Pages

Thursday, December 27, 2018

PRINSIP - Kau ini bagaimana atau aku harus bagaimana

Hari ini kita dapat lihat tergadainya prinsip atas pelbagai faktor. Daripada sekecil-kecil perkara e.g. menggadaikan prinsip diet sebab Baskin Robbins buat promo tiap-tiap bulan, sehinggalah ke sebesar-besar perkara e.g. menggadaikan prinsip bernegara kerana terhutang budi oleh duit derma.

Semasa di tanah Inggeris dahulu, saya dan rakan-rakan cuba berjiwa besar - melibatkan (melarutkan?) diri dlm politik walaupun mahasiswa Malaysia cuma ada beberapa kerat saja. Gerakan kami penuh kerahsiaan. Tak boleh heboh2 sampai duta atau AJK kelab UMNO luar negara (KULN) tahu, sebab nanti akan kena panggil dan ditarik biasiswa. Buat muktamar kawasan pun dlm bilik lecture pada hujung minggu. Kadang2 kami diingatkan bahawa ada SB yg memerhati, hahaha. Pimpinan dari Malaysia pun selalu datang utk membantu proses pengkaderan (ke perkaderan? Debat yang tak berkesudahan), dan melatih rijal-rijal supaya qowiy.

Pun begitu, kami sentiasa diingatkan bahawa perbezaan prinsip politik ini tidak perlulah terlalu taksub sehingga bermusuh pula dgn pelajar yg berlainan jalur pemikiran. Apabila berada di luar negara sebagai komuniti minoriti, apa yg paling penting sebenarnya ialah kesepaduan dan makan-makan di rumah postgrads. KULN selalu buat program2 yg mengeratkan silaturahim komuniti Malaysia seperti jamuan hari raya, kursus kahwin, dan pesta Malaysia Night yg entah hape-hape. Yang mana bagus kita support, yg mana kurang kita tegur. At the end of the day, students mengharapkan bantuan duit yg UMNO beri tiap2 tahun kpd setiap KULN utk buat aktiviti dan lagi sekali; makan-makan (nampak nau malas masak).

Sampailah pada suatu hari, kami ditemukan dgn pimpinan Pemuda Wilayah di sebuah tamrin qiyadi. Masa ni pembangkang bawah Pakatan Rakyat memang kuat betul. Dalam ceramah, semuanya Asal Bukan Umno (ABU). Ye lah, semua org tahu Umno kuat rasuah dan zalim masa tu. Pimpinan Pemuda ni siap pesan, "kalau boleh, antum jangan bersekongkol pun dengan KULN. Jangan join pun program depa."

Saya cuba provok, "semua tak boleh ke? Kalau KULN buat program agama?"

"Pun tak boleh," jawab beliau. "Kita tak boleh bekerjasama dgn apa-apa aktiviti yg boleh menaikkan nama dan visibility Umno."

Saya cuba membantah, tapi ada seorang postgrad yg berada di sebelahnya memberi isyarat supaya jangan tanya lagi dan terima saja hujahannya. Jauh dalam hati saya merasakan apa yg dipesan kepada kami semua itu salah, tapi masa tu saya senyap je la sbb 'mungkin kita tak nampak apa yg pimpinan yg lagi berpengalaman nampak'. Semester berikutnya, saya bantu saja KULN laksanakan program kursus kahwin, lol. Kalau saya tak bantu, nanti ada pula org kata 'Eh presiden tak tahu ke ada kursus kahwin? (kebetulan masa ni saya presiden persatuan pelajar tut tut tut)'

Sudahlah minoriti, pelajar-pelajar baru dahagakan ilmu dan hidup bermasyarakat, kita yg senior boleh pula boikot aktiviti2 KULN yg secara dasarnya membantu eratkan silaturahim. Bagi saya, prinsip takaful ini tak perlulah kita gadaikan atas faktor politik. Benda kita semua jauh dari Malaysia kot. Duit Umno kita amik je la buat makan-makan, hahaha.

Itu kisah lama di tanah Inggeris dahulu kala lah. Di Malaysia kini, prinsip politik bersifat sangat anjal. Apa yg mereka ratib dahulu, tak sama dgn apa yg dihujahkan sekarang.

Kalau antum pening, marilah sama2 kita hayati puisi Gus Mus ini....

Kau ini bagaimana?
Kau bilang aku merdeka, kau memilihkan untukku segalanya
Kau suruh aku berpikir, aku berpikir kau tuduh aku kapir
Aku harus bagaimana?

Kau bilang bergeraklah, aku bergerak kau curigai
Kau bilang jangan banyak tingkah, aku diam saja kau waspadai
Kau ini bagaimana?

Kau suruh aku memegang prinsip, aku memegang prinsip kau tuduh aku kaku
Kau suruh aku toleran, aku toleran kau bilang aku plin-plan
Aku harus bagaimana?

Aku kau suruh maju, aku mau maju kau selimpung kakiku
Kau suruh aku bekerja, aku bekerja kau ganggu aku
Kau ini bagaimana?

Kau suruh aku taqwa, khotbah keagamaanmu membuatku sakit jiwa
Kau suruh aku mengikutimu, langkahmu tak jelas arahnya
Aku harus bagaimana?

Aku kau suruh menghormati hukum, kebijaksanaanmu menyepelekannya
Aku kau suruh berdisiplin, kau menyontohkan yang lain
Kau ini bagaimana?

Kau bilang Tuhan sangat dekat, kau sendiri memanggil-manggilNya dengan pengeras suara setiap saat
Kau bilang kau suka damai, kau ajak aku setiap hari bertikai
Aku harus bagaimana?

Aku kau suruh membangun, aku membangun kau merusakkannya
Aku kau suruh menabung, aku menabung kau menghabiskannya
Kau ini bagaimana?

Kau suruh aku menggarap sawah, sawahku kau tanami rumah-rumah
Kau bilang aku harus punya rumah, aku punya rumah kau meratakannya dengan tanah
Aku harus bagaimana?

Aku kau larang berjudi, permainan spekulasimu menjadi-jadi
Aku kau suruh bertanggung jawab, kau sendiri terus berucap Wallahu A’lam Bisshowab
Kau ini bagaimana?

Kau suruh aku jujur, aku jujur kau tipu aku
Kau suruh aku sabar, aku sabar kau injak tengkukku
Aku harus bagaimana?

Aku kau suruh memilihmu sebagai wakilku, sudah ku pilih kau bertindak sendiri semaumu
Kau bilang kau selalu memikirkanku, aku sapa saja kau merasa terganggu
Kau ini bagaimana?

Kau bilang bicaralah, aku bicara kau bilang aku ceriwis
Kau bilang jangan banyak bicara, aku bungkam kau tuduh aku apatis
Aku harus bagaimana?

Kau bilang kritiklah, aku kritik kau marah
Kau bilang carikan alternatifnya, aku kasih alternatif kau bilang jangan mendikte saja
Kau ini bagaimana?

Aku bilang terserah kau, kau tidak mau
Aku bilang terserah kita, kau tak suka
Aku bilang terserah aku, kau memakiku
Kau ini bagaimana?

Atau aku harus bagaimana?


-1987-

No comments: