Pages

Wednesday, April 29, 2015

Belajar overseas, tapi tin kosong.


“Hud, flight pukul berapa esok?”

“Insya-Allah 4pm. Masuk check-in pukul 2pm.”

“So kita jumpa nanti at 1pm okeh?”

Allah… tak perlu susah-susah pun fi… korang busy dengan exam kan…”

Tapi aku peduli apa. Lepas habis first paper tadi aku terus cabut ke airport nak hantar Hud back for good. Dahlah jumpa pun jarang-jarang, mintak bid farewell pun tak perlu katanya. Memang nak kena sekeh budak ni.

Maka telah hilanglah sebutir permata di tanah Inggeris. Hud ni memang perfect lah orangnya. Sudahlah arkitek, kaya budi bahasa dan tampan pula. Sempat jugak kami mencedok pengalaman hiking beliau sebelum masuk security tadi… huhu. 

Eh dah macam appreciation post untuk Hud pulak, haha.

Tapi antara feature Hud yang paling aku pandang tinggi ke langit ialah sikap aktivisme beliau la kot. Ya Allah rajin gila okay arkitek ni. Berprogram sini sana. Hiking macam tak cukup tanah. Establish excellent rapport dengan semua orang, especially postgrads and undergrads alike. Membangun pula jiwa-jiwa abnaul harakah di usrah berkalanya. Serius idola gua.

Terkadang kalau aku rasa masa seakan sangat menghimpit, orang-orang macam Hud lah yang aku cuba recall. Orang-orang yang menggagaskan idea bahawa keterbatasan masa tidak menjadi penghalang untuk terus istiqomah. Regarding istiqomah, Arwah Mas Afzal cakap (di sebuah program KY dahulu kala) - keep reminding us the utmost pleasure of seeing our khalik in jannah as our drive of betterment.

Semua kenal kot arwah Mas Afzal? Aktivis Malaysia yang study di Sheffield dulu tu. Kawan-kawan Malaysia sentiasa senang akan kehadirannya. Brader brader Pakistan pun suka dengar tazkirah arwah di Sheffield. Lagenda beb. Lagenda.

Sayangnya, sudah tak ramai orang macam ni di tanah Inggeris. Makin lesu agaknya kita orang Malaysia yang dibiaya kerajaan ini. Dan tak perlu pun jadi figur-figur besar eg pengarah program, presiden persatuan bagai. Cukup dah sebenarnya kalau setiap daripada kita diketahui dan dikenali di mata masyarakat.

Kadang-kadang aku lebih suka dengar pergaulan mesra antara undergrads dan postgrads. At least nampaklah budak undergrad tu tak terperuk dalam bilik dan antisosial. Nampaklah cakna dengan makhluk di sekeliling tu ye tak..?

“Oi Amjad! Perform lak kau keeper malam ni. Exam camne?”

Haha alhamdulillah ok je. Haa anak abang macam mana? Haritu kata demam?”

[Insya-Allah ada kena mengena dengan manusia yang masih hidup atau yang telah mati. Dialog antara undergrad dan postgrad di atas hanyalah contoh.]

Kenapa aku bangkitkan isu budak overseas ni, out of the blue? Sebab aku merasakan sikap cakna kita dengan ORANG dah makin luntur. Semuanya nafsi-nafsi. Sendiri-sendiri. Makin misunderstood agaknya mentaliti ‘oh niat utama aku ke obersi hanyalah belajar untuk segulung ijazah’.

Entahlah. Aku tak mintak pun kalian semua atau kawan-kawan jadi penyokong/pendokong agama. Cukuplah at least melazimi diri bersama dengan adik-adik abang-abang kakak-kakak di tempat masing-masing. Dapat join usrah lagi bagus. Haaa usrah tu pulak jangan duk bedah kitab ikhwan aje. Isu semasa ditolak ketepi lepas tu balik Malaysia tiba-tiba nak bising dengan polisi kerajaan. Eeiii aku pantang betul orang macam ni.

Panjang pulak aku membebel malam ni haha. Banyaknya tertuju pada diri sendirilah sebenarnya T_T

Fathi Yakan ada kata - melarutkan diri dalam masyarakat merupakan prasyarat untuk intima’ dalam gerakan Islam. Tinggal kita nak ikut atau tak nak je. Tak nak ikut sudah. Baliklah kau ke Malaysia tu sebagai yet another tin kosong. Tetibe.

Aku tau. ISOC je pun. Tapi bangga gila k ramai juniors nak run for the post. Haha.

No comments: