Alhamdulillah, telah kukhatamkan novel yang bertemakan ‘keimanan adalah paksi’ ini. Kau ingat senang? Berminggu-minggu masa kuambil untuk berjaya menyelak helaian terakhir novel ini. Apa kau ingat aku ‘feeling’ terlebihkah? Atau kalian pelik kerana rijal macam aku baca novel? Woha!! First things first, sinergi novel islamik. Jadi, pendapat aku, novel seperti ini juga merupakan salah satu wasilah tarbiyyah insaniyah mahupun tazkirah iman selain daripada menghadiri kuliah-kuliah peringatan di masjid atau usrah. Bukankah begitu?
Dalam entri ini, aku tidak akan memberi sinopsis atau plot cerita ini. Cukup sekadar aku mencadangkan kalian menjadikan novel ini sebagai satu santapan rohani yang mesti dimiliki. Lagipun, kurang saspens gamaknya jika antum sudah tahu jalan ceritanya, bukan? Apalah salahnya antum melaburkan sedikit wang saku mahupun wang elaun biasiswa (erk?) untuk memiliki novel yang boleh tahan gempak ini.
Kategori novel ini ialah separa fiksyen. Ya, aku tak tipu. Plot dan watak sudah tentu merupakan pendapat peribadi (fiksyen) novelis. Tetapi, organisasi PERMAI di Irbid dan atmosfera pembelajaran pelajar Melayu di Jordan merupakan pengalaman novelis yang sahih. Err… maaf, aku pelajar United Kingdom, bukan Mesir mahupun Jordan macam izzati rahim (ammurah yang sudi pinjamkan novel ini kepada aku). Hehe~
Fii ra’yii, Hilal Asyraf bijak memanifestasikan persepsi pelbagai lapisan masyarakat dalam barisan watak novelnya. Teknik ini sangat penting kerana perspektif tidak boleh hanya dilihat daripada satu titik sumber sahaja. Jadi, bagaimana novelis tanah air kita ini mampu melakukannya? Aku akan mengambil ‘ibrah mudah daripada kemurnian akhlak watak Irfan.
Ramai pelajar Malaysia di Irbid terutamanya dalam kalangan junior menyanjung tinggi kekaliberan Irfan kerana beliau mampu membuat pembaharuan dalam organisasi PERMAI serta usaha kerasnya untuk mengekalkannya. Orang arab Jordan juga kagum akan kudratnya untuk mencari ilmu di Irbid dengan cara bertalaqqi pada ramai ulama’ dan masyaaikh. Kendatipun sedemikian, ada yang memandang serong terhadap Irfan, iaitu kumpulan Disaster Five. Mereka berpendapat Irfan merupakan insan yang pernah membunuh dan menyembunyikan kejahatannya di sebalik topeng ‘baik’ yang dimilikinya.
Cukup sekadar ini yang harus kucoretkan. Tidak perlu aku bercerita secara panjang lebar agar tidak membunuh semangat inkuiri kalian terhadap novel ini. Oh, sebelum itu, Aku juga ingin berkongsi dengan kalian berkenaan prinsip persahabatan dan tanggungjawab yang digarap baik oleh novelis. Hayati puisi beliau ini…
Saat kau gelap,
Akan kubukakan cahaya,
Saat kau tenggelam,
Aku adalah pelampungmu,
Kerana keimanan itu adalah dasar hubungan kita,
Maka aku tidak peduli apa-apa,
Melainkan memenuhi tanggungjawabku kepada-Nya.
p/s= yahhooo!!! Gampang cam xcaye doe aku berjaye hasilkan entri yang penuh kebakuan.. hahaha!!! Err.. artikel ni tak ade copyright. So, kalu korang nk kopipes kat mane2 tmpat cam forum @ blog, aku alu-alukan. Tapi, kalu boleh, sertakan skali ar sumber blog aku nih.. kuang3~
7 comments:
"Kalau kau terjun ke dalam neraka sekalipun ,aku akan terjun juga,untuk tarik kau semula,agar kita dapat berpimpinan tangan ke syurga"
mabruk 'alaik dah habes bce.
xmnyesal pnye kalau beli.inshaAllah.
erk...
2 bnda mngejutkn:
-ok ko bce novel
-adesh x bole bla ayat...
bagus2...sok2 mane gune g bahasa melayu baku nh...
aq bru ingt nk sinopsis kt blog tp da ade org ulas.like dis post,nti aq share kt fb..hah~
izzati; betul3x~ kompem xnyesal kalo beli sbb novel ni seakan-akan motivation/iman booster.. amiin~
assyu; hehs.. ye le.. taw la muke aku cam budak nerd bace buku revision physics yg gile tebal tu kan... btw, kalu nk share, aku alu-alukan sesangat... k thnx!!
ak xpernah baca novel hilal, bro, bawak x kat ky?
Alhamdulillah, dah baca sinergi ni..
memang sarat dengan pengajaran dan boleh belajar sesuatu jika kita mahu.
yes, lagi satu peminat sinergi.!
haha, bgus2... aku rse ni satu2nye buku yg aku syg gle kot..haha
eyl; aiseyh~ buku hilal nih sudah dipulangkan kpd tuannya dong.. aku bawak koleksi hlovate je.. mau pinjam x?
Post a Comment