Pintu lif terbuka. Seperti biasa, aku dan adik lelakiku menyimpulkan senyuman kepada orang yang baru nak masuk lif. Sunnah pertemuan.
“assalamualaikum… wahh, kanting-kanting anak ini…,” tegur salah seorang makcik. Lingkungan 60-an barangkali; berdasarkan kedutan di muka. Daripada segi lenggok bahasanya sudah kutahu makcik ini berasal dari Indonesia. Sebabnya, aku tak tahu apa maksud ‘kanting-kanting’… adoi~
“Waalaikumussalam… makcik-makcik dari mana?” pantas ku bertanya. Tidak perlu didefine what on earth is kanting-kanting… sebab, from her body language, I can easily guess that it means ‘tinggi-tinggi’. Kowt… dan sebab saiz aku dan adik aku jauh lebih besar daripada mereka…
“Kami dari Indonesia… anak pula?”
“Malaysia.”
“oh… upin ipin lahh.”
Dang! Bende der... Boleh pulak makcik ni kasi reaksi macam tuh… adeyh~ Apa-apa pun, begitulah selalunya perbualanku bersama-sama bangsa Melayu serumpun di sana. Tidak kira Malaysia, Indonesia mahupun Brunei; sama sahaja. Tipikalnya, perbualan bosan dan kadang-kadang menggeletek hati mengisi masa lapang.
Dan, sebab itu…
Aku prefer bersembang dengan orang Arab.
Bukanlah sebab mereka sangat kachak mahupun chantek chun gila (hakikatnya they really are), tetapi sebab perbualan mereka memang subhanallah… penuh hikmah! Inilah antara bakat orang Arab yang aku kagumi dari dulu sampai sekarang… apa tidaknya, sasteranya indah, hadis dan ayat quran bermadah, sesekali berselang selawat serta zikir, mendoakan kita juga mereka tidak kikir!
“Salaamullah ‘alaikum. Enta Jaww?” tegur seorang ammu kepadaku seusai aku bersolat sunat. Beberapa minit lagi bilal akan iqamah untuk maghrib berjemaah.
“Waalaikumussalam… na’am. Ana min Malaysia… wu ent?”
“Malaysia? masyaAllah… ana sa’udi. Enta tolib?”
“hhmm mm..”
“tadrus hunaa..?”
“la’… adrus fi bilaadina…”
“aiwah… allah yusallimik ya syabab…”
Kadang-kadang, banyak juga mereka bertanya. Curious sungguh. Dan di akhir pertemuan, perpisahan itu lebih indah. Saat melagakan pipi, biasanya yang tua tidak akan lupa mengucup dahi anak muda sambil mendoakan keselamatan dan kejayaannya. Oh… aku betul-betul terharu!!!
And the other side of me still rasa pelik, kenapa laa certain people take western figures like barack obama and martin luther’s speech as their yardstick. Err… ok, aku rasa tak salah kot… woha! Even aku sendiri admire adora svitak…=.=
*tak nak tulis panjang2. Nnt bosan. K till here lahh, catatan kembara ini akan bersambung…
No comments:
Post a Comment