Pages

Friday, November 19, 2010

Secangkir Teh Pengubat Letih


Malam itu, setelah sejam berborak dengan beliau tentang kebejatan sosial di kolej (lebih-lebih lagi batch aku), beliau menghulurkan sebuah buku berkaler cokelat.

“nazrin, pernah baca buku ni?”

“Secangkir Teh  Pengubat Letih. Ustaz Hasrizal. Belum ,kenapa?”

“tak dak aih… saja ja aku promote. Aku dah habis baca. Best kot…”

“oh ek? Kau kasi aku pinjam tak?”

“amiklah. Eh tak, pinjamlah… kan hidup untuk memberi… eceh…”

“haha ye la…. Weh thanks hannan tau…”

“takde hal lah bro…”

          Lalu pulanglah daku ke chalet sambil bersiul ‘lalala~’ sebab hati berbunga riang dapat jugak baca buku nih. Diterbitkan oleh Galeri Ilmu pada Mei 2010, rasanya belum terlambat lagilah untuk aku buat sedikit review and give some insights of it. Travelog tarbiah ini bukanlah sekadar kompilasi catatan pengembaraan di bumi turki, malah juga pengubat kepada jiwa!!

          Selaku Negara islam yang mempunyai huffaz yang paling ramai, Turki juga termasuk dalam senarai Negara-negara yang ingin kulawati. Persetankan sahaja kerenah pengganas sekularis di sana, kerana semangat kebangkitan islam dalam kalangan masyarakatnya sungguh tinggi. Tidak seperti di Malaysia. Kesedaran itu seolah-olah semakin luput daripada ingatan masyarakat kita. Hanya Allah lah yg tahu betapa sengsaranya jiwa aku berlama-lamaan di Negara sendiri; Negara ‘bajet’ islam ini. Huh….

          Budaya2 komuniti Turki dikupas dengan baik dalam travelog ini. Contohnya, ketagih air teh, keprihatinan terhadap isu global semasa, sokongan kepada syarikat2 pengeluar islam, perbualan yg penuh dengan doa, sensitiviti terhadap perkara kecil seperti kebersihan dan kekobaran semangat pemuda untuk melanjutkan pengajian. Kesemuanya membuka mata dan minda aku, bahawa generasi pascakhilafah ini masih utuh menjaga darah warisan kekuasaan ottomaniyyah, walau telah dibadai sekularisme yang teruk oleh Kamal Ataturk laknatullah. Jelas, kau gagal si celaka Ataturk!!!

          Agabeycim Hasrizal Abdul Jamil juga tidak lupa menggarap suasana politik dan ekonomi di sana. Alahai macam buku teks sejarah la pulak kan…. Dan ada jugak makhluk2 yg bertanyakan, “kau bace sejarah dan politik Negara lain apesal? Malaysian studies pun fail… kah3~”. Most of the time aku tak fire balik persoalan bodoh yg diorang utarakan kat aku. Malas nak gaduh. Sendiri ada otak, sendiri pikir la… ye dak?

          Ok, aku saje nk share fakta ni. Ada seekor ayam, namanya ada tiga. Cuba teka ayam apa? Serama? Laga? Katik? Tett… semua salah!!! Haha…jawapannya ayam belanda, iaitu Turkey, juga Dik Roomi. Eh korang x fhm? Camni… kan dulu2 orang melayu berperang dgn belanda, jadi org melayu namakan ayam ini ayam belanda, sambil membayangkan melapah mereka ketika makan. Begitu juga halnya dengan orang Arab. Mereka bencikan kuasa Rom suatu ketika dahulu, lalu dinamakanlah ayam Rom. Orang Inggeris pulak tak suka Negara Turki; jadi ayam tu dinamakan Turkey!!! *haha lame tak..

          ‘Sehitam mana pun gelapnya malam, sentiasa ada kunang-kunang meminjamkan cahaya, bekal menanti sirnanya gelita, hingga terbit fajar janji-Nya.’

          Secangkir Teh Pengubat Letih. Baca jgn tak baca!!!

1 comment:

hoshizora said...

SALAM...
‘Sehitam mana pun gelapnya malam, sentiasa ada kunang-kunang meminjamkan cahaya, bekal menanti sirnanya gelita, hingga terbit fajar janji-Nya.’

sedap ayat nih..i.ALLAH..jika ade kelapangan akn kubaca =)