Pages

Thursday, July 22, 2010

Sinergi- Hilal Asyraf

          Alhamdulillah, telah kukhatamkan novel yang bertemakan ‘keimanan adalah paksi’ ini. Kau ingat senang? Berminggu-minggu masa kuambil untuk berjaya menyelak helaian terakhir novel ini. Apa kau ingat aku ‘feeling’ terlebihkah? Atau kalian pelik kerana rijal macam aku baca novel? Woha!! First things first, sinergi novel islamik. Jadi, pendapat aku, novel seperti ini juga merupakan salah satu wasilah tarbiyyah insaniyah mahupun tazkirah iman selain daripada menghadiri kuliah-kuliah peringatan di masjid atau usrah. Bukankah begitu?

          Dalam entri ini, aku tidak akan memberi sinopsis atau plot cerita ini. Cukup sekadar aku mencadangkan kalian menjadikan novel ini sebagai satu santapan rohani yang mesti dimiliki. Lagipun, kurang saspens gamaknya jika antum sudah tahu jalan ceritanya, bukan? Apalah salahnya antum melaburkan sedikit wang saku mahupun wang elaun biasiswa (erk?) untuk memiliki novel yang boleh tahan gempak ini.

          Kategori novel ini ialah separa fiksyen. Ya, aku tak tipu. Plot dan watak sudah tentu merupakan pendapat peribadi (fiksyen) novelis. Tetapi, organisasi PERMAI di Irbid dan atmosfera pembelajaran pelajar Melayu di Jordan merupakan pengalaman novelis yang sahih. Err… maaf, aku pelajar United Kingdom, bukan Mesir mahupun Jordan macam izzati rahim (ammurah yang sudi pinjamkan novel ini kepada aku). Hehe~

          Fii ra’yii, Hilal Asyraf bijak memanifestasikan persepsi pelbagai lapisan masyarakat dalam barisan watak novelnya. Teknik ini sangat penting kerana perspektif tidak boleh hanya dilihat daripada satu titik sumber sahaja. Jadi, bagaimana novelis tanah air kita ini mampu melakukannya? Aku akan mengambil ‘ibrah mudah daripada kemurnian akhlak watak Irfan.

          Ramai pelajar Malaysia di Irbid terutamanya dalam kalangan junior menyanjung tinggi kekaliberan Irfan kerana beliau mampu membuat pembaharuan dalam organisasi PERMAI serta usaha kerasnya untuk mengekalkannya. Orang arab Jordan juga kagum akan kudratnya untuk mencari ilmu di Irbid dengan cara bertalaqqi pada ramai ulama’ dan masyaaikh. Kendatipun sedemikian, ada yang memandang serong terhadap Irfan, iaitu kumpulan Disaster Five. Mereka berpendapat Irfan merupakan insan yang pernah membunuh dan menyembunyikan kejahatannya di sebalik topeng ‘baik’ yang dimilikinya.

          Cukup sekadar ini yang harus kucoretkan. Tidak perlu aku bercerita secara panjang lebar agar tidak membunuh semangat inkuiri kalian terhadap novel ini. Oh, sebelum itu, Aku juga ingin berkongsi dengan kalian berkenaan prinsip persahabatan dan tanggungjawab yang digarap baik oleh novelis. Hayati puisi beliau ini…

Saat kau gelap,
Akan kubukakan cahaya,
Saat kau tenggelam,
Aku adalah pelampungmu,
Kerana keimanan itu adalah dasar hubungan kita,
Maka aku tidak peduli apa-apa,
Melainkan memenuhi tanggungjawabku kepada-Nya.


p/s= yahhooo!!! Gampang cam xcaye doe aku berjaye hasilkan entri yang penuh kebakuan.. hahaha!!! Err.. artikel ni tak ade copyright. So, kalu korang nk kopipes kat mane2 tmpat cam forum @ blog, aku alu-alukan. Tapi, kalu boleh, sertakan skali ar sumber blog aku nih.. kuang3~

Sunday, July 18, 2010

Falak Selangor 2010 review





Salamullah ‘alaik…
          
          Pergi menanam padi huma, apa khabar semua? Erk? Heh.. angkara tak tahu bagaimana nak bermukadimah, pantun dua kerat je le aku kasi.. ini pun dapat ilham daripada blog abg joegrimjoe.. ekeke. Okeh2, tak mahu karang berjela-jela, nanti kebosanan melanda-landa. Err… =)

          Frankly, this year’s Selangor falak convention was indeed a huge success. Around 1000 participants turned up on that day. And irhamni!! I was interviewed by media. AGAIN!! Hahaha!! Rugi kau tak datang dodol… kalau tak, I’m pretty sure u’ll be dragged in, too. Ala.. bese jer.. soklan same je yg dia tanye; pendapat psl program ni dan aku cilok jawapan kau mase kite kene intebiu ngan tv3 dulu.. kah3~

          “er.. sebenarnya, kitorang terdengar pengumuman psl program ni sebelum khutbah kat masjid shah alam.. kat tepi2 jalan sekitar masjid pun ade jugak banner promo utk program nie… kirenye kebetulanla jugak dpt tahu.. huhu~” answered a boy, Hazimuddin, 13, when I asked him about how on earth did he aware regarding this falak thingy; a typical and common question whenever or wherever I attend this sort of activity. My comment; medias are totally sucks!!! Please, please read here…
          
          Hehs… aku bukannye ape.. dlm google, aku dpt search bnyk report tentang konvensyen falak negeri2 lain spt penang dan Melaka. Lalu, aku terfikir; Selangor bile lagi? Cari punye carik.. yg aku jumpe hanyelah fail PDF tentang flow program pd hari tersebut.. hampeh!! Advert and promotion langsung xde kott.. huhu~ Sedih pun ade jugak… T_T

          Overall, workpaper presentations were ok ok only. Dr. Azahari, Dr. Zambry, Dr. Danial, Dr. Baharuddin (err.. betul ke?) and Angkasa representative presented an undepth and quite not too academically yet entertaining speeches to suit the audiences’ perspective of falak understanding. Yeahh.. most of the participants, beside school childrens and IPT students, there were quite a number of old folks.

          For me, RM10 spent for this convention was too worth it. Besides knowledge, free goodie bag, button and workpapers, my lil brother and I had a super duper marvelous breakfast break, lunch and tea break. Guess what? We ate spaghetti bolognaise, kuey teow, superb oxtail, beef curry, white rice (wonderlah jugak knape xkasi briyani.. haha!!) and a roll of chicken which the name stated there as ‘chicken pandan’. Mann.. gobbled down to the rectum lahh!! =) here are few pics snapped during the event…


ohoi... sejuk mate memandang.. woha!

err.. naik rooftop kejap. ngeh3~

MB Khalid Ibrahim minat falak jugak ea...

bersama prof azhari... pengarah ukur GEODESI



P/s= aiyoyo.. ade kejadian janggal berlaku. Semasa org ramai (er.. most org tua lahh..) sedang hangat bernegotiate psl teleskop dan binocular di tempat pameran & jualan, dengan penuh rase ingin tahu, aku tanye si penjual cina psl binoculars’ physics mechanisms dlm English. Pastu tibe2 senyap. Pastu sume org tue tngok aku. Pastu aku cam segan2.. pastu aku tanye blk dlm bahase org kampong sbb nak cover. Nasib baik si cina tuh bg in-depth feedback dlm English jugak. Adoi~ kalo x, ter-kulat2lah aku keseganan.. bongok nazrin, len kali nk ckp kuat2 tngok situasi le.. jgn inkuiri kuasai diri… T.T

Wednesday, July 14, 2010

Hilangnya legasi ukhuwwah...




          salam mahabbah~ Kejadian di bawah berlaku di sebuah sekolah-bajet-premier pada suatu sabtu yang hening… watak dan dialog terpaksa dijaga demi sensitiviti dan kemaslahatan umat.. erk? Biasalah, cerpen picisan… =)

“bah, saye mintak kebenaran abah terajang a*****f, boleh tak?” Tanya s******n, pelajar yang akan menduduki SPM pd tahun hadapan, kepada ayahnya yang hadir pada hari amik report card sekolah tersebut. Wajahnya penuh dendam dan tegang. Sejurus, beberapa senior yg terdengar berpaling ke arahnya sambil masih lagi menggenggam cebisan akhir roti planta yang dibeli dari kantin…

Sambil memegang dada anaknya yang penuh dengan kesan calar angkara kes buli, abahnya bertutur lembut, “sabar ye nak.. berapa bulan je lagi kau jadi senior..”


Peristiwa kedua ini pula berlaku pada suatu petang di.. err.. ntah xingat lah pulak.. kau orang bace ajelah…

“tak tahulah nak cakap mcm mane…” seorang ibu melahirkan kolam rasa penuh kebimbangan…

“ape laa nak jadi nih?? Kami dulu sepak terajang pun memang dah bese dah.. tapi xdela sampai arwah2 nih.. awat jadik lagu ni haa?!!” persoal seorang OP (err.. same maksud ngan old boys la..) dengan nada suara yang agak tinggi dan dalam slanga pekat kekedahannya sebagai manifestasi ketidakpuasan hati yang sudah lama terbuku.

Seorang lagi OP sekolah premier tersebut (CEO sesebuah syarikat) mencelah, “hmm.. this case is unexpectable. Newboys wont be the same as the ol’people. Kami pun ade jugak contact2 dengan OP yang lain. Tapi… faham2 ajelah budak2 zaman sekarang ni kan..”

“zaman kami dahulu memang laen. Bukan nak bangge ape la.. most of my batch continue degree kat overC…” tambah beliau.

“ni bile dah gawat macam ni, scholarship pun susah nak dapat. Recently pun, tak ramai spm leavers kite yg apply scholarships sbb xcapai requirement yg diperlukan…” getus seorang lagi OP yang kelihatan segak dengan kotnya. Jawatannya, BOD syarikat mane ntah…


Back to reality~

          Kadang2, aku sangat terkesan akan ketandusan ukhuwwah dalam kalangan pelajar zaman millennium di Malaysia. Terutamanya, pelajar berasrama la kan… kalau dulu2, pantang kalau junior terserempak senior (err.. walhal beza umur satu tahun je..), dari jauh lagi dah bagi salam sambil angkat tangan. Dalam keadaan berhikmah, senior menjawab salam sambil tersimpul senyum… dulu~

“assalamualaikum bang!!”

“waalaikumussalam.. nak kemana tu dik?”

“basuh baju…”

“Eh, ade taik kucing!!”

“hah?!! Mane2…??”

“kene tipu!! Wekkk~ hahah!!”

“eeiii.. jahatla abang nie.. suke kenekan kami..”

“elehh, gurau sikit pon xboleh. Ni haa, sume name2 senior dah hafal ke? Abang nak test malam ni. Xingat jage kau”

“pastu mesti nak mintak tolong iron baju kan.. org dah taw la trick abang2.. nnt abang tolong tasmi’ surah almulk kami jugak taw…”

“aii.. tengok tuh. Sempat lagi nak acai senior ye? Hahaha…”


         Mesra. Rapat. Tak ada dendam2. Dah semacam adik beradik pulak. Tapi aku ulang, itu dulu-dulu… nasib baik aku sempat nikmati bersama-sama sahabat2… dah dah. Macam nak mereng pale otak fikir masalah umat. Sepatutnya, kehancuran ini perlu dibaiki. Bukan diporak-perandakan lagi macam tikus repair pumpkin =) hmmm~~

Saturday, July 10, 2010

Going Places~

Assalamualaikum… kif halak?
          
            Haa.. title post aku ni ade bau cuti2 malaysia x? ho3.. xde lah.. Musim kolej belum start lagi ditambah pulakk dgn situasi bosan yang amat sangat, so, aku perkenalkan ajelah destinasi menarik yg aku baru visit.. just in case kalau korang xpernah dengar lagi ar..

focus; 2 baby tembam-gila-cumel berguling2 kat tengah tuh.. nmpak?


erk? ni abah.. bersama amalan membace beliau xkira waktu..


ingat senang nak buat sandcastle? usaha tangga kejayaan...


           Pantai Melawi, Kelantan terletak kira2 setengah jam perjalanan dari Bandar Kota Bharu. Berlainan drpd PCB, Melawi ini lebih landai dan selamatla jugak kalau bebudak nak mandi jauh ke tengah. Plus, air laut dye agak jernih dan kehijau-hijauan sentiasa. Evergreen gitu…

beware; windy road ahead...


xde keje la namenye nie.. =)

          Siapa x kenal Cameron Highlands? Hehe.. ntah brape kali ntah aku dah pergi ke sana sebab otw kelik Klate ikut Lojing. CH nih sumpah besar dan banyak pekan. Tapi, yg visitors selalu pergi hanya Tanah Rata dan Brinchang ar.. kalau korang nak stay sane, aku suggest xyah lodge hotel. Sebaliknya, opt for homestay kat Taman Sedia. Org kampong ni mmg generous tlg kite mcm2. Paling aku suke; breakfast nasi lemak daun pisang!! Yummiiee!!

tepi jalan aje...


baru separuh daki tangga nih.. background gamba; tinggi gilos...

         Lata Iskandar, Perak terletak tak jauh dari CH. Lata ni terletak di tepi jalan kalau kau orang meninggalkan CH ikut jalan lama ke Tapah. Air terjun dye mmg tinggi. 30 meter kott. Plus, jernih pulakk tuh. A great spot to ponder the nature and refresh your energy. Barang2 kraftangan turut dijual. Aku beli lastik tanduk kerbau. Style wehh!!

p/s; 3 destinasi pelancongan ni aku round2 dlm mase 3 hari berturut-turut. Still, aku rase cam xpuas. Ohh, kalaulah 4WD Landrover jd milik aku~ ha3..

Tuesday, July 6, 2010

integomb di INTEC

Assalamualaikum w.b.t

          Yesterday was indeed a stamina and fitness test for me. Rushing to HUKM, KL for my appointment with a doctor using public transport(s). nearly FOUR hours in KTM, Monorel and RapidKL bus in the heart of the city. Effing exhausted duh~

          However, the trip to INTEC Shah Alam had pretty much relieved and soothed me out. I drived there by my own. Khalis, too, all the way by his Waja from Cheras. Pak Din couldn’t turn up. Katanya malas. Ye aa.. mane ade renjer Perhilitan yg rajin.. *maaf Pak Din.

          Had a ‘makan2’ session at a nice stall by the road. Suggested by Ain Ally. Follow je lar.. kitorang bukak pose kat ctu jerk. Ohh,, ade psr malam kat ctu. Most buyers students kowt. Ramai je muke yg dah kenal. Jumpe mase perfect score, educamp, intebiu YTN, JPA, Sime Darby blablabla…

          Best ahh jumpe korang. Btw, credits to Afiq Zharif, Khalis Khalili, Izzati Rahim, Hidayati Basril, Amira Dardiri, Ain Ali and Aimi Hanisah for making up my night. Rindu kau orang dohh.. len kali kalo ade mase jgn aa segan2 wat gathering camni agi..

Salam~




p/s- gamba2 laen ade kat FB aku. sudi2la ringan2kan tulang usha yer...

Saturday, July 3, 2010

Lakonan pemain bola world cup


“say no to racism”

          Kalau dilihat semua blog yg terdapat di sebelah kanan ‘interface’ blog ini, rata-ratanya sudah mengepos sekurang-kurangnya satu entri berkenaan FIFA ‘world cup’. Penulis juga berasa terpanggil untuk meluahkan kolam rasa dan pendapat yg terbuku kerana WC pada tahun ini dilihat sungguh unik. Masakan tidak, pasukan-pasukan ternama dan gergasi seperti brazil, England, Portugal, argentina dan lain2 sudah tersingkir di peringkat awal kejohanan. Sudah adat permainan, yang kuat terus hidup, yang lemah balik rumah la…

          Sebenarnya, apa yang aku nak utarakan di sini ialah kepondanan dan lakonan hebat pemain2 WC. Cuba anda semua kira; berapa banyak free kick dan tiupan wisel dibunyikan sepanjang perlawanan? Sikit-sikit nak jatuh dan pura-pura sakit apabila di’tackle’. Bila muka kesian pengadil diberikan, boleh pulak mereka bangun, buat muka sakit makin lega dan ambil free kick. =.=’ memanglah niat mereka murni sebab berkehendakkan sepakan percuma, penalty mahupun kad kuning dilayangkan kepada pihak musuh. Tetapi, kita sebagai penonton ni, dah rasa menyampah dan jemu akan kehambaran mutu permainan yg dipersembahkan. x gitu?

          Kalau kita tengok generasi pemain bola terdahulu beraksi, semua lakonan ni memang sumpah tak ada la. Tak payah susah2 tengok orang lain, cuba tengok kat diri sendiri pulak. Kalau kau orang sedang menggelecek bola secara solo dan dah nak sampai ke gawang gol lawan, tiba-tiba, ada sorang mamat tackle kamikaze dari belakang. Apa reaksi kau orang? Kalau aku, songket bola dan lompat tinggi2 kasi orang yg tackle kita tadi tu menggelongsor kat bawah. Pastu biarkan dia terkontang-kanting kat tengah padang dan teruskan permainan.

Tapi, tapi, tapi… WC 2010 bukan macam itu. Kalau kene ‘tackle’, kaki pemain sengaja menyentuh badan si pen’tackle’ dan terus jatuh macam nangka busuk. Lakonan mantap. Siap guling2 gitu… rosyam nor pun tak dapat buat camtu. Dah jatuh, masing2 angkat tangan kat pengadil. Sebelah tangan diangkat macam budak tadika nak jawab soalan cikgu dalam kelas, sebelah tangan lagi pulak diunjukkan kpd pemain yg lg satu; bahasa badan nak tuduh dia yg jatuhkan aku. Har har har… banyak penipuan sial… tak pernah kot aku tengok Mokhtar Dahari buat camtu. sriyes...

p/s= penulis minta maaf jika ada terpoyo bagus sgt main bola sepak dan terbuat sesetengah pembaca makan cili api. Bukannya apa… aku dah main bola sejak usia aku belum menjejakkan kaki ke tadika. Dan segala ayat2 di atas tersebut hanyalah luahan perasaan dan pendapat peribadi semata-mata. Tata titi tutu… and ohh btw, apa signifikan teknologi ‘super slowmotion’ SONY dengan mandat kuasa yg ada pada tangan pengadil bola sepak?? Hampeh~