Pages

Monday, February 22, 2016

#DAISUKI15 pt. 2

[Sebuah penulisan yang tertangguh. Terbahagi kepada 5 tema/slot. Search #DAISUKI15 di twitter dan facebook untuk membaca segala input yang dikongsi oleh para peserta, okay?]


Selain daripada sahabat2 yang membantu perjalanan hijrah Baginda eg. Amir Fahiroh (yang memadamkan jejak kaki Baginda), Asma’, Abdullah Abu Bakar, Abdullah Uraiqit, ustaz Ridha juga memberikan contoh dugaan yang dialami oleh 3 orang sahabat semasa peristiwa hijrah, iaitu Abu Salamah, Suhaib Rumi dan Ayyash.

Abu Salamah mendapat tentangan daripada kedua-kedua ibu bapanya, lalu berhijrahlah beliau seorang diri. Suhaib pula, disebabkan beliau merupakan seorang hartawan, Suhaib ditegah berhijrah kerana ketiadaannya akan menyebabkan cukai Mekah berkurangan. Suhaib lalu memberikan kesemua hartanya dan berhijrah sehelai sepinggang. Sebaik tiba di Madinah, Ayyash mendapat makluman bahawa ibunya memprotes di Mekah dengan cara meletakkan dirinya di tengah panas. Ayyash berasa kasihan dan membuat keputusan untuk pulang semula ke Mekah. Malang buat dirinya, Ayyash ditangkap lalu disalib di sana. Begitulah antara kepelbagaian dugaan yang dialami oleh para sahabat semasa peristiwa hijrah.

“Berbaloi ke pengorbanan ni semua?” tanya ustaz. "Asma’ ditampar kerana tak menjawab apabila ditanya di mana ayahnya, pada waktu beliau mengandung.” Seperti biasa, apabila tiada siapa yang menjawab, ustaz sendiri yang menyambung, “because that’s how Islam goes.” Pengorbanan harus dilakukan kerana pintu syurga tidak ditaburi bunga dan dihampari permaidani merah sebaliknya dihiasi dengan cubaan dan ujian. Hanya yang istiqamah sahaja yang akan berjaya.

Zaman Baginda SAW ialah zaman penguasaan sesebuah negara melalui penjajahan dan pembunuhan sebagai pembuktian kekuatan sesebuah negara. Justeru tak benar sama sekali tuduhan yang dilemparkan oleh golongan orientalis bahawa Islam merupakan agama yang suka berperang. Baginda SAW datang dengan manhaj untuk menggalakkan hubungan diplomatik dan perbincangan sebelum peperangan. Walau bagaimanapun, Baginda tak mengharamkan peperangan secara mutlak kerana ia merupakan sistem semasa yang diamalkan seluruh dunia ketika itu.

Friday, February 12, 2016

#DAISUKI15 pt. 1

[Sebuah penulisan yang tertangguh. Terbahagi kepada 5 tema/slot. Search #DAISUKI15 di twitter dan facebook untuk membaca segala input yang dikongsi oleh para peserta, okay?]

[kredit: fb puisi]

Konspirasi di Darul Nadwah juga tidak banyak bezanya dengan konspirasi musuh agama yang berlaku pada masa ini. Penentang Islam di Barat (termasuk juga di negara kita Malaysia) begitu aktif menghebohkan IS sebagai pengganas. Walhal Islamic State maksudnya ialah negeri Islamik - sebuah konsep kenegaraan yang tak salah, malah perlu menjadi matlamat setiap gerakan islam di dunia. Manakala pengganas yang membunuh tanpa sifat kemanusiaan di Syria itu tak layak digelar IS. Mereka pengganas, dan pengganas sahajalah mereka itu.

Tegasnya, musuh-musuh islam tak akan pernah berehat daripada berkonspirasi untuk menjahanamkan islam.

Adapun sistem syura di Mekah pada zaman itu tidaklah jahiliah sangat. Ia bersistem, dan hampir menyerupai amalan demokrasi yang kita anuti pada zaman ini. Antara sistem yang ada persamaan dengan kita juga ialah autokrasi - menekan golongan hamba dan pertengahan - lalu Baginda Muhammad SAW datang mendekati golongan tertindas dengan penuh common sense ie. hak semua orang sama sahaja (human rights).

Syeikh Muhammad Al-Ghazali menyebut bahawa;
"berita dakwah Rasulullah (pada peringkat awal perkembangan secara rahsia di rumah al-arqam) telah pun sampai ke pengetahuan Quraisy, tetapi ianya tak dipedulikan sangat. Kemungkinan pihak Quraisy menyangka Muhammad ini salah seorang manusia yang kuat beragama, yang bercakap mengenai ketuhanan dan tugasnya, amalan seperti ini sama seperti amalan Umaiyah bin Abi al-Salt, Quis bin Saidah, Amru bin Nufail dan lain-lain. Walau macam mana sekalipun pihak Quraisy tetap mencurigai kesannya. Oleh itu mereka memerhati dari hari ke hari, perkembangan lanjut dan kesudahan dakwahnya ini."

Sehinggalah dakwah terang-terangan yang Baginda tawarkan di bukit Safa. Baginda ditentang kerana ianya bersifat revolusi; seruan menentang berhala dan menolak cara berfikir datuk moyang mereka.

[kredit: fb puisi]

Mesej utama slot ini ialah kepentingan menguasai emosi diri dan pasangan dalam hidup berkeluarga. Ustaz menyebut ‘kompetensi’ sebagai prasyarat penting bersuami dan beristeri, seperti yang dicontohkan oleh Siti Khadijah dalam menilai Baginda Muhammad SAW sebelum melamarnya. Lalu buku-buku psikologi seperti Men are from Mars, Women are from Venus dicadangkan sebagai bacaan asas untuk mengharmonikan rumah tangga.
 
Apabila Ustaz Ridha bertanya kepada peserta kenapa tak boleh polyandry, jawapan yang diberikan ialah ‘nanti tak tahu siapa bapa kepada anaknya’. Ada juga yang mengaitkannya dengan penyakit STDs. Kesemua jawapan yang diberikan oleh peserta-peserta ini benar tetapi teknologi moden mampu merungkaikan segala masalah ini lalu jawapan yang paling tepat ialah kerana Allah mengharamkannya. Ustaz Ridha kemudiannya membetulkan dan menegaskan worldview untuk melihat kerangka agama; bahawa bukti saintifik hanyalah sebagai alat untuk mengukuhkan keyakinan, bukan sebagai asbab utama hukuman agama itu diturunkan.


Anjuran berpoligami ialah urusan khilaf fiqh, dan ustaz cenderung utk berpendapat bahawa Islam menganjurkan monogami. Limitasi yang Islam beri kepada 4 org isteri sahaja merupakan suatu anjakan paradigma dalam sistem masyarakat jahiliyyah yang menjadikan perempuan sebagai barang dagangan.

Ambillah kisah Baginda dan Khadijah sebagai novel cinta yang teragung. Sirah itu jangan dimatikan, tapi hidupkanlah ia dalam hidup kita seharian (<- ayat="" font="" kot="" ustaz="">

Monday, February 1, 2016

Kecek 5: Hile


Kalu sek mung nok tau bakpo lamo hiatus, ambo sebenarnyo masuk spital haritu. Mengalami kecederaan berat di otok – writer’s block. Banyok bendo nok tulih tapi dokhau nok start nnulih lagumano.

Lalu antaro solusi bagi kecederaan serius ni adalah dgn menulih dale thinking language kito. Thinking language bagi ambo, tak lain tak bukei, ialah kelate. Justeru ambo dok hile lagi – hanyo nyawo nyawo ike.

Kali ni beraso nok beghoyak ceghito ttg arwoh moye ambo.

Namo sebenar dok ssoho, dan dikenali ramai sebagai Mek Aji Joh. Anok cucu cicit arwoh ramai. Kalu buat make2 bukok poso di rumoh mek, nescayo melimpoh ruoh anok beranok sapa ttanoh. Tu pun dok kiro hok tak kelik rayo klate lagi. Dan ambo cicit arwoh hok keduo paling tuo.

Mek Aji kuat beramal. Smaye poso dok tinggal sehinggo lah ke waktu arwoh uzur benar. Maso arwoh uzur, ramai anok cucu maghi nnawak tapi arwoh dok brapo nok ingat dok brapo nok dengar. Nok bangun duduk pun payoh. Di sebalik segalo keuzuran mek, mek tetaplah mulutnyo basoh nge zikir berbuat amal.

Bule poso tahun lepas, lebih terzahir kecintaan mek pado Allah robbuljalil. Bilo mek bangun pagi waktu dhuha, mek nanok nasik nge semaye subuh! Lalu masuk tidur semula. Bilo terbangun, dikerohnyo segalo anggota untuk amik wuduk dan semaye. Katonyo semaye subuh tapi hari nok gelap doh.

Begitulah mek. Asal bangun dari tidur, semaye baco quran meratib. Pah tidur semula. Waktu pagi pete sie male sudoh takdok makno dale kamus hidup mek. Hok difikirnyo hanyolah beramal ibadat, berkhidmat untuk suami mek.

Persoale untuk kito hok masih hidup hok masih mudo remajo ni – acu pikir lagumano ore tuo hok uzur buleh istiqomah sapa ke staro tuh? Teringat kito ke ceghito arwoh Nik Aziz sebelum kematian arwoh. Betapo selepas terbangun dari koma di spital Kota Bharu, perkaro pertamo hok arwoh tok guru mitok ialah mitok tulung khidmat amik wudhu dan semaye.

Ore-ore tuo uzur ni takdok nok pikir bendo lain doh - kalu buleh nok mati dale smaye.

Betapo istimewonyo mereko di mato Tuhe. Tidoklah serupo denge ore uzur lain hok kito napok hok kijonyo duk bleber duk ingat ke makei ke harto ssako sajo. Kito pohonlah pado Allah agar tidok nanar tidok lalai di hari tuo kito nanti amiinn.

Berbalik kepado persoale lagumano waliyullah ni buleh istiqamoh pah ke tuo (?), jawabnyo hanyo satu yakni kerano beramalnyo mereko di hari mudo. Acu fikir, kalu kito jenih smaye ikut dea tiko mudo, raso-raso buleh kow kito otometik beruboh di hari tuo? Jawabnyo tidok. Kito di hari tuo ni adaloh result kito di hari mudo. Ibarat kato pepatoh, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Apabilo mati, maghilah ore berderu-deru. Hok dekat maghi hok jauh di Jjohor pun pakat pecut keto kelik. Hok pepuan penuh atas rumoh, hok jate penuh di ttanoh sehinggo ke sebere tembok. Ado hok bbua nanyo kaba ‘lamo doh dok napok’, ado hok duk nnengu.

Sapa-sapa jah, terus ambo so family naik atas rumoh. Bau tawah semerbok. Sesekali bunyi ore triyok teresok-esok. Ambo selok tabir, lalu napoklah mek siap-siap doh nok bertemu Allah dale pakaye hok seadonyo putih bersih. Muko mek berseri-seri – ado nur ketenange hok terpancar dari wajoh mek – suatu tando suatu alamat bagi ore hok berfikir. Ambo pege tange mek, sejuk, disiumlah pipi mek dan di dahi. Berpeluh dahi mek basoh tando ore husnulkhotimah. Sebok begitu teraso, lalu dibacolah disedekoh surat yasin, denge harape ado pahalo dialir kepado arwoh.

Harape ambo untuk mek tengok isteri ambo pulok tidoklah kesampaye. Teringatlah pulok pese mek suatu maso dulu supayo dicari ore beragamo hok dekat2 jah. “Payoh mek nok bbese ore jauh,” seloro mek, dulu.

Dulu, mek lah penyatu anok beranok. Dengan sebab adanyo mek, kenallah kito ke moye sedaro, tok-tok sedaro, anok cucu alik moye sedaro, anok cucu alik tok sedaro, sehinggo ke biras bese. Besar keluargo kito, berkat solehnyo hidup mek. Loni tinggallah ayoh haji seore menjadi penyatu ratuse ribue anok beranok. Takdok ayoh haji pulok nati, entoh masih erat ke dok tali silaturahim kito nati.

Buat anok cucu cicit Mek Aji Ayoh Aji hok terbaco sedikit kisoh moye kito ni, maghilah muhasaboh;

1) hidup hanyolah persinggahe. Ore loni kato RnR. Sifatnyo fana’ dan smeta.

2) Selepas sedar hakikat hidup, berlumbo-lumbolah kito berbuat amal.

3)Seperti misalnyo hidup mek, didiklah zuriat kito denge agamo. Anok cucu kitolah hok jadi saham dunio akhirot, menjago maso tuo, mendoakan kito selepas mati.

Wallahualam.


Alfatihah.