengangkat nilai ilmu. Kita? Personal assassination teghuih la gamoknye.

Banyak strategi komunikasi dan politik yang dikongsi oleh ustaz sepanjang program Daisuki. Dan apabila ustaz ada menyatakan bahawa kegemilangan Islam akan kembali bersinar, aku tertanya-tanya, apakah Islam akan kembali gemilang dalam sistem pemerintahan demokrasi terpimpin? Apakah acuan ini yang paling mantap? Jika ya, apakah peluang dan saluran yang boleh kita semua ceburi untuk turut sama menjadi pendokong kepada kebangkitan agama kita ini?

Segala persoalan ini aku serahkan kepada kalian untuk direnung.

Monday, February 22, 2016

#DAISUKI15 pt. 2

[Sebuah penulisan yang tertangguh. Terbahagi kepada 5 tema/slot. Search #DAISUKI15 di twitter dan facebook untuk membaca segala input yang dikongsi oleh para peserta, okay?]


Selain daripada sahabat2 yang membantu perjalanan hijrah Baginda eg. Amir Fahiroh (yang memadamkan jejak kaki Baginda), Asma’, Abdullah Abu Bakar, Abdullah Uraiqit, ustaz Ridha juga memberikan contoh dugaan yang dialami oleh 3 orang sahabat semasa peristiwa hijrah, iaitu Abu Salamah, Suhaib Rumi dan Ayyash.

Abu Salamah mendapat tentangan daripada kedua-kedua ibu bapanya, lalu berhijrahlah beliau seorang diri. Suhaib pula, disebabkan beliau merupakan seorang hartawan, Suhaib ditegah berhijrah kerana ketiadaannya akan menyebabkan cukai Mekah berkurangan. Suhaib lalu memberikan kesemua hartanya dan berhijrah sehelai sepinggang. Sebaik tiba di Madinah, Ayyash mendapat makluman bahawa ibunya memprotes di Mekah dengan cara meletakkan dirinya di tengah panas. Ayyash berasa kasihan dan membuat keputusan untuk pulang semula ke Mekah. Malang buat dirinya, Ayyash ditangkap lalu disalib di sana. Begitulah antara kepelbagaian dugaan yang dialami oleh para sahabat semasa peristiwa hijrah.

“Berbaloi ke pengorbanan ni semua?” tanya ustaz. "Asma’ ditampar kerana tak menjawab apabila ditanya di mana ayahnya, pada waktu beliau mengandung.” Seperti biasa, apabila tiada siapa yang menjawab, ustaz sendiri yang menyambung, “because that’s how Islam goes.” Pengorbanan harus dilakukan kerana pintu syurga tidak ditaburi bunga dan dihampari permaidani merah sebaliknya dihiasi dengan cubaan dan ujian. Hanya yang istiqamah sahaja yang akan berjaya.

Zaman Baginda SAW ialah zaman penguasaan sesebuah negara melalui penjajahan dan pembunuhan sebagai pembuktian kekuatan sesebuah negara. Justeru tak benar sama sekali tuduhan yang dilemparkan oleh golongan orientalis bahawa Islam merupakan agama yang suka berperang. Baginda SAW datang dengan manhaj untuk menggalakkan hubungan diplomatik dan perbincangan sebelum peperangan. Walau bagaimanapun, Baginda tak mengharamkan peperangan secara mutlak kerana ia merupakan sistem semasa yang diamalkan seluruh dunia ketika itu.

Friday, February 12, 2016

#DAISUKI15 pt. 1

[Sebuah penulisan yang tertangguh. Terbahagi kepada 5 tema/slot. Search #DAISUKI15 di twitter dan facebook untuk membaca segala input yang dikongsi oleh para peserta, okay?]

[kredit: fb puisi]

Konspirasi di Darul Nadwah juga tidak banyak bezanya dengan konspirasi musuh agama yang berlaku pada masa ini. Penentang Islam di Barat (termasuk juga di negara kita Malaysia) begitu aktif menghebohkan IS sebagai pengganas. Walhal Islamic State maksudnya ialah negeri Islamik - sebuah konsep kenegaraan yang tak salah, malah perlu menjadi matlamat setiap gerakan islam di dunia. Manakala pengganas yang membunuh tanpa sifat kemanusiaan di Syria itu tak layak digelar IS. Mereka pengganas, dan pengganas sahajalah mereka itu.

Tegasnya, musuh-musuh islam tak akan pernah berehat daripada berkonspirasi untuk menjahanamkan islam.

Adapun sistem syura di Mekah pada zaman itu tidaklah jahiliah sangat. Ia bersistem, dan hampir menyerupai amalan demokrasi yang kita anuti pada zaman ini. Antara sistem yang ada persamaan dengan kita juga ialah autokrasi - menekan golongan hamba dan pertengahan - lalu Baginda Muhammad SAW datang mendekati golongan tertindas dengan penuh common sense ie. hak semua orang sama sahaja (human rights).

Syeikh Muhammad Al-Ghazali menyebut bahawa;
"berita dakwah Rasulullah (pada peringkat awal perkembangan secara rahsia di rumah al-arqam) telah pun sampai ke pengetahuan Quraisy, tetapi ianya tak dipedulikan sangat. Kemungkinan pihak Quraisy menyangka Muhammad ini salah seorang manusia yang kuat beragama, yang bercakap mengenai ketuhanan dan tugasnya, amalan seperti ini sama seperti amalan Umaiyah bin Abi al-Salt, Quis bin Saidah, Amru bin Nufail dan lain-lain. Walau macam mana sekalipun pihak Quraisy tetap mencurigai kesannya. Oleh itu mereka memerhati dari hari ke hari, perkembangan lanjut dan kesudahan dakwahnya ini."

Sehinggalah dakwah terang-terangan yang Baginda tawarkan di bukit Safa. Baginda ditentang kerana ianya bersifat revolusi; seruan menentang berhala dan menolak cara berfikir datuk moyang mereka.

[kredit: fb puisi]

Mesej utama slot ini ialah kepentingan menguasai emosi diri dan pasangan dalam hidup berkeluarga. Ustaz menyebut ‘kompetensi’ sebagai prasyarat penting bersuami dan beristeri, seperti yang dicontohkan oleh Siti Khadijah dalam menilai Baginda Muhammad SAW sebelum melamarnya. Lalu buku-buku psikologi seperti Men are from Mars, Women are from Venus dicadangkan sebagai bacaan asas untuk mengharmonikan rumah tangga.
 
Apabila Ustaz Ridha bertanya kepada peserta kenapa tak boleh polyandry, jawapan yang diberikan ialah ‘nanti tak tahu siapa bapa kepada anaknya’. Ada juga yang mengaitkannya dengan penyakit STDs. Kesemua jawapan yang diberikan oleh peserta-peserta ini benar tetapi teknologi moden mampu merungkaikan segala masalah ini lalu jawapan yang paling tepat ialah kerana Allah mengharamkannya. Ustaz Ridha kemudiannya membetulkan dan menegaskan worldview untuk melihat kerangka agama; bahawa bukti saintifik hanyalah sebagai alat untuk mengukuhkan keyakinan, bukan sebagai asbab utama hukuman agama itu diturunkan.


Anjuran berpoligami ialah urusan khilaf fiqh, dan ustaz cenderung utk berpendapat bahawa Islam menganjurkan monogami. Limitasi yang Islam beri kepada 4 org isteri sahaja merupakan suatu anjakan paradigma dalam sistem masyarakat jahiliyyah yang menjadikan perempuan sebagai barang dagangan.

Ambillah kisah Baginda dan Khadijah sebagai novel cinta yang teragung. Sirah itu jangan dimatikan, tapi hidupkanlah ia dalam hidup kita seharian (<- ayat="" font="" kot="" ustaz="">

Monday, February 1, 2016

Kecek 5: Hile


Kalu sek mung nok tau bakpo lamo hiatus, ambo sebenarnyo masuk spital haritu. Mengalami kecederaan berat di otok – writer’s block. Banyok bendo nok tulih tapi dokhau nok start nnulih lagumano.

Lalu antaro solusi bagi kecederaan serius ni adalah dgn menulih dale thinking language kito. Thinking language bagi ambo, tak lain tak bukei, ialah kelate. Justeru ambo dok hile lagi – hanyo nyawo nyawo ike.

Kali ni beraso nok beghoyak ceghito ttg arwoh moye ambo.

Namo sebenar dok ssoho, dan dikenali ramai sebagai Mek Aji Joh. Anok cucu cicit arwoh ramai. Kalu buat make2 bukok poso di rumoh mek, nescayo melimpoh ruoh anok beranok sapa ttanoh. Tu pun dok kiro hok tak kelik rayo klate lagi. Dan ambo cicit arwoh hok keduo paling tuo.

Mek Aji kuat beramal. Smaye poso dok tinggal sehinggo lah ke waktu arwoh uzur benar. Maso arwoh uzur, ramai anok cucu maghi nnawak tapi arwoh dok brapo nok ingat dok brapo nok dengar. Nok bangun duduk pun payoh. Di sebalik segalo keuzuran mek, mek tetaplah mulutnyo basoh nge zikir berbuat amal.

Bule poso tahun lepas, lebih terzahir kecintaan mek pado Allah robbuljalil. Bilo mek bangun pagi waktu dhuha, mek nanok nasik nge semaye subuh! Lalu masuk tidur semula. Bilo terbangun, dikerohnyo segalo anggota untuk amik wuduk dan semaye. Katonyo semaye subuh tapi hari nok gelap doh.

Begitulah mek. Asal bangun dari tidur, semaye baco quran meratib. Pah tidur semula. Waktu pagi pete sie male sudoh takdok makno dale kamus hidup mek. Hok difikirnyo hanyolah beramal ibadat, berkhidmat untuk suami mek.

Persoale untuk kito hok masih hidup hok masih mudo remajo ni – acu pikir lagumano ore tuo hok uzur buleh istiqomah sapa ke staro tuh? Teringat kito ke ceghito arwoh Nik Aziz sebelum kematian arwoh. Betapo selepas terbangun dari koma di spital Kota Bharu, perkaro pertamo hok arwoh tok guru mitok ialah mitok tulung khidmat amik wudhu dan semaye.

Ore-ore tuo uzur ni takdok nok pikir bendo lain doh - kalu buleh nok mati dale smaye.

Betapo istimewonyo mereko di mato Tuhe. Tidoklah serupo denge ore uzur lain hok kito napok hok kijonyo duk bleber duk ingat ke makei ke harto ssako sajo. Kito pohonlah pado Allah agar tidok nanar tidok lalai di hari tuo kito nanti amiinn.

Berbalik kepado persoale lagumano waliyullah ni buleh istiqamoh pah ke tuo (?), jawabnyo hanyo satu yakni kerano beramalnyo mereko di hari mudo. Acu fikir, kalu kito jenih smaye ikut dea tiko mudo, raso-raso buleh kow kito otometik beruboh di hari tuo? Jawabnyo tidok. Kito di hari tuo ni adaloh result kito di hari mudo. Ibarat kato pepatoh, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Apabilo mati, maghilah ore berderu-deru. Hok dekat maghi hok jauh di Jjohor pun pakat pecut keto kelik. Hok pepuan penuh atas rumoh, hok jate penuh di ttanoh sehinggo ke sebere tembok. Ado hok bbua nanyo kaba ‘lamo doh dok napok’, ado hok duk nnengu.

Sapa-sapa jah, terus ambo so family naik atas rumoh. Bau tawah semerbok. Sesekali bunyi ore triyok teresok-esok. Ambo selok tabir, lalu napoklah mek siap-siap doh nok bertemu Allah dale pakaye hok seadonyo putih bersih. Muko mek berseri-seri – ado nur ketenange hok terpancar dari wajoh mek – suatu tando suatu alamat bagi ore hok berfikir. Ambo pege tange mek, sejuk, disiumlah pipi mek dan di dahi. Berpeluh dahi mek basoh tando ore husnulkhotimah. Sebok begitu teraso, lalu dibacolah disedekoh surat yasin, denge harape ado pahalo dialir kepado arwoh.

Harape ambo untuk mek tengok isteri ambo pulok tidoklah kesampaye. Teringatlah pulok pese mek suatu maso dulu supayo dicari ore beragamo hok dekat2 jah. “Payoh mek nok bbese ore jauh,” seloro mek, dulu.

Dulu, mek lah penyatu anok beranok. Dengan sebab adanyo mek, kenallah kito ke moye sedaro, tok-tok sedaro, anok cucu alik moye sedaro, anok cucu alik tok sedaro, sehinggo ke biras bese. Besar keluargo kito, berkat solehnyo hidup mek. Loni tinggallah ayoh haji seore menjadi penyatu ratuse ribue anok beranok. Takdok ayoh haji pulok nati, entoh masih erat ke dok tali silaturahim kito nati.

Buat anok cucu cicit Mek Aji Ayoh Aji hok terbaco sedikit kisoh moye kito ni, maghilah muhasaboh;

1) hidup hanyolah persinggahe. Ore loni kato RnR. Sifatnyo fana’ dan smeta.

2) Selepas sedar hakikat hidup, berlumbo-lumbolah kito berbuat amal.

3)Seperti misalnyo hidup mek, didiklah zuriat kito denge agamo. Anok cucu kitolah hok jadi saham dunio akhirot, menjago maso tuo, mendoakan kito selepas mati.

Wallahualam.


Alfatihah.

Tuesday, November 24, 2015

HWU 2015 Graduation Speech


Chancellor, members of court, guests, colleagues, new graduates, 

At our university, no day has been more significant than our graduation day, and its nothing that we enjoy more than to celebrate the achievments of our students. 

You all know the phrase 'get the flags out'. Well i hope you noticed that we’ve done just that as you came out the avenue today, you should’ve seen the 3 of them; the saltire, the union flag, and the university flag bearing our code of arms. And we fly them in celebration of our graduation week. I’ll leave it to you to decide the order of priority.

(Gratulation address to doctorates and graduates)

(Brief history abt HWU and its founding fathers eg Leonard Horner and Robert Bryson)

(HWU vision, culture values, and current achievements)

History doesn’t record where the conversation took place (ie. between Horner and Bryson to set up a technical school in Edinburgh), but I always imagined it to go on in a new club in the middle of Edinburgh. And as the name suggest, it is in fact, very old. It is the sort of place where gentlemen and ladies of a certain age, thinks that there’s no problem more difficult in the world today that cannot be put right in a comfortable chair after dinner.

For most of you, all of you, today marks an important milestone and a start to a new journey. It’s a bit like the first day you showed up here - a new start a new phase in life. But it’s different. 

In university, there is a curriculum. There are core courses of study. In your next phase of life, there’re only elective courses of study. Pick the right ones. Don’t pick all the easy ones. The future awaits you. I’m sure you’ll all continue to make us all proud.

So my next bit of advice is; be alert to opportunity. And take action. Don’t limit your aspirations. Be ambitious. Go out. Amaze people. Impress people. Inspire people. Don’t be afraid to take that next big step. 

This is still pretty tough time, not least, economically. I’d like you to think of that, though, as opportunity. Challenge means change. Change means opportunity and many great enterprises have been born out of such challenge. 

The ultimate of you as individual is not how you get on one at a time. That’s easy. But how you get on in a challenging and difficult time.

There’s something about an occasion like this, particularly if you’re standing at the front wearing an outfit like mine in which give you such a compulsion to author advice. But i suspect I should be careful (as) I recalled a schoolboy essay which said that "Socrates was a wise Greek philosopher. He walked around giving advices to people. They poisoned him."

(Acknowledgement to students' families, staffs and supports)



Julian Jones,
Vice-Principal HWU.

Ahh terpromote insta sendiri.