Di Malaysia pula, ‘iklan tv komersial
Petronas’, ‘main bunga api’, ‘rumah terbuka raya’, ‘Ops Sikap’ dan ‘balik
kampung’ merupakan complement events prior to hari raya (nah hamek kau rojak
melayu inglis cehh). Senang cerita, seluruh rakyat jelata tanpa mengira umur,
bangsa mahupun pangkat look forward for these typical domestic cultures,
termasuklah aku.
Okeh panjanglahh pulak mukaddimahnya…
dahla mukaddimah cliché mesti korang bosan kan ? So apa kata aku bercereka. Nak dengar
baca ke tak nak tu atas angin masing2 lah ye… kalau lepas baca cerita aku pastu
korang tak dapat terima kenyataan and then terbunuh diri (ekstrem sangat la
pulak…), penulis tak nak tanggung satu sen hoi! Tehehee… ok, stop it.
“Balik
kampung.”
Tengahari 29 ramadan yang lepas sangat
panas. Dalam MPV, semua orang tidur kecuali aku dan abah yang sedang drive. Umi
dah lena kat sebelah seat abah. Adik2 aku pulak dah macam2 gaya tidur; yang sorang tu terkangkang,
sorang lagi tidur bukak mulut, dan yang sorang lagi menyandar kat bahu aku
sambil buat muka comel. Cuaca panas dan terang di luar benar2 membuat mata jadi
berat, walaupun suhu agak sejuk dalam kereta.
So kawan2, inilah Kelantan. Kalau musim
tengkujuh, pok jidin ribut taufan memang hentam kaw2. Tapi kalau summer, duduk
lama2 dlm rumah pon boleh berpeluh bontot. ‘ala kulli hal, bukan isu cuaca
panas yang aku nak cerita. Tapi isu emosi orang masa cuaca panas. Cuaca panas,
emosi pun panas!
Back to the story.
Aku mengalih
pandangan ke luar tingkap, just to get to know that kitorang dah nak sampai
Pahi, Kuala Krai. insyaAllah barang sejam setengah lagi sampai la kot ke
kampung terchenta, Pasir Mas. Pastu aku tengok depan pulak. Ada la a few kereta berplat wilayah sedang
meluncur laju tapi masih tak dapat nak overtake masing2 sebab jalan kat area ni
banyak selekoh tajam. Memang cari nahas la kan masuk lane sebelah. :O
Aku tengok abah aku macam dah
mengantuk. Rasa cuak la jugak sebab kadang2 abah aku bawak ke kiri sangat,
kadang2 makan jalan sebelah, kadang2 brek mengejut. Mulanya aku ingatkan yang
abah aku sorang je yang mengantuk, tapi rupa2nya kereta2 yang lain pun lebih
kurang sama gamaknya. Hati aku jadi tak sedap. Lebih2 lagi bila tengok kereta SUV
(rasanya la…) yang paling depan dipandu dengan sangat laju dan berbahaya.
Haish tak boleh jadi nih…
Dum!!! Umi tersedar daripada tidur apabila
MPV kitorang bergegar kuat dek turapan jalan yang tidak rata. Umi tengok muka
abah. Abah mata kuyu jek, berkedip banyak kali. “abahnya, kalu sero ngatok,
breti…” pinta umi. Agaknya umi pun rasa tak sedap hati kot. Abah aku diam, tak
reply apa-apa. Cuaca kat luar masih panas teng teng.
“Abah, breti la tepi. Biar abe bowok,”
sekali lagi umi mendesak. Abah diam. Aku dah macam ‘eh pahal lak ngan abah aku
nih… dari tadi tak cakap apa2… kene sampuk ke ape nih..?’. aku cuak. Tahap gaban
punye. Akhirnya selepas berkali-kali didesak, abah akur. Dalam masa kurang
lebih setengah minit, aku ke depan dan abah ke belakang. Switch drebar.
Perjalanan diteruskan macam biasa. Aku
bagi signal kanan nak masuk lorong dan accelerate to catch up dengan konvoi orang
bandar yang tertinggal agak jauh tadi. Tak sempat sampai kelajuan 60 km/h, aku
membrek MPV tersebut sampai berhenti sebab kereta kat depan aku berhenti. ‘eh,
apa lagi ni…? Takkan tetibe traffic jam?’ getus hatiku yang dah start
berwalang.
Aku tak nampak sangat apa yang terjadi
kat depan. Tapi apa yang aku tahu, ada beberapa kenderaan berhenti kat tepi
jalan. Semua orang keluar dari kereta. Aku jadi makin musykil. Semakin aku drive
mendekat, it all starts to make sense. Allahuakbar!!! It was that SUV..!!
seriously aku tak percaya apa yang aku tengok. :O
Kereta tu terbalik sisi, menampakkan
bahagian bawah. Remuk habis. Manusia2 bergelimpangan. Yang paling jauh
tercampak, seorang kanak2 lelaki berbaju Melayu merah memegang kakinya sambil
mengerang kesakitan. Dia tak berdaya nak bangun. Alhamdulillah allah masih
panjangkan umurnya. dan kemudian, si ayah lebih menyayat hati. Baju putihnya
bertompok darah merah. Sekilas pandang, aku nampak dia sedang menjerit meminta
tolong sambil memangku seorang anak kecil berbaju merah. Aku tak tahu anak
kecil yang dipangkunya itu masih hidup atau tidak… oh. Tak jauh dari si ayah,
seorang lagi kanak2 perempuan terbaring kaku di atas tanah. Langsung tak
bergerak, juga berbaju merah. Si ibu yang paling aku kasihan. Dia seolah-olah
terkesima dan speechless dengan apa yang berlaku. Kepalanya dan mukanya berlumuran
darah. Baju merahnya terkoyak menampakkan buah dada yang tidak sengaja
terdedah.
.................
Aku mengagumi keprihatinan pengguna
jalan raya yang lain. Ade la sorang mamat motor ni volunteer jaga trafik dan
buat penghadang sementara. Ada
yang offer kereta nak bawak mangsa ke hospital terdekat. Yang lain2 kelihatannya
mententeramkan mangsa kejadian. Aku pun berniat nak stop kereta, turun dan
hulurkan bantuan…tapi abah kata ‘takpo lahh insyaAllah ambulans otw maghi doh…
continue lah abe.’
Dan roughly 5 mins selepas aku
continue driving, barulah kenampakan ambulans datang dengan lajunya dari arah
bertentangan. 5 minit… masa yang agak lama kan …? And to be frank, untuk raya tahun ni,
takde hari pon yang aku tak dengar bunyi ambulans kat atas jalan. Inilah…
…Malaysia . :/
2 comments:
malaysia
........
oh, pengajarannya...
*pandu cermat, jiwa selamat
*biar lambat, asal selamat
*pandu laju, nahas menunggu
*ingatlah orang yang tersayang
:)
Post a Comment