Hari pertama:
Flight Edinburgh - Brussels - Vienna. Alhamdulillah tiada delay. Cuma transit selama sejam dirasakan tidak mencukupi. Sudahlah Brussels airport besar gila (dah macam shopping mall wehhh), kena pula berjalan entah berapa kilometer dan pertukaran terminal pun ada security check. Belengaih ketiak gua. Haaa yang uniknya pasal airport ni, ia tiada multifaith prayer room. Ruang sembahyang dipisahkan mengikut agama. Malah, bilik Ortodoks, Katolik dan Protestan juga dipisahkan! Seolah-olah Brussels menentang pluralisme dan hanya meraikan pluraliti agama. Lol.
Sesampainya di Vienna airport, aku terus menaiki bas ke West Wienbahnhof; antara stesen kereta api yang utama di Vienna. Dari bahnhof pula, aku berjalan kaki selama setengah jam ke Mariahilfer Strasse - high street tempat terletaknya hotel abah. Yang kelakarnya, abah tak tahu pun pukul berapa aku akan sampai di hotelnya. Nak call pun tak boleh sebab tak beli simcard. Internet pun takde. Maka aku pun mengambil kesempatan ni untuk prank abah hehe.
Nak prank abah tapi tak jadi haha. Tapi ada video abah surprised, hehe
Pranknya tak menjadi pun. Abah tengah lena tidur masa aku sampai. Ciskek. Tapi still rasa excited gilalah dapat jumpa abah. Abah banyak bercerita tentang kerjanya di Klagenfurt, tentang family updates dsb. Aku senyap je sebab macam tak sangka dapat jumpa abah lagi. Kecik betul dunia sobs2.
Hari kedua:
Lepas breakfast, destinasi pertama kami ialah Musequartier. Ada banyak jenis muzium di sini. Kebanyakannya art-based dan berbayar. Disebabkan kami berdua tak boleh appreciate arts, maka kami tak masuk mana2 muzium pun di Musequartier, haha. Tapi bangunannya cantik2, so it’s worth a slow stroll la.
Kemudian kami masuk Natural History Museum. Best gila seriusss! Sikit lagi boleh lawan yang di London tu. Lama jugalah lepak dalam muzium ni. First time aku tengok batu real dari bulan dan Marikh. First time aku pegang meteorit asli. First time aku sentuh tulang dinosaur betul! (note: those dinosaur bones on display in most museums are casted one). Ada exhibition pasal mammoth and our homo ancestors.
Abah looking at the real-sized mammoth
Regarding our homo ancestors, abah said, “ado soghe ustaz hok mari ngajar ssurau rumah kito tu, dio kato nabi adam turun ke bomi dalei 40k tahun lepah. Dok tahu maghi mmano sumber dio, tapi ado doh ore srupo kito sebelum nabi adam.”
I’m actually glad to at least know that abah was aware of the ‘adam sebelum adam’ theory. Homo erectus and the other homos were already million years before us. Aaaand we had a long discussion in the museum, also as I exchange those Big bang theories while we watch the beginning of the Earth in the universe section. Minda kekenyangan.
We then made our way to the Imperial Palace. There are a few museums in here as well - each with different priced tickets. Price discrimination at its best -.-!
Lalu tiba2 perut berbunyi. Nasib baik senang cari makanan halal di sini. Ada berlambak kedai kebab di Mariahilfer Strasse. Balik hotel, makan, solat, tidur. Lepas isya kami bercadang untuk ke Rathaus (katanya lampu limpah pada waktu malam sungguh mempesona?). Dalam perjalanan ke Rathaus, entah macam mana, tersinggah pula ke Turkis; sebuah restoran Mediterranean.
2 jam juga kami makan sambil berborak. Borak anak dan abah. Meluas pula topik perbincangannya. Daripada isu politik, ekonomi, sehinggalah ke isu masa depan aku. Tentang bagaimana ejen kereta memperoleh lesen perniagaan melalui orang dalam; tentang spekulasi dalam nilai hartanah; tentang salah tadbir kerajaan, dsb. Lol barangkali begitulah lelaki. Idea sembangnya bukan sahaja datang ketika solat, malah juga ketika makan.
“Payoh nok uboh policy kerajaei. Hanyo kalu anok minister technology buat research dalei solar energy, barulah kito buleh focus on renewables. I scratch your back you scratch mine. That is how Malaysia works.” Demikianlah kata abah. Aku tak kisah sangat kot pasal polisi tu. Yang aku kisah sekarang macam mana woii nak beli rumah harga dah juta-juta. Adei.
Usai makan, kami lalu berjalan perlahan-lahan ke Rathaus. Dari bangunan parlimen, Rathaus kelihatan tersergam indah dari jauh. Sungguh ia cantik. Malangnya apabila kami mendekat, lampu limpahnya dipadamkan. Huhu… sedih gila. Tak sempat bergambar pun.
Hari ketiga:
Kami memulakan hari dengan menaiki underground Neubaugasse - Stephansplatz. Beli 24hr ticket untuk penjimatan berganda. Mercu tanda Vienna yang sering dapat dilihat di fridge magnet mahupun di t-shirt ialah di sini, iaitu Stephansdom; antara gereja yang paling tinggi di dunia. Tak masuk pun dalam gereja. Risau takut abah marah haha. Dari Stephansdom, kami berjalan sepanjang Karntner Strasse untuk mencari cenderamata2 yang ingin dibawa pulang.
Menjelang dinihari, kami menaiki underground Stephansplatz - Nestroyplatz untuk mencari Masjid Hidaya. Usai solat Jumaat di situ, kami bermalas-malasan sebentar dan berborak dengan ahli kariah masjid. Masya-Allah masjidnya sungguh meriah! Kanak-kanak bebas bermain kejar-kejar dan golongan emas kelihatan mesra bertemu dan bertanya khabar. Mudah untuk berkomunikasi dengan mereka di sini kerana rata-ratanya aku perhati berbahasa Arab dan Jerman; yakni bahasa asing yang kami berdua boleh fahami.
Setelah bertanya tok siak masjid, kami lalu mencari kedai makan halal untuk lunch yang terletak hanya 50 meter dari masjid.
Destinasi seterusnya ialah Schonbrunn Palace; sebuah istana di zaman kerajaan Roman. Untuk ke sini, kami menaiki underground Nestroyplatz - Schonbrunn. Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di Auer-Welsbach Park - memerhatikan gelagat Viennese berpiknik dan bermain dengan anjing-anjing mereka. Tenang sungguh gamoknye. Seperti tiada masalah hidup.
Tak banyak yang dapat kami lakukan di Schonbrunn Palace, melainkan sekadar bergambar-gambar seperti kebanyakan tourist. Oh, ada satu insiden yang kelakar berlaku di sini. Ketika itu, aku ingin meminta orang untuk mengambilkan gambar kami berdua. Lalu aku merapati seorang pelancong Cina yang kebetulan berada paling hampir dengan kami.
“Errr… excuse me? Can you take a picture of us?”
Cina tua itu mengangkat mukanya daripada kameranya, seraya, “no no no. Cannot cannot.”
“No I mean you use my camera to take a picture of us?”
“No no cannot,” balas Cina tadi sambil menggeleng-gelengkan kepalanya yang aku syak merupakan Cina Singapore. Lol. Kiasu nak mampus. Aku dan abah aku; facepalm. Haha. Puas berjalan di sekitar taman istana, kami pun pulang ke hotel. Abah bawa nasi instant untuk dinner. First time aku try nasi briyani kambing instant. Katanya, nasi instant yang sama abah bawa masa abah travel ke India tempoh hari. Okaylah boleh tahanlah rasanya.
Hari keempat:
Hari terakhir abah di Vienna. Kami checkout siap-siap dan meminta agar bagasi kami disimpan di hotel buat sementara waktu. Menapak keluar dari hotel, aku tak tahu seterusnya hendak ke mana. Ada saja tempat-tempat yang menarik tapi disebabkan kami berdua tak boleh nak appreciate art gallery and the likes, pilihan menjadi terhad.
Kami pun membuat keputusan untuk melihat Rathaus lagi sekali. Sempat juga kami bergambar di hadapan Burgtheater. Tidak semena-mena aku terlihat sebuah bangunan yang agak familiar di sebelah Rathaus. Kami membawa diri ke bangunan itu. Setelah diamati, bangunan tersebut rupa-rupanya ialah Universiti Vienna. Aku mencadangkan agar menjenguk masuk ke dalam kompaun universiti sementara masih ada banyak masa sebelum flight abah pada waktu petang nanti. Abah bersetuju.
Aku mengambil kesempatan ini untuk connect to eduroam wifi, haha. Menarik juga sejarah universiti ini jika dibaca. Bangunannya juga cukup lama dan dijaga kemas. Ada ukiran patung dan plak-plak alumni di sepanjang koridor universiti ini. Setelah hampir pasti tiada apa yang ingin dilihat, kami mengambil keputusan untuk pulang dan makan tengahari.
Amacam? Familiar tak dengan tangga dan koridor ni?
Tiba-tiba, abah meminta diri untuk ke tandas. Sementara menunggu abah menyelesaikan urusannya, aku naik ke tingkat atas universiti secara senyap-senyap. Aneh. Aku berasa seperti pernah melihat tangga yang aku naiki. Koridor tingkat dua bangunan itu pun terasa begitu familiar. Tiba-tiba aku ternampak papan tanda ‘bibliothek’. Aku menuju ke situ dengan lagak seorang student kebanyakan. Masuk saja ke dalam pustakanya, aku terpana. Otak aku berpusing ligat.
‘Laaa… ini library yang Rangga selalu study tu dalam cerita 99 cahaya di langit Eropa. Patutlah macam pernah nampak koridor dan tangga tadi..,’ aku bermonolog sendirian. Walaupun aku tak suka filemnya sebab ada banyak fakta yang salah, tapi aku berasa excited sebab rupa-rupanya aku sedang berada di lokasi penggambaran filem tersebut. Haha.
Aku bercerita tentang penemuanku tadi kepada abah, and as expected, abah buat endah tak endah. Sebab abah tak tengok filem tu lagi, lol. Kami pun menuju ke Volksgarten. Kebetulan pula hari cerah dan panas. Ramai warga emas yang mengambil kesempatan ini untuk menghirup udara segar di taman-taman. Damai. Ahh terasa berat pula hati untuk pulang.
Selepas makan tengahari, aku menemani abah ke airport untuk menghantarnya pulang ke Malaysia. Adoi, sekejap saja dapat travel dengan abah. Kami berbalas salam dan lambai. Dan aku pula kena segera balik ke Mariahilfer Strasse untuk cari hostel. Puas abah memujuk aku untuk terus saja stay di bilik hotelnya, tapi aku berkeras untuk mencari tempat bermalam yang lain. Alamatnya, lepas hantar abah, aku kena balik ambil bagasi di hotel abah dan cari hostel yang harganya lebih berpatutan.
Hari kelima:
Aku bermalam di Wombats City Hostel. Sangat recommended! Lokasinya sentral, serta ia memenuhi segala keperluan asas yang sering orang harapkan di sebuah hostel, terutamanya berjumpa strangers. Seusai sarapan dan checkout, aku terus menuju ke Austrian National Library; one of the most beautiful libraries in Europe. Kalah Book of Kells kot.
Seterusnya, dari Michaelerplatz, aku merinci setiap sudut bangunan di bahagian kota lama ini. Tidak lama pun. Tapi sempatlah join Sunday mass di Stephansdom. Kami baca surah Psalms dalam gereja :P Petang itu aku kena pulang ke hostel, ambil bagpack dan pulang ke Edinburgh. Maka sekian sahajalah kisah pengembaraan anak dan abah di bumi Austria.
Oh those old papers smell...
Di dalam Stephansdom
Vienna weekend trip ni merupakan cerita sepurnama yang lepas (procrastinating update as usual). Sepurnama depan pula aku akan ada final exam. Seminggu lagi tarikh akhir disertasi fyp. Pantas sungguh masa berlalu. Tahu-tahu saja sudah ekuinoks. Matahari makin meninggi, dan julat waktu solat pun sudah hampir sama seperti di Malaysia.
Ahhh. Merungut tentang kesuntukan masa ni bukan boleh bawa ke mana pun. Doakan saya? :’)
No comments:
Post a Comment