Hari kesebelas di tanah Inggeris, bumi Edinburgh dirahmati hujan sebasah-basahnya. Dari pagi sampai malam. Lalu setelah usai meneliti weather forecast, aku mencadangkan agar jaulah difokuskan pada aktiviti indoor sahaja.
Edinburgh selaku bandar yang diwartakan sebagai UNESCO heritage site menawarkan pelbagai jenis tarikan, terutamanya muzium-muzium dan aktiviti kebudayaan. (dah macam website kerajaan pulak dah gaya aku menulis ni heh) So, lepas membeli cekelat dan beras di Aldi, kami pun terus ke National Museum of Scotland.
3 jam jugaklah kami melepak dalam muzium tu. Memang best dan besar gila muzium ni. At least 3 kali ganda lagi besar daripada muzium negara kita aku rasa. Dan bagi aku jugak, muzium ni merupakan muzium ketiga yg paling best di UK ni, selepas London’s natural history museum dan science museum.
Even dah lebih 3 kali aku visit muzium ni pun, masih ada bahagian yg aku belum cover. Insya-Allah boleh khatam la kot sebelum aku grad nanti. Lalu menjelang petang, kami pun memenuhi tuntutan alam di mosque kitchen (tepi central mosque je). Ok laa nasi beriyani dia boleh tahan sedap.
Malam tu kami bergotong-royong buat gulai ayam dan blended mushroom soup. Mak oiiii dah lama gila tak makan gulai ayam umi sampai menangis-nangis aku makan. Ok over. Dan malam tu jugaklah umi menurunkan resepi2nya kepadaku. Tapi disebabkan memory retention aku super-lemah dan aku tak jot down apa yg diberitahu, so aku lupa sampai sekarang T_T
Keesokan paginya pula kami tawaf universitiku. Saja umi abah nak tengok tempat anak diorang belajar, haha. From library, aku bawak family around university buildings (yang tak lawa pun sebenarnya), pusing the loch (tasik) dan the lawn (garden uni). Banyak jugakla tempat utk release stress di uni aku ni. Penuh kehijauan (ehem) dan close to nature gitu.
Habis tawaf lebih kurang, kami lalu terus drive ke Livingston - outlet stores lebih kurang mcm Cheshire Oak. Otw to Livingston tu aku cakap lah agar perhati countryside di kiri kanan. Even dah banyak kali aku lalu jalan kampung ni, aku still tak puas tengok pemandangannya yang sangat tenang. Ladang gandum sejauh mata memandang. Kerbau dan biri-biri pula berlari-lari riang. Ehchop mana ada kerbau hahaha.
Nasib aku baik sebab kami tak berlama-lamaan pun di Livingston. Maka jaulah diteruskan dengan meneroka bandar Edinburgh. Kami park kereta berhampiran bus station, dan dari situ kami merinci setiap sudut bangunan lama sehinggalah ke Edinburgh uni. Sepanjang jalan, kami melalui the princes mall dan royal mile. Nak dekat maghrib kami pun singgah di central mosque untuk solat dan melepaskan lelah.
Pagi esoknya kami bangun dengan sarapan blended mushroom soup lagi, haha. Selepas sarapan, kami melawat Edinburgh Castle memandangkan cuaca sangat cerah dan panas. Dan secara tidak langsung juga aku dilantik menjadi tour guide tak bertauliah untuk menerangkan sejarah istana ini. Entah apa benda yang aku merepek pun aku tak ingat hadoiilah. Kemudian, kami melawat national scottish gallery dan berlibur sebentar di princes street garden. Tiba2 umi tanya, “umi raso umi nok belilah kain tola hok macei abe guno tu. Nok beli mmano?”
“Ooo kain tola hok macei kain basuh kreto tuh? Tu travel towel. Buleh nok beli kkeda sports direct kalu nok gak. Jom.” So aku pun bawaklah family ke St James yang berhampiran dengan Omni. Kami pulang ke rumah awal hari ni sebab nak kemas2 luggage. Pagi esok pun nak kena bangun awal untuk bersiap-siap ke Cambridge.
Lepas subuh kami terus shoot ke Cambridge melalui jalan pantai (which lalu Newcastle). Saja nak ambil angin North Sea kononnya. Sesampai je di Cambridge, kami terus minta kunci rumah from Graham (also from Airbnb). Sangat convenient sebab rumah dia tu within walking distance je from the city centre. Note: susah ok nak cari cheap accom around the city.
Petang tu kami buat tour dalam Trinity College. Fefeeling nak jadi budak pandai lah kononnya. Tapi feel tu tak pernah ada pun sebab sedar diri ni bangang kot? Hahahha. Then we tried trinity boat punting. Pricing dia ok la. £14 a boat selama sejam (tapi kena punt sendiri). Fuhhh susah gila wa cakap sama lu for a first timer. Dah melilau selama 15 minit dan dilanggar bot2 orang lain, barulah aku dan adik lelaki aku jumpa cara macam mana nak manoeuvre bot tu without actually thrusting the pole to the riverbed. I literally felt baju yg aku pakai tu terasa ketat selepas sejam punting sbb muscle2 semua naik haha. Boat punting hari2 ni memang tak payah pergi gym terus wa cakap.
Dah penat dan lapar, kami lalu terjumpa restoran Agora further down the road from the trinity college. We thought it was the only halal restaurant available in the city centre so we redah je despite the price. Ternyata sangkaan kami meleset. Rupa-rupanya ada banyak lagi kedai makan halal when we went to the Abu bakar assiddiq mosque, hadoiii.
Masjid di Cambridge ni sumpah meriah gila wa cakap lu. Dengan budak2nya main kejar2 dan orang tak putus2 datang. Setelah berbasa-basi dengan a few ahli kariah, the locals cakap bahawa mereka sangat kenal dengan seorang Malaysian bernama Fairuz sebab pernah jadi imam di masjid tu. Aku rasa a bit excited kot bila dengar ada Malaysian yg aktif melibatkan diri dlm gerak kerja masjid locals ni. Tapi sayangnya, orang-orang macam Fairuz dan arwah Mas Afzal dah lama tak kedengaran di bumi UK ni. Mereka orang Malaysia yang dikasihi masyarakat setempat kerana rajin turun padang memperbaik umat. Kita?
Sama-sama tepuk dada tanya selera. Dan petang tu, kami berselera di Carlos kebab sebelum pulang ke rumah Graham. Keesokan harinya, yakni hari terakhir family di tanah Inggeris, kami meluangkan masa pagi dengan berbasikal (curi basikal Graham) di sekeliling kawasan rumahnya. By tengahari, kami dah pun berada di Camden town, London.
Cuaca hari terakhir jaulah di Camden ni sangat panas dan cantik. Pelancong pun ramai gila. Di sini, kami membeli beberapa cenderahati untuk dibawa pulang seperti beg dan fridge magnets. Jalan-jalan cuci mata sikit, then kami terus shoot ke Heathrow to return the car. Rasa sebak jugaklah sending goodbyes to umi abah dan adik2 di Heathrow, tapi adik aku dengan muka stone nya rilek je cakap “selamat poso dan berayo lah abe di bumi england. Bye.”
Hampeh sungguh. Maka dengan ini berakhirlah family trip kami untuk summer 2014. Entah bilalah pulak nak ada masa utk buat family trip mcm ni lagi. So that’s basically all of what we did last summer. Eh. Tak tak. Lepas hantar family balik Malaysia, aku lepak for a few days in London then pusing Turki pulak. Lol lupa. Tapi cerita Turki aku cerita lain kali lah. Dah berjam aku menghadap laptop utk siapkan posting ni.
As for now, bye.
No comments:
Post a Comment