Pehh dah lama gila tak berbelog. Kali ni aku rasa terpanggil
untuk berkongsi tips-tips merisik. OK so basically dalam proses kahwin orang
Melayu, flownya macam ni: merisik > bertunang > bernikah > walimah
pempuan > walimah sambut menantu (belah laki).
Ada orang combine merisik dan
bertunang, ada orang combine bertunang dan bernikah, ada juga yang combine
menikah dan walimah. Rasanya dalam dunia serba moden ni tak kisah kot nak buat
cara mcm mana, lagipun orang zaman sekarang busy memanjang dalam kerjaya dan
duniawi (insaf jap).
Ok baik jom mula!
1. Set niat untuk mengenal dan bersilaturahim
Kalau first time berjumpa dengan keluarga pempuan tu,
eloklah kita murnikan niat untuk membina hubungan silaturahim yang baik. Bawa
diri dengan attitude dan pakaian yang baik. Mulakan majlis dengan basmalah,
doa, dan bertanya khabar. Yang jantan dan daranya mungkin tak perlu bercakap
banyak, biar orang tua saja yang berbasa-basi dan lead sesi merisik ni.
2. Bawalah buah tangan
Jangan datang tangan kosong je. Tak semestinya kena ada
cincin tanda, tapi since aku orang Kelantan, umi aku kata kena bawa cincin
belah rotan. Cincin emas ni tak mahal pun, biasanya kat kedai emas dalam dua
tiga ratus ringgit je. Nak bagi bakul buah2, kain sepasang, Quran ke apa2, yang
tu terpulang pada kalian.
3. Tanya soalan2 yang basic dan penting saja
Alaa macam sembang2 di kedai kopi le. Tanyalah soalan2
seperti “En. XYZ kerja di mana? Ooo bila pencen? Dah tu la ni apa aktiviti masa
pencen? Anak berapa orang semuanya? Puan pula asal orang mana?” Tapi kau yang
jantan tu duk diam je le, biar wakil rombongan atau bapak kau saja yang
bercakap. Kau jawab apabila ditanya. Jawab jujur, jangan nervous pulak.
4. Jangan tanya soalan sia-sia dan guna perkataan taboo
Contoh soalan yang sia-sia ialah “keluarga belah sana memang
kecil2 ke?”. Mentang-mentang si daranya anak tunggal, kau tanya macam tu imply
yang ‘keluarga dia tak subur ke?’. Hati-hatilah mengeluarkan kata. Jangan
sesekali sebut perkataan ‘cerai’ dalam majlis merisik atau bertunang. Pernah
jadi kat aku so aku tahulah betapa beratnya rasa untuk berkeluarga dengan ahli
keluarga yang biadab (walaupun hampir semua alumni kolej aku kenal si biadab ni
memang jenis mulut puaka hahaha)
5. Saya, Encik, Puan
Merupakan kata ganti nama diri yang paling proper untuk
majlis merisik. Kalau orang Kelantan, bbasolah diri tu ‘ambo’ atau ‘kito’.
Pengalaman aku bila kena dengan si biadab tadi yang guna ‘I’ dan ‘kamu kamu
kamu’, memang mak ayah aku terus rasa nak blah je dari rumah. Jadi sekali lagi,
jagalah bahasa dan biar orang tua saja yang berbicara. Yang muda, diam dan
jangan menyampuk.
6. Parents represent
Yang seeloknya, ibu bapalah yang jadi wakil lidah keluarga
kita. Tapi kalau kita pun tahu yang ibu bapa tak dapat nak jadi wakil yang
baik, boleh je outsource to pakcik2 yang lebih layak. Bottomline is, jangan
bagi orang kurang ajar yang jadi tukang cakap.
7. Makan seadanya apabila dijemput
Yang ni self-explanatory lah kut. Jangan jadi naga pula di
rumah orang.
8. Mata jangan melilau
Sangat tak sopan ye buat jakun di rumah orang kaya. Buat
chill je. Jangan duk tunjuk amazed sangat bila ternampak kepala rimau dalam
dining hall, contohnya. Sama juga kalau rumahnya sederhana atau miskin, mata tu
janganlah tunjuk jelek sangat. Chill je. Biasanya orang sederhana ni lagi kaya
jiwanya. Ceh gitu.
OK tu je lah kot. Biasanya sesi merisik ni buat syarat je.
Sebab si dara dan teruna tu dah bercinta bagai nak rak. Tapi kalau kau tak
dapat keputusan seperti yang diharapkan daripada sesi merisik (macam kes aku),
kau relaks je. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Kalau dah nekad,
pujuk lagi biar sampai jadi. Bukan dah janji dengan awek ‘lautan api kan
kuredah’ ke? kahkahkah
No comments:
Post a Comment