[Sebuah penulisan yang tertangguh. Terbahagi kepada 5 tema/slot. Search #DAISUKI15 di twitter dan facebook untuk membaca segala input yang dikongsi oleh para peserta, okay?]
Selain daripada sahabat2 yang membantu perjalanan hijrah Baginda eg. Amir Fahiroh (yang memadamkan jejak kaki Baginda), Asma’, Abdullah Abu Bakar, Abdullah Uraiqit, ustaz Ridha juga memberikan contoh dugaan yang dialami oleh 3 orang sahabat semasa peristiwa hijrah, iaitu Abu Salamah, Suhaib Rumi dan Ayyash.
Abu Salamah mendapat tentangan daripada kedua-kedua ibu bapanya, lalu berhijrahlah beliau seorang diri. Suhaib pula, disebabkan beliau merupakan seorang hartawan, Suhaib ditegah berhijrah kerana ketiadaannya akan menyebabkan cukai Mekah berkurangan. Suhaib lalu memberikan kesemua hartanya dan berhijrah sehelai sepinggang. Sebaik tiba di Madinah, Ayyash mendapat makluman bahawa ibunya memprotes di Mekah dengan cara meletakkan dirinya di tengah panas. Ayyash berasa kasihan dan membuat keputusan untuk pulang semula ke Mekah. Malang buat dirinya, Ayyash ditangkap lalu disalib di sana. Begitulah antara kepelbagaian dugaan yang dialami oleh para sahabat semasa peristiwa hijrah.
“Berbaloi ke pengorbanan ni semua?” tanya ustaz. "Asma’ ditampar kerana tak menjawab apabila ditanya di mana ayahnya, pada waktu beliau mengandung.” Seperti biasa, apabila tiada siapa yang menjawab, ustaz sendiri yang menyambung, “because that’s how Islam goes.” Pengorbanan harus dilakukan kerana pintu syurga tidak ditaburi bunga dan dihampari permaidani merah sebaliknya dihiasi dengan cubaan dan ujian. Hanya yang istiqamah sahaja yang akan berjaya.
Zaman Baginda SAW ialah zaman penguasaan sesebuah negara melalui penjajahan dan pembunuhan sebagai pembuktian kekuatan sesebuah negara. Justeru tak benar sama sekali tuduhan yang dilemparkan oleh golongan orientalis bahawa Islam merupakan agama yang suka berperang. Baginda SAW datang dengan manhaj untuk menggalakkan hubungan diplomatik dan perbincangan sebelum peperangan. Walau bagaimanapun, Baginda tak mengharamkan peperangan secara mutlak kerana ia merupakan sistem semasa yang diamalkan seluruh dunia ketika itu.
1 comment:
Ok. This is worth reading. Thanks lot anjang! Keep posting.
Post a Comment