Pages

Monday, December 13, 2010

tagged for the first time?


1. apa benda paling penting dalam hidup korang ?
iman? Benda jugak kan? Something yg aku xkan lepaskan…
J

2. benda terakhir yang korang beli dengan duit korang ?
nivea for men facial cleanser… hihihi 


3. dimanakah tempat korang akan langsung kan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti ?
kat rumah keluarga perempuan la kan kan? Tema ; kejap2 aku pi tanye mak aku… lalala~


4. adakah korang tengah bercinta sekarang ni ?
yes.. nk tau sape? Eh, itu tak termasuk dlm persoalan okeh… 


5. berapa lama korang akan mencintai kekasih korang ?
sampai jun 2012. 


6. dimanakah selalu jumpa kekasih korang ?
dlm kelas sir alderson & dant. Lagi… dlm chalet… haa!! Depan mata aku ni haa… 


7. novel/buku/majalah terakhir dibeli ?
novel; digital fortress, dan brown.
Buku; Palestine, syeikh yusuf alqardawi.
Majalah; solusi isu 26. 

8. apakah nama penuh korang ?
ooo.. selama ni ko xtau nama penuh aku eh? Fine aa~ 


9. antara mak dengan ayah, mana korang lebih mesra ?
Mak kot. Eh, ayah kot. Ape pulak… mak laa… tapi ayah pun.. fine, dua2 lahh… J

10. namakan orang yang korang betul² nak jumpa dalam hidup korang ?

namakan? B.I.N.I... sape laa yg bertuah jd isteri aku ek? Lalala~

11. adakah korang basuh baju korang sendiri ?
wey.. mesti laa.. hobi kot… 


12. dimanakah tempat yang korang betul² nak pergi ?
KLIA. Nanti 2012. amin~ 


13. pilih salah satu, peluk atau cium ?
ciumlah. Sebab bila cium mesti akan peluk erat2. ngaaa~ 


14. beritahu tiga benda pasal orang yang beri tag 
shikin hassan/gojes. Orang kata dia mulut bising, suke heboh sana sini. And ofkoslah, dia suke heboh pasal dia punya Taiping. Pasai ape aku tataw? *weh sori dear seniorita..

15. 5 benda yang paling disayangi dalam hidup anda 
hoho… anda silap orang. Aku tak sayang benda. Sebab aku tak materialistic. Tapi kalo nk list jugak… maybe Myvi, SLR Nikon, Nike shoes, Stellarium software, Alevel books… tehehee~

16. lagu yang paling anda suka dan selalu dengar ?
takde takde. Tak minat lagu…

17. bilakah tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas ?
Ok. Decipher this code. b/bc/aiib. Yg lepas sambut time kat plkn gopeng. Before that, kat sekolah, before before that pon kat skolah jugak, before before before that pon still kat sekolah jugak. Bile tataw the last time aku sambut skali ngan family… L

18. 5 rakan blogger yang anda nak tag a.k.a suspek² yang perlu dicari

xnak lahh.. penat kot maen tagging2 nih..


Thursday, December 9, 2010

Catatan MAHA 2010

300mm terbaik untuk tugas ini.. :)

Selam ‘elaykum. Maaf sebab lama tak update blog. Sibuk study, barangkali. Eh. Btw, malas nak mengomel panjanglah dlm post kali ni. Cukuplah gambar menceritakan segala-galanya… ye dak? So, MAHA 2010 merupakan event MAHA kali ketiga yg pernah aku hadiri. Before this, in year 2006 and 2008, aku dan abah aku jadi pengunjung setia lahh.. and this time, aku pergi dua kali. Baru puass!! J

tandas stand-alone berjenama 'toi'.. kah3~

petani moden dan ahli ekonomi...

Kunjunganku kali kedua ditakdirkan terserempak dengan seorang petani moden, Akmaluddin aka Toy dan juga seorang ahli ekonomi, Sirvishahlee bersama-sama adiknya. Aku kagum jugak lah kat Toy sebab beliau banyak tahu menahu pasal ternakan kambing nih.. cerita itu la ini la.. membebel pasal projek integrasi ladang yang beliau ingin usahakan pada masa depan la.. fuhh.. tabik laa..

dahla besar gile..sihat walafiat pulak tuh...

dugong ni menyelam dalam ethanol...

Kali ni,aku tak banyak habiskan masa di kawasan ternakan,sebab tahun2 lepas aku dan abah aku dah puaskan gian di area tersebut. Dalam hall government agencies, bagi aku, booth terbaik jatuh kpd jabatan MARDI. Banyak sungguh informasi. Seperti biasa juga, LKIM memamerkan bangkai dugong yg terawet, penyu2, dan.. oh, kali ni tidak ada gamat emas. Huhu~

adik aku pun minat bela kambing. like abang, like adik lah kan...

reminds me of the cat for my capture-mark-release-recapture experiment in my previous school... hahah :)

Apa yg aku nak story mory here is the kepelbagaian ragam manusia yg hadir ke MAHA… ada aku berdialog dengan seorang brother di booth BERNAS (alaa yg beras tu la..)

“adik belajar di mana?”, soal brother tu sambil dia membetulkan electronic micrometer nk kasi demo kat aku.

“KYUEM”
“oh.. pakcik tahu kolej tu..”

“hehe..(whatt??first time kot org asing tahu kolej ni wujud!!!) eh, pakcik xpenat ke jage booth dari pagi sampai malam?”

“takde la 24 jam. Kami ada syif laa.. tapi penat jugak nk mengawasi semua barang2 pameran nih.. haih~”

“mcm ade yg tak kene je pakcik… hhmm?”

“laptop pakcik rege 4500 kene rembat dua hari lepas.. pastu 2 beras BARIO pulak kene sebat pagi tadi.. adeyh~”

“lahh… ramai jugak pencuri ye dlm kalangan pengunjung nih..”

“manusia mmg macam2 ragam dik…” J

menuju rumah negeri...

free hand-sanitizer given...               rumah negeri perak bentuk labu sayong

Terjah hall local companies pulak, aku tertarik dengan jualan cincin bertatahkan emas air mani gajah yg sudah dikeraskan. Whadda..? dlm banyak2 jenis batu kat dunia nih, benih menatang tu jugak jadi perhiasan… pelik2. sebentuk cincin saiz batu air mani gajah yg sederhana berharga RM3000 beb… setahu aku, sunnah pakai cincin ni diperbuat drpd perak dan bertatahkan batu2 biasa je..

daging kambing... sedapp!!

alat bantu panjat pokok kelapa secara mekanikal... terbaik!!  

buffer stock scheme agency

haa... ni buah2 nadir.selalunya orang2 tua aje yg tahu spesies2 nih...


yeahh.. ade jugak gamba aku... with baju biru tersebut



Saturday, December 4, 2010

Eid Korban Al-Maadhi





gallons of blessed blood filled the space... like3



nampaknya abah dah pancit.. take a break..



kami team merah (kelantan) woot2!!


*credits to my adik for these pics.their abang was sooo busy with the stuffs and dirt-smelting activities.
**sorry laa if the pics were typical enuff. the cam wasnt with me, so, brilliant photo ideas was unable to be adopted. gheeez~

Wednesday, December 1, 2010

Wildlife photography to Allah

mari kita panjat pokok... ^^

          Salam mahabbah… okeh!! Kali ni aku nak buat satu pengakuan berani mati. Aku nak kapel ngan minah rempit! Haha gile ape kau kasi deklarasi pakwe/makwe dlm blog. Aku memang cukup pantang lahh ngan makhluk2 yg penuhkan blognya dgn post jiwang/cintan-cintun. Rasa macam nak tembak ngan M-16, takpun baling dart banyak2 kat badan orang2 camnih pon ade gak. Sesape yg terase tu, Sila betulkan kembali tujuan anda menulis blog secara maya ye…

          Stret to da point, pengakuan cinta mati aku ialah aku suka panjat pokok!!! Eh, sebenarnya ni lebih kepada hobi lah… dulu2, pantang aje nampak pokok berdahan, memang terus kuberlari ke puncak pucuk la wa cakap sama lu. Actually pokok pinang ngan pokok kelapa pun aku boleh tawan, Cuma aku lebih ‘prefer’ pokok yg banyak dahan kot… sebab ‘ayat-ayat’ Allah lebih banyak pada pokok yang berdahan… =)

          Eh, ayat-ayat Allah?? Ha… terkaget tak? Macam ni… disebabkan masaku yg terluang di atas pokok lebih banyak drpd rakan-rakan sebayaku pada ketika itu, aku terjumpa terlampau banyak keindahan ciptaan Tuhan. Macam-macam sunnatullah telah kuteliti. Pengalaman pahit manis jatuh pokok sepanjang hobi ini dijalankan juga boleh tahan banyak. Kalau disenaraikan semua, korang boleh mati kebosanan kot… lalala~

          ‘Ala kulli hal, semakin meningkat dewasa, semakin kurang masaku diluangkan untuk panjat pokok demi mentadabburkan diri supaya lebih dekat dengan bukti2 kurniaanNya. Sungguh, aku merindukan aroma bau kayu pohon jambu gergasi di depan rumah lamaku. Kini, entah mampu atau tidak aku pecahkan rekod masa 15 saat untuk memanjat ke pucuk pohon. Lalu, terceburlah diri ini dalam bidang wildlife photography seperti yg tertera sebagai tajuk entri ini demi melepaskan secebis kerinduan.

          Haa!!! Jadi korang dah nampak ke belum? Sebab apa korang melibatkan diri dlm wildlife photography, bird photography, macro photography dan segala bagai istilah tu? Jawapan yg paling betul kepada persoalan ini yg kadang2 korang tak sedar atau terlepas pandang ialah; antum semua mahu kembali kepada sebuah fitrah. Iaitu fitrah mencari segala bukti kejadian alam yg boleh membuat kita percaya dan yakin bahawa kelak kita juga akan kembali ke pangkuanNya; Tuhan semesta alam.

          Mencari dan berdoa agar diperteguhkan iman dengan meminta Allah agar menunjukkan kekuasaanNya kepada kita adalah tidak salah. Even nabi ibrahim sendiri minta kepada Allah tunjukkan kejadian hidup dan mati. Cuba godek dlm surah albaqarah. Tapi pernah terdetik tak di minda kalian mengapa kaafiriin di seluruh dunia yg jadi famous wildlife photographers menjadi hamba kpd hobi ini? Bahkan, kebanyakan shot2 gempak dlm majalah national geographics merupakan hasil tangan golongan yahudi laknatullah. Heh… menimbulkan persoalan, bukan?

          Jadi, sebelum aku berundur, sukalah aku untuk membuat sedikit seruan. Cewah… kpd sesiapa yg memiliki 300mm or equivalent, manfaatkanlah lens korang baik2. jgn but skodeng orang pulak.. lalala~ dan kepada sesiapa yg suka panjat pokok, teruskanlah beristiqamah dgn hobi ‘best’ tersebut… waka waka eh eh. Sebab kebaikan hobi memanjat pokok tidak terkekang pd ‘al-aqlu salim fi jismi salim’ semata-mata… =)

Peace… blogged out.

Saturday, November 27, 2010

The Love Contract

We, the undersigned, knowing and believing that love is a desirable state, knowing and believing that we are potentially a good match for each other, and knowing and believing that we are each currently available to be in an exclusive relationship with each other, hereby agree as follows;

To the death,

          That, for the duration of this contract, we will date only each other 5 times a day (or more) and will have no worshipping contacts with other potential God partners. Na’uzubbillah min zalik.

          That we share, and seek to attain, certain mutually beneficial goals; to know each other deeply; to trust each other; to know how to resolve conflicts that may arise; to be free of inhibitions that might prevent us from feeling love; to be able to overcome challenges to our relationship; and, finally and most important of all, to love each other with a love that is genuine, deep, and ever growing.

          That, in order to achieve these goals, we will, in good faith and with high hopes for our future, participate in a number of activities.

  • Keeping no secrecy; telling our companions the best of love between us.
  • Participating in congregation prayers designed to promote our love.
  • Participating in group activities (usrah) designed to enhance our love.
  • Reading your everlasting holy book; the Qoran.
  • Going on getaways or attending retreats that might foster our love.

Effective date,

          This agreement becomes effective immediately upon vowing that thou art our only true love and Lord, during the very beginning phase of life, when our souls were in your hand.

          We are committed to living up to the terms of this agreement fully and completely in line with your saying; udkhuluu fi al-silmi kaaffah. Thus, it is high hope to us for thee do not make us far astray and to continue to move forward toward achieving lasting love.

Signed and witnessed this day,


-----------------
(Your truly caliph)


*Original draft by the blogger. Mind to share? Do include this blog link, please. Thank you.

Tuesday, November 23, 2010

Ranjau tarbiah ini...


“eh awak ada perasan satu bende yg pelik tak semalam?”

“bila? Yg exco BADAR kita kantoi berkepit ngan awek kat KLCC tuh ke?”

“eh, taklah. Time meeting high comm. BADAR kat surau lah…”

“tak de lah pulak… ada ape2 yg khilaf ke time meeting tuh?”

“ana rase lah kan… pres kita tu asyik dok tengok awak aje memanjang…”

“haa… awak jgn nak memandai cakap sesedap oren pulak ye…”

“eh, kite pun perasan jugak la…”, datang pulak seorang muslimah menambah rencah cili padi perbualan.

“la… ye ke… kite ingatkan die tu thiqah la sangat…”, cebik seorang lagi ahli mesyuarat sambil mendekatkan badan ke arah bantal yg dipeluknya.

          Seperti biasa, kamar ASPURI itu sudah jadi Al-Jazeera versi sekolah menengah. Ntah apa-apa jek… lalu, demi mengelakkan virus berbisa semakin menular dalam kalangan AJK BADAR, akh pres ditegur sepedas mungkin oleh vice pres muslimah pada suatu petang. Mak aih… memang tak dapat dibayang lah macam mana kopiah akh pres tuh terjatuh hina di depan seorang akhawat… bala sungguh.

----------------

          Aku tersenyum sendirian. Apabila menjangkau usia dewasa, pelbagai ragam zaman sekolah menengah menerjah minda. Zaman budak-budak tidak matang. Kadang-kadang aku pun pelik jugak. Yang lelaki, tak habis2 menjengahkan diri ke kancah umpatan orang. Seronok agaknya permainkan perasaan akhawat. Yang muslimah pula, tak habis2 dok syok sendiri memanjang. Buat cerita itu, ini. Pastu sebar kat seluruh dunia. Heh… itu zaman dulu2. zaman kedua-duanya; putera puteri yang belum matang.

          Kenangan sekolah menengah menjengah lagi. Kali ini kuayunkan kaki lebih laju daripada biasa. Membiarkan tubuh ditempuh angin. Barulah ada ‘feel’ ice-skating seorang diri. Tidak berkepit. Ya, aku belum berkahwin... lalala~

----------------

          Kusangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan pulak di kolej waktu tengahari. Cisss… tak habis2 ujian Allah datang melanda. Eh, bukan aku… tapi sahabat aku yg menjadi sasaran musibah Allah. Kuberdoa kau terus tabah, sahabat… biasalah akh, kau tak boleh expect semua orang matured bila masuk kolej. Ada aje lagi yg buat perangai macam yg aku cerita kat perenggan atas post nih…

          Tapi aku sedihlah, akh… bila kau macam dah down mentarbiah orang lain. Bukannya maruah kau tercalar pun ditegur orang tak sejantina kita. Sumpah, aku rindu kau yang dulu. Yang selalu bimbing aku, yang bicaramu penuh dengan doa dan hikmah… kalau akh terus begini, bagaimana kita nanti membawa imej ke Negara orang? Kuatlah akh… aku bersedih untukmu.

----------------

          Entah mengapa perasaan ini gagal dibendung. Kugetap bibir bawah menahan rasa dan sedikit amarah. Sakit sudah telinga ini mendengar segala monolog dalaman yang pesimis. Huh… nasib baik sungguh earphone dibawa, kerana aku tidak rela membiarkan sedih ini tidak berkesudahan. Hanya dentuman Jazz kedengaran, menerjah pantas membawa skate mencelah-celah ramai orang.

          Biarlah akh… lupakan fitnah itu.