Pages

Wednesday, September 29, 2010

Lelaki oh Syabab…

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami asadullah, saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki beriman mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.
Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-farouq, Zunnurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri saling bertingkah.

Kembalilah lelaki,
Pada kelelakianmu,
Rindulah lelaki dahulu,
Acuan madrasah Rasul.


Thursday, September 23, 2010

Nak menggatal sekejap, boleh?


          “Hoi… apesal aku tengok ko makin gedik gatal nk kawen je smenjak dua menjak nih? Sampai kat blog pon ko nak citer…”

          “hari raya punya pasallah… bukan takat open house, nge’koh (bhs klntn), ngelae (klntn jugak) yg aku pegi… kenduri kawen pon bnyk dol…”

          Ok dialog di atas cume sesedap oren je… the foremost point that I want to story mori here is = musim raya ialah waktu yg aku akan banyak mengelat drpd menjadi jong kako (sila lihat entri ini kalau x phm). Sebab apa? Kerana…

1. tetamu yg dtg xputus2… so, mknn cepat habis dan air basuh tangan cepat kering dan gelas yg sudah digunakan cepat bertambah. Alhasil, I’d to go to and fro from the kitchen more frequent than usual…

2. tetamu yg dtg bukan shj sep2 (golongan) berumur, malah ade jugak anak dara yg comel-budi-bahasa-pakej-siap dtg bertandang. Alahai bahaya sungguh kalau bertentang mata. Sebab apa bahaya? Ntah… berdoa ajelah agar diri ini tidak menjadi penyebab kurangnya iman orang 'sebelah sana', dan begitu jugak sebaliknya…

          Tp kan tp kan, org tua pun satu hal… entah penyakit apelah diorang suke suki perkenalkan anak masing2 secara detail. Kalo takat name pun kire oklah lg. Nk dijadikan cerita, pd pg 1 syawal, aku kene kutip gelas2 terpakai kat atas meja ruang tamu rumah mek. Kebetulan pulak time tu ade laa beberapa buah keluarga yg terdiri drpd beberapa gadis sunti dtg bertandang. Erghh… timing salah!!!

          “haa… nilah die anak sulung saya. Entah buat ape laa terperap kat dapur dari tadi…,” bicara umi aku bersama-sama seorang makcik smbil mengunjukkan jarinya kpd aku. Dgn muke tebal, aku teruskan aje le tugas aku. Masih selamat~

          “oh, rajinnye… yg ni pulak (sambil tunjukkan jari) anak sulung saya… insyaAllah dua tiga hari lg, flylah dia ke mesir, buat medic. Yang anak sulung awak pulak sekolah lg ke?” ujar makcik tu pulak. Ahh, sudahh~

          “tak… sekarang dia di KYUEM, buat A-level. Lpas A-level, insyaAllahlah dia ke UK…” umiii!!! Allah… bende ni pon nk gtaw ke..?? sekocoh-kocoh aku bergegas ke dapur dah, bile aku sedar ukht tadi dok pndang aku pelik… adesss~

          Tp kan tp kan, jgn pandang enteng kerjaya jong kako ni tau… sebab apa pulak? Sebab… org tua2 selalu ckp, “kalau nk dpt isteri solehah dan mencintai kau kerana agama semata-mata, selalulah makan makanan yg tersisa atau yg terlebih…” sebab tu lah, kami, jejaka2 kat rumah mek yg belum kahwin lagi nih, sering ambik kesempatan mengelakkan pembaziran makanan bila semua tetamu dah pulang… kan membazir itu amalan syaitoon… waka waka eh eh. =)

Sunday, September 19, 2010

What you did last…


Salam mahabbah… had just finished my blogwalking routine and found out that most of the bloggers were eager sharing their raya moments, food they ate, Ramadan retrospection and even, sighing for just getting rm6 as duit raya… eheh~ and well, its about time for me to share a few events which are also, a part of learning process (agree?) as we ages.

          Tukar bhs melayu lah pulak.. sbb aku org melayu, jd kenalah berbahasa baku. X gitu? Jd, ‘event’ pertama yg hndak dikongsikan di sini ialah = tidak semua orang islam (oh, yg lelaki dewasa lah…) berpuasa di bulan Ramadan. Bertempat di R&R PLUS otw ke simpang pulai, aku trserempak ngan pak arab berjalan ngan bini beliau. Ok memanglah tak semua org arab org islam,.. tapi aku nengok bini dia, lawa jee bertudung labuh sedangkan si pak arab ni selamba badak hippo je menikmati eskrem baskin robbins...

Ciss!!! Xde rase hormat lansun. Nseb bek aku xkenal die… kalolah beliau junior aku, dah lame aku amik tin biskut Jacobs, pastu kasi sedas kat kpale die, lalu ku henyak lutut tomoi nih kat ulu hati beliau, lantas kasi kilas siku sikit kat dagu, pastu !@#$ (xdpt ditafsir lah sbb ade unsur trlebih keganasan, hanye org yg dah lame kenal aku je dpt agak ape tindakan sterusnye… =)

Next event; kes bunuh, bakar dan buang. Apa kesudahan?? Eh eh dah keluar topic dah ni… xpe, biarlah pihak polis yg selesaikan polemik ini. Okeh okeh, cite sal nafsu pulak. Realitinya, nafsu persediaan raya spt baju and etcetera tidak seberapa menggila kalau nk dibandingkan ngan tahun lepas. Tahun ni pun aku cuma sebat t-shirt cheetah, bluetoms ngan selai jeans S.O je… Entah, aku pun xtahu knape… oh, ckp psl baju raya, ade satu hari tu aku kuar jln2 kat KB. Mydin, parkson, mpkb sume kami pusing. Agak pelik jugak pd tahun ni sbb berlakunya lambakan baju kurung berkain ‘jarang’ kat mlaysia nih… ape gune pakai kalo aurat nmpak jugak?! Haila.. bengong~

kemain khusyuk lagi na~

“mak… tukarla tv3.. nk tengok bullshit utama sifu & tongga..,” rengek seorang anak kecil kpd ibunya sewaktu menziarahi rumah tok sedare belah sape ntah…

Haaa!!! Tengok. Tengok. Budak kecik xskolah lg dah addicted to corrupted medias. Pegi ziarah rumah org patut tanye khabar org tue, dok bersimpuh diam2 seblah emak, tak pon, tibailah sehelai dua kuih raye yg disediakan… media prima pon satu hal, kalu kasi tazkirah syawal mahupun forum perdana memanjang pon kira ok lagi.. ini tidak,, disuapnya disogoknya masyarakat ngan filem2 memesongkan akidah cam cite hantu and gejala social rempit maksima impak dan segala bagai lah… =.=” oklah papai. ngantuk da mbebelnye...

Thursday, September 16, 2010

pics sahaja~

iftar jama'ie di rumah moyang... 

moyangku yg berdiri..


main bunga api lah!!



static le yaya...


ketupat-making le pulak...



di pagi raya...




candid!! xsemua ade dlm gmbar ni.. huhu~ *agak sedih

randomness; sepanjang raye le...

d pasir pekan...
d kubang kerian...
di pasir mas.. dtg rumah org, tngok sifu & tongga pulak.. haish.. =.=
d lubuk tapah.. sebelah pondok terkenal tuh..

Wednesday, September 15, 2010

Blissful Syawal…

Ikhlaskan hati pohon kemaafan leburlah dosa di tapak tangan lupakan segala silap dan salah… insan bersatu membina ummah…”

Assalamualaikum dan salam syawal. Happy belated aidilfitri diucapkan kpd blog tersayang. Ampun maaf dipinta sebab dah lama tak perbaharui entri2 engkau… lalala~

Alhamdulillah, ana selamat tiba di putra heights, subang jaya setelah berhari-hari beraya di Kelantan. Agak terkilan jugak sebenarnya sebab hajat tidak berkesampaian untuk bertemu sahabat2 yg ke timur tengah buat kali terakhir di KLIA. Apa boleh buat… flight airasia yg aku naiki terdelay ntah berapa minit.. ciss!! Xpalah, len kali boleh jumpa la naa~

Sbenaqnya, bnyk mende lg yg ak nk story. Muhasabah syawal… terjumpe secare xsengaje sedare mare yg selame ni kenal sbg member shj (sumpah kebetulan), suasana raye di UK klate.. dan mcm2 lg.. but, memandangkan mood xde + kepenatan capek banget, alhasil xterdaye lah beta mengerahkan kudrat mengupdate blog ini.. aiseyh~

Papehal pon, saya, Nazrin Afifi, hamba pacal yg hina, ingin memohon maaf kpd sesiapa shj yg mengenali diri ini kalau ade ter-over berleter, dan sebarang khilaf dalam hablum minannas kita… sekian~ eh eh cop cop, sebelum tu, patik nk kopipes sket sms2 yg patik terima scr bertalu2. *bukan apa… wat penoh je inbox enset aku. Nk delete, syg la pulak… so, ak abadikan kat blog ini ajolah…

‘Aslkm wrm kkwn ky, Selamat Hari Raya, maaf zhr n batin..Smga dizinknNya istiqamah amal2 d Ramadhan inshallah’ –anas pauzi

‘Be thankful for the simple things in life.. appreciate the fact that we are still here to celebrate this year’s raya. Cherish the lessons of Ramadan, n take them with us wherever we may go. Salam aidilfitri, straight from the heart..’ –sirvi

‘Ramadan hadir penuh barakah, penuh rahmat kurnia ar-rahman, hari lebaran kita berserah, penuh kemaafan dari insan. Selamat Hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.’ –wazien rumaizi

‘salam ‘alaikum. Minal aidiin wal faaiziin. Kullu ‘aam wa antum bikhair. Taqabalallahu minna wa minkum. Selamat hari raya ‘id al-fitr. Ana mohon maaf atas segala dosa yang berlaku dalam hablu minannas kita’ –hijaz

‘eid Mubarak ya akhi! Mogo convo madrasah Ramadan pd 1 syawal ini menjadi permulaan baru ke arah jannah ;D slmt hari raya maaf zahir batin!’ –khalil imran

‘pelita dipasang sebagai perhiasan, ketupat rendang menjadi santapan, selamat hari raya saya ucapkan, segala salah silap harap dimaafkan =)’ –fikri badrulhisham

‘Selamat hari raya. Maaf zahir, batin, dsb’ –luqman YT

‘salam! Selamat hari raya aidilfitri! Maaf zahir dan batin. Semoga ukhuwah kita berkekalan sehingga ke akhir hayat biidznillah. =)’ –shauqi soberi

‘Hi!! =) juz wanna wish u slmt hari raya, maaf zahir n buttin, may u enjoy dis raye like nvr b4, shabu cocaine n everythin ecstacy, dis were da very ingredient 4 a very splendid raye, but dun 4get me!! I’ll make it even more superb! Bubye! To all integombian, luv ya freaks!’ –syazrul syafiq @iron

‘Kita adalah sahabat sejati.. aku ketupat, kau rendangnya! Aku mercun, kau apinya! Aku kuih, kau penghiasnya! Aku dpt duit raye, kau pula PEMBERINYA =). Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. We still friends, how far we go, we still one!’ –daniel zikri

‘salam aidilfitri maaf zahir batin. Sory kalo ade trbwat slah, trbebel, terover reactin, trshashul, dll.. zero-zero taw. Don’t noti2 dis raye tau. Psnn ini dibawe khas drpd; afiq zharif hussin’

‘selamat hari raya pembuka sapa, maaf coz ucap awal pula, bukan excited atau teruja, Cuma dah agak nanti ‘line’ mesti buzy gila… mase tu makipun xguna, celcom maxis digi semuanya sama, sbg pengguna bijak, xyah tunggu hari raya bru nk ucap, ucap skrgpn boleh pe! Selamat hari raya maaf zahir dan batin, 2pun lau ade batin ekk.. 0-0 erk..’ –afiqah zamani

‘taqabalallah minna wa minkum. Ampun sgala slp slh. Thnx lot coz byk bntu ako taon y pnoh cbrn ni. Duet raye ako jgn lupe. Wink3 =)’ –ain amir

‘bunga cempaka harum kasturi, mekar sekuntum d tgh laman, saya menyusun sepuluh jari, salah dn slp harap dimaafkan. Tumbuh melur d tnh Kedah, bersilang kuini di tepian rokan, hari raya mengikat ukhuwah, salam aidilfitri saya ucapkan. EID MUBARAK!! =)’ –amir zulhaqeem

‘salam eidul fitri buat saudaraku. Semoga Allah merahmatimu sepanjang tahun.. kullu aamin wa antum bikhair!’ –hazman baharom

‘slmt hari rye, maaf zahir dan batin. Terutamenye batin.. hari raye hari mulia, mak zufar buat kuih, kalau buat open haus, sile le ajak ye’ –azim@meng

‘Jubair bin unfair r.a berkata; apabila pra shbt rasulullah saw brtemu ssma mereka pd hari raya, mreka saling mengucpkan; taqabbalallah minna wa minkum (moga2 allah menerima amalan kami & kamu) ibnu hajar, sheikh nasiruddin. Salam aidilfitri’ –izzati rahim

‘b4 aidil fitri dtg, b4 takbir bgema, b4 operator bz, b4 msg asyik pending, b4 kdt abis, ingin kuucapkan nminal aidil wal faaiziin. Mohon maaf dan salam lebaran.’ –ain

Sunday, September 12, 2010

Review buku yg xbest..



Baiklah, entri kali ini merupakan suatu amaran keras yg perlu diberi perhatian.. jgn beli novel ni sbb ia tdk best… ‘eh, kalo ko taw ia tdk best, camne ko bole khatam pulak?’ = “sebab aku nk kasi synopsis crite dlm blog…keh3~”

Ceriteranya bermula pd suatu pg yg agak bening di resource centre kolej. Arakian, mata aku tertancap pd sebuah buku berkulit kuning yg pd fikiran aku; design yg agak semmart.. masakan tidak, terbitan Telaga Biru bhai.. (at first glance, aku anggap ni novel islamik laa dsebabkan penerbit tu kan…). Lalu kupinjamnya dan terus kubawa pulang utk dibaca…


jgn beli novel ni sbb ia tdk best… oleh itu, aku nk membunuh semangat inkuiri kalian trhdp novel ini dgn memberikan plot ceritanya. Kusangkakan panas hingga ke petang, malangnya xsampai sejam aku bace pon aku dah taw novel ini agak hampagas… harharhar~ ok, synopsis ia spt berikut…

manal husna, pelajar Malaysia, melanjutkan pelajarannya ke Syria atas biasiswa FaMa (cors ape dye xgtaw). Disebabkan tarbiah di sana, husna clash ngan pakwe dye sbb kapel tu HARAM!!! Xsemena2, husna terserempak dgn utz. Saiful (kowt.. aku lupe dah name dye) and terus jatuh cinta first sight. Utz saiful pon same gak.. disebabkan utz ni thiqahla jugak, beliau gunakan medium bait muslim kat Damascus utk melamar si husna nih..

part cintan-cintun mainan hati dlm novel ini tersaaangat lah lama dan membosankan (sumpah laen gile ngan mesej yg hilal gune dlm novel beliau). Dipendekkan crite, akhirnya husna kawen la jugak ngan utz nih slepas beberapa konflik cinta tipikal… erghh!! Konklusinya, jgn beli novel ni sbb ia tdk best…

Dari sudut bahasa, larasnya sgt meleret2 dan acapkali menggunakan istilah yg sama. Plg bosan; terlampau DESKRIPTIF!!! Ya, kata2 adjektif yg lewah (ala2 novel LOTR) sumpah buat korang rase mengantuk gilos.. korang mesti igt aku ni bajet ke ape nk kondem system bahasa org lain kan.. novel sndiri pon blom buat lg… harharhar~ (maaf, saye berguru dgn munsyi bahasa DBP yee..) justeru, jgn beli novel ni sbb ia tdk best… *penggunaan ‘justeru’ dlm ayat aku td sbenarnya slh.. kalo xcaye bukak kamus dewan kaler merah, ok?

p/s= sesape yg dah beli tuh.. ade baiknya anda jual kpd kwn anda yg ‘jiwang’… bhai.. duit poket masuk kott.. lalala~ =) papehal pon, jgn beli novel ni sbb ia tdk best…

p/p/s= oh, buku di bawah ini dicadangkan oleh shbt aku di KYUEM.. sdg baca dan xtahu bile nk khatam… aku xnak review buku nih sbb tersgtlah best~ berbaloi-baloi weh… =) loike!!




Tuesday, September 7, 2010

~Iftar jama'ie~



Bersama-sama sanak saudara dan sahabat ibu bapa...
*p/s= open house hari raya akan diumumkan (kalau jadik aa..)




Bersama-sama rakan seperjuangan di putrajaya...
*p/s= RM 50 terbang bhai.. len kali carik aa sponsor weh..





kami mati kekenyangan... errghh...

Sunday, September 5, 2010

kebebasan~


“erti kemerdekaan yang sebenar bukanlah kerana tiada penjajahan ke atas tanah air kita, tetapi kerana kita bebas untuk menentukan hala tuju dan memandu tanah air sendiri”

Mafhum kata2 di atas sentiasa terngiang-ngiang dalam paleotak aku setiap kali tibanya bulan kemerdekaan pd setiap tahun. Rasanya belum terlambat lg utk aku buat entri psl kemerdekaan Negara kita yg ke-53, kan?

          Oklah, terus ke titik, aku sebenarnya terkagum akan kekobaran semangat warga Malaysia dlm menyambut perayaan ini. Masakan tidak, tanggal 31 ogos, tua dan muda tidak akan terlepas untuk keluar rumah, berarak dan melaungkan Allahuakbar!! Eh eh tak tak, merdeka!! (sambil tangan goyang2 kibarkan Jalur Gemilang). Patriotik sungguh mereka kan?

          Apabila kita merujuk kepada perkataan patriotic, sudah tentu otak kita akan terset bahawa mereka2 yg patriotic ini memiliki kesedaran utk mengekalkan kemerdekaan Negara mereka. Mcm mana mereka boleh ade kesedaran mcm nih? Sebab mereka tahu sejarah. Mereka ada ilmu. Mereka belajar sejarah kat sekolah mahupun dengar cerita2 drpd warga emas.

          Nk tahu org tu patriotic atau tidak, senang je… kau petikla mane2 manusia yg kau jumpe kat jalan TAR, KL, pastu kau tanye beliau, “bang, tahun ni kite sambut kemerdekaan yg keberapa ek?” lepas tu, abang tadi mulalah mencongak2; 2010-1957? “Err.. 53 kot..” reaksi korang? Mestila kagum, kan? At least die xpayah susah2 keluarkan kalkulator CASIO nak hitung angka… =.=

          Kalu rase berani, cubelah Tanya wakil rakyat yg tibe2 korang terserempak bersama bodyguard beliau kat tepi jalan, “Dato’, saye nk tanye ni… ape ek, name gerakan yg polis Malaya jalankan kat kwsn Ipoh mase communist occupation between years of… bla3..” “oh, itu operasi burung hantu… mase tu, Dato’ masih kecik… keadaan sgt genting dan menakutkan, sumpah aku xtipu. Oleh itu, kite kenelah sayang Negara kite ni, ok?”, jawabnya sambil menepuk-nepuk bahu korang. Mase tu, korang mungkin akan menggeleng-gelengkan kepala sebab jawapan yg diberikan salah, ade unsur tokok tambah. Ahh, biaselah orang politik…      

          Ilmu sejarah aku xdela gempak mane… tapi, boleh je aku jawab kalo korang tanye soklan mcm; kenape konflik antara Tunku Abdul Rahman dgn Dato’ Onn Jaafar disenyapkan drpd pengetahuan masyarakat ek? =)

          Sumbangan tenaga aku dlm menyambut bulan kemerdekaan? Xkan xde kot… kau kate kau patriotic… ape aku buat? Aku berdoa agar kebebasan ini terus kekal sehingga terbentuknya khilafah islamiyyah ‘ala minhaj nubuwwah dan mendidik adik2 akan peri pentingnya tahu sejarah… nk doa korang makbul senang je… suruhla sape2 bash korang ke ape ke… bile korang teraniaya, mustajablah doa korang… woha!