Pages

Thursday, December 27, 2018

PRINSIP - Kau ini bagaimana atau aku harus bagaimana

Hari ini kita dapat lihat tergadainya prinsip atas pelbagai faktor. Daripada sekecil-kecil perkara e.g. menggadaikan prinsip diet sebab Baskin Robbins buat promo tiap-tiap bulan, sehinggalah ke sebesar-besar perkara e.g. menggadaikan prinsip bernegara kerana terhutang budi oleh duit derma.

Semasa di tanah Inggeris dahulu, saya dan rakan-rakan cuba berjiwa besar - melibatkan (melarutkan?) diri dlm politik walaupun mahasiswa Malaysia cuma ada beberapa kerat saja. Gerakan kami penuh kerahsiaan. Tak boleh heboh2 sampai duta atau AJK kelab UMNO luar negara (KULN) tahu, sebab nanti akan kena panggil dan ditarik biasiswa. Buat muktamar kawasan pun dlm bilik lecture pada hujung minggu. Kadang2 kami diingatkan bahawa ada SB yg memerhati, hahaha. Pimpinan dari Malaysia pun selalu datang utk membantu proses pengkaderan (ke perkaderan? Debat yang tak berkesudahan), dan melatih rijal-rijal supaya qowiy.

Pun begitu, kami sentiasa diingatkan bahawa perbezaan prinsip politik ini tidak perlulah terlalu taksub sehingga bermusuh pula dgn pelajar yg berlainan jalur pemikiran. Apabila berada di luar negara sebagai komuniti minoriti, apa yg paling penting sebenarnya ialah kesepaduan dan makan-makan di rumah postgrads. KULN selalu buat program2 yg mengeratkan silaturahim komuniti Malaysia seperti jamuan hari raya, kursus kahwin, dan pesta Malaysia Night yg entah hape-hape. Yang mana bagus kita support, yg mana kurang kita tegur. At the end of the day, students mengharapkan bantuan duit yg UMNO beri tiap2 tahun kpd setiap KULN utk buat aktiviti dan lagi sekali; makan-makan (nampak nau malas masak).

Sampailah pada suatu hari, kami ditemukan dgn pimpinan Pemuda Wilayah di sebuah tamrin qiyadi. Masa ni pembangkang bawah Pakatan Rakyat memang kuat betul. Dalam ceramah, semuanya Asal Bukan Umno (ABU). Ye lah, semua org tahu Umno kuat rasuah dan zalim masa tu. Pimpinan Pemuda ni siap pesan, "kalau boleh, antum jangan bersekongkol pun dengan KULN. Jangan join pun program depa."

Saya cuba provok, "semua tak boleh ke? Kalau KULN buat program agama?"

"Pun tak boleh," jawab beliau. "Kita tak boleh bekerjasama dgn apa-apa aktiviti yg boleh menaikkan nama dan visibility Umno."

Saya cuba membantah, tapi ada seorang postgrad yg berada di sebelahnya memberi isyarat supaya jangan tanya lagi dan terima saja hujahannya. Jauh dalam hati saya merasakan apa yg dipesan kepada kami semua itu salah, tapi masa tu saya senyap je la sbb 'mungkin kita tak nampak apa yg pimpinan yg lagi berpengalaman nampak'. Semester berikutnya, saya bantu saja KULN laksanakan program kursus kahwin, lol. Kalau saya tak bantu, nanti ada pula org kata 'Eh presiden tak tahu ke ada kursus kahwin? (kebetulan masa ni saya presiden persatuan pelajar tut tut tut)'

Sudahlah minoriti, pelajar-pelajar baru dahagakan ilmu dan hidup bermasyarakat, kita yg senior boleh pula boikot aktiviti2 KULN yg secara dasarnya membantu eratkan silaturahim. Bagi saya, prinsip takaful ini tak perlulah kita gadaikan atas faktor politik. Benda kita semua jauh dari Malaysia kot. Duit Umno kita amik je la buat makan-makan, hahaha.

Itu kisah lama di tanah Inggeris dahulu kala lah. Di Malaysia kini, prinsip politik bersifat sangat anjal. Apa yg mereka ratib dahulu, tak sama dgn apa yg dihujahkan sekarang.

Kalau antum pening, marilah sama2 kita hayati puisi Gus Mus ini....

Kau ini bagaimana?
Kau bilang aku merdeka, kau memilihkan untukku segalanya
Kau suruh aku berpikir, aku berpikir kau tuduh aku kapir
Aku harus bagaimana?

Kau bilang bergeraklah, aku bergerak kau curigai
Kau bilang jangan banyak tingkah, aku diam saja kau waspadai
Kau ini bagaimana?

Kau suruh aku memegang prinsip, aku memegang prinsip kau tuduh aku kaku
Kau suruh aku toleran, aku toleran kau bilang aku plin-plan
Aku harus bagaimana?

Aku kau suruh maju, aku mau maju kau selimpung kakiku
Kau suruh aku bekerja, aku bekerja kau ganggu aku
Kau ini bagaimana?

Kau suruh aku taqwa, khotbah keagamaanmu membuatku sakit jiwa
Kau suruh aku mengikutimu, langkahmu tak jelas arahnya
Aku harus bagaimana?

Aku kau suruh menghormati hukum, kebijaksanaanmu menyepelekannya
Aku kau suruh berdisiplin, kau menyontohkan yang lain
Kau ini bagaimana?

Kau bilang Tuhan sangat dekat, kau sendiri memanggil-manggilNya dengan pengeras suara setiap saat
Kau bilang kau suka damai, kau ajak aku setiap hari bertikai
Aku harus bagaimana?

Aku kau suruh membangun, aku membangun kau merusakkannya
Aku kau suruh menabung, aku menabung kau menghabiskannya
Kau ini bagaimana?

Kau suruh aku menggarap sawah, sawahku kau tanami rumah-rumah
Kau bilang aku harus punya rumah, aku punya rumah kau meratakannya dengan tanah
Aku harus bagaimana?

Aku kau larang berjudi, permainan spekulasimu menjadi-jadi
Aku kau suruh bertanggung jawab, kau sendiri terus berucap Wallahu A’lam Bisshowab
Kau ini bagaimana?

Kau suruh aku jujur, aku jujur kau tipu aku
Kau suruh aku sabar, aku sabar kau injak tengkukku
Aku harus bagaimana?

Aku kau suruh memilihmu sebagai wakilku, sudah ku pilih kau bertindak sendiri semaumu
Kau bilang kau selalu memikirkanku, aku sapa saja kau merasa terganggu
Kau ini bagaimana?

Kau bilang bicaralah, aku bicara kau bilang aku ceriwis
Kau bilang jangan banyak bicara, aku bungkam kau tuduh aku apatis
Aku harus bagaimana?

Kau bilang kritiklah, aku kritik kau marah
Kau bilang carikan alternatifnya, aku kasih alternatif kau bilang jangan mendikte saja
Kau ini bagaimana?

Aku bilang terserah kau, kau tidak mau
Aku bilang terserah kita, kau tak suka
Aku bilang terserah aku, kau memakiku
Kau ini bagaimana?

Atau aku harus bagaimana?


-1987-

Monday, October 1, 2018

Tips Merisik


Pehh dah lama gila tak berbelog. Kali ni aku rasa terpanggil untuk berkongsi tips-tips merisik. OK so basically dalam proses kahwin orang Melayu, flownya macam ni: merisik > bertunang > bernikah > walimah pempuan > walimah sambut menantu (belah laki)

Ada orang combine merisik dan bertunang, ada orang combine bertunang dan bernikah, ada juga yang combine menikah dan walimah. Rasanya dalam dunia serba moden ni tak kisah kot nak buat cara mcm mana, lagipun orang zaman sekarang busy memanjang dalam kerjaya dan duniawi (insaf jap).

Ok baik jom mula!

1. Set niat untuk mengenal dan bersilaturahim

Kalau first time berjumpa dengan keluarga pempuan tu, eloklah kita murnikan niat untuk membina hubungan silaturahim yang baik. Bawa diri dengan attitude dan pakaian yang baik. Mulakan majlis dengan basmalah, doa, dan bertanya khabar. Yang jantan dan daranya mungkin tak perlu bercakap banyak, biar orang tua saja yang berbasa-basi dan lead sesi merisik ni.

2. Bawalah buah tangan

Jangan datang tangan kosong je. Tak semestinya kena ada cincin tanda, tapi since aku orang Kelantan, umi aku kata kena bawa cincin belah rotan. Cincin emas ni tak mahal pun, biasanya kat kedai emas dalam dua tiga ratus ringgit je. Nak bagi bakul buah2, kain sepasang, Quran ke apa2, yang tu terpulang pada kalian.

3. Tanya soalan2 yang basic dan penting saja

Alaa macam sembang2 di kedai kopi le. Tanyalah soalan2 seperti “En. XYZ kerja di mana? Ooo bila pencen? Dah tu la ni apa aktiviti masa pencen? Anak berapa orang semuanya? Puan pula asal orang mana?” Tapi kau yang jantan tu duk diam je le, biar wakil rombongan atau bapak kau saja yang bercakap. Kau jawab apabila ditanya. Jawab jujur, jangan nervous pulak.

4. Jangan tanya soalan sia-sia dan guna perkataan taboo

Contoh soalan yang sia-sia ialah “keluarga belah sana memang kecil2 ke?”. Mentang-mentang si daranya anak tunggal, kau tanya macam tu imply yang ‘keluarga dia tak subur ke?’. Hati-hatilah mengeluarkan kata. Jangan sesekali sebut perkataan ‘cerai’ dalam majlis merisik atau bertunang. Pernah jadi kat aku so aku tahulah betapa beratnya rasa untuk berkeluarga dengan ahli keluarga yang biadab (walaupun hampir semua alumni kolej aku kenal si biadab ni memang jenis mulut puaka hahaha)

5. Saya, Encik, Puan

Merupakan kata ganti nama diri yang paling proper untuk majlis merisik. Kalau orang Kelantan, bbasolah diri tu ‘ambo’ atau ‘kito’. Pengalaman aku bila kena dengan si biadab tadi yang guna ‘I’ dan ‘kamu kamu kamu’, memang mak ayah aku terus rasa nak blah je dari rumah. Jadi sekali lagi, jagalah bahasa dan biar orang tua saja yang berbicara. Yang muda, diam dan jangan menyampuk.

6. Parents represent

Yang seeloknya, ibu bapalah yang jadi wakil lidah keluarga kita. Tapi kalau kita pun tahu yang ibu bapa tak dapat nak jadi wakil yang baik, boleh je outsource to pakcik2 yang lebih layak. Bottomline is, jangan bagi orang kurang ajar yang jadi tukang cakap.

7. Makan seadanya apabila dijemput

Yang ni self-explanatory lah kut. Jangan jadi naga pula di rumah orang.

8. Mata jangan melilau

Sangat tak sopan ye buat jakun di rumah orang kaya. Buat chill je. Jangan duk tunjuk amazed sangat bila ternampak kepala rimau dalam dining hall, contohnya. Sama juga kalau rumahnya sederhana atau miskin, mata tu janganlah tunjuk jelek sangat. Chill je. Biasanya orang sederhana ni lagi kaya jiwanya. Ceh gitu.

OK tu je lah kot. Biasanya sesi merisik ni buat syarat je. Sebab si dara dan teruna tu dah bercinta bagai nak rak. Tapi kalau kau tak dapat keputusan seperti yang diharapkan daripada sesi merisik (macam kes aku), kau relaks je. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Kalau dah nekad, pujuk lagi biar sampai jadi. Bukan dah janji dengan awek ‘lautan api kan kuredah’ ke? kahkahkah

Wednesday, August 1, 2018

Sembang samawi


Minggu lepas aku menemani umi dan abah ke Johor utk menghadiri majlis doa selamat sempena pemergian besan umi dan abah ke Mekah utk naik haji. Seronok bawa umi abah ke hulu ke hilir sebenarnya. Sebagai seorang anak, aku rasa puas berbuat jasa, lagi pula umi abah bukannya jenis yang cepat tidur bila masuk kereta (tak macam adik dan isteri aku haha).

4 jam perjalanan itu ada saja yang kami bualkan – and the highlight was about the lunar eclipse that was due the next early morning. Kalau bab falak ni memang aku seronok bercerita. Daripada cerita tentang bagaimana gerhana bulan berlaku, tentang salah faham orang marhaen terhadap sains, sampailah ke teori ‘Adam sebelum Adam’.

klik gambar untuk ke artikel

Abah paling seronok bercerita bila perbualan kami masuk ke daerah eksplorasi manusia ke Bulan. Sebab masa Apollo 11 mendarat di Bulan tu, abah baca berita live di surat khabar. Abah cerita, semua kawannya ada baju Apollo 11 gambar Armstrong. Abah nak arwah nenek belikan tapi arwah nenek tak bagi sebab ‘wak kenak pitih’ katanya. Aku pun ceritalah yang Armstrong dan Aldrin tu bukanlah org yg pertama sebenarnya sampai ke bulan. Misi Apollo yang sebelumnya pun telah ada, tapi mereka cuma mengorbit bulan, buat survey, lepastu patah balik semula ke Bumi. Bukti saintifik dan rekod perjalanan Apollo-apollo ini telah selamat didokumenkan, tetapi persepsi bahawa ia hanyalah propaganda yang dibikin di layar masih tebal dalam masyarakat Melayu kita.

Kemudian aku berkongsi pula tentang gerhana bulan dan gerhana matahari. Aku katakan, “Allah cipto manusio ni pada waktu dan maso hok comei. Kejadie kito ni berlaku tepat maso saiz bulan dan matahari napok samo di langit. Bilo kito napok bulei dan matahari lebih kure samo besar, bulei akan bo-bo muat jah tutup matahari maso gerhano.”

Buat yang tak tahu, bulan ni makin lama makin jauh dari Bumi sebanyak 1.5 inci setahun. Jadi masa zaman dinosaur jutaan tahun dulu, Bulan nampak relatively besar sikitlah dari Bumi. Kebetulan pula masa Allah matikan spesies homo erectus atau pelbagai genus homo lain pada ratusan ribu tahun dulu, genus homo sapiens diadakan (daripada tiada) dan diciptakan pada timing hok molek i.e. Bulan jauh sikit dari Bumi. Ia bukan kebetulan, tetapi suratan, dan kita sebagai orang Islam kena yakin hal ini sudah lama tersurat.

Abah aku pun excited juga bila bersembang tentang teori ‘Adam sebelum Adam’ ni. Sebab abah pernah tengok tengkorak dan replika jasad homo-homo sebelum sapiens di Vienna dulu. Kebetulan (atau suratan?) pula Allah kurniakan akal dan otak yang agak besar kepada homo sapiens untuk berfikir. Tapi jap, apa kaitan antara timing Bulan dengan zaman kita yang ada akal?

Dengan fakulti akal, dan dengan timing kedudukan Bulan yang comei yang Allah jadikan pada zaman kita, Einstein berjaya buktikan teori relativity semasa gerhana matahari pada 29 Mei 1919. Pembuktian relativity Einstein pada masa tu ada sedikit kontroversi, jadi Nobel Prize yang Einstein terima hanyalah berdasarkan eksperimen photoelectric emission beliau. Kalau Allah jadikan kita homo sapiens ini sedikit lewat atau sedikit awal, kita takkan tahu apa benda relativity gravitational wave ni semua.

Disebabkan kebetulan (atau suratan?) kita jumpa teori gravitational wave oleh Einstein hampir 100 tahun dulu, kita pun ciptalah LIGO dan VIRGO. Bila aku cakap ‘kita cipta’, aku merujuk ‘kita’ kepada ketamadunan manusia. So LIGO ni bukan Lego ye adik-adik. LIGO stands for Laser Interferometer Gravitational-Wave Observatory. Daripada nama dia saja kita dah tahu apa benda LIGO ni buat kan? Ia bukan sekadar nak detect gravitational wave, bahkan nak buktikan teori ini dan jumpa penemuan-penemuan yang kita tak nampak optically di luar sana.

So apa benda yang LIGO dah jumpa? Sejak beroperasi pada tahun 2015, kita dah jumpa 6 fenomena. Kebanyakan daripadanya ialah pelanggaran black holes, manakala satu daripadanya ialah pelanggaran neutron stars. Boleh rujuk jadual di bawah untuk penjelasan pelanggaran ini dengan lebih lanjut. Persoalannya ialah, apa yang kita dapat muhasabah daripada segala info dan data ini?


Pertama sekali, bahawa Allah Maha Besar dan yang Maha Kuasa yang memperjalankan hamba-hambaNya i.e. bulan dan bintang menurut kehendak Allah. Bintang ni ada banyak jenis, antaranya yang basic ialah macam matahari kita, bintang neutron dan lohong hitam. Jumlahnya berbilion, malah lebih banyak daripada butir-butir pasir di Bumi termasuklah kalau kita campur pasir di pantai-pantai dan di gurun-gurun termasuk Sahara.

Daripada berbilion bintang ini, Allah menyingkap hijab kita untuk mengenali objek-objek samawi yang lain menerusi gelombang elektromagnetik dan gelombang gravity. Just what are the odds, kebetulan lagi pula - pelanggaran lohong hitam yang dah berlaku berbilion tahun yang lalu, sampai kepada kita at light speed when we just had these observatories. Which can also mean statistically that these cosmic events are happening continuously even though they are rare. Satu persatu Allah izinkan kita untuk menimba ilmuNya yang luasnya selautan walau kita hanya tahu setitik cuma.


Beberapa bulan yang lalu kita baru saja jumpa 12 bulan yang baru yang mengelilingi Musytari. Salah satunya, Valetudo, mengorbit Musytari secara prograde dalam kalangan bulan-bulan yang orbitnya retrograde. Unik sungguh! Walhal belakang Bumi je tapi rupa-rupanya banyak lagi ilmu yang kita belum tahu dan baru nak diterokai. Buku teks Sains sekolah kena dipinda lagi nampak gayanya.

Subhanallah wabihamdih, subhanallahil adzim.

Monday, May 14, 2018

Micromanaging energy



When AddAudio Malaysia in Petaling Jaya was dubbed as the coldest office in the country, no one would have expected that the office’s perceived temperature is found to be 10.92’C[1]. As the lingo goes “Cold-cold for what? You tak payah buy jacket one if you switch off the air-cond”, Malaysians are quick to complain about electricity bill hike but ironically we take energy for granted. Who is to blame here? The profiteering Tenaga Nasional Berhad (TNB), or our poor energy management?

                TNB is the sole electricity provider in peninsular Malaysia[2]. Being a regulated natural monopoly[3], one could easily assume that TNB has the power to overcharge their consumers. The perception is then strengthened with the fact that TNB has been consistently profiting for billions of Ringgit. Pressures to liberalise the utility market are becoming ubiquitous with politicians citing success stories of other countries’ market reform in Dewan Rakyat and public forums.

                But is market reform necessary? According to Prof Dr Ken Koyama, chief economist and managing director of Institute of Energy Economics Japan, there are no obvious positive effects that can be seen in terms of tariff rate reduction in fully liberalized utility market in Europe and in the United States of America[4]. Consumers in those regions can switch their electricity retailer, but the market competition is not able to drive the rates down. In fact, utilities are having difficulties in securing investments and achieving adequate energy mix[5].

                Macromanaging utilities have been a ‘social experiment’ since humanity learns to enact laws and lives in cities. Water in the UK, for example, has been reformed from complete privatisations to build-operate-transfer arrangements, to private management contracts, to incentive systems to state-owned monopolies. Regardless, regulating a natural monopoly is one of the best options to create a win-win formula for both the provider and consumers. With the Malaysia’s Incentive-Based Regulation (IBR) policy framework, TNB is able to obtain a fair rate of return (which could be translated to government income through tax measures), motivation to improve its efficiency and performance, and most importantly for us to pay a transparent and reasonable electricity rates.

                Unfortunately, electricity tariff is subjected to volatile fuel prices environment. One thing is for sure – fuel is finite and its price is increasing as supply is becoming scarce. The public need to understand that the government cannot afford to subsidise our basic needs forever. Effective macromanagement of utility will reach a point whereby a collective micromanagement of individuals are required to offset the ever-increasing challenge of electricity supply. If we feel that the price of vegetables is expensive in pasar malam, then surely ‘tanam kangkung’ is the best possible solution.

                ‘Tanam kangkung’ in this sense is to be self-sufficient. High electricity tariff should be an incentive to go green and be energy efficient as possible. The government has introduced mechanisms to mitigate our over-reliance to fossil fuels such as large scale solar (LSS) projects, net energy metering (NEM), minimum energy performance standards (MEPS) equipment and building energy audit. In the near future, advanced metering infrastructure (AMI) will arrive on our shore too[6]. Renewable energy (RE) measures such as private solar panel installation might be expensive to most of us i.e. the B40 and the M40, hence being energy efficient is the way to go to micromanage our energy consumption.

                Education is the key. With the advent of big data advancements, it is about high time that the public need to appreciate the nation’s energy delivery system. Fossil fuels will be our main energy source for many years to come – for depending too many RE sources feeding into the grid will cause imbalances and ultimately jeopardizing our energy supply security[7]. Simple efforts such as domestic time-of-use (ToU) implementation, passive energy building construction, and using 5-star rated MEPS equipment e.g. LED lights will go a long way if done correctly and collectively nationwide.

     Being efficient in micromanaging our energy needs isn’t just about reducing our bill payment, it is about playing a part to make the world a better place to live. It is about self-reliant in sharing our kangkung to our neighbours.


[My article is previewed in the Bangi Management Review (BMR). Click the BMR magazine above to read other articles]

// ps: Do read my article in the BMR magazine with caution. The BMR editor had edited it badly that some of the points might be misleading. Saya tak boleh salahkan editor majalah ini juga kerana mungkin mereka bukan orang yang ahli dalam industri tenaga negara. Among the errors created by the BMR editorial team are;
  1. The entire article should be read with 'micromanaging energy' title and theme in mind, not on 'ways to mitigate high energy prices'.
  2. In the second para., the editor replaced the word 'cantankerous' instead of the original word 'ubiquitous' - thus implying that the liberalisation of energy is a hot debate around the world. It is wrong and it is not the reality. The pressures to reform energy market has been a harmonious and natural process and is a normal scenario all around us - this is the gist that I am trying to convey.
  3. In the fourth para., the editor had edited the original conjunctions to show that water utility in the UK is a collective of management models. It is not true. My original sentence is constructed in a way to show the processes of management model reform from one point to another.
  4. Also in the fourth para., the editor edited IBR as incentive-based regulatory, which is false. The IBR (abbreviation is removed from the article) is a specific policy in Malaysia of which it should be read as 'Incentive-Based Regulation'. You can read more about IBR in the Suruhanjaya Tenaga website or in many articles in newspapers.
  5. In the sixth para., the editor had removed the abbreviations of all of Malaysia's energy policy. To avoid confusion, the specifics are as follows - large scale solar (LSS), net energy metering (NEM), and minimum energy performance standards (MEPS) equipment. You can find information about these LSS, NEM, and MEPS easily on the internet.
  6. Footnotes aren't included in the article. So, if you are wondering about anything mentioned in the article, written below is the clarifications of the footnotes.



Footnotes:

[1] ‘We tried to find the coldest office in the Klang Valley. And you won’t believe the temperature we recorded’ – a social experiment featured on April 10th 2017 in cilisos.my

[2] In regulatory terms, TNB is a public installation licensee for peninsular Malaysia. Sabah has SESB while Sarawak is operated independently by SEB.

[3] A natural monopoly is a type of monopoly that exists as a result of high fixed costs or startup costs of operating a business in a specific industry. Government vis a vis Suruhanjaya Tenaga, regulated the monopoly i.e. TNB to ensure the protection of public interest and sustainable competitive market environment.

[4] ‘Industry and Market Responses to Electricity Market Reforms’ public lecture in Suruhanjaya Tenaga, May 26th 2017 by Prof Dr Ken Koyama.

[5] Energy mix is a combination of different energy sources to meet the demand of electricity. As of December 2017, Malaysia’s Grid System Operator recorded coal, gas, co-generator, and hydro contributions at 57.23%, 38.7%, 0.36% and 3.71%, respectively.

[6] AMI is an infrastructure of smart digital meter and wireless network to enhance electricity billing and improve demand-side management (DSM) of energy generation. Through AMI, consumers are able to micromanage energy consumption at home via recorded meter data reports. A pilot project of AMI has been successfully done in Melaka involving 1000 households and a selective nationwide rollout is expected in 2018.

[7] RE sources such as solar, wind, tidal and hydro are dependent on the Sun effects on the world climate. Intermittent availability disrupts the frequency of our national grid which could lead to national blackout if RE sources are not managed harmoniously.

Friday, March 30, 2018

Wacana Za'ba: Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri

Berkenaan gejala fikiran terpasung, Za'ba menjelaskan;

"Pendeknya orang-orang Melayu hanyalah menunjukkan pandangan yang buruk dan miskin sahaja rupanya pada tiap-tiap cawangan kehidupan. Orang muda-mudanya kebanyakan leka membuang-buang masa dengan kesukaan yang isa-sia, lucah dengan menjamu kesedapan syahwat dan hawa nafsu kebinatangan, tiada jimat dan cermat pada perkara wang dan belanja, dan tiada mengirakan untuk esok atau lusa, serta leka tonggeng balik dengan mencari jalan-jalan hendak bersedap-sedap dan bersuka-suka, orang tua-tuanya terpasung dengan kepercayaan bodoh-bodoh dan ketakutan yang bukan-bukan akan hantu syaitan, jin ifrit, pelesit manjangan."

Berkenaan pembaharuan pendidikan;

"Pelajaran hendaklah juga dijadikan 'kalimah syahadah' yang awal pertama sekali hendak dikirakan dan dilebihkan."

"Memada-madalah. Bangunlah segera daripada tidur kamu wahai sekalian ikhwan. Sanya telah kelamlah tipu daya kebodohan dan terbit cahaya pengetahuan. Tengok, lihat dan perhatikanlah apakah yang tidak diperbuat oleh kaum yang jaga itu. Meruntuhkan bukit yang besar-besar, membangunkan bangunan di padang yang rata, menjadikan lautan itu daratan dan daratan itu lautan. Padahal tidak bergeak ianya dari atas kerusinya dengan menggoyangkan kaki. Hanyalah digunakan telunjuk jarinya pada menyempurnakan segala kehendak kemudian daripada telah berpengetahuan ianya pada menggunakan tabiat barang-barang sperti yang dijadikan Tuhannya bagi faedah-faedah manusia di alam ini."

Wallahu'alam.

Dah lama tak update blog. Jadi saya ingin menebus kesepian blog ini dengan memberikan pdf percuma tentang kertas kerja Wacana Za'ba yang Jejak Tarbiah anjurkan pada tahun 2016. Selamat membaca!

Klik link file di bawah (jangan risau ini bukan spam)


https://drive.google.com/file/d/193ZonMBTAx42bg3KgRQQC_pHzJ3YfB8R/view?usp=sharing