Cari kerja, obviously.
But allow yourself to relax for a
while. Pesan murabbi aku dulu, “berkelanalah selepas grad. Ambil masa beberapa
bulan untuk relax sebelum antum masuk bekerja.”
Sambungnya lagi, “bila dah
bekerja dah beranak isteri nanti, antum akan menyesal tak gunakan peluang masa
yang ada sekarang untuk berlibur.” Berlibur tu aku tambah sendiri. Haha. Tapi
lebih kurang beginilah maksud ucapan beliau.
Berlibur tu tak semestinya keluar
berkelana/backpack. Bagi yang kesempitan wang (sebab berjoli sakan tak ingat
dunia masa zaman belajar), berlibur tu pun termasuklah berbakti kepada
kedua-dua ibu bapa atau bercucuk tanam di belakang rumah atau membaca segala
buku yang kita kumpul dahulukala atau melayan anak saudara ke zoo negara atau
apa-apa sajalah. Yang penting, kita kena imagine unknowns yang kita tak sempat
nak buat bila dah kerja nanti, dan buat unknowns tersebut semasa kita lapang.
[Nota: Unknowns adalah tertakluk
pada kecenderungan eg. Hobi, dan kekangan eg. Kewangan masing-masing. Anda
sendiri yang lebih tahu.]
Lepas aku grad, aku volunteer
jadi fasi untuk program persediaan juniors yang akan ke luar negara eg. WOW,
MOC. Tbh, aku ada merasa generation gap sikit apabila bergaul dgn juniors.
Terasa tua bhai.
Kemudian, aku melawat sahabat2 di
universiti (sebab aku konvo awal gila). Dapatlah merasa takjubnya berada dalam
library UTP, UCL, dan macam2 lagi. Bertanya khabar, berbual ttg jurusan
pelajaran org lain, berkongsi perancangan masa depan, etc. Semuanya tak lain
tak bukan adalah utk membuka minda aku yg selama ni tertutup je dlm dunia
engineering. LOL
Kemudian, aku melapangkan masa
aku selama yang boleh utk bawa family jalan2. Asal weekend je keluar makan ke
restoren best, main boling, tengok wayang, pergi library, melawat sanak
saudara, jalan2 makan angin, dll. Mencari masa dan aktiviti utk dibuat pun
merupakan satu jihad sbnrnya. Haha.
Kemudian, aku rajin2kan diri
membaca segala peluang kerjaya dan post-grad studies yang ada. To prepare for
the interviews and all, haruslah practice dan baca tips2 resume/interview yang
ada. Aku apply je mana2 tempat yg kosong (tapi tak banyak pun sbb aku study
electrical power sobs3) dan attend interviews sebanyak yg boleh supaya dpt
biasakan diri ditemu ramah seperti artis.
Lo and behold, aku pun join lah
graduate program under MAHB.
Maka berubahlah atur cara hidup
aku yang selama ni carefree dan ikut suka hati aku nak bangun pukul berapa. For
a few months, aku jadi zombie kapitalis – masuk 8.30 balik 5.30. Kadang2 tu aku
dipanggil masuk kerja malam utk supervise installation sampailah lepas subuh.
Penat dia Ya Allah taktau la aku nak describe mcm mana.
Antara perangai yang paling
obvious apabila berada dlm dunia korporat ialah ego. Ada bos yang tahu je dia
selalu kena umpat tapi entah kenapa bos tu tak nak pulak ubah sikap dan buang
ego. Aku selaku fresh grad agak tak biasa dgn work culture ‘nak nampak hebat’
mcm ni, tapi lama kelamaan aku terbiasa pula. Macam-macam perangai manusia ya.
Di pejabat aku hanya mampu diam dan follow the flow.
Amacam? Dunia korporat bunyi
macam tak best kan?
Memang kurang best pun. Ramai dah
yang keluar dan buat bisnes sendiri, termasuklah sepupu aku. Beliau founded
Cotton Pines dan aku lihat beliau semakin sukses kini. Dan ada juga member ofis
yang keluar dan fokus pada bisnes takaful consulting. Pun berjaya jugak. Semoga
Allah terus merahmati mereka dengan kejayaan insya-Allah.
Tapi aku percaya kalau kita sabar
dan berpegang teguh pada prinsip, insya-Allah suatu hari nanti kita dapat mengubah
suasana dunia korporat sedikit demi sedikit. Ceyyy lewah jew. Bergantung atas
kita juga untuk menukar negativity kepada positivity dalam ruang kerja. Berikut
merupakan antara mindset yang kita boleh reset;
1) Pergi
kerja untuk belajar. Tak kisahlah belajar benda baru atau revise the same job
scope, yang penting kita kena selalu upgrade diri agar menjadi modal insan yang
lebih baik.
2) Muhasabah
diri. Fikir semula, “aku ni layak ke dapat gaji sebanyak ni? Adakah aku
menyumbang kepada kenaikan GDP yang tinggi setara dgn sumbangan yang aku dah
bagi?”
3) Bersyukur.
Jangan kejar wang dan pangkat. Malah wang dan pangkat akan datang kepada kita kalau
kita selalu bersyukur dan perform productively.
4) Kalau
workplace tu stressful, cari platform to vent our anger and cool our composure.
Contoh: gym after work, ambil cuti for travel, atau pergi makan. Yang penting,
cari platform tersebut.
Aku ni macam dah lari topik je. ‘what
to do after grad’ ni dah patut tukar jadi ‘reasons to not get involved in
corporate world’. LOL. Malas aku nak taip buat post baru so aku rangkumkan
sekali aje.
Jadi kepada adik2 yang baru grad, ingat pesanan abam ni (poyonya, haha). Lepas grad, relax dulu. Masa kerja nanti boleh je slot in the things that you want to do, tapi nanti kau akan tertakluk pada annual leave and commitments. Unless kau buka bisnes sendiri, maka hal itu lebih terbuka untuk anda.
Dah. Sekian rungutan abam pada kali ini.
Jadi kepada adik2 yang baru grad, ingat pesanan abam ni (poyonya, haha). Lepas grad, relax dulu. Masa kerja nanti boleh je slot in the things that you want to do, tapi nanti kau akan tertakluk pada annual leave and commitments. Unless kau buka bisnes sendiri, maka hal itu lebih terbuka untuk anda.
Dah. Sekian rungutan abam pada kali ini.
Assalamualaikum wbt.
1 comment:
Aww, you're all grown up now.
I hope all is well xx
Post a Comment