Pages

Friday, September 2, 2011

of 'balik kampung' tragedy


          Ada banyak perkara yang sinonim dengan sambutan hari raya aidilfitri. Kalau di Timur Tengah, ‘Ramdhan lanterns’ merupakan antara perhiasan yang wajib dibeli menjelang hari lebaran. Malah ada sesetengah tempat di Oman yang masih mengamalkan ‘Qaranqashow’ (betul ke ejaan..?) dengan contengan muka yang warna-warni dan nyanyian kanak-kanak.

          Di Malaysia pula, ‘iklan tv komersial Petronas’, ‘main bunga api’, ‘rumah terbuka raya’, ‘Ops Sikap’ dan ‘balik kampung’ merupakan complement events prior to hari raya (nah hamek kau rojak melayu inglis cehh). Senang cerita, seluruh rakyat jelata tanpa mengira umur, bangsa mahupun pangkat look forward for these typical domestic cultures, termasuklah aku.

          Okeh panjanglahh pulak mukaddimahnya… dahla mukaddimah cliché mesti korang bosan kan? So apa kata aku bercereka. Nak dengar baca ke tak nak tu atas angin masing2 lah ye… kalau lepas baca cerita aku pastu korang tak dapat terima kenyataan and then terbunuh diri (ekstrem sangat la pulak…), penulis tak nak tanggung satu sen hoi! Tehehee… ok, stop it.

“Balik kampung.”

----------------------------------

          Tengahari 29 ramadan yang lepas sangat panas. Dalam MPV, semua orang tidur kecuali aku dan abah yang sedang drive. Umi dah lena kat sebelah seat abah. Adik2 aku pulak dah macam2 gaya tidur; yang sorang tu terkangkang, sorang lagi tidur bukak mulut, dan yang sorang lagi menyandar kat bahu aku sambil buat muka comel. Cuaca panas dan terang di luar benar2 membuat mata jadi berat, walaupun suhu agak sejuk dalam kereta.

          So kawan2, inilah Kelantan. Kalau musim tengkujuh, pok jidin ribut taufan memang hentam kaw2. Tapi kalau summer, duduk lama2 dlm rumah pon boleh berpeluh bontot. ‘ala kulli hal, bukan isu cuaca panas yang aku nak cerita. Tapi isu emosi orang masa cuaca panas. Cuaca panas, emosi pun panas!

Back to the story. 

          Aku mengalih pandangan ke luar tingkap, just to get to know that kitorang dah nak sampai Pahi, Kuala Krai. insyaAllah barang sejam setengah lagi sampai la kot ke kampung terchenta, Pasir Mas. Pastu aku tengok depan pulak. Ada la a few kereta berplat wilayah sedang meluncur laju tapi masih tak dapat nak overtake masing2 sebab jalan kat area ni banyak selekoh tajam. Memang cari nahas la kan masuk lane sebelah. :O

          Aku tengok abah aku macam dah mengantuk. Rasa cuak la jugak sebab kadang2 abah aku bawak ke kiri sangat, kadang2 makan jalan sebelah, kadang2 brek mengejut. Mulanya aku ingatkan yang abah aku sorang je yang mengantuk, tapi rupa2nya kereta2 yang lain pun lebih kurang sama gamaknya. Hati aku jadi tak sedap. Lebih2 lagi bila tengok kereta SUV (rasanya la…) yang paling depan dipandu dengan sangat laju dan berbahaya.

Haish tak boleh jadi nih…

          Dum!!! Umi tersedar daripada tidur apabila MPV kitorang bergegar kuat dek turapan jalan yang tidak rata. Umi tengok muka abah. Abah mata kuyu jek, berkedip banyak kali. “abahnya, kalu sero ngatok, breti…” pinta umi. Agaknya umi pun rasa tak sedap hati kot. Abah aku diam, tak reply apa-apa. Cuaca kat luar masih panas teng teng.

          “Abah, breti la tepi. Biar abe bowok,” sekali lagi umi mendesak. Abah diam. Aku dah macam ‘eh pahal lak ngan abah aku nih… dari tadi tak cakap apa2… kene sampuk ke ape nih..?’. aku cuak. Tahap gaban punye. Akhirnya selepas berkali-kali didesak, abah akur. Dalam masa kurang lebih setengah minit, aku ke depan dan abah ke belakang. Switch drebar.

          Perjalanan diteruskan macam biasa. Aku bagi signal kanan nak masuk lorong dan accelerate to catch up dengan konvoi orang bandar yang tertinggal agak jauh tadi. Tak sempat sampai kelajuan 60 km/h, aku membrek MPV tersebut sampai berhenti sebab kereta kat depan aku berhenti. ‘eh, apa lagi ni…? Takkan tetibe traffic jam?’ getus hatiku yang dah start berwalang.

          Aku tak nampak sangat apa yang terjadi kat depan. Tapi apa yang aku tahu, ada beberapa kenderaan berhenti kat tepi jalan. Semua orang keluar dari kereta. Aku jadi makin musykil. Semakin aku drive mendekat, it all starts to make sense. Allahuakbar!!! It was that SUV..!! seriously aku tak percaya apa yang aku tengok. :O

          Kereta tu terbalik sisi, menampakkan bahagian bawah. Remuk habis. Manusia2 bergelimpangan. Yang paling jauh tercampak, seorang kanak2 lelaki berbaju Melayu merah memegang kakinya sambil mengerang kesakitan. Dia tak berdaya nak bangun. Alhamdulillah allah masih panjangkan umurnya. dan kemudian, si ayah lebih menyayat hati. Baju putihnya bertompok darah merah. Sekilas pandang, aku nampak dia sedang menjerit meminta tolong sambil memangku seorang anak kecil berbaju merah. Aku tak tahu anak kecil yang dipangkunya itu masih hidup atau tidak… oh. Tak jauh dari si ayah, seorang lagi kanak2 perempuan terbaring kaku di atas tanah. Langsung tak bergerak, juga berbaju merah. Si ibu yang paling aku kasihan. Dia seolah-olah terkesima dan speechless dengan apa yang berlaku. Kepalanya dan mukanya berlumuran darah. Baju merahnya terkoyak menampakkan buah dada yang tidak sengaja terdedah.

.................

          Aku mengagumi keprihatinan pengguna jalan raya yang lain. Ade la sorang mamat motor ni volunteer jaga trafik dan buat penghadang sementara. Ada yang offer kereta nak bawak mangsa ke hospital terdekat. Yang lain2 kelihatannya mententeramkan mangsa kejadian. Aku pun berniat nak stop kereta, turun dan hulurkan bantuan…tapi abah kata ‘takpo lahh insyaAllah ambulans otw maghi doh… continue lah abe.’

          Dan roughly 5 mins selepas aku continue driving, barulah kenampakan ambulans datang dengan lajunya dari arah bertentangan. 5 minit… masa yang agak lama kan…? And to be frank, untuk raya tahun ni, takde hari pon yang aku tak dengar bunyi ambulans kat atas jalan. Inilah…

Malaysia. :/


2 comments:

perantau said...

malaysia
........

fifi said...

oh, pengajarannya...

*pandu cermat, jiwa selamat
*biar lambat, asal selamat
*pandu laju, nahas menunggu
*ingatlah orang yang tersayang

:)