Pages

Monday, April 25, 2011

randomness sebelum exam

i closed the 'sebongkah batu di kuala berang' book
and put it on my study table
'twas messy on the table
with dan brown's novels, hlovate's, spm revision books, william leno thingy and stuffs...

wait. revision books?
oh.. dengan duka hatinya saya ingin maklumkan bahawa
saya kehilangan buku Longman Physics kaler hitam,
and AS level exam is realllly around the corner,
so,sesaper yg ade jumpe buku tu tolong pulangkan ye...
*tee tee underscore underscore tee tee*

# mungkin lepas ni dah xde post dah. sorry sheikh for not meeting ur demand on my catatan kembara.

# frust jugak sbb x pegi bookfair kat pwtc. i've been attending that event since form 2 kot.. tetibe je tahun ni xpegi. so, it was a record, really.

Wednesday, April 20, 2011

Haustrip



Kata orang, ‘jauh perjalanan, luas pandangan’. Hakim (Mhjr da bricks) pun ada berkata dalam satu sesi majlis fikir, ‘ibrah jaulah bergantung kepada niat individu’. Betul. Kalau kau pergi trip sebab nak bermingle2 hoyeah, itulah yang kau dapat. Kalau pergi sebab nak bonding ukhuwwah, persahabatan akan terjalin. Dan kalau pergi sebab nak release stress, insyaAllah Allah kabulkan.


Objektifku mengikuti housetrip Diamond ke Pulau Perhentian tempoh hari tidak lain tidak bukan adalah memenuhi permintaan umi di rumah. Umi pesan, “abe jange lasok2, ukah sano ukah sini deh... ambikla hok mano hok molek. Tokpun abe survey la dulu mano2 tepak hok comey, pahni abe bowok la femli kito deh...”. alrighto umi~

the thrill of getting fast

“We’re from France. You?”

“i’m from Selangor,” replied Muzakkir.

“i’m from Kuala Lumpur and Zameer’s from Bangi.” replied me then.

                Begitulah antara perbualan basa-basi antara aku, Mozek, Zameer dan beberapa tourist selepas kami solat jamak berjemaah. Seronok betul kenal Muslim dari negara lain, entahlah kenapa. Seronok juga dapat melihat masyarakat sekeliling, kenal hati budi mereka dan bertaaruf. Bukan sahaja jaulah ini mampu mentadabbur hati akan hubungan kita dengan alam sekitar, malah juga hablum minannas.. wah!



                Daripada sudut fotografi, ada juga terdetik beberapa idea yang ingin diaplikasikan. Hajatnya nak main2 dengan shutter, focusing and cinematography, tapi entah macam mana, mood hilang, semua gambar jadi tak superb. Skill pun tak naik2. Creativity lagi laa takyah cerita. Aku rasa, lain kali kalau nak pergi jalan2, kena bawak member yang sekepala. Barulah boleh compare2 end result photos.

Puan Jas comel arh...

                Aktiviti Diamonders di sana sangatlah tipikal; beach volleyball, sea polo (err...), BBQ (candlelight dinner beb... sbb campfire xdak =.=), snorkelling, boat trip, jungle trekking dan prank call (erk?). Aku, Kurt, Nik Sally, Zack and Mary join jungle trekking. Kitorang ushar windmill and solar panel kat puncak bukit, macam coolio jugak ahh. Budak2 yg join snorkel pun mcm cool jugak, boleh main kejar2 dengan shark and turtle. Walaweh~ ok, boat trip pulak aku xdak komen...

geng hutan


                Overall, bajet housetrip ni sgt murah. For about RM200 +-, transportation (bus and boat), accommodation (suite bhai...), food, activities and souvenirs are all covered. Plus the pengalaman of playing snap, werewolf, blackmagic and stranded. Ops... stranded? Ha’ah... dahla sangkut kat belakang integomb jek. Tak pasal2 jadi tourguide tunjuk aspura ngan aspuri dari highway. Wahaha~

tempat lepak tipikal masa zaman sekolah dulukala; Burger King


geng werewolf.

Sekian laporan dari BERNAMA, assalamualaikum wbt.

Friday, April 15, 2011

Pusing dunia


dekat2 exam ni aku rasa mcm malas nk update blog
sebabnya?
tengoklah gambar di atas.. a picture tells a thousand words, no?

ada sorang hamba Allah ni yg brnama Syeikh...
die tak habis2 dok desak aku supaya sambung catatan kembara ke timur tengah...
sekali lagi, bukannya aku malas...
tapi situasi menghimpit seperti yang aku lakarkan di atas yg mghalang..

p/s; tajuk post pusing dunia is not merely because gambar yg aku lukiskan tuh...
p/ss; tp jugak sbb in a few more hours, the great diamonders akan ke perhentian island. woohoo!!! release tension, beb!!!

Monday, April 11, 2011

Hiwar hikmah

Pintu lif terbuka. Seperti biasa, aku dan adik lelakiku menyimpulkan senyuman kepada orang yang baru nak masuk lif. Sunnah pertemuan.

“assalamualaikum… wahh, kanting-kanting anak ini…,” tegur salah seorang makcik. Lingkungan 60-an barangkali; berdasarkan kedutan di muka. Daripada segi lenggok bahasanya sudah kutahu makcik ini berasal dari Indonesia. Sebabnya, aku tak tahu apa maksud ‘kanting-kanting’… adoi~

“Waalaikumussalam… makcik-makcik dari mana?” pantas ku bertanya. Tidak perlu didefine what on earth is kanting-kanting… sebab, from her body language, I can easily guess that it means ‘tinggi-tinggi’. Kowt… dan sebab saiz aku dan adik aku jauh lebih besar daripada mereka…

“Kami dari Indonesia… anak pula?”

“Malaysia.”

“oh… upin ipin lahh.”

Dang! Bende der... Boleh pulak makcik ni kasi reaksi macam tuh… adeyh~ Apa-apa pun, begitulah selalunya perbualanku bersama-sama bangsa Melayu serumpun di sana. Tidak kira Malaysia, Indonesia mahupun Brunei; sama sahaja. Tipikalnya, perbualan bosan dan kadang-kadang menggeletek hati mengisi masa lapang.


Dan, sebab itu…


Aku prefer bersembang dengan orang Arab.


Bukanlah sebab mereka sangat kachak mahupun chantek chun gila (hakikatnya they really are), tetapi sebab perbualan mereka memang subhanallah… penuh hikmah! Inilah antara bakat orang Arab yang aku kagumi dari dulu sampai sekarang… apa tidaknya, sasteranya indah, hadis dan ayat quran bermadah, sesekali berselang selawat serta zikir, mendoakan kita juga mereka tidak kikir!


“Salaamullah ‘alaikum. Enta Jaww?” tegur seorang ammu kepadaku seusai aku bersolat sunat. Beberapa minit lagi bilal akan iqamah untuk maghrib berjemaah. 

“Waalaikumussalam… na’am. Ana min Malaysia… wu ent?”

“Malaysia? masyaAllah… ana sa’udi. Enta tolib?”

“hhmm mm..”

“tadrus hunaa..?”

“la’… adrus fi bilaadina…”

“aiwah… allah yusallimik ya syabab…”


Kadang-kadang, banyak juga mereka bertanya. Curious sungguh. Dan di akhir pertemuan, perpisahan itu lebih indah. Saat melagakan pipi, biasanya yang tua tidak akan lupa mengucup dahi anak muda sambil mendoakan keselamatan dan kejayaannya. Oh… aku betul-betul terharu!!!

And the other side of me still rasa pelik, kenapa laa certain people take western figures like barack obama and martin luther’s speech as their yardstick. Err… ok, aku rasa tak salah kot… woha! Even aku sendiri admire adora svitak…=.=


*tak nak tulis panjang2. Nnt bosan. K till here lahh, catatan kembara ini akan bersambung…