Pages

Friday, April 16, 2010

TERBUANGKAH MASAMU??? (15/4/2010)





       Aq pandang kanan, nampak teak wardrobe aq yg bersepah. Pandang kiri, nampak baju2 kotor yg bertimbun plak. Pastu aq pandang laptop atas meja studi aq ni pulak. Usha2 jam, da pukol 2 pagi. Aq tengok bantal atas katil aq da me-ronta2 mengajak aq tido bersamanya. Mata dah mengantuk, tapi x nak tido. Apa nak jadi dengan ko ni, nazrin??!!

       Musang. Itula ibarat diriku di kala ini. Sedar di malam hari dan tidur di siang hari. Muhasabah punye muhasabah, banyak jugak masa yg aq da bazirkan selepas aq balik drpd kem plkn. Otak aq beku. Dahla bilik aq 2 tona kaler biru, ditambah lg dengan faktor yg aq x keje. Mmg beku abes r otak aq. X berjalan. Adeyh~

       Bile da jd macam ni, mulela segale mcm perasaan negatif muncul. Terase cam qarin dan nafsu berjaya menguasai diri ini. Skejap rs marah, skejap rs x puas ati. Akibatnye, digital single lens reflex (SLR) Nikon d5000 18-55mm nikkor ED-VR aq yg menjadi mangse tempat aq meluahkan prasaan.

       Refleksi diri kubuat skali lg. Nyata semuanya berpunca drpd sikap aq sendiri. Bukannye aq x ley menyibukkan masa dengan aktiviti berfaedah. Kenapa nak salahkan org lain? Mujur diri ini masih mampu kukawal drpd menyalahkan takdir. Jika tidak….a’uzubillah min zalik. Allah x menzalimi hamba2nya. Manusia yg selalu menzalimi diri sendiri. Haih~

       Ternyata aq merindui zaman persekolahan. Aturan hidup terjaga. Bi’ah islamiyah insyaAllah. Makan pon ikut waktu, hahah. Sangat terbalik dengan apa yg kualami sekarang ini. Bilakah mungin kubisa putar kembali pada zaman itu? Sesungguhnya, benarlah sumpah Allah tentang masa. Mmg aq dlm kerugian. Langsung tiada laba. Sakit. Sakit. Sakit. Justeru, apa solusi utk mslh ini?

       Belajar. Ya, aq pasti itulah jawapannya. Tolabul ilmi faridatun ala kulli muslim. X perlu tunggu a-level. X perlu kunanti matriks, UPU atau biasiswa. P&P itu berterusan, nazrin. Kenape mesti kauikut arus perdana dunia pendidikan? Dengan belajar tanpa mengira waktu, masa kau tidak akan terbuang. Dan skali lg ditegaskan, x smestinye ilmu formal yg ko cari. Belajar la juga ilmu x formal mcm ape yg ko dah blaja dlm sejarah, nazrin.

       Rasanya, itulah jawapan yg dpt menjadi pelincir kepada otak aq. Tp skarang ni, otak aq da x dpt fikir elok2. knape ek? Ouh, patutla. Manusia termasuk binatang da tido waktu ni. Ko x tido lg. patut la beku semacam je…ok la. Sori kerna menghabiskan masa kalian membaca sedikit tazkirah drpd aq. Salam penutup bicara.

3 comments:

Unknown said...

isk..terantuk kt kepala sendiri
tersentak seketika...thnx 4 reminds
blaja jgn ikut ape yg da dijadualkan...ilmu x formal pun perlu dituntut.

nazrinafifi said...

bagus2...

hanis jey said...

hari ni baru ak usha belog kaw dgn sebetul2 usha...haha
btol2, gotta find 'ol buks now....hurghh3