Pages

Friday, November 14, 2014

What we did last summer #3

Sebelum ke Liverpool, kami buat mushroom soup dan makan frozen pizza for breakfast di Manchester. Agak sedih sebab rasa mcm sekejap je dpt jumpa le cousin. Huhu.

Anyway, our first destination pada hari kelapan jaulah is Cheshire Oak. Haa ni macam tempat heaven lah utk kaki shopping. The most time-consuming place we went was kedai Clarks. Sumpaaaah lama gila lepak kat dalam Clarks. Nak dekat tengahari camtu kot baru keluar, with berbakul-bakul kasut perempuans la of course. Haha.

Then, we went to Anfield; abah’s favourite football team home ground. Tak buat stadium tour pun. Just ambil gambar di luar stadium dan tengok2 merchandise. Abah tak beli baju Liverpool pun sebab abah dah beli kat London haritu. So lepas pusing2 lebih kurang, kami terus ke Albert Dock - mengambil angin Liverpool yg bertiup sepoi2 bahasa dari estuari sungai Mersey. Lawa sungguh la area Albert Dock ni, tapi terasa agak ralat sebab tak berkesempatan untuk masuk The Beatles Story dan Museum of Liverpool. Jadi Insya-Allah kena pergi lagi sekali ni.

YNWA!

Kemudiannya petang itu kami solat di Masjid Al-Rahma dan makan di area2 situ jugak. Setelah kenyang perut kenyang jiwa, kami pun terus shoot ke Lake District. Jauh jugaklah drive. Tapi penat jalan jauh agak berbayar apabila kami dah masuk area Keswick. Subhanallah pemandangan alam di kiri kanan jalan memang sangat cantikkkk. Umi pulak tak habis2 “eh abe miri la yaya cepat ambil gambarrr!!!” hahaha. Signboard rusa pun bersepah tapi takde pulak nampak sebarang kelibat rusa hmmm. Nak dekat Isya mcm tu kami pun sampai di Lynton Lodge Studio.

Pada hari kesembilan (entahlah mcm dah lost track hari), kami berpagi-pagian di Derwent Water Marina. So nature i tell you. The view of the lakes from here is simply superb! Tapi kami tak sewa apa2 fasiliti marina pun (eg. kayak, bot) sebab pagi itu mcm sgt gloomy, mendung, hujan2 manja, dan sejuk. Jadi kami pun ambil keputusan utk tour Keswick city. Pagi tu kami park kereta di ‘Booth’ and from there, we walked to the Hope Park and then straight to the Derwent Water Lake.

At the Derwent Water Lake, there’s a walk path at the right side if you’re from the Hope Park. The walk path tu leads towards a small grassy hill full of sheeps! I can’t really explain with words of what we saw here. Lawa gila, dan dalam masa speechless tu, kami adik beradik berkejar-kejaran pula dgn biri-biri tu. Rasa mcm hilang segala stress as those thick black clouds subsided.

Abah; 'Ni lagumano ni nok selfie ni?' [dialog hanya rekaan]

Memandangkan hari semakin cerah, kami membuat keputusan untuk menaiki Keswick Cruise Launch. Sementara menunggu giliran cruise, aku sempat membeli beberapa keping roti dan mengalihkan kereta ke tengah bandar sikit (so takde la family kena jalan kaki all the way back to the Booth). The cruise lasted for about an hour; a very worthy one hour it was indeed. It had a few stops, so kalau ada yg nak turun and do a bit of hiking, one can do so and return with the same cruise using the same ticket.

Before we headed back to our studio, we bought a barbecue set (abah was so excited about this box set concept) and a lot of potatoes. There’s a few halal restaurants in the city, but they were like very posh and proper and super-expensive so we thought to ourselves ‘why not do a barbecue?’ Abah siap cakap, “bagus jugok ado instant barbecue set nih. takdok kat malaysia lagi… pehh konsep ni buleh bowok kelik buat bisnes."

Haha. Lepas rehat2 sekejap di studio, kami buat sikit evening stroll around Keswick town. Nasib baik studio dekat je so everything was like within walking distance je. Kami pergi ke Fitz Park dan menyusur di samping River Greta. Menjelang malam, kami pun pulang untuk makan nasi (lol perut melayu sangat) dan terus melelapkan mata.

Begitulah ceritanya di hari kesembilan. Plan asalnya adalah pergi melawat Conister Slate Mine. Tempat ni agak interesting sbb dia ada aktiviti panjat2 via ferrata! Tapi sebab tempatnya agak jauh dan aku rasa tak semua family members dapat appreciate geology, maka aku batalkan plan ini. Lain kali mungkin. The Falls pun tak hike lagi. So mcm definitely kena pergi Lake District semula!

Yes. Our studio's backyard. Boleh peluk biri-biri tu kalau nak.

Keesokan paginya kami menikmati keindahan alam dari studio kami. Ia menghadap ladang biri-biri serta berlatar belakangkan bukit2 di sekitar Lake District. Sempat juga aku berkenalan dgn seorang pasangan tua yang menyewa studio di belakang kami. Katanya pernah berkhidmat di Singapura sebagai seorang pegawai tentera semasa mula2 tanah melayu mencapai kemerdekaan. Aku agak terkejut. Badannya yg tegap dan cergas langsung tidak menggambarkan usia sebenarnya (I mean, you can do the math la with his age).

Selepas breakfast, kami berjalan kaki dari studio kami ke pencil museum. Best weh muzium pensel ni. Sangat berinformatif walaupun dari luarnya ia kelihatan seperti tadika kanak-kanak. Kemudian, kami terus bertolak ke Glasgow setelah membeli beberapa cenderahati di bandar Keswick.

Destinasi pertama kami di Glasgow ialah, tak lain tak bukan, pasar raya Bonnypack -.-! Mula-mulanya umi abah nak beli pinggan mangkuk Corelle je, tapi last2 segala mak nenek barang dapur termasuk teko teh pun dibeli. Tapi teko teh stainless steel tu memang lawa la hands down, haha. Kemudian, kami ke Glasgow Central Mosque untuk menunaikan solat. Masjid ni serius sangat besar dan best. Kami lalu dinner di Shereen Palace, Govanhill, selepas mendapat rekomendasi daripada Hudzaifah.

To be honest, aku tak tahu nak dibawa ke mana kalau nak berjalan di Glasgow. Orang Glasgow sendiri pun prefer berjalan di Edinburgh, haha. Akhirnya, kami ke Uni Strathclyde dan George Square. Abah kemudiannya rasa teringin untuk melawat Uni Glasgow (entahlah kenapa). Nak masuk waktu maghrib, kami pun terus shoot ke Broomhouse, Edinburgh. Home sweet home!

Di Edinburgh ni kena lama lah sikit. Sama mcm London, sebab sangat banyak pekara yg boleh dibuat dan tempat yg boleh dilawat. ‘Ala kulli hal, cukuplah sampai di sini dulu utk episod kali ni. Hari yang kesebelas dan seterusnya akan…

…bersambung.

2 comments:

Anonymous said...

Sedak terrrr jale Lake District! Apa nama studio yg awok sewa tu eh? Mace nk g etek ah...scenery dio superb! N teringin nok bawak baby g museum pencil tu..sounds nice!

nazrinafifi said...

Haha meme sedak kakloh. Studio tu buleh check ssining http://www.lyntonlodge.co.uk

Have a safe travel! =)