Pages

Sunday, December 8, 2013

Budak sekolah dan Humanism

Tamatlah sudah Perhimpunan Agung Umno (PAU), setelah hangatnya berlangsung muktamar tahunan PAS baru-baru ini.

Aku cukup bertuah sebenarnya. Bertuah kerana ada segelintir sahabat yg menghadiri kedua-dua mesyuarat ini atas kapasiti mahasiswa dan perwakilan serta membawa pulang bersama-sama mereka analisis yg bisa aku hadamkan. 

Hal ini membuatkan aku terbangkit sebentar daripada lena. Mereka sahabat sebaya berada di sana; di lapangan dewasa. Manakala aku; masih terkial-kial mencari masa depan dengan pelajaran. Ahh aku pun sdg berjihad juga. Cuma mereka lebih pantas daripada aku. Damn.

Di asrama dahulu, kami buat endah tak endah shj pd musim muktamar dan PAU. Buktinya, akhbar Utusan dan NST yg kami terima pd setiap hari sama ada akan dibiarkan tidak terusik atau akan dijadikan pengelap tingkap. Bahagian sukan tu confirm wajib baca, justeru, berebut-rebut pula antara kami pelajar putera. Siap curi akhbar dari asrama puteri lagi. Aduhai kenangan.

“Budak sekolah kott. Mana nak faham lagi dunia politik ni,” datang satu suara. Suara yg cuba menjawab persoalan kenapa pelajar sekolah enggan membaca muka depan akhbar Utusan dan NST?

Tapi aku rasa suara tu salah. Come on. Kami budak SBP kot. Top school pulak. Debat budaya kami. Outing pakai baju batik. Jumaat pakai samping. 

Habis di mana silapnya?

Bahalol, mesyuarat parti2 ini lah. Setiap tahun putar isu yg sama. Bukannya budak sekolah tak tahu. Pas melalak mahu mengkaji tahaluf siyasi, Umno melolong mahu meningkatkan ekonomi Bumi (weyy rhyme doh). Tak sudah-sudah. Even radio pun tak putar lagu yg sama buat masa yg lama.

Yang hijau perjuangkan agama (which aku sokong 100%), tapi akhlak mcm ntah hapa2 (certain ppl lah). Yang merah pulak perjuangkan bangsa, tapi Melayu di tempat pembangkang dibiarkan papa (weyy rhyme lagi).

Bodoh betul orang dewasa yang fikir kami budak sekolah tak tahu apa-apa. Kami budak sekolah sedar, dasar perjuangan yg berbeza inilah yg menjadi pencetus mula sikap mazmumah dlm kalangan orang Melayu, pemimpin Umno terutamanya. 

Nak aku sebut jugak ke? Shahrizat fitnah PR tak buat apa2 utk mangsa banjir, secara live, dlm PAU. Padahal unit amal dan Fuziah yg first sekali turun padang. Suka sungguh ya memfitnah. Ustaz Fathul Bari bernasyid pun bukan main sedap. Padahal beliaulah yg sebelum ni dok berceramah pompangpompang kononnya muzik dan nasyid tak dibuat nabi. But heck who cares? Berapa kerat je orang Umno yg dengar ceramah beliau.

Aneh, penyokong Pas pun apa kurangnya, lebih2 lagi yg fanatik terlampau ni. FB page Pas Selangor dan KBSB contohnya. Posting matang nak mampus (pun intended), kalau nak dibandingkan dgn page BN yg ternyata lebih banyak posting berkaitan kerja2 amal mereka.

Akhir kata, ya memang benar kami budak sekolah tiada pengalaman dlm mentadbir negara. 

(Chopp, aku nak terma budak sekolah ditukarkan kepada terma anak muda mulai saat ini)

Dan ya memang benar kami anak muda tahu sejarah sedikit cuma (berpandukan buku teks semata-mata), tapi janganlah hai orang dewasa, janganlah berjuang dengan emosi dan sentimen lama. Sudah-sudahlah menyanyikan lagu anak kecil main api (yg sbnrya merupakan inspirasi UFB bernasyid dlm PAU kali ini. aku rasalah) dan lagu putih-putih melati.

Dan semua yg telah aku sebutkan, wahai pembaca yg budiman, merupakan antara sebab kenapa kami anak muda tidak membaca muka depan Utusan dan NST di sekolah dahulu.

Buang masa. Kami anak muda lebih suka membazirkan masa kami menangani isu2 rakyat. Bergelumang dlm kerja2 volunteering spt Weekenders Club (promote2), telekung project, rotaract club, unit amal, Nisa’, Muslim Care dan kelab putera 1Malaysia lebih menjanjikan kepuasan dlm beramal.

Humanism kata sesetengah orang. 

Ada yg terasa aku sebut rotaract club tadi? Sebab kelab ni berkait dgn freemasonry? Aku lepuk kang! K bye.

1 comment:

irmujahidah said...

Nice entry,bro! Jazakallah