Seperti yang dijanjikan, aku akan buat review bersalin skim
FPP di Hospital Ampang secara ringkas, daripada perspektif seorang suami yang
baru menimang cahaya mata yang pertama. Hahaha.
Review ni aku akan pecahkan kepada 2 bahagian saja; 1) daftar
FPP, dan 2) hospitality dan kualiti servis. Kemudiannya aku akan beri rating di
penghujung esei. Details tentang FPP (full-paying patient) kalian boleh baca
terus daripada google (contoh: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/504899/skim-fpp-kurangkan-subsidi-perkhidmatan-kesihatan)
1) Daftar FPP
Call je nombor kaunter pesakit luar hospital Ampang – 03 42896083
untuk daftar sebagai pesakit FPP. Kalau takde buku pink macam kami pun takde
masalah, cuma nak kena set appointment siap2 dengan doctor pakar yang kalian
pilih. Nanti masa on the phone, pegawai kaunter akan bagitahu siapakah doctor pakar
yang ada untuk kes bersalin. Masa ni Hospital Ampang ada 3 doktor pakar FPP. Kami
pilih HOD O&G, Dr. Murali. Bos terus.
So bila nak call daftar FPP? Seawal yang boleh. Sebab
dengarnya queue dia panjang. Kami register masa wife pregnant 3 bulan.
On the first day of appointment, register FPP di kaunter
pesakit luar. Bawalah IC, dokumen2 medical check up dan cash secukupnya.
Bayaran masa ni less than RM200 kalau aku tak silap. Doctor pakar FPP akan
bertanyakan history ibu, scan baby, dan set tarikh untuk next appointment.
Cumanya wife aku masa tu bekerja di UK (so guna buku pink UK, tunjuk pada doctor
pakar), jadi pandai2 la adjust tarikh appointment seterusnya.
Deposit FPP berjumlah RM5,000.00 mesti dibayar sebelum masuk
wad. Bayar di kaunter bil di lobi hospital. Pakai kad kredit la senang, tapi
kena bayor sebelum pukul 4pm sebab mesin kad hospital dah tak function lepas
4pm hahaha sedih. Alkisahnya, kami kenalah cash out drpd ATM kat luar nu. Dah
bayor baru boleh dapat tag untuk masuk wad…
Hah urusan pendaftaran dia macam tu je. Mudah.
2) Hospitaliti dan kualiti servis
Pesakit FPP di hospital Ampang tak akan dijamin untuk dapat
bilik satu katil. Bergantung pada availability dan nasib masing2. Tapi saya
dengar biasanya pesakit FPP hosp Ampang insya-Allah akan dapat bilik special ni
la, macam kami. Alhamdulillah bilik luas gila. Siap dapat tandas sendiri. Dapat
solat berjemaah dengan isteri dalam bilik. Ada sofa tapi dah uzur dan dah jadi
safety hazard haha. Maka alkisahnya aku pun bawalah kerusi lipat yang boleh
buat baring tidur. Nak selimut lebih, minta kat nurse je (bilik dia sejuk nak
mampos).
Makanan kelas 1 hospital pun not bad. Macam dalam gambar
atas ni. Ada air panas dan air suam free dalam wad. Si suami kalau lapor wajib
try nasi lemak padu di kafe hospital waktu pagi, malamnya aku beli McDonalds
depan spital je.
Aside from visiting hours, pesakit boleh ditemani oleh hanya seorang peneman at all time.
Layanan nurse pun alhamdulillah okay. Taklah mewah macam di
hosp private, tapi memadai dan berbudi bahasa. Nurse layan isteri dengan baik
bukan sebab isteri aku doctor, tapi sebab kadang2 kami belanja breakfast
diorang dan suka buat berbual (dalam dialek Kelantan pula lol). Haha so kenalah
rasuah sikit. Pastu para suami jangan lupa pergi ikut nurse mandikan baby.
Belajar daripada mereka cara mandikan baby dengan betul. Nurse hosp gomen ni
tak akan ajar dan tak akan tukar pampers baby kome sbb depa pun busy. Jadi
rajin2lah bertanya, tengok tutorial youtube dan jadi suami mithali.
Kami dilawat dan dijenguk oleh doctor2 pakar e.g. O&G, anaest,
paeds, etc., tapi bukan selalu. Seingat aku Dr. Murali datang jenguk 3 kali je.
Dr Murali buat VE memang tak rasa sakit apa pun, menurut isteri. Ye lah, senior
consultant kan. Pastu HO memang tak masuk campur dan tak jenguk langsung (termasuklah
member aku si Shahzan yg bertugas HO kat situ haha).
Kami di wad selama 5 hari 4 malam beb. Total bil FPP ialah
dalam RM4200 (Caesar ops). Jadi baki deposit akan dipulangkan masa kalian check
out di kaunter bil. Sebelum turun ke kaunter bil, nurse minta settle a few
docs, beri buku bayi warna biru (untuk next check-ups di KK), dan kami dapat a
few freebies e.g. wet wipes, diapers, vouchers petpet.
Rating? Aku beri 9.5/10.
0.5 yang kurang tu sebab gerai makanan di Hospital Ampang tak
variety hahah. Kesimpulannya, proses daftar dan customer experience sebagai
(suami) kepada pesakit FPP Hospital Ampang adalah tiptop dan terbaik.
Insya-Allah lain kali boleh repeat, lol.
Ada orang kata, kalau berduit lebih baik terus ke hospital
swasta yang ada kelash macam Andorra. Tbh masa mula2 aku tahu isteri pregnant,
aku pun tempted untuk ke KPJ Ampang Puteri sebab lebih dekat dengan rumah
mentua. Tapi entahlah aku kurang yakin sikit dengan hospital swasta. Isteri aku
5 beradik doctor pun prefer pergi spital gomen.
Bila aku tahu ada skim FPP yang bertujuan untuk mengurangkan
subsidi gomen, lagilah menguatkan motivasi utk aku turut serta. Bil FPP mungkin
sikit kalau nak compare dengan servis spital swasta, tapi aku percaya setiap
sen yang aku sumbang utk FPP akan memberikan faedah dari segi cost-saving gomen,
dan faedah sen dalam bentuk lain kpd rakyat e.g. subsidi minyak, infra jalan kampung,
pasang smart meter, dsb.
Wallahu’alam. Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment