Pages

Thursday, December 30, 2010

Play-play 2: Futsal



        “hello.. haa kat mane tempatnya?”

          “sports planet subang grand.”

          “erk? Where da hall was that?”

Arakian, tanpa mandi, tanpa breakfast, dan tanpa wang saku, aku sahut la cabaran member aku si Izzuddin (UIA PJ) berentap berfutsal di tempat yang ntah-mana-aku-pun-tak-tahu. Setelah dijelaskan situasinya yang berhampiran kuil Hindu, over the highway and opposite the Summit USJ, at last dapat la kami menamatkan kebuntuan mencari arah.

Adoi~ ok jgn mengutuk apa2. Walaupun aku sudah memegang title 16 tahun jadi budak Subang Jaya, aku ni jarang keluar rumah. Ehem2. Payah kot nk cari jantan Melayu mcm aku zmn sekarang ni. Wuttherk? :D ekceli, what’s more important is to get keep in touch la with ur clique. Kdg2, gathering sebegini could mark an indicator on to what extent we, and our members, getting grown up and become an adult. Eceh~


oh this is my brotha.. tying his brand new nike...

Oh aku sungguh pathetic kalau bab main futsal ni. Sebab kalau aku main, kompem aku main kaki ayam punye lar.. aku perhati, remaja zmn millennium ini akan meng’ushar’ secara jengkel terhadap gaya ortodoks dan kekampungan yang aku zahirkan. Bagi mereka, nak main futsal, the rule is; “dey, go and get ur shoes la jackass~”.




Masalahnya, kalau bersarung mercurial-pink-harga-mau-cecah-ribu-ribu tapi tak tahu the art of the game buat apa..?! baik balik rumah buat bantal peluk lagi baguss!!! Dey, kau penah ke gelecek bola celah-celah kelapa sawit pakai selipar jepun? Tak. Kau penah ke meng’ole’ member kat tengah sawah lecah with ur barefoot? Tak. Maka, secara otometikelli anda tergolong dlm kelompok insan yg sgt urban dan trendy habisan. wahaaa....

Adeh… ter’emo’ pulak.. x mau ahh.. kang kasi bikin kedut2 aja kat muka wa.. ngeh3~

ha. itulah Izzuddin.. ex-MRSM KP

Sunday, December 26, 2010

Play-play 1: kazenku kak nuni

la.. pakai kilometrico je sain surat nih... eh? lalala~

          Kain jemuran dilipat-lipat, saya di sini sihat walafiat. heh... terasa ingin berpantun pula. si Nazrin ni, kalau berpantun mesti ada berita baik... khabar apa pula yang beliau hendak heboh-hebohkan ini ye? Bassyirna! bassyirna!! hehe... arakian, terselamatlah Kak Nuni, yakni kazen beliau, diijabkabulkan dan diboleh-gelar-makcikkan nun di kota Bharu. alhamdulillah~

          jadi, kali ini, saya bermain-main lagi bersama-sama 'alat al-taswir' (baca:kamera) sebagai inofficial photographer Kak Nuni. haha... saja cuba-cuba. makhluk bernama Nazrin ni memang suka mencuba-cuba pelbagai percubaan. eh. tapi tak nak serius pun... jadi, atas dasar copyright issue, saya lampirkan hanya sebahagian daripada hasil aktiviti 'play-play' saya. zaaassss~~



"yay yayy!!! saya ada... awak ada tak?" :P

*aduh... lupa nak edit gambar nih.. terasa huduh pula. :D

family kak nuni yang geng purple-pink tuh...


"bak mai laa cek nak usha... hang ni pon..." hihihi

umi... nanti abe nok sanding gini deh... wekkk!

*credits to ramzul and ramzi for giving me ideas for this play-play.
*woh sorry la guys.. ayam not in da mood to edit da picca...
*ramainye laa kazen2 dah and nak kahwin... tralala~ :P


Thursday, December 23, 2010

Cerita naik haji

                
                Assalamualaikum dan salam 1Dunia. Arakian, malam semalam my family and I ke Taman Melati visiting my pakcik’s family. Happy sungguh aku dibuatnya. Besides dapat bercewi-cewi keceriaan bersama-sama sepupu yg MasyaAllah-comel-sungguh-ciptaan-Kau, aku dapat mentekedarah segala spesies kurma, zaitun dan air zamzam. Fuhh.. best gitu... Pastu, haa!!! Dpt hadiah kopiah dengan jubah siap. Heaven gile… tapi aku pun pelik jugak kenapa family aku dilayan dengan sebegitu rupa... 0.o?

                then, Hadoi, baru aku ingat pakcik/makcik aku baru pulang dari tanah suci la… bile diorang start ber-storimori pasal cerita naik haji, barulah aku perasan akan rasional layanan baik yang kami terima. Eh. Jadi, disebabkan aku selalu enjoy menadah telinga bualan orang tua2, banyak jugak cerita2 dari sana yg boleh dibuat iktibar. Ye, sangat banyak. And, aku tak nak la memasukkan cerita2 tipikal dlm entri ini. Kali ni, cerita naik haji fresh dan segar dari ladang punya aku kasi kat korang. Eh.

                “Talak di tanah haram. Hok ni meme laaa tokleh blah. Nok royak critonyo, ado soghe pokcik tuo ni, ditakdirkan jupo denga bekah gewe dio. Kalu jupo nanyo kaba takpo lagi… ni dop. Pokcik ni pulop cako dok tubik hotel sebab nok gi dating denga bekah gewe dio. Dophau lah guano… oghe royak la dio gi jupo dating sokmo nyo… pahtu, kantoi! Lepah baloh mulut jate bini, ccera laa demo duo tuh.. haha, mmikir duo kali, naka jugop sep2 nih… hihihi”

Mak aih… mau tak bergegar arasy Allah… takutnye mak~

                “pahtu, ado bapuk hok, Alhamdulillah beruboh laa pranga lepah gi haji…”

                “biaso laa doa makbul.. dio doa depe kaabah kae?” tanyaku.

                “meme la dio do’o. tapi dio do’o lagu lain… hok tu hok peleknyoh… nok royak crito jugoknyo, jate lembut ni sep klate kito jugop ar.. dok dekat Kbmall jah. Dio oyak, sejak jjame dulu lagi dio kumpul duit nok gi haji denga duit operation nok tuka jantina… dio pon oyak la jugop hok dio ni do’o depe kaabah mitok denga Tuhe spayo dipermudahkan urusan nok jadi oghe ttino.”

                “erk? Pahtu, guano buleh bruboh jadi jate balik nyoh?”

                “tu la oghe kato kijo’e Tuhe. Kalu Tuhe kato kun, mako jadilah ia. Rahmat Allah tu luas kae… hok bapuk tuh do’o mitok bendo lain, Tuhe jadikan dio jate ori pulop.. syukur la…”


Heh.. maunye tak lawak.. drpd rambut panjang asyik berkemban berubah ke appearance yg jantan… hmmm… inilah cerita naik haji. Banyak je lagi cerita2 naik haji yg aku tadah… tapi cukuplah dua cerita naik haji yg aku paparkan kali ini (sumpah aku nak jadi pengacara majalah3.. hikhikhik).
                
Akhir kata, wassalam~

Friday, December 17, 2010

Antara 2 generasi

bro kau nak join aku hisap rokok tak?”
“hah? Hisap lagi…brape batang dah kau tibai hari ni?”
“ekele banyak bunyik arh kau… aku rase aku kurang ‘power’ la hari ni…”
* ’power’ di atas merujuk kpd kelincahan di atas court futsal ye…

          Tersirap sekejap darah aku bila dengar budak2 sekolah taraf hingusan berbicara sebegitu rupa. Habis luntur semangat aku nak main futsal pada petang tersebut. Tapi dialog ni semacam sudah jadi kebiasaan la dalam kalangan budak2 urban subang jaya ni. Entah apa nak jadi pun aku tak tahu… hadoih~

          Disebabkan dah lama tak lepak dengan budak2 nih, the bright side is that mereka makin power la main bola. Entah berapa ribu la duit habis beli kasut futsal branded yg kaler warna-warni tuh. Heh. Anak orang kaya, semua dapat. Fikiran diorang semua makin matang, Tapi… erghh… makin teruk pulak gejala sosial mereka. Arakian bersedihlah aku…

          Ada jugak niat di hati nak tarbiah bebudak nih… ala2 macam dalam novel Syabab Musafir Kasih karya Kak Ha. Alhamdulillah diorang respek, hormat,sekepala ngan aku, tapi… mampukah aku mendekati mereka? Takkan nak jadi aku yang dulu; main aci lempang2 aje… Arakian bersedihlah aku…

--------------------

            Cuti kali ni aku banyak follow mak aku hadiri kuliah2 muslimat di usj9. Sambutannya; alhamdulillah sangat menggalakkan. Kadang2 terdetik jugak bahawa beruntungnya para ibu yang tinggal di bandar berbanding di kampung. Bukan apa… cuma aku rasa aktiviti masjid untuk kaum wanita seolah-olah tidak kurang ‘hidup’ di kawasan luar bandar…

          Yang menyedihkan, peserta kuliah muslimat terdiri daripada golongan professional, atasan dan orang tua2 sahaja. Mak aku pun luahkan juga suara hati. Tiap2 hari kena mingle dengan datin2, dato’2, warga emas dan golongan yg tereducated. Kemana pulak golongan wanita muda? At least yg sebaya dengan mak aku pun… takkan tak boleh nak luangkan masa ke masjid hadiri kuliah?

          Kuperhatikan, kebanyakan member2 mak aku yang dulunya dahsyat, kini dah berubah. Daripada dulu tak bertudung rambut perang banggakan pangkat datin-ntah-kebenda-la dah berubah bertudung kini. Tu sebab aku kata biah islam di bandar kadang2 lebih baik drpd di kampung. Entahlah… pendapat korang?

P/s= aku rindu ustazah sekolah rendah agama aku dulu… uwaaa~ *series rindu.
 p/s= selepas ini, frekuensi entri untuk blog aku akan berkurangan... lalala~

Monday, December 13, 2010

tagged for the first time?


1. apa benda paling penting dalam hidup korang ?
iman? Benda jugak kan? Something yg aku xkan lepaskan…
J

2. benda terakhir yang korang beli dengan duit korang ?
nivea for men facial cleanser… hihihi 


3. dimanakah tempat korang akan langsung kan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti ?
kat rumah keluarga perempuan la kan kan? Tema ; kejap2 aku pi tanye mak aku… lalala~


4. adakah korang tengah bercinta sekarang ni ?
yes.. nk tau sape? Eh, itu tak termasuk dlm persoalan okeh… 


5. berapa lama korang akan mencintai kekasih korang ?
sampai jun 2012. 


6. dimanakah selalu jumpa kekasih korang ?
dlm kelas sir alderson & dant. Lagi… dlm chalet… haa!! Depan mata aku ni haa… 


7. novel/buku/majalah terakhir dibeli ?
novel; digital fortress, dan brown.
Buku; Palestine, syeikh yusuf alqardawi.
Majalah; solusi isu 26. 

8. apakah nama penuh korang ?
ooo.. selama ni ko xtau nama penuh aku eh? Fine aa~ 


9. antara mak dengan ayah, mana korang lebih mesra ?
Mak kot. Eh, ayah kot. Ape pulak… mak laa… tapi ayah pun.. fine, dua2 lahh… J

10. namakan orang yang korang betul² nak jumpa dalam hidup korang ?

namakan? B.I.N.I... sape laa yg bertuah jd isteri aku ek? Lalala~

11. adakah korang basuh baju korang sendiri ?
wey.. mesti laa.. hobi kot… 


12. dimanakah tempat yang korang betul² nak pergi ?
KLIA. Nanti 2012. amin~ 


13. pilih salah satu, peluk atau cium ?
ciumlah. Sebab bila cium mesti akan peluk erat2. ngaaa~ 


14. beritahu tiga benda pasal orang yang beri tag 
shikin hassan/gojes. Orang kata dia mulut bising, suke heboh sana sini. And ofkoslah, dia suke heboh pasal dia punya Taiping. Pasai ape aku tataw? *weh sori dear seniorita..

15. 5 benda yang paling disayangi dalam hidup anda 
hoho… anda silap orang. Aku tak sayang benda. Sebab aku tak materialistic. Tapi kalo nk list jugak… maybe Myvi, SLR Nikon, Nike shoes, Stellarium software, Alevel books… tehehee~

16. lagu yang paling anda suka dan selalu dengar ?
takde takde. Tak minat lagu…

17. bilakah tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas ?
Ok. Decipher this code. b/bc/aiib. Yg lepas sambut time kat plkn gopeng. Before that, kat sekolah, before before that pon kat skolah jugak, before before before that pon still kat sekolah jugak. Bile tataw the last time aku sambut skali ngan family… L

18. 5 rakan blogger yang anda nak tag a.k.a suspek² yang perlu dicari

xnak lahh.. penat kot maen tagging2 nih..


Thursday, December 9, 2010

Catatan MAHA 2010

300mm terbaik untuk tugas ini.. :)

Selam ‘elaykum. Maaf sebab lama tak update blog. Sibuk study, barangkali. Eh. Btw, malas nak mengomel panjanglah dlm post kali ni. Cukuplah gambar menceritakan segala-galanya… ye dak? So, MAHA 2010 merupakan event MAHA kali ketiga yg pernah aku hadiri. Before this, in year 2006 and 2008, aku dan abah aku jadi pengunjung setia lahh.. and this time, aku pergi dua kali. Baru puass!! J

tandas stand-alone berjenama 'toi'.. kah3~

petani moden dan ahli ekonomi...

Kunjunganku kali kedua ditakdirkan terserempak dengan seorang petani moden, Akmaluddin aka Toy dan juga seorang ahli ekonomi, Sirvishahlee bersama-sama adiknya. Aku kagum jugak lah kat Toy sebab beliau banyak tahu menahu pasal ternakan kambing nih.. cerita itu la ini la.. membebel pasal projek integrasi ladang yang beliau ingin usahakan pada masa depan la.. fuhh.. tabik laa..

dahla besar gile..sihat walafiat pulak tuh...

dugong ni menyelam dalam ethanol...

Kali ni,aku tak banyak habiskan masa di kawasan ternakan,sebab tahun2 lepas aku dan abah aku dah puaskan gian di area tersebut. Dalam hall government agencies, bagi aku, booth terbaik jatuh kpd jabatan MARDI. Banyak sungguh informasi. Seperti biasa juga, LKIM memamerkan bangkai dugong yg terawet, penyu2, dan.. oh, kali ni tidak ada gamat emas. Huhu~

adik aku pun minat bela kambing. like abang, like adik lah kan...

reminds me of the cat for my capture-mark-release-recapture experiment in my previous school... hahah :)

Apa yg aku nak story mory here is the kepelbagaian ragam manusia yg hadir ke MAHA… ada aku berdialog dengan seorang brother di booth BERNAS (alaa yg beras tu la..)

“adik belajar di mana?”, soal brother tu sambil dia membetulkan electronic micrometer nk kasi demo kat aku.

“KYUEM”
“oh.. pakcik tahu kolej tu..”

“hehe..(whatt??first time kot org asing tahu kolej ni wujud!!!) eh, pakcik xpenat ke jage booth dari pagi sampai malam?”

“takde la 24 jam. Kami ada syif laa.. tapi penat jugak nk mengawasi semua barang2 pameran nih.. haih~”

“mcm ade yg tak kene je pakcik… hhmm?”

“laptop pakcik rege 4500 kene rembat dua hari lepas.. pastu 2 beras BARIO pulak kene sebat pagi tadi.. adeyh~”

“lahh… ramai jugak pencuri ye dlm kalangan pengunjung nih..”

“manusia mmg macam2 ragam dik…” J

menuju rumah negeri...

free hand-sanitizer given...               rumah negeri perak bentuk labu sayong

Terjah hall local companies pulak, aku tertarik dengan jualan cincin bertatahkan emas air mani gajah yg sudah dikeraskan. Whadda..? dlm banyak2 jenis batu kat dunia nih, benih menatang tu jugak jadi perhiasan… pelik2. sebentuk cincin saiz batu air mani gajah yg sederhana berharga RM3000 beb… setahu aku, sunnah pakai cincin ni diperbuat drpd perak dan bertatahkan batu2 biasa je..

daging kambing... sedapp!!

alat bantu panjat pokok kelapa secara mekanikal... terbaik!!  

buffer stock scheme agency

haa... ni buah2 nadir.selalunya orang2 tua aje yg tahu spesies2 nih...


yeahh.. ade jugak gamba aku... with baju biru tersebut



Saturday, December 4, 2010

Eid Korban Al-Maadhi





gallons of blessed blood filled the space... like3



nampaknya abah dah pancit.. take a break..



kami team merah (kelantan) woot2!!


*credits to my adik for these pics.their abang was sooo busy with the stuffs and dirt-smelting activities.
**sorry laa if the pics were typical enuff. the cam wasnt with me, so, brilliant photo ideas was unable to be adopted. gheeez~

Wednesday, December 1, 2010

Wildlife photography to Allah

mari kita panjat pokok... ^^

          Salam mahabbah… okeh!! Kali ni aku nak buat satu pengakuan berani mati. Aku nak kapel ngan minah rempit! Haha gile ape kau kasi deklarasi pakwe/makwe dlm blog. Aku memang cukup pantang lahh ngan makhluk2 yg penuhkan blognya dgn post jiwang/cintan-cintun. Rasa macam nak tembak ngan M-16, takpun baling dart banyak2 kat badan orang2 camnih pon ade gak. Sesape yg terase tu, Sila betulkan kembali tujuan anda menulis blog secara maya ye…

          Stret to da point, pengakuan cinta mati aku ialah aku suka panjat pokok!!! Eh, sebenarnya ni lebih kepada hobi lah… dulu2, pantang aje nampak pokok berdahan, memang terus kuberlari ke puncak pucuk la wa cakap sama lu. Actually pokok pinang ngan pokok kelapa pun aku boleh tawan, Cuma aku lebih ‘prefer’ pokok yg banyak dahan kot… sebab ‘ayat-ayat’ Allah lebih banyak pada pokok yang berdahan… =)

          Eh, ayat-ayat Allah?? Ha… terkaget tak? Macam ni… disebabkan masaku yg terluang di atas pokok lebih banyak drpd rakan-rakan sebayaku pada ketika itu, aku terjumpa terlampau banyak keindahan ciptaan Tuhan. Macam-macam sunnatullah telah kuteliti. Pengalaman pahit manis jatuh pokok sepanjang hobi ini dijalankan juga boleh tahan banyak. Kalau disenaraikan semua, korang boleh mati kebosanan kot… lalala~

          ‘Ala kulli hal, semakin meningkat dewasa, semakin kurang masaku diluangkan untuk panjat pokok demi mentadabburkan diri supaya lebih dekat dengan bukti2 kurniaanNya. Sungguh, aku merindukan aroma bau kayu pohon jambu gergasi di depan rumah lamaku. Kini, entah mampu atau tidak aku pecahkan rekod masa 15 saat untuk memanjat ke pucuk pohon. Lalu, terceburlah diri ini dalam bidang wildlife photography seperti yg tertera sebagai tajuk entri ini demi melepaskan secebis kerinduan.

          Haa!!! Jadi korang dah nampak ke belum? Sebab apa korang melibatkan diri dlm wildlife photography, bird photography, macro photography dan segala bagai istilah tu? Jawapan yg paling betul kepada persoalan ini yg kadang2 korang tak sedar atau terlepas pandang ialah; antum semua mahu kembali kepada sebuah fitrah. Iaitu fitrah mencari segala bukti kejadian alam yg boleh membuat kita percaya dan yakin bahawa kelak kita juga akan kembali ke pangkuanNya; Tuhan semesta alam.

          Mencari dan berdoa agar diperteguhkan iman dengan meminta Allah agar menunjukkan kekuasaanNya kepada kita adalah tidak salah. Even nabi ibrahim sendiri minta kepada Allah tunjukkan kejadian hidup dan mati. Cuba godek dlm surah albaqarah. Tapi pernah terdetik tak di minda kalian mengapa kaafiriin di seluruh dunia yg jadi famous wildlife photographers menjadi hamba kpd hobi ini? Bahkan, kebanyakan shot2 gempak dlm majalah national geographics merupakan hasil tangan golongan yahudi laknatullah. Heh… menimbulkan persoalan, bukan?

          Jadi, sebelum aku berundur, sukalah aku untuk membuat sedikit seruan. Cewah… kpd sesiapa yg memiliki 300mm or equivalent, manfaatkanlah lens korang baik2. jgn but skodeng orang pulak.. lalala~ dan kepada sesiapa yg suka panjat pokok, teruskanlah beristiqamah dgn hobi ‘best’ tersebut… waka waka eh eh. Sebab kebaikan hobi memanjat pokok tidak terkekang pd ‘al-aqlu salim fi jismi salim’ semata-mata… =)

Peace… blogged out.