Pages

Monday, October 19, 2015

Percaya.

     Sejak waktu itu, berubahlah keadaan. Hati yang masih ragu-ragu menempuh hidup, sekarang sudah yakin. Kepercayaan yang tadinya setengah-setengah dari kedua belah pihak, sekarang sudah bulat dan tidak ada ragunya lagi. Medan perjuangan pun terbukalah, tidak ada lagi lurah yang dalam, bukit yang tinggi. Sebab kehidupan itu adalah laksana bahtera jua, si suami adalah nakhoda, si isteri juragan, dengan berdualah selamat pelayaran itu.

Matahari pun terbitlah dari timur, panca warna mega membawa nikmat angin sepoi-sepoi basah, udara pagi yang lembayung meliputi alam. Malaikat yang bertakhta di atas awan berarak, laksana tersenyum melihat makhluk keluar dari rumahnya masing-masing, mencari tutup badannya, mencari isi perut, mencari peruntungannya di bawah kolong langit yang luas terbentang itu.

Di antara begitu makhluk yang percaya akan kekayaan Tuhan, memang bumi membuahkan padi dan tanah menghasilkan emas, yang tidak putus asa, yang percaya bahawa selama nyawa dikandung badan, rezeki telah tersedia, adalah terdapat kedua-dua suami isteri itu, keluar dengan hati yang gembira, percaya akan pertolongan Tuhan, dan yakin akan perhubungan yang ada dalam sanubari mereka sendiri, iaitu cinta suami isteri yang sejati!

Majulah ke muka, tempuhlah lautan Baharullah yang luas itu, beranikan hati menghadapi gelombang yang bergulung-gulung. Kerana dengan bermain ombak dan membiasakan menempuh gelora itulah makanya penyakit mabuk laut akan hilang. Pada tiap-tiap bertemu dengan suatu kesusahan dan suatu halangan dalam bahtera rumah tangga, itu adalah ujian; bila sampai ke sebaliknya tertegak pulalah sebuah tiang yang teguh dan sendi yang kuat, untuk membina rumah kecintaan itu. Di manakah letaknya keberuntungan kalau bukan dalam hati?

Bolehkah keberuntungan itu dinamakan kepada wang berbilang dan emas berkarung-karung? Bukan, bukan dari sana asal mulanya, sebab ramai orang dilingkungi oleh kebahagiaan dunia, tetapi hatinya senantiasa kesal.

Ada pun sebab-sebab yang menimbulkan rasa beruntung dalam hati itu, jalan rasa percaya-mempercayai dalam rumah tangga, antara suami dengan isterinya, demikian juga kaum kerabat sekalian. Keberuntungan tidak dapat dinilai dengan barang.

- Hamka, Merantau ke Deli.


Subhanallah. Such a beautiful self reminder, isn't it?
Percayakan Dia. Percayakan dia.

Hingga syurga (no cheesiness intended).

4 comments:

Anonymous said...

It is sad that the kind of world we live in today doesn't really allow such a way of thinking to prosper. If anyone tells me that money can't buy happiness, it's very likely for me to scoff and tell them to stop being pretentious - because poverty buys you what, exactly? Stability takes time and effort, yet not many would be patient enough. I suppose you'd be very lucky to have a partner who puts their trust in you when you're at your lowest point in life, and just holds on and believes. A lot of couples couldn't survive high tides.

So.. The point I'm trying to make is, marry a believer? Ergh. (Apologies for lack of points.)

P/s It's been a long time. Guess you grow up when I wasn't looking. May all the good things find their way to you :)

Anonymous said...

"Mereka sudah berkahwin. Apakah perkahwinan itu lantaran cinta? Akan dikatakan lantaran cinta, mereka belum kenal perkataan itu... Apakah itu lantaran kepentingan dan persamaan cita-cita? Ada ramai orang yang mempunyai cita-cita lebih tinggi, atau muda sama muda, atau cinta yang dipatrikan dengan janji dan sumpah, sebagai diperbuat Leman dahulu, kalau nasib akan patah di tengag jakan, tentu terhenti juga. Apakah pergaulan ini akan kekal? Sebab lebih dahulu tidak dengan cinta? Bahkan datangya pun tidak disangka-sangka! Semuanya itu tudak boleh dijawab ketika mula-mula kejadian. Kerana dalam hudup ini, orang bukan merancangkan hidupnya sendiri, tetapi menjakani rancangan yang lebih azali. Demikianlah dua suami isteri itu bekerja lebih giat dari dahulu, lebih insaf dan lebih sedar."

Sarat dengan pengajaran kisah hidup Poniem, Leman & Suyono ni.

nazrinafifi said...

Anon 1: Exactly. Semoga Allah melimpahkan kepada kita rahmat dan kasihNya, serta pasangan yang memahami sehingga ke hari tua.

Marry a believer? haha thanks I appreciate your point :D


Anon 2: Setuju sekali. Setuju dua kali. Setuju banyak kali. Haha. Pengajaran yang saya kira besar untuk pembaca novel ini; berusaha semampu mungkin meningkatkan upaya diri menjadi bakal isteri/suami yang kompeten. Tak cukup hanya sekadar berdoa dikurniakan pasangan yang baik, bukan?

Seperti juga Poniem, dan Leman di akhir babak cerita ini, maka ayuhlah kita upgrade diri :)

Anonymous said...

Wah, lama betul tak visit blog hang ni. Dis post paling menarik tertarik daboom sebab macam geli2 gitu.


Will go together two lovers, like cytosine and guanine, adenosine and thymine ;base pair ( unless aku jumpa structure DNA lain one day. hahah) They are specific completing each other.

Moga hubungan dirahmati dan diberkati Allah.