Pages

Wednesday, February 19, 2014

PUISI 2013

        Sejujurnya, aku tak tahu kenapa aku tergerak hati untuk ke PUISI di Ireland pada winter kali ini. Barangkali kerana adanya kehadiran Ustaz Zahazan? Walhal program Rise di UK pun tidak kurang mantapnya kerana ada Ustaz Ridha. Wah wah wah boleh pula memilih bulu ya, haha.

3ala kulli hal, suatu perkembangan yg positif aku kira, melihatkan banyak program pembangunan jiwa ‘musim sejuk’ (a.k.a hujung tahun) dilaksanakan di serata dunia. Di Malaysia, di Kanada, Jepun, UK Ireland, Korea, etcetera, rata-rata pelajar Malaysia akan turut terlibat dlm menjayakan program2 seumpama ini. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah !!! Maka rugilah bagi mereka yg tidak ntahizul fursah.


Awesome kan promo poster PUISI? Sampai termimpi-mimpi aku dibuatnya. Bermimpi sayup-sayup terdengar suara orang membacakan ayat-ayat Quran, puas aku amati rupa-rupanya surah Yusuf. Mcm mana boleh promo sampai masuk mimpi tu aku tak tau. Inception habis. heh

Ok lah aku terus masuk bab modul PUISI. Sekadar nak share apa benda cacing-cacing yg aku scribble dlm buku nota. Semoga bermanfaatlah buat para pembaca (yg kononnya ramailah visit blog ni lol).


Modul PUISI ada lima. Modul yang pertama; konflik. Untuk yg noob, konflik ni merupakan kata serapan bahasa Inggeris ‘conflict’ bg mewakili perkataan ‘khilaf’ dlm bahasa Arab atau lebih popularnya ‘perselisihan’ dlm bahasa Melayu. Orang kampung aku tak reti sebut ‘konflik’. Mereka sebut ‘dok blago angin’. Harapnya jelaslah konteks definisi ‘konflik’ di sini, sebab nanti kita akan kaitkan dengan kandungan surah Yusuf.

Kemudian Ustaz Zahazan memberi sedikit pengenalan kepada ilmu tafsir secara umum, bahawa kadang2 tafsiran ulama’ itu berbeza atas asbab sudut pandang yang lain. Perbezaan ini kita raikan, supaya pengajaran Al-Quran itu dapat diperluas. Begitu juga ustaz menekankan kepentingan mengenali riwayat hidup ahli mufassirin serta prinsip
 'العبرة بآموم اللفظ لا بخصوص السبب'

“Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat Islam semuanya menurut agama yang satu (tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus menerus berselisih.” [11:118]

Dapat disimpulkan, ada empat macam jenis konflik yg diceritakan dlm surah Yusuf ini.

1) Konflik dalaman; Nabi Yusuf a.s. perlu merahsiakan kenabian dikhuatiri wujud dengki oleh abang-abangnya.
2) Konflik pendapat; idea konspirasi jahat abang2 nabi Yusuf a.s.
3) Konflik kuasa; keperluan memahami ‘kelebihan seseorang tidak bermakna mereka lebih mulia daripada kita’.
4) Konflik utk menjatuhkan hukuman kpd pesalah.

Lalu bagaimana nabi Yusuf a.s berdepan dgn segala konflik/ujian ini? Udahnya, dimaafin saja kesemua mereka tersebut. Nabi Yusuf a.s mengajar kita, bahawa diam itu lebih baik. Mengungkit kisah silam atas sebab ingin memberi kepuasan kepada diri sendiri dan menjustifikasi keadilan itu tidak perlu. Ia hanya mengeruhkan situasi dan mengundang hasutan syaitan. Nah, ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’ kata orang tua-tua kita.

Get over it and move on. Dan seperti selalunya, Ustaz Zahazan akan berkongsi doa-doa yang sangat molek dijadikan amalan. Antaranya seperti hadis yg telah dinukilkan dlm Tafsir Ibn Kathir, jilid 4 muka surat 65;

        اللَهُمَّ  إِنِّي  أَسْأَلُكَ  نَـفْسـاً  بِكَ  مُطْمَئِنَّـةً  ،  تُؤْمِنُ  بِلِقَائِكَ،  وَتَرْضَى  بِقَضَـائِكَ ، وَ تَقْنَعُ  بِعَطَائِكَ .

Maksudnya : “Ya   Allah , aku  memohon dariMu jiwa yang tenang , yang beriman  dengan pertemuan denganMu , redha dengan ketentuanMu , dan merasa cukup dengan  pemberianMu”.

Juga doa ini;

اللهم اجرني في مصيبتي واخلف لي خيرا منها

Maksudnya : “Ya Allah, kurniakanlah pahala atas musibah yang kuhadapi ini dan gantikanlah kepadaku yang lebih baik"

Modul kedua; making a man. Atau bahasa mudahya; pembinaan personaliti diri. Ustaz memulakan slot ini dgn memetik kata2 Ibnul Qayyim yg kurang lebihnya berbunyi begini; ‘seseorang hamba itu sudah berada dlm kebaikan. Justeru, apabila dia meminta agar dia dianugerahi dgn nikmat yg lain, maka apabila dia sudah mendapat nikmat tersebut, barulah dia sedar bahawa ia bersifat kurang daripada yg telah luput sebelumnya’.

Kemudian ustaz bercerita pula mengenai peribadi Ibnul Qayyim ini. Aku tidak ingat semuanya, tapi secara asasnya tahulah aku bahawa beliau merupakan anak murid Ibnu Taimiyah serta merupakan pengarang kitab Zaadul Ma’ad. Nak ckp, luas gila pengetahuan ustaz ttg riwayat hidup alim ulama’. Semacam segala biografi mereka telah direbus minum dlm otak ustaz. Memang salute lah! Kita pun kalau boleh begini jugalah ya. =)

“Allah takkan menjadikan keadaan seseorang itu buruk sehinggalah dia sendiri yang memilih jalan munkar,” kata Abdul Rahman Saadiy dlm kitab tafsirnya. Maka jelaslah, dengan hawa dan tangan2 manusia itu sendirilah mereka memilih jalan mereka.

Asasnya, decision dan tindak-tanduk kita dipengaruhi oleh beberapa unsur personaliti, antaranya;

1) Akal: kawalan logik dan mantik
2) Nafsu: kawalan emosi
3) Qalb: kawalan gerak hati,

dan kesemua unsur ini perlulah seimbang dalam membuat pertimbangan. Nabi Yusuf a.s seperti yg diceritakan dlm Al-Quran mengajar kita ttg peri pentingnya memiliki 3iffah (yakni daya melawan syahwat apabila digoda) dan taqwa. Taqwa yg baginda a.s tonjolkan adalah dgn menghindari fitnah dgn cara memilih penjara. 

Kena penjara ni best ke tak sbnrnya? Aku tak tahu, tapi aku aware bhw ramai alim telah memilih jalan penjara utk mengelakkan fitnah berlaku ke atas mereka. Siap karang buku berjilid-jilid dalam sel. Malah mentarbiah dan menyebarkan fikrah islam pula kepada rakan sebanduan seperti yg tlh dilalui oleh Sheikh Yusuf Qardhawi hafizahullahu ta’ala.

Ok ok, point untuk modul kedua ialah 3iffah dan taqwa. Doa yg Ustaz Zahazan ajarkan pula adalah seperti berikut;

اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ وَحَصِّنْ فَرْجَهُ

Maksudnya : Ya Allah ampunkan baginya, bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya. Riwayat Ahmad no 21185 , al-Tabarani no 7679, Al-baihaqiy dalam Syu’ab al-Iman no 5415 . kata al-Haithamiy perawi-perawinya adalah thiqah.

Baik, modul ketiga pula ialah ‘Hamm wa Hazan’. Basically modul ni pasal pengurusan stres. Tiada pula pengurusan strain. Ok fine lame engineering joke, lulz. Ustaz Zahazan memulakan slot ini dgn petikan kata2 Ibn Jabir al-Tabari dlm kitab tafsirnya, iaitu “Allah pasti menguji manusia yg ingin mengikuti Nabi saw dgn berbagai-bagai ujian, kerana hakikat hidup memanglah ia tempat ujian bagi mukminin”.

Dan seperti biasa, ustaz melencong pula kepada pengenalan riwayat hidup Ibn Jabir al-Tabari hafizahullahu ta’ala - seorang ahlussunnah-cum-ahli tafsir yg awesome. Dlm surah Yusuf ayat 42, diceritakan bhw nabi Yusuf a.s telah meminta tolong daripada banduan yg tlh dtg menemuinya bertanyakan perihal mimpi. But to no avail, Yusuf a.s masih stay dlm penjara for a few years more sbb banduan yg telah menemui Raja Mesir itu telah lupa akan pesanan nabi Yusuf. Pengajarannya, Allah telah menghukum pergantungannya dgn manusia.

Maka, contohilah Baginda saw apabila dirundung pilu. Ucapkan La haula wa la quwwata illa billah. Takdok dayo takdok gheng melainkan mung Ya Allah. Sentiasa berdoa dan solat. Dan kata ustaz juga, “doa yg terbaik itu datang daripada hati yg ikhlas berdoa di kejauhan malam”. 

Di kejauhan malam tu maksudnya bangun qiam lah. Ustaz Zahazan ni pun satu, kadang2 bahasa dia bombastik dan romantis sungguh, hehe. Doa yang dianjurkan ubat penghapus duka;

اَللَّــهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ ، وَ ابْنُ عَبْدِكَ ، وَ وَ ابْنُ أَمَتِكَ ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ  ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ اْلغَيْبِ عِنْدَكَ  ، أنْ تَجْعَلَ القُرْآنَ  رَبِيعَ قَلْبِي،وَ نُوْرَ صَدْرِي  ، وَجَلاءَ حُزْنِي ، وَذَهَابَ هَمِّي

Maksudnya : “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan) . Ubun-ubunku dalam genggamanMu, hukumanMu berlalu kepadaku, Qada’ ( keputusan ) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadaMu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan dalam perbendaharaan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku , cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku”. (HR Ahmad  no 452  , Ibn Hibban no 2372 )

Modul keempat; Eternal glory! Kebetulan pula aku sedang taip perenggan ni sambil mendengar soundtrack Hans Zimmer - ‘Now we are free’, wahh! Fefeeling habis cuba menghayati ayat [12:90] - "Akulah Yusuf dan ini adikku (Bunyamin). Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmatNya kepada kami. Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.

Ya, taqwa dan sabar. Keywords kejayaan dunia akhirat. While we strive towards it, jangan lupa juga berdoa agar senantiasa dikurniakan hidayah ya.

اللهم إني أسألك الهدى والتقى والعفاف والغنى

Maksudnya : “Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu petunjuk, ketakwaan, kesucian dan kekayaan”. (HR. Muslim, At-Tirmidzi dan Al Baihaqy dari Ibnu Mas’ud, dan sanadnya shohih, lihat Shohih Al Jami’ no. 1275)

Ada juga ustaz sentuh tentang perbahasan kisah israiliyat. Tapi malaslah aku nak cerita dgn lanjut, lagipun kalian ada Google. Aku ada Safari jek -.-! Oh modul kelima pula yakni modul yang terakhir bertajuk ‘the wisdom’. Tentang hakikat bahagia. Iaitu apabila semua orang kembali kepada Allah dan jalan kebenaran.

توفني مسلما والحقني با لصالحين

Terjemahan: “Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah aku dengan orang-orang soleh” [12:23]




Ok tu je la kot. Tak tahu nak share apa lagi. Kalau ikutkan, ada je lagi some notes and scribbles yg aku tak luahkan dlm blogpost ni. Oh ya, kalau yg font arabic without baris tu aku mintak maaflah ya. Huhu masih tak reti mcm mana nak letak baris guna keyboard. Oh and yes, aku terjumpa Hannis Arbaie di PUISI! A fellow excell9 and integombian. Haha maaflah assobiyah sikit. Part jaulah Ireland aku cerita lain kali. K bye assalamualaikum!

masa untuk bergambar lah k 

oh ya, lupa nak cerita part LDK -.-

Ustaz Zahazan dah nak balik... huhuhu

Killarney national park. Subhanallah lawa gila k tempat ni

No comments: