Pages

Sunday, December 18, 2011

Nak buat apa di Langkawi?


Belajar. Belajar. Dan belajar. *sila senyum sambil buat isyarat aman.

Alkisah, dalam tiga empat hari yang lepas, sambil menguis-nguis pasir Pantai Cenang, adik aku tanya, “Abe, bakpo Pulau Langkawi namo dio ‘Langkawi’?”

Khali sejenak. “Mungkin sebab kawasae ni dulu bowoh pengaruh kerajae Langkasuka kot…”. Khali lagi. Bukannya aku tak mahu melanjutkan perbahasan asal-usul Langkawi, tapi aku mesti memberikan jawapan yang bersesuaian dengan kapasiti orang yang bertanya. Si adik tu baru sudah dapat keputusan UPSR kot. Tapi sebenarnya terkejut jugaklah aku bila dia ada terfikir nak tanya macam tu… curious sungguh walawehh.

In short, ada banyak teori asal-usul Langkawi. Jikalau kalian merujuk sini dan sini dan bertanya orang tua-tua, Langkawi boleh dikaji daripada tiga aspek; legenda, sejarah, dan epistemologi perkataan. Sudah tentu aspek sejarah dan epistemologi perkataan yang menggamit perhatian aku. =D (Oh well, you’re reading Nazrinafifi’s blog here as a matter of fact, haha).

Lang = burung helang. Kawi = warna merah hati (bulu burung helang); batu Kawi (sejenis batu yang banyak terdapat di pulau ini); tulisan Kawi (tulisan Jawa kuno yang pupus sejak 1400 M).

Ada juga teori Sanskrit yang seperti ini. Langkha (which might give birth to word ‘alangkah’) = keindahan. Wi (which might also derived from Arabic word ‘awi’, oh well there goes my imagination) = tidak terkira.

Ok enough with language thingy, shall we? Maka ayuh kita berbalik kepada tajuk entri ini; ‘nak buat apa di Langkawi?’. Gamaknya, soalan ini lebih elok diajukan kepada penduduk Langkawi itu sendiri. Dan jangan terkejut lah bila rata-rata orang Langkawi itu sendiri, termasuk Pait Lang, akan cakap, “Langkawi ni takde mende sangat kot… barang2 je la yg murah…”. =.=’

Aktiviti-aktiviti di Langkawi, kalau menurut laman-laman web pelancongan, memang banyak dan menarik. Walau bagaimanapun, menurut pandangan peribadi, sesetengah tarikan di Langkawi hanya indah khabar dari rupa. Promosinya hebat, tapi bila dah sampai kat sana, ‘hek elehh benda ni je keee yang ada…?’. Contoh paling provoke yang aku boleh bagi; Beras Terbakar. Ok baiklah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sila jangan saman aku, sebab aku ada rasional yang kukuh untuk tuduhan melulu ini huhu~

Nak buat apa di Langkawi? Mungkin ada beberapa hot tips yang aku rasa kalian akan berminat, yang mana tips2 ni takde kot dlm website2 tourism wahaha~

the wind anemometer of the cable car caught my eyes in the first place.

  1. Naik Cable Car Langkawi? Dapatkan harga tiket yang lebih murah daripada ejen-ejen pelancongan yang mungkin ada berkeliaran di luar jeti sedang menunggu mangsa mahupun daripada ejen-ejen yang direkemenkan kepada anda melalui khabar berita. Eh?
  2. Sampai-sampai je kat jeti pastu terus beli cokelat2 yang ada kat situ might be an unwise move. Cuba survey dulu harga di tempat2 lain, especially dekat kedai duty-free sebelah Underwater World… wahaha terlepas cakap pulak.
  3. Sewa kereta. Takpun motosikal. Nak lebih adventure dan menyihatkan, bawa basikal boleh-lipat dari rumah dan pusing satu Langkawi. And and and, galas basikal boleh-lipat naik cable car pastu have a ride atas jambatan gantung Matcincang memang sumpah ohsemm dan sebuah pengalaman tidak seperti yang lain (baca: an experience like no other).
  4. Park kereta anda di tempat yang selamat (sama ada di Kuala Kedah @ Kuala Perlis), terutamanya di tempat2 yang mudah orang tengok.
  5. Tapi aku rasa lebih baik pergi Langkawi naik flight. Sumpah penat gilaa kot nak mengangkut bagasi2 yang luar biasa besar nak naik feri masa nak balik. Lebih parah lagi kalau kalian banyak beli barang2 dapur yg fragile, huh…
  6. Tempat makan seafood yang sedap? Orang kata kena try di restoran Orkid Ria, Cenang. Tapi penemuan ‘jalan-jalan cari makan’ kitorang di restoran Haji Jailani pun sedapp kottt… lokasi: simpang tiga berhampiran Laman Padi, Cenang. Oh and remember, have an early dinner…sebab dlm pukul 7 restoran tu dah penuh dgn tourists. Heee~
  7. Underwater World Langkawi ada daily events yang tidak boleh anda miss, seperti animal show dan feeding session. Have their full tentative in hand before visiting the place. =)
  8. Pastikan terpacak depan pintu masuk Cable Car sebelum ia dibuka pada waktu pagi. Lambat sejam, korang kena beratur selama sejam setengah (ya, ini pengalaman pahit…).
  9. Langkawi National Observatory is worth a visit. Sumpah.


lawatan benchmark parking ke sk haji ismail... kehkeh

itu diaa.. bercuti sambil menjaga budak2 kiutmiut pehhh

"eh awat laa peta langkawi ni tak concise, cisss..."

"abe...!!! tolonggg!!!!!!" huhu takde sape dengar suara aku kat atas ni... XD

So which favors of your Lord would you deny?

be observant, reduce ignorance. it's the little things in life that matters, no?

                    
                          a fat-tailed gecko                                  iguanas.


jellyfish got no brains, no blood and no neurons...So which favors of your Lord would you deny?


Ada satu benda yang aku tak sempat belajar di Langkawi. Dan aku rasa agak sedih dan down. Iaitu prosedur membeli kenderaan di sana dan proses membawanya masuk ke tanah besar tanpa imposed tax serta syarat-syaratnya. Mungkin ada antara kalian yang boleh berkongsi? =D. Thanks a bunch in advance.

Ha, I think it would be best if I shared this. On our way back to KL, since realising that Pendang is a stone’s throw away from PLUS exit (if you go to Langkawi via Kuala Kedah jetty), we tried Pak Mat Sup Gearbox which was rumoured to be very famous amongst locals in Pendang and relatively less known to the people of Kota Sarang Semut. The exact location of this little ‘warung’ is at Pengkalan Batu Hampar Kiri, I think, by the roadside beside a surau with a niche smell of Mihun Sup. Wehh sedaapp kott… kena cuba..!! =DD


p/s= susahhh nyaaa jaga budak-budak waaaaaa…!!!!!!


5 comments:

nazrinafifi said...

oh terlupa satu benda nak kongsi. kalian kena pasrah dan redha kalau berlaku kejadian yang tak diingini semasa parasailing seperti terlanding dalam laut (which happens to my lil cousin), sebab bayu laut boleh berubah bila2 masa dan tak terjangka dek intuisi diri.

kesian gak ahh tengok kaki bersagat dan berdarah bila kena heret atas batu karang. so guys, i shall say opt for pulau rebak kecil to parasail (bcoz of less harmful spiky corals), rather than pulau tepor in the south.

#mungkin parasail di penang lebih selamat...hmmm

hoshizora said...

"jellyfish got no brains, no blood and no neurons...So which favors of your Lord would you deny?"

terbaik!

shknhssn. said...

kau pegi langkawi berapa haribulan? asal tak nampak punnn! XD

fifi said...

18-20 disember kot.. entah tak ingat.

imamannotasaint said...

so which favors of your Lord would you deny? ~ surah Ar-Rahman. Like.