Pesan seorang tua, "moleknyo gasing tu bilo dio mmutar tubik daripado tali."
(baca: kemolekan gasing itu akan terlihat apabila ia berputar keluar daripada talinya)
Kenyangnya singa hanya apabila ia keluar dari guanya,
jernihnya air hanya apabila ia mengalir,
dan terangnya Ibrahim apabila dia bertanya.
Kepompong itu,
Maknun di balik rimbunan,
Keras umpama batu,
dan kejap tersimpan.
Lama ia begitu,
Hikikomori katanya orang Nippon,
Walhal banyaklah bunga menantikan sang ratu,
Sang ratu yang tugas hakikinya;
Musafir debunga-debunga Tuhannya.
[RISE: Waddow Hall, Lancashire]
Berpuisi pula saya pada kali ini (walhal saya ke RISE, bukan PUISI =P). Baiklah, bagi memberikan sedikit kelainan, saya bermain dengan pengorangan (re: personifikasi) kepompong. Kebetulan pula ia sangat kena dengan diri saya selaku peserta Rehlah Insaniah Seluruh England (RISE) baru-baru ini =)
Pengisian RISE terbahagi kepada lima fasa yang dianalogikan dengan pokok. Fasa pertama- The Deep-rooted Tree- menekankan aspek akidah. Ibarat akar (yang tertanam di dalam tanah), akidah memainkan peranan penting untuk kesuburan pokok (yang terzahir). Maka, akidah sedia ada (born Muslim) tidak boleh hanya dipandang sebelah mata, sebaliknya perlu juga dipersoal agar tujuan hidup menjadi terang.
Fasa kedua- The Branch Out- pula berkaitan potensi dan personaliti diri. Melalui 'questionnaire' dan beberapa ujian interaksi mata, perawakan seseorang dapat dikenal pasti dan rupa-rupanya saya seorang yang reflektif dan 'visual constructor'! (though i don't think it is true and because of this reason i hated psychology, haha). Perlu juga diingat, potensi orang hanya akan terserlah apabila diuji dan diberikan tekanan.
Cara seseorang melihat dan memberikan respons terhadap sesuatu masalah juga sangat penting kerana impaknya mempunyai 'domino-effect' terhadap kehidupan yang mendatang. Contoh mudah yang dapat diambil ialah masalah memilih jodoh. err… skip that part shall we?
Fasa ketiga pula ialah fotosintesis. Dalam fasa ini, kami bermain 'war game' (kot); yang pijak-pijak belon di kaki orang tu. Permainan ini seronok, tapi saya rasa macam saya tak dapat ibrahnya, hahaha!! Anyways, moving on to the…
…fourth phase; The sealed nectar (Raheeq almakhtoum). Ustaz Riduan bagi kuiz sirah mengejut dalam fasa ini. Rasa macam bodoh gila tak cakna isu umat sebab saya dapat 16 soalan sahaja yang betul daripada 20 soalan yang ditanya T_T. Sepanjang program berlangsung, Ustaz Syaari juga banyak mengupas kisah agung Sultan Mehmet. Justeru, input kejayaan Islam dahulu kala secara tidak langsung menjadi tepu dalam benak fikiran apatah lagi apabila ditembak hebat dengan cerita-cerita sahabat oleh Ustaz Riduan.
Arakian, persoalan seterusnya yang timbul ialah signifikan cerita-cerita itu sendiri dalam hidup kita. Ya, semua orang boleh membaca sirah, tetapi berapa kerat sahaja yang tersedar untuk 'meletakkan' diri mereka dalam sirah tersebut? Sebagaimana Sultan Mehmet yang sentiasa meletakkan dirinya sebagai watak yang dijanjikan dalam hadis Nabi Muhammad SAW.
Fasa kelima pula berkenaan ekosistem pokok yang saling bergantung. Bunga memerlukan agen penyebaran seperti lebah dan sang ratu rama-rama untuk membiak. Jikalau tiada agen-agen ini, spesies pohon tersebut akan pupus, justeru, menyebabkan tiada ruang berteduh untuk sang lebah dan sang ratu. Lalu kesemuanya binasa.
Begitu juga halnya dengan adat rantai perjuangan dakwah. Maka bunga-bunga dakwah ini perlu ditablighkan oleh kita allazi la budda lana (yang tidak dapat tidak) perlu sentiasa berada dalam permusafiran kerana dunia hanyalah tempat persinggahan sementara. Berkelana pula harus secara amal jama'ie, kerana tersebutlah oleh orang tua-tua bahawa serigala itu gemar akan kambing yang leka seorang.
Yang tiba-tiba terasa diri mereka tu kambing seekor, maka janganlah pula dibiarkan diri melukut di tepi gantang. Begitu juga bagi yang terasa diri mereka tu sudah berada dalam gantang si penggembala, janganlah pula dibiarkan yang seekor itu terus seekor. =D
Ahh sudah… sekejap sang ratu, sekejap pokok, sekejap kambing… apa sebenarnya masalah kau ni duhai penulis? =.=
ps: saya dapat sebelas surat komen. komen yg paling 'best' ialah saya tak beramal dengan ilmu yg saya ada. TT_TT
No comments:
Post a Comment