Sebelum kami ke Brighton pada pagi hari keempat, aku dan abah ditugaskan untuk ambil kereta sewa di Enfield, London. Agak jauh tempat amt vehicle rental ni, tapi sebab nak sewa murah punya pasal, abah aku kata bedal je. Plan asal nak sewa peugeot tepee (better mpg efficiency), tapi tak dpt sbb time tu amt ada merc vito je. In the mean time, umi dan the siblings main basikal around hyde park, pusing2 area royal albert hall dan mengejar itik-itik (?)
Lepas kami check-out dari rumah Analisa di Queensborough terrace, kami makan tengahari di Malaysia Hall dan kemudian terus vroom2 ke Brighton. Di Brighton, kami tinggal di rumah Vicky (also from Airbnb). Vicky and her husband are so nice they rent their whole house for us, including their cute and cuddly cats. Siap bagi pamphlet brighton tour dan panduan drive di bandar (sbb apparently only their citizens je yg tau brighton’s one-way system dan tempat parking yg murah).
Vicky's place. Super-recommended lah!
Usai beramah mesra dgn Vicky’s family, kami pun berjalanlah ke Brighton Pier. Takde apa2 benda yg special pun. Tourists pun tak ramai sangat sbb cuaca tak berapa memberangsangkan. Kedai2 fish n chips pun banyak yg tutup. Last2 kitorang makan kebab je for dinner haha. Daripada info yg brader kebab tu bagi, kami pun mencarilah medina mosque untuk solat jama’ maghrib isya. Jauh jugaklah jalan dlm 15 minit. Aku dah mula risau kalau2 umi abah sakit kaki, tapi aku agak relieved bila umi cakap “umi kalau boleh nok singgoh semuo masjid di bandar-bandar besar. apo2 hal keno cari jugok masjid…”
Dan memang tak sangka jugak sebenarnya, besar rupanya komuniti muslim di Brighton. Masjidnya juga luas dan sangat welcoming. Brothers kat situ pun sangat friendly - kami berborak macam2 hal jugaklah.
Pagi esoknya pada hari kelima, aku terbangun dan tersedar ada kucing tidur sebelah aku, lol. Jinak sungguh kucing 2 ekor ni. Lepas breakfast apa semua, kami pun menyambung pengembaraan kami di Brighton. Kereta kami park di Spring Garden, and from there we walked to the Brighton Dome, Royal Pavillion, Brighton Museum and Art Gallery. Subhanallah beautiful buildings and gardens. Umi dan adik2 perempuan aku tak habis2 ambil gambar bunga haha.
Then at midday, kami pun meneruskan jaulah kami ke Bath. Mula2 ada masalah sikit nak drive keluar dari Brighton sebab takde navigation (line Giffgaff kat sini tersangatlah hampeh). Tapi entah macam mana berkat doa orang musafir barangkali, cepat aje kami sampai ke simpang M25. Masa kat atas highway ni lah tiba2 abah kata nak singgah Stonehenge (sebab tempatnya memang dah otw ke Bath) walaupun metoffice cakap petang tu area tu akan hujan lebat.
And once again, berkat doa parents kot, sesampainya kami di Stonehenge, langit hok jo’ong bertukar jadi ceroh seceroh-cerohnye. Nopak-nopak kami kegembiraan. Bukey setakat lopak, beguling bating pulok depe batu stonehenge tuh lol. Puas hati sungguh bergambar masa ni. Stonehenge yg berlatar belakangkan langit biru dan rumput menghijau tu dah macam desktop background windows dah kami tengok. Pakkk lawa gila.
Nak dekat maghrib mcm tu, kami pun sampai di Bath. Robin (also from Airbnb) tunggu kami dari tengahari kot adehh kesian dia. Setelah bersembang lebih kurang dgn Robin, kami masuk tengok movie Inception kejap (rumah dia ada banyak dvd cerita best2!), pastu boom terus tidur. Penat.
Pada hari keenam jaulah, pagi tu aku decide untuk park kereta di Bath sports centre. Within walking distance lah sikit dengan city center. Dari situ kami ke Bath Abbey, Roman Bath, Bath Crescent dan Jane Austen Museum. Lama jugaklah aku nak pujuk umi masuk Bath Abbey, haha. Ye lah orang melayu kita mana biasa masuk church, kecuali budak2 FCR. Padahal bukan suruh murtad pun.
Aku tak tahu mcm mana aku boleh come out with this idea, but this is what i said anyway, “daley banyok2 church hok abe pernoh tengok, abe raso bath abbey ni lah church hok paling comey. rugilah kito mari jauh2 tapi tak kelih sendiri tak appreciate bilo ado peluang.” Aaaand I really mean it. There’s ostentatious manifestations everywhere in it, from the oblique ceilings to its vividly-decorated glass windows. That’s totally architecture-wise. I’m not gonna delve into pluralism or any of that sort in this blogpost. That’s an entirely different debate, anyway. Fuhhh.
Then petang tu kami solat jumaat di masjid Bath. Ada lah a few muka melayu tapi tak sangka pula boleh terjumpa Azam. Nasib baik ada Azam; sebab kami sedang tercari-cari kedai makan time tu lalu Azam suggest kami lunch buffet di Jimmy’s Spices. Ok lah sedap jugak makanannya. Definitely recommended.
Selesai lunch bersama-sama Azam, kami berjalan ke Putleney bridge. Bergambar mana sempat, lepas tu terus shoot ke Manchester via M4. Haha sumpah random. Plan-nya nak stay mana2 yg dekat dulu (eg. Bristol or Cardiff), tapi sebab dua pupu kami sudah melambai-lambai datang ke rumahnya di Manchester, kami terjah aje lah.
Keesokan harinya (hari ketujuh), lepas makan cekodok pisang as breakfast, kami ke Old Trafford. Duhh nak pergi mana lagi kan kat Manchester ni, haha. Honestly aku tak ingat ini kali keberapa aku visit Old Trafford. Countless times dah, tapi tak pernah pun tengok mana2 match bola di UK. Hmmm maybe I should try once before bfg nanti (kalau ada yg sudi temanlah). Kemudiannya kami ke Trafford Centre untuk cuci2 mata. Cuci matalah sangat. Last2 berejam duk dlm tu shopping apebenda ntah yg penting aku tak terlibat.
Usai lunch di Taiba (aku pun tak ingat dah berapa kali aku datang sini), kami pulang untuk solat dan rehat sepanjang petang. Malamnya kami keluar untuk try faluda (duhhh) dan chicken cottage (double duhhh). Jalan di sepanjang Rusholme pada malam tu sumpah bising. Bukan yg mabuk je, muslims alike pun turut pasang radio kereta kuat2, main hon2 dan sebagainya. Serabut mak, nak.
Ok lah episod seterusnya kami ke Liverpool.
Bersambung.
No comments:
Post a Comment