[Sebuah penulisan yang tertangguh. Terbahagi kepada 5 tema/slot. Search #DAISUKI15 di twitter dan facebook untuk membaca segala input yang dikongsi oleh para peserta, okay?]
[kredit: fb puisi]
Konspirasi di Darul Nadwah juga tidak banyak bezanya dengan konspirasi musuh agama yang berlaku pada masa ini. Penentang Islam di Barat (termasuk juga di negara kita Malaysia) begitu aktif menghebohkan IS sebagai pengganas. Walhal Islamic State maksudnya ialah negeri Islamik - sebuah konsep kenegaraan yang tak salah, malah perlu menjadi matlamat setiap gerakan islam di dunia. Manakala pengganas yang membunuh tanpa sifat kemanusiaan di Syria itu tak layak digelar IS. Mereka pengganas, dan pengganas sahajalah mereka itu.
Tegasnya, musuh-musuh islam tak akan pernah berehat daripada berkonspirasi untuk menjahanamkan islam.
Adapun sistem syura di Mekah pada zaman itu tidaklah jahiliah sangat. Ia bersistem, dan hampir menyerupai amalan demokrasi yang kita anuti pada zaman ini. Antara sistem yang ada persamaan dengan kita juga ialah autokrasi - menekan golongan hamba dan pertengahan - lalu Baginda Muhammad SAW datang mendekati golongan tertindas dengan penuh common sense ie. hak semua orang sama sahaja (human rights).
Syeikh Muhammad Al-Ghazali menyebut bahawa;
"berita dakwah Rasulullah (pada peringkat awal perkembangan secara rahsia di rumah al-arqam) telah pun sampai ke pengetahuan Quraisy, tetapi ianya tak dipedulikan sangat. Kemungkinan pihak Quraisy menyangka Muhammad ini salah seorang manusia yang kuat beragama, yang bercakap mengenai ketuhanan dan tugasnya, amalan seperti ini sama seperti amalan Umaiyah bin Abi al-Salt, Quis bin Saidah, Amru bin Nufail dan lain-lain. Walau macam mana sekalipun pihak Quraisy tetap mencurigai kesannya. Oleh itu mereka memerhati dari hari ke hari, perkembangan lanjut dan kesudahan dakwahnya ini."
Sehinggalah dakwah terang-terangan yang Baginda tawarkan di bukit Safa. Baginda ditentang kerana ianya bersifat revolusi; seruan menentang berhala dan menolak cara berfikir datuk moyang mereka.
[kredit: fb puisi]
Mesej utama slot ini ialah kepentingan menguasai emosi diri dan pasangan dalam hidup berkeluarga. Ustaz menyebut ‘kompetensi’ sebagai prasyarat penting bersuami dan beristeri, seperti yang dicontohkan oleh Siti Khadijah dalam menilai Baginda Muhammad SAW sebelum melamarnya. Lalu buku-buku psikologi seperti Men are from Mars, Women are from Venus dicadangkan sebagai bacaan asas untuk mengharmonikan rumah tangga.
Apabila Ustaz Ridha bertanya kepada peserta kenapa tak boleh polyandry, jawapan yang diberikan ialah ‘nanti tak tahu siapa bapa kepada anaknya’. Ada juga yang mengaitkannya dengan penyakit STDs. Kesemua jawapan yang diberikan oleh peserta-peserta ini benar tetapi teknologi moden mampu merungkaikan segala masalah ini lalu jawapan yang paling tepat ialah kerana Allah mengharamkannya. Ustaz Ridha kemudiannya membetulkan dan menegaskan worldview untuk melihat kerangka agama; bahawa bukti saintifik hanyalah sebagai alat untuk mengukuhkan keyakinan, bukan sebagai asbab utama hukuman agama itu diturunkan.
Anjuran berpoligami ialah urusan khilaf fiqh, dan ustaz cenderung utk berpendapat bahawa Islam menganjurkan monogami. Limitasi yang Islam beri kepada 4 org isteri sahaja merupakan suatu anjakan paradigma dalam sistem masyarakat jahiliyyah yang menjadikan perempuan sebagai barang dagangan.
Ambillah kisah Baginda dan Khadijah sebagai novel cinta yang teragung. Sirah itu jangan dimatikan, tapi hidupkanlah ia dalam hidup kita seharian (<- ayat="" font="" kot="" ustaz="">->
No comments:
Post a Comment