Pages

Wednesday, September 11, 2019

Skim FPP Hospital Ampang Review


Seperti yang dijanjikan, aku akan buat review bersalin skim FPP di Hospital Ampang secara ringkas, daripada perspektif seorang suami yang baru menimang cahaya mata yang pertama. Hahaha.

Review ni aku akan pecahkan kepada 2 bahagian saja; 1) daftar FPP, dan 2) hospitality dan kualiti servis. Kemudiannya aku akan beri rating di penghujung esei. Details tentang FPP (full-paying patient) kalian boleh baca terus daripada google (contoh: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/504899/skim-fpp-kurangkan-subsidi-perkhidmatan-kesihatan)

1) Daftar FPP


Call je nombor kaunter pesakit luar hospital Ampang – 03 42896083 untuk daftar sebagai pesakit FPP. Kalau takde buku pink macam kami pun takde masalah, cuma nak kena set appointment siap2 dengan doctor pakar yang kalian pilih. Nanti masa on the phone, pegawai kaunter akan bagitahu siapakah doctor pakar yang ada untuk kes bersalin. Masa ni Hospital Ampang ada 3 doktor pakar FPP. Kami pilih HOD O&G, Dr. Murali. Bos terus.

So bila nak call daftar FPP? Seawal yang boleh. Sebab dengarnya queue dia panjang. Kami register masa wife pregnant 3 bulan.

On the first day of appointment, register FPP di kaunter pesakit luar. Bawalah IC, dokumen2 medical check up dan cash secukupnya. Bayaran masa ni less than RM200 kalau aku tak silap. Doctor pakar FPP akan bertanyakan history ibu, scan baby, dan set tarikh untuk next appointment. Cumanya wife aku masa tu bekerja di UK (so guna buku pink UK, tunjuk pada doctor pakar), jadi pandai2 la adjust tarikh appointment seterusnya.

Deposit FPP berjumlah RM5,000.00 mesti dibayar sebelum masuk wad. Bayar di kaunter bil di lobi hospital. Pakai kad kredit la senang, tapi kena bayor sebelum pukul 4pm sebab mesin kad hospital dah tak function lepas 4pm hahaha sedih. Alkisahnya, kami kenalah cash out drpd ATM kat luar nu. Dah bayor baru boleh dapat tag untuk masuk wad…

Hah urusan pendaftaran dia macam tu je. Mudah.

2) Hospitaliti dan kualiti servis

Pesakit FPP di hospital Ampang tak akan dijamin untuk dapat bilik satu katil. Bergantung pada availability dan nasib masing2. Tapi saya dengar biasanya pesakit FPP hosp Ampang insya-Allah akan dapat bilik special ni la, macam kami. Alhamdulillah bilik luas gila. Siap dapat tandas sendiri. Dapat solat berjemaah dengan isteri dalam bilik. Ada sofa tapi dah uzur dan dah jadi safety hazard haha. Maka alkisahnya aku pun bawalah kerusi lipat yang boleh buat baring tidur. Nak selimut lebih, minta kat nurse je (bilik dia sejuk nak mampos).




Makanan kelas 1 hospital pun not bad. Macam dalam gambar atas ni. Ada air panas dan air suam free dalam wad. Si suami kalau lapor wajib try nasi lemak padu di kafe hospital waktu pagi, malamnya aku beli McDonalds depan spital je.

Aside from visiting hours, pesakit boleh ditemani oleh hanya seorang peneman at all time.

Layanan nurse pun alhamdulillah okay. Taklah mewah macam di hosp private, tapi memadai dan berbudi bahasa. Nurse layan isteri dengan baik bukan sebab isteri aku doctor, tapi sebab kadang2 kami belanja breakfast diorang dan suka buat berbual (dalam dialek Kelantan pula lol). Haha so kenalah rasuah sikit. Pastu para suami jangan lupa pergi ikut nurse mandikan baby. Belajar daripada mereka cara mandikan baby dengan betul. Nurse hosp gomen ni tak akan ajar dan tak akan tukar pampers baby kome sbb depa pun busy. Jadi rajin2lah bertanya, tengok tutorial youtube dan jadi suami mithali.

Kami dilawat dan dijenguk oleh doctor2 pakar e.g. O&G, anaest, paeds, etc., tapi bukan selalu. Seingat aku Dr. Murali datang jenguk 3 kali je. Dr Murali buat VE memang tak rasa sakit apa pun, menurut isteri. Ye lah, senior consultant kan. Pastu HO memang tak masuk campur dan tak jenguk langsung (termasuklah member aku si Shahzan yg bertugas HO kat situ haha).

Kami di wad selama 5 hari 4 malam beb. Total bil FPP ialah dalam RM4200 (Caesar ops). Jadi baki deposit akan dipulangkan masa kalian check out di kaunter bil. Sebelum turun ke kaunter bil, nurse minta settle a few docs, beri buku bayi warna biru (untuk next check-ups di KK), dan kami dapat a few freebies e.g. wet wipes, diapers, vouchers petpet.

Rating? Aku beri 9.5/10.

0.5 yang kurang tu sebab gerai makanan di Hospital Ampang tak variety hahah. Kesimpulannya, proses daftar dan customer experience sebagai (suami) kepada pesakit FPP Hospital Ampang adalah tiptop dan terbaik. Insya-Allah lain kali boleh repeat, lol.

Ada orang kata, kalau berduit lebih baik terus ke hospital swasta yang ada kelash macam Andorra. Tbh masa mula2 aku tahu isteri pregnant, aku pun tempted untuk ke KPJ Ampang Puteri sebab lebih dekat dengan rumah mentua. Tapi entahlah aku kurang yakin sikit dengan hospital swasta. Isteri aku 5 beradik doctor pun prefer pergi spital gomen.

Bila aku tahu ada skim FPP yang bertujuan untuk mengurangkan subsidi gomen, lagilah menguatkan motivasi utk aku turut serta. Bil FPP mungkin sikit kalau nak compare dengan servis spital swasta, tapi aku percaya setiap sen yang aku sumbang utk FPP akan memberikan faedah dari segi cost-saving gomen, dan faedah sen dalam bentuk lain kpd rakyat e.g. subsidi minyak, infra jalan kampung, pasang smart meter, dsb.

Wallahu’alam. Semoga bermanfaat.

Wednesday, August 7, 2019

Labour preparation (macam aku pulak yang nak beranak!)



As of writing, my wife is at her 39 weeks + 5 days pregnancy. Baby’s almost due tapi masih shy-shy cat untuk keluar mungkin or perhaps he’s just too comfortable swimming in the dark hehe. I do not really know what to expect, tbh. I know that our little family’s life gonna be different from now on, but I guess the multimillion dollar question here would be “Have I change for the better? Am I a responsible man now?”

I guess I wouldn’t know the answer. Yet. I don’t know.

So after many months of hiatus, I think I will share my preps on receiving our little baby cewahhh acah tulis preps konon.

1. Plan your estimated due date (EDD).

Family planning is super important. And it should be stressed enough in our kursus kahwin and family upbringing. Memandangkan isteri saya doctor, jadi saya cuba untuk plan agar EDD bukan dalam masa beliau dalam HO training or during her MRCP exam. Then I played my part to either rush or delay my yearly KPIs. Benda simple je. Kalau kau tak nak pening kepala di kemudian hari, jangan conceive sesuka hati without a proper planning. Takkan aku nak kena ajar guna kondom pulak erghh.

2. Get your baby+mother essential items ready at 8 months pregnancy.

Remember, fathers-to-be are gonna bring 3 bags to the hospital. One baby bag, one mommy bag, and one daddy bag (just be prepared to sleep overnight in the hospital).

The baby bag MUST have these;

a) Lots of newborn diapers
b) At least 3 clothes (with socks and mittens and cute hats)
c) 3 muslin clothes (or swaddles)
d) Wet wipes
e) Minyak telon (or any other mild minyak panas for baby)

The mommy bag MUST have;

a) Maternity pads (and disposable panties)
b) Clean clothes for at least 3 days (with socks)
c) Selipar untuk ke tandas
d) Breast pads
e) Toiletries
f) Snacks, powerbank, charger, Quran, etc.

Daddy bag kau pandai2 la nak bawak apa hahah. Aku bawak baju untuk 3 hari, sejadah, sweater (penting sebab spital sejuk nak mampos). Pastu newborn diapers tu kalau kau nak yang murah, kau beli time Lazada babysale je. Aku beli Petpet Jumbo Pack 4x60s at RM80 je. Tak payah beli pampers mahal2, nanti baby akan guna 3-4 helai jugak sehari kalau dia banyak berak.

3. If this is your first child, get the best carseat and strollers available.

And the best doesn’t necessarily mean the most expensive. I don’t really like the idea of investing a lot for carseats and strollers but I wouldn’t want to sacrifice on quality either, so my final list of potential brands range from Good Baby, Combi, Sweet Cherry and Quinny Zapp. Alas, I chose the Sweet Cherry SCR6 + SCR7 infant carrier with adapter system combo. These are made in China and relatively cheap (at RM799) but they are also recommended by other bloggers and my colleague at work due to its sturdiness.


SCR7 infant carrier can be used with a 3-point car seatbelt, rear-facing. The handle has 3 adjustable positions, so the SCR7 also works as a rocker. With the adaptor, I can use SCR7 on the SCR6 stroller either front or rear-facing (super plus point). The SCR6 stroller is kinda bulky but the large tyres are perfect for a stroll in the park or on gravel roads. If you’re gonna travel on a plane a lot, I would recommend other lighter cabin-sized strollers.

4. Private or public hospitals?


I am rooting for public hospitals 100% hahaha. Tak kisahlah mana satu pilihan kalian, yang penting kalau boleh hospital tu biarlah dekat dengan rumah yang kita akan berpantang. I went to Hospital Ampang je sebab dekat dengan rumah mak mertua. Ye lah, mana-mana isteri pun memang kalau boleh nak berpantang dengan mak sendiri kan? Lebih selesa agaknya.

Perhaps in another post saya bagi review skim FPP Hospital Ampang pulak.

Okay setakat itu saja untuk posting blog yang pertama tahun 2019 ni. Bapak-bapak jangan lupa untuk bagi moral support yang sepenuhnya kepada isteri, baca surah Insyirah hari-hari untuk dimudahkan urusan, baca surah Maryam dan basically baca Quran banyak-banyak supaya baby nanti lepas lahir senang bila dengar alunan bacaan Quran. Saya pun nervous teroks jugak ni, but as people say; there’s always a first time to everything.

Doakan kami!