Pages

Tuesday, November 23, 2010

Ranjau tarbiah ini...


“eh awak ada perasan satu bende yg pelik tak semalam?”

“bila? Yg exco BADAR kita kantoi berkepit ngan awek kat KLCC tuh ke?”

“eh, taklah. Time meeting high comm. BADAR kat surau lah…”

“tak de lah pulak… ada ape2 yg khilaf ke time meeting tuh?”

“ana rase lah kan… pres kita tu asyik dok tengok awak aje memanjang…”

“haa… awak jgn nak memandai cakap sesedap oren pulak ye…”

“eh, kite pun perasan jugak la…”, datang pulak seorang muslimah menambah rencah cili padi perbualan.

“la… ye ke… kite ingatkan die tu thiqah la sangat…”, cebik seorang lagi ahli mesyuarat sambil mendekatkan badan ke arah bantal yg dipeluknya.

          Seperti biasa, kamar ASPURI itu sudah jadi Al-Jazeera versi sekolah menengah. Ntah apa-apa jek… lalu, demi mengelakkan virus berbisa semakin menular dalam kalangan AJK BADAR, akh pres ditegur sepedas mungkin oleh vice pres muslimah pada suatu petang. Mak aih… memang tak dapat dibayang lah macam mana kopiah akh pres tuh terjatuh hina di depan seorang akhawat… bala sungguh.

----------------

          Aku tersenyum sendirian. Apabila menjangkau usia dewasa, pelbagai ragam zaman sekolah menengah menerjah minda. Zaman budak-budak tidak matang. Kadang-kadang aku pun pelik jugak. Yang lelaki, tak habis2 menjengahkan diri ke kancah umpatan orang. Seronok agaknya permainkan perasaan akhawat. Yang muslimah pula, tak habis2 dok syok sendiri memanjang. Buat cerita itu, ini. Pastu sebar kat seluruh dunia. Heh… itu zaman dulu2. zaman kedua-duanya; putera puteri yang belum matang.

          Kenangan sekolah menengah menjengah lagi. Kali ini kuayunkan kaki lebih laju daripada biasa. Membiarkan tubuh ditempuh angin. Barulah ada ‘feel’ ice-skating seorang diri. Tidak berkepit. Ya, aku belum berkahwin... lalala~

----------------

          Kusangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan pulak di kolej waktu tengahari. Cisss… tak habis2 ujian Allah datang melanda. Eh, bukan aku… tapi sahabat aku yg menjadi sasaran musibah Allah. Kuberdoa kau terus tabah, sahabat… biasalah akh, kau tak boleh expect semua orang matured bila masuk kolej. Ada aje lagi yg buat perangai macam yg aku cerita kat perenggan atas post nih…

          Tapi aku sedihlah, akh… bila kau macam dah down mentarbiah orang lain. Bukannya maruah kau tercalar pun ditegur orang tak sejantina kita. Sumpah, aku rindu kau yang dulu. Yang selalu bimbing aku, yang bicaramu penuh dengan doa dan hikmah… kalau akh terus begini, bagaimana kita nanti membawa imej ke Negara orang? Kuatlah akh… aku bersedih untukmu.

----------------

          Entah mengapa perasaan ini gagal dibendung. Kugetap bibir bawah menahan rasa dan sedikit amarah. Sakit sudah telinga ini mendengar segala monolog dalaman yang pesimis. Huh… nasib baik sungguh earphone dibawa, kerana aku tidak rela membiarkan sedih ini tidak berkesudahan. Hanya dentuman Jazz kedengaran, menerjah pantas membawa skate mencelah-celah ramai orang.

          Biarlah akh… lupakan fitnah itu.

11 comments:

hoshizora said...

salam..jap3..
adakah ana yg xphm...
akh kat cerita skolah mngh tuh kne tegur pasal pe ngn muslimah tuh?
explain..sorry otak jd slow kejapp..

nur amir said...

=) barula ada makna sebuah tarbiah..

Ezan Izzah Izzy said...

hidayah itu milik Allah...

lebih baik ditegur di dunia oleh org yg tidak sejantina
berbanding ditegur Allah di akhirat kelak krn tidak mampu berbuat apa2 selain menyesal dan menunduk hina...

adakah kaca mata insan yg tidak sejantina lebih mulia berbanding Allah??

nazrinafifi said...

atiq; kene tegur pasai xjage mate.. kah3~ beselah, ni bukan KISAS ye.. stended arh kalau meeting laki pompuan cakap direct terus tikam mata yg xsejantina kite.. lalala~

*btw, thnx ye ezan..

Nur Izzati Abdul Rahim said...

sbb tu once dah dtaklifkan dgn tanggungjwb ni,makin bsar ujian. makin besar tanggungjwb, makin besar godaan syaitan.jln baik ni xmudah tp tak mustahil. kerana allah janji.pertolongan allah bersama mengiringi.

zameer.zaihan said...

haa. len kali meeting jalan sume tunduk. mcm aku. lalala~ :P

(matang sat)
apsal diorg slalu buat gossip eh. plik la manusia zaman skarang ni. dok diam senyap2 jaga seluar sendiri xleh ke? sengal.

nazrinafifi said...

zameer; woi hafiz quran, ko pangkah sape hah?!!lalala~ tapi kan tapi kan, bukan ko tu sengal jugak kee?

*yess!! rendahkan pandangan.. jln tunduk, pastu langgar tiang..

Nina Mazlan said...

haha.like2 fifi punya jawapan kat atas! :P

dia terasa dipandang kot,cuak,tu yg terlepas teguran tu.ngeh3.lepak sudeyyyy~~~

nazrinafifi said...

erna; agak arh.. aku dah aa alergi ngan orang yg slalu rase die dipandang-dipandang... nk lepak mmg bole.. tp nengokkan member dah rase xsenang duduk, kene bantai tegur ngan orang, nk melepak kemendenya?

zameer.zaihan said...

bajet sweet ape. bla la wei. :P

fifi said...

bila maso lak bajet sweet? mu guano zameer? segar ko dop?