Pages

Friday, June 14, 2013

Teaser kepada cerita-cerita


3 bulan!!! Jeda masa yang paling lama blog dibiarkan berhabuk.

Jadi, apabila tiba2 nak mula karang dlm blog, ada rasa janggal yang amat. Gaya penulisan akan jadi cacamarba. Nak buat satu ayat pun akan difikir dalam2. 

Aku tak tahu nak mula cerita dari mana. Sebab memang banyak benda pun nak dikongsi. Tapi disimpan sahaja memori dan catatan dlm kepala serta buku nota. Tak terluah-luah ke alam maya sampailah sekarang. Aduhai.

So maybe here it goes…

'Mengejar aurora pada musim sejuk', 'Kembara Musa ibn Nusair dan Tariq Ziyad', 'Jelajah cinta rasul Habib Ali' dan 'Lens on Lands End' merupakan antara kisah-kisah yang ingin aku ceritakan (insya-Allah akan diusahakan), justeru, dinamakan jugalah tajuk posting ini, iaitu 'teaser kepada cerita-cerita'.

Barangkali cukuplah teaser buat masa ini, haha. 

So recently i've been facing a few near-death experiences. One of them is the messed-up ekzeng nightmare.

Others are being at the top of Hound Tor, Dartmoor (414m from sea-level je pun, tapi angin kuat gila. dslr aku terbang jauh ke tepi bila dibaling ke atas. laju gila anginnya), and standing at the edge of Land's End. 

Chop, ada lagi. Nak cakna isu2 di Malaysia pun aku punya near-death experience jugak. Antaranya, fenomena Bobo and vain Keekers (and saripah sakinah? lulz). Kalau suka-suka sekali-sekala tak apa la kot, tapi ini dah jadi budaya. Songsang betul.

Bab ekzeng pula aku tak nak ulas panjang. Sudahlah soalan luar alam, tak ada past years (sebab rombak silibus), papers cover 2 semesters, 4 papers berturut-turut in a week (selasa rabu khamis jumaat), tak ada reading week, percentage tinggi nak mati, bagi formula sheet yang salah, negative marking system, etcetera2.

Memang rendah gilalah markah yg aku bg utk module review and questionnaire. Harap2 uni aku di-downgrade. Student satisfaction tu zero dah kot. Oh oh, doakan juga kejayaanku. Super cuaks. =S

p/s; Sejak keluar sekolah, I'm at Sri Lanka, Arab Saudi, Brunei, Maghribi, Spain, Ireland. Now Petra and Giza pyramids sound interesting. =D


Tuesday, March 12, 2013

DST for dummies - in Malay =)


        Suatu ketika dahulu, sudah menjadi kelaziman bagi aku untuk menjawab pertanyaan orang tentang masa ketika di padang bola. Sekilas matahari di ufuk senja, biasanya sudah aku tahu masa yang tepat tanpa melihat jam tangan. Anyway, mana ada orang pakai jam masa main bola petang-petang. Rimas kot.

'Ala kulli hal, situasi ini sudah tak sama lagi seperti dahulu di tanah Inggeris. Sekilas matahari di langit sekalipun, masa tempatan langsung tak dapat dijangka. Lebih-lebih lagi ketika peralihan musim di mana Bumi pada waktu ini sedang beralih posisi dari kedudukan solstis kepada ekuinoks. Saban hari waktu solat berubah dalam julat minit yang agak besar.

Nah, kalau nak cakap waktu solat lagilah buat aku rasa rimas. Sebab kalau di Malaysia, biasanya perbezaan waktu solat di antara dua tempat yang jauhnya +-1 darjah longitud hanyalah 4 minit (contoh; kuala lumpur-kuantan). Bagi jarak yg serupa di tanah Inggeris, beza waktu solat adalah lebih besar!!! Ini belum kira beza mazhab lagi ni… hehs.

Antara kesan peralihan masa di tanah Inggeris ialah dapat meningkatkan tahap proaktif dan kesedaran orang2 Islam. Pernah terjadi pada tahun lepas, aku terperangkap dalam 'lab' dari sebelum masuk waktu zuhur sehingga masuk waktu asar. Ada muslim yang mengambil keputusan untuk menjama'kan zuhur dan asar, dan ada juga yang keluar 'lab' sebentar utk solat di 'walkway' seperti aku. Alaa benda common sense kot semua boleh fikir

Pernah ada orang tanya aku, "kat sana boleh nampak aurora tak?"

Dan biasanya aku akan jawab, "kat sini ada awan nano je…." Suasana panas bermentari dan langit cerah tanpa awan ialah perkara yg sgt jarang berlaku. Dlm seminggu mungkin berlaku sekali je kot. Sejujurnya aku agak stres dengan keadaan seperti ini. Sudahlah masa awal tahun baru-baru ni aku terlepas Quadrantids meteor shower, nampak gayanya kali ni aku akan terlepas komet PanSTARRS juga kot.

Senang cerita, agak sukar untuk aku meramal cuaca di sini. Semalam turun salji buat kali ketiga, walhal ni dah nak masuk tengah bulan tiga. Jadi, errr apa je yg best di tanah Inggeris? Cerap bintang =D. Kalau tiada awan nano pada waktu malam, alhamdulillah bintang2 jelas bertebaran di sini, sekalipun berada di kota London!!! 

London bukan macam Kay-El. Sudahlah banyak pencakar langit di KL, kemudian semua lampu limpah kalau boleh nak suluh langit macam di KLCC. Hakikatnya, UFO cuma turun di US je, kalau tengok movie2. Motif gila kan suluh langit? There are actually many other ways to present the art of lights, without compromising our younger generation to learn stars at night.

Baik, dalam blogpost kali ni, aku ingin berkongsi dengan kalian berkenaan 'Daylight Saving Time' secara mudah atau 'DST for dummies', dalam bahasa Melayu. DSTlah merupakan penyebab beza masa antara Malaysia dan tanah Inggeris berubah dari 8 jam kepada 7 jam, atau sebaliknya!! Jadi, bagi yang jenuh nak menjawab persoalan perubahan masa kepada sanak saudara di kampung, silalah share blogpost ni ya =)

--------------------------------------
[ditiru-tepek daripada webpage ni, di'google-translate'kan dan diedit bahasanya setakat yg termampu. Tu diaaa rosak habis bahasa. Mamposlah aku kalau umi tahu]


Daylight Saving Time - sering kali dirujuk sebagai "Waktu Musim Panas", "DST" atau "Waktu Penjimatan Siang" - merupakan cara bijak untuk memaksimumkan masa-masa cerah pada waktu siang dengan menetapkan masa satu jam ke hadapan pada hari-hari musim panas. Masa yang ditetapkan tadi akan dikembalikan semula pada musim luruh.

Penukaran jam ke belakang atau ke hadapan?
Jam bergerak ke hadapan (= kehilangan satu jam) pada musim bunga apabila DST bermula, dan jatuh kembali satu jam (= mendapat satu jam) apabila DST berakhir pada musim luruh. Bagi mengingati pergerakan jam yang betul, terdapat kata-kata yang mudah diingati: "musim bunga ke hadapan, musim luruh kembali" (spring forward, fall back).

Hemisfera Utara
Kebanyakan negara di kedudukan hemisfera utara mematuhi penggunaan DST. Di hemisfera utara, Waktu Penjimatan Siang bermula antara Mac-April sehingga September-November. Kemudiannya, masa piawai kembali digunakan antara September-November sehingga Mac-April.

Hemisfera Selatan
Manakala di hemisfera selatan, Waktu Penjimatan Siang bermula pada September-November sehingga Mac-April. Kemudian, masa piawai digunakan antara Mac-April sehingga September-November. 

Mengapa DST?
Kebanyakan negara menggunakan DST untuk memaksimumkan penggunaan waktu siang. Ramai orang percaya bahawa DST boleh dikaitkan dengan pengurangan kemalangan jalan raya dan kecederaan. Waktu siang yang ekstra dikatakan dapat memberi lebih banyak masa untuk bersosial kepada kanak-kanak dan boleh meningkatkan industri pelancongan (lebih masa aktiviti luar).

Selain itu, DST juga digunakan untuk menjimatkan tenaga dan mengurangkan cahaya tiruan yang diperlukan pada waktu malam - satu jam ditetapkan ke hadapan pada musim bunga, dan dikembalikan semula ke masa piawai pada musim luruh. Walau bagaimanapun, terdapat banyak kajian yang tidak bersetuju berkenaan penjimatan tenaga DST.

Agak sukar untuk meramalkan masa depan Daylight Saving Time. DST mungkin boleh berubah dari semasa ke semasa atas sebab sambutan, peristiwa khas atau kondisi semasa. Amerika Syarikat, Kanada dan beberapa negara lain telah melanjutkan DST pada tahun 2007; tarikh permulaan yang baru ialah pada hari Ahad kedua dalam bulan Mac (sebelum ini hari Ahad pertama dalam bulan April) sehingga hari Ahad pertama bulan November (sebelum ini hari Ahad terakhir dalam bulan Oktober).

Sejarah ringkas DST
Benjamin Franklin merupakan orang yang pertama yang mencanangkan idea Daylight Saving Time pada tahun 1784. Akan tetapi, DST moden tidak pernah dicadangkan sehingga pada tahun 1895, apabila seorang ahli entomologi dari New Zealand, George Vernon Hudson, membentangkan cadangan penjimatan siang sebanyak dua jam kepada Persatuan Falsafah Wellington.

Konsep DST terutamanya dikreditkan kepada seorang jurubina Inggeris, William Willett pada tahun 1905, apabila beliau membentangkan idea untuk memajukan jam dalam bulan-bulan musim panas. Cadangan beliau telah diterbitkan dua tahun kemudian dan diperkenalkan kepada House of Commons pada bulan Februari 1908. Rang Undang-Undang Penjimatan Siang yang pertama telah diperiksa oleh sebuah jawatankuasa tetapi ia tidak pernah dijadikan undang-undang. Semasa perang dunia pertama pada tahun 1916, DST telah diguna pakai dan dilaksanakan di beberapa negara Eropah yang pada mulanya menolak idea tersebut.

Apakah DST sentiasa satu jam mendahului masa piawai?
Marcapada, satu jam awal sering digunakan. Dalam sejarah DST, terdapat beberapa varian masa yang telah digunakan seperti pelarasan setengah (30 minit), pelarasan seganda (dua jam), dan pelarasan antara 20 dan 40 minit. Malah, pelarasan dua jam telah digunakan di beberapa negara pada tahun 1940-an.

Pelarasan setengah (30 minit) juga kadang-kadang digunakan di New Zealand pada separuh pertama abad ke-20. Selain itu, Lord Howe Island di Australia (UTC +10:30) mengikut jadual DST di mana jam berpindah 30 minit ke hadapan, iaitu UTC +11; Waktu Siang Timur Australia (Australian Eastern Daylight Time, AEDT) ketika DST.

Kadang-kadang, DST digunakan untuk tempoh yang lebih lama daripada musim panas seperti di Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II. Dari 3 Februari 1942 sehingga 30 September 1945, kebanyakan tempat di Amerika Syarikat menggunakan DST, dan waktu itu dipanggil "Masa Perang."


Thursday, February 28, 2013

Kecek 3; Abah

Assalamualaikum blako-blako. 

me and abah at sri lanka. lol random

Jadinyo, kali ni ambo braso nok nnulih pasa abah. Lamo doh dok nnulih ni.. nok dekat sebulae doh.. jadi bilo lamo dok nnulih, dio tibo2 jadi awkward srupo xdok idea nok nnulih begapo… huhu~ even though this might sounds weird and absurd, kalu nnulih dale mindset kecek klate, dio jadi mudoh. Tapi kalu nok nnulih dale mindset laras bahasa melayu tinggi or english, dio jadi payoh bedo'oh. Bekali malah hau… hoho.

Maso birthday abah baru ni, ambo update status di fb lah konon2 nok bajet sweet, wahahha. Tapi abah dok reply pom… abah sengih2 jah belae2 suko. Haha abah meme lagotu. tok kecek banyok mano… tapi bilo abah kkecek buwi nasihat, srumo keno denga mmolek tokleh lawe. Mace ado aura ala2 tok guru pondok gituh…. jadi ambo adik beradik menuro abah laa bekali jenih observant gitteww… hehe.

Observant abah ni dasat jugok laa bbena. Bilo abah maghi melawat tepak ambo blaja, sgalo struktur abah komen. Beam rendoh, tiae belok, seming lata lebih pasir, tile bodo…etc2. Tapi doh nok buak lagumano workmanship ky n integomb meme teruk srupo stadium teganu hok rutuh baruni, wahaha. Jadi jom ubah kerajaan! Lol tetiba saya cakak luar.

Hok beh pasal abah ni bilo kito bbual pasal bendo2 random, lawok jenako dio tok rajin takdok. Ado sokmo buoh dio nok melawok kkenak kokre, haha. Teringat ado skali haritu saing ambo, namo fikri osman denga abe dio farid maghi jjale drumoh ambo, abah tok begheti-gheti jinako. Denga tok guru ustaz2 pon abah belawok jugok. Kadae2 tu lepah ddenga di ssejid, soro abah hok kuat skali dok suko bbual denga ustak2 belae2 minum kopi denga jkk sejid.

Lepahtu abah ni 'man of resource' la jugok. Segalo susur galor anok branok, crito worih tok imae kapong, nnejar jar, jkk ore dacing, rumoh cikgu2 skoloh, srumo abah ingat. Abah penoh crito zamae dio kecik2 mulo abah beso naik ssikal nok sapa ttupak (baca: tumpat, kelantan) sbb nok igak etok. Pahtu tu tok silap ambo abah ado tunjok so tepak ttaro klate denga alik sie; abah tunjok ko sbokoh batu. Tepak dio gi cari buoh getoh pon ado. Budok2 loni tok main doh buoh getoh. Demo ni main fifa13 ps4 xbox doh loni.

Well, he obviously had that personal attachment towards pasir mas or kelantan as a whole as he told his pastime tales, of which, one could not acquire those but only by having sharing from the old folks. Blerghhh kecek omputis doh. Ni hok sebok dado ni bilo kkecek pasa kapong, ambo doh laa di perantauae huhu… Abah ambo dulu pom ngaji ssini jugok.. kalu kelih gamba abah maso mudo2 dulu meme perghh.. rambut afro body slim, haha kelasss gitu abah.

Ado skali tu maso skype, ambo royak laa hok ambo beli doh teket kelik summer tahun ni, hehe. Tahu abah reply gapo? abah royak, 'nok kelik kow tahun ni? toksoh kelik ahh gi jjale dulu…' Masa tu, sumpah muka aku mcm ni --> (-.-!). Abah crito maso dio mudo2 dulu elaun tok banyok so abah kkijo kutip buoh topoh (ko kijo gapo dio doh hau) sbb nok gi jjale. Abah backpacking europe sapa rusia… x tahu lah abah nnawok ko dok… haha.

Bilo tringat ko abah maso ambo kecik2 mulo, raso lucu pun ado. Maso mulo2 masuk tadika, abah hok sokmo mmandi ko ambo. Bilo taim smaye jemooh drumoh, abah panggey 'budok2… maghi smaye nih…!!!' pastu berungga-ungga la ambo adik beradik amik air smaye. Bilo taim abah lapar, abah tanyo 'umi, children eat what?' lepahtu umi pon jawab 'haihh padahal abah hok lapar perut… gi tanyo pulok anok2 nok make gapo….'

Rindunyooo abah…, huhu~ Pakak do'o blako la deh semugo abah ambo sihat walapiat selamak dunio akhirat. 

Wednesday, January 30, 2013

#ukecPAN #mercytour

         In my previous visit to London, a Malay lady approached and asked me the location of the 'tukdin' restaurant; a place to eat delicious Malay dishes, well they say. Padahal aku bukan orang Lundang pun. And again, a few days ago, I was stopped by a Malay couple in front of the msd, asking direction to the nearest halal restaurant. I recommended them Taza at the Queensway. Dan banyak lagi kejadian seumpama ini berlaku ke atas diriku.

        It's as if muka aku macam kaunter pertanyaan tempat makan. Anyway, motif aku ke London baru-baru ini bukanlah sebagai jurutunjuk restoran, sebaliknya untuk meraikan program ukec dan mercy mission, iaitu Projek Amanat Negara (PAN) dan 'The death of the prophet - The life of his sunnah'. So, I attended PAN in the morning and the 'mercy tour' in the evening. Pagi pasal dunia, petang pasal nabi.

         The first session of PAN was about corporate stuffs with representatives from Boustead, Scomi and KPJ. Unfortunately, makcik sheikh a.k.a margaret thatcher versi malaysia from KPJ tak dpt dtg. I could not comment much about this session, sebab dia mcm dull je, haha. Dah nama pun korporat, apa beza dengan keparat?

         The second session talked about civil society and direct democracy, which was a thought-provoking one that owed a few of my tweets. Clare Brown stressed that direct democracy can only be achieved through freedom of speech, thought and media. The only thing that itched my thought is that freedom have limits, and it is not discussed to what extent freedom can fall into. You know, Malaysiakini can sometimes be a badass. It was at this point that I suddenly remembered an old saying of 'buang yg keruh ambil yg jernih'. Ingat, bukan saja-saja orang tua-tua cakap macam tu.

         Reading this, one might wonder what the limits are and of course it is none other than our moral values. Ours are not the same as we often relate it to the West. Oh, and Angela Yap is pretty, and I love it when she started her dialogue with a strong meaningful sentence. I am especially relieved for the session was soooo not BTN or of the 'listen let me speak' sort. ahhaha.

         I'd my lunch at the venue after forcing myself to listen Shebby Singh's session. Oh well, he was annoying as usual. Then, we're off to Kensington for the mercytour talk. Suddenly along the journey we found a Zara outlet at Oxford street and one cannot simply miss the sale it had to offer so i found myself in the outlet for about 15 minutes, by chance to bump into my Integomb junior Afiq Jalil who is studying in Russia… alhamdulillah.

         The mercytour talk was quite short, but it was the bomb. Pencerahan agung melimpah ruah ke dalam jiwa, mcm diorang yg baru balik drpd muhasabah kendiri mk. Syeikh Tawfique Chowdry said 'Abu Hurairah was sent to be the man who represented our prophet's sunnah. Everyone knows that. The sahabah were sent for their own significance. The question right now is what is your purpose of being sent here…?' 

         The moment Syeikh asked the question, I raised my head up from staring at my shoes into looking directly at his face. He was so serious in stressing the purpose of our life. The next question for me would be 'when will i gonna be serious about this?' I hope it's not 'later'.

         Syeikh said, quoting a poem by Allamah Iqbal (correct me if i'm wrong) "People who have purpose and direction, they are the qadr of Allah". Indirectly implying that those who do not have directions (bukan merujuk kepada directioners) are the ones who are being pushed to the left and to the right by the qadr. He then said "we choose what we want to be". Have I choose mine? T_T

         I might not being honest to myself at this stage because I think that there's a lot more to tell. And oh, nothing beats majlis fikir kyuem's intellectual discourse. Eh apahal tiba2, haha. Till then, bye assalamualaikum.

Thursday, January 3, 2013

RISE '12

Kepompong

Pesan seorang tua, "moleknyo gasing tu bilo dio mmutar tubik daripado tali."
(baca: kemolekan gasing itu akan terlihat apabila ia berputar keluar daripada talinya)

Kenyangnya singa hanya apabila ia keluar dari guanya,
jernihnya air hanya apabila ia mengalir,
dan terangnya Ibrahim apabila dia bertanya.

Kepompong itu,
Maknun di balik rimbunan,
Keras umpama batu,
dan kejap tersimpan.

Lama ia begitu,
Hikikomori katanya orang Nippon,
Walhal banyaklah bunga menantikan sang ratu,

Sang ratu yang tugas hakikinya;
Musafir debunga-debunga Tuhannya.

[RISE: Waddow Hall, Lancashire]


Berpuisi pula saya pada kali ini (walhal saya ke RISE, bukan PUISI =P). Baiklah, bagi memberikan sedikit kelainan, saya bermain dengan pengorangan (re: personifikasi) kepompong. Kebetulan pula ia sangat kena dengan diri saya selaku peserta Rehlah Insaniah Seluruh England (RISE) baru-baru ini =)

Pengisian RISE terbahagi kepada lima fasa yang dianalogikan dengan pokok. Fasa pertama- The Deep-rooted Tree- menekankan aspek akidah. Ibarat akar (yang tertanam di dalam tanah), akidah memainkan peranan penting untuk kesuburan pokok (yang terzahir). Maka, akidah sedia ada (born Muslim) tidak boleh hanya dipandang sebelah mata, sebaliknya perlu juga dipersoal agar tujuan hidup menjadi terang.

Fasa kedua- The Branch Out- pula berkaitan potensi dan personaliti diri. Melalui 'questionnaire' dan beberapa ujian interaksi mata, perawakan seseorang dapat dikenal pasti dan rupa-rupanya saya seorang yang reflektif dan 'visual constructor'! (though i don't think it is true and because of this reason i hated psychology, haha). Perlu juga diingat, potensi orang hanya akan terserlah apabila diuji dan diberikan tekanan. 

Cara seseorang melihat dan memberikan respons terhadap sesuatu masalah juga sangat penting kerana impaknya mempunyai 'domino-effect' terhadap kehidupan yang mendatang. Contoh mudah yang dapat diambil ialah masalah memilih jodoh. err… skip that part shall we?

Fasa ketiga pula ialah fotosintesis. Dalam fasa ini, kami bermain 'war game' (kot); yang pijak-pijak belon di kaki orang tu. Permainan ini seronok, tapi saya rasa macam saya tak dapat ibrahnya, hahaha!! Anyways, moving on to the…

…fourth phase; The sealed nectar (Raheeq almakhtoum). Ustaz Riduan bagi kuiz sirah mengejut dalam fasa ini. Rasa macam bodoh gila tak cakna isu umat sebab saya dapat 16 soalan sahaja yang betul daripada 20 soalan yang ditanya T_T. Sepanjang program berlangsung, Ustaz Syaari juga banyak mengupas kisah agung Sultan Mehmet. Justeru, input kejayaan Islam dahulu kala secara tidak langsung menjadi tepu dalam benak fikiran apatah lagi apabila ditembak hebat dengan cerita-cerita sahabat oleh Ustaz Riduan. 

Arakian, persoalan seterusnya yang timbul ialah signifikan cerita-cerita itu sendiri dalam hidup kita. Ya, semua orang boleh membaca sirah, tetapi berapa kerat sahaja yang tersedar untuk 'meletakkan' diri mereka dalam sirah tersebut? Sebagaimana Sultan Mehmet yang sentiasa meletakkan dirinya sebagai watak yang dijanjikan dalam hadis Nabi Muhammad SAW.

Fasa kelima pula berkenaan ekosistem pokok yang saling bergantung. Bunga memerlukan agen penyebaran seperti lebah dan sang ratu rama-rama untuk membiak. Jikalau tiada agen-agen ini, spesies pohon tersebut akan pupus, justeru, menyebabkan tiada ruang berteduh untuk sang lebah dan sang ratu. Lalu kesemuanya binasa.

Begitu juga halnya dengan adat rantai perjuangan dakwah. Maka bunga-bunga dakwah ini perlu ditablighkan oleh kita allazi la budda lana (yang tidak dapat tidak) perlu sentiasa berada dalam permusafiran kerana dunia hanyalah tempat persinggahan sementara. Berkelana pula harus secara amal jama'ie, kerana tersebutlah oleh orang tua-tua bahawa serigala itu gemar akan kambing yang leka seorang.

Yang tiba-tiba terasa diri mereka tu kambing seekor, maka janganlah pula dibiarkan diri melukut di tepi gantang. Begitu juga bagi yang terasa diri mereka tu sudah berada dalam gantang si penggembala, janganlah pula dibiarkan yang seekor itu terus seekor. =D

Ahh sudah… sekejap sang ratu, sekejap pokok, sekejap kambing… apa sebenarnya masalah kau ni duhai penulis? =.=

ps: saya dapat sebelas surat komen. komen yg paling 'best' ialah saya tak beramal dengan ilmu yg saya ada. TT_TT

Saturday, December 1, 2012

Ombak Rindu...

...ungkapannya mahsyur dek penangan sebuah novel karya Fauziah Ashari.
Salah seorang sahabat saya pula, seorang doktor, mengaitkan ungkapan ini dengan kerinduannya terhadap wave particle duality. ?
Kisahku; barangkali kerana seasonal affective disorder, maka perasaan rindu itu datang dan pergi seperti perihal sifatnya ombak. Rindu akan kawan lama.
Aku bukanlah ego, tapi serasanya rasa rindu itu memang tidak dapat diungkapkan...?
ia hanya terzahir dengan perlakuan kita menekan butang 'like' gambar2 di facebook.
Ahh, aku tak ingin bermain kata lagi.
Aku cuma rindu mereka. tsk tsk

menjelang spm, kegilaan makin berganda

menjelang pulang bermalam pula, kelas kami tiba2 bersih...

...tapi akan jadi kotor semula semasa prep malam dgn sepah makanan
muruku, choki2, kerepek, durian, asam

makmal tempat kami meraikan pelajaran baharu,

dan juga tempat kami meraikan pelajaran tamat (16/9/09)

kamar tempat kami berhibur dan berlepak

kamar juga tempat kami berkongsi ilmu dan makanan


betapa muka2 mereka sudah sangat berubah kini.

betapa kami sangat menghargai setiap input yg diberikan.
belum tengok lagi kalau ada sebiji kek. akan habis kami cedokkan dgn tangan

kenangan satu batch disumbat dlm satu makmal

kenangan tidur semasa cikgu mengajar

kenangan amali haji. fuhhh~

oh yg ini, saya tak pasti sama ada ia melanggar peraturan atau tak