Begitulah harapan Samih yang dikhabarkan kepada kami. Samih merupakan seorang pediatrik yang berjaya di Scotland. Kami bertemu dengan doktor berketurunan arab mesir ini di multifaith room lapangan terbang Edinburgh setelah sekembalinya kami dari Ireland. Aku tersenyum sahaja mendengar harapannya itu seraya bertanya, "why?"
"Why, Malaysia is not a very nice place to live?"
"Within Islamic countries, I think Malaysia has progressed very well. You are very modern. And I know Malaysians can speak English fluently," tambahnya lagi.
To which I promptly replied, "but we don't have underground tubes like Kaherah and London had." And I argued, "but medical career in Malaysia is not really enjoyable. I think most of my friends prefered to work here in the UK and Ireland after they graduated."
Mahu sahaja aku tambah isu 'political instability' bagi menguatkan iktikad pesimisme terhadap negara sendiri, tapi aku diamkan setakat itu untuk memberi ruang kepadanya memuji tanah airku. Begitulah rata-rata orang Arab yang aku selalu ketemu dalam permusafiranku - suka benar memuji kemajuan materi dan duniawi Malaysia semata.
Terkadang aku berasa bangga, tapi banyak masanya aku berasa jelak. Mengiakan pujian mereka saja sudah membuatkan aku persis sepotong tunggul yang hipokrit. Barangkali mereka fikir kita akan merasa seronok dipuji-puji? Entah aku tidak pasti.
Selang beberapa hari bertemu Samih, pesimismeku terhadap Malaysia semakin meliar. Apa tidaknya, hari-hari yang dilalui sangat menyesakkan dada. Buka whatsapp, si musibat menjaja fitnah dalaman PAS. Buka Facebook, si ISMA menjual kebodohan rasis. Buka Twitter, masuk pula khabar Anwar dipenjara. Buka portal 'berhaluan kiri', diputarnya kebencian terhadap autoriti agama. Baca Utusan, ada pula muka aku bersalaman dengan presiden perkasa -.-
Itu baru isu lokal. Belum dibuka cerita isu global seperti #charliehebdo dan #pelukkpop. Peluk kpop tu kira globallah sebab melibatkan korea kan?
[Artikel ni agak bagus aku kira untuk isu islamofobia - https://www.middleeastmonitor.com/articles/europe/16354-europes-fear-of-islam-from-paris-to-dresden]
Aku serius bingung.
Bingung memikirkan masa depan politik tanah air. Oh ya, dan juga ekonomi (ie. cukai dan zakat) serta sosial (ie. isu boikot peniaga Cina. wtf). Bingung sebingung-bingungnya (padahal aku bukan wakil rakyat heh)
Sehinggalah...
Dunia seakan-akan terhenti petang semalam. Jasad tiba-tiba menggigil dan merasa lemah. Masa merangkak dengan sangat perlahan, seraya aku scroll timeline untuk mendapatkan kesahihan berita pemergian tok guru. Sudah lama aku membayangkan 'bagaimanalah kalau saat ini tiba', dan ternyata, aku cukup lemah untuk menerima hakikat ini.
Petang itu - berbaris-baris ucapan takziah muncul di media sosial. Beratus-ratus gambar Pulau Melaka dan catatan belasungkawa telah aku hadami. Sehingga bersengkang mata pula aku melihat siaran langsung pengebumian jenazah tok guru di internet.
-------------------------------------
"Aku pernah tengok tok guru dari jauh je. Kat pwtc. Event ape ntah tak ingat," cerita Aiman Hatim.
Usai solat jenazah ghaib dan bertadarus surah Kahfi pada malam itu, Aiman bercerita pengalamannya bersemuka dengan insan hebat ini. Alangkah ruginya aku! Seorang rakyat Kelantan yang langsung tak pernah bersua muka semasa hayatnya. Lebih rugi pula apabila tiada satu buku tok guru pun yang pernah aku khatamkan. Tsk.
إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.” (Tirmidzi, Ahmad, Ad-Darimi, Abu Dawud. Dishahihkan oleh Al-Albani)
إِنَّ اللهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعاً يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِباَدِ، وَلَكِنْ بِقَبْضِ الْعُلَماَءِ. حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عاَلِماً اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤُوْساً جُهَّالاً فَسُأِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari hamba-hamba. Akan tetapi Dia mencabutnya dengan diwafatkannya para ulama sehingga jika Allah tidak menyisakan seorang alim pun, maka orang-orang mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Kemudian mereka ditanya, mereka pun berfatwa tanpa dasar ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan.”(HR. Al-Bukhari no. 100 dan Muslim no. 2673)
Dalam mengulas hadis ini, Hafidzi kata, "ulama' telah mati di sisi kita kalau kita tak ambil ilmu yang ada pada diri mereka." Adoi, sentap level infiniti beb.
Dalam masa kita tak sure atas sebab apa kita menangisi pemergian tok guru - sama ada kerana sayangkan sosok tubuhnya semata atau atas dasar iman - ulama' juga telah kita bunuh kerana kita tidak mengalirkan ilmu-ilmu mereka. An indirect way of saying it. Pertemuan kami pada malam itu kemudiannya diakhiri dengan konklusi;
1) Telah jelas banyak ruang kosong dalam perjuangan islam marcapada. Ayuhlah kita isi gerabak perjuangan ini. Be a man of significance!
2) Dalami ilmu agama dan jadi ulama' semampunya. Tak kisahlah kau dokter ke injineur ke. Harus kita kejar title 'teknokrat hizbullah' itu.
3) Nangis dalam hati. Still rasa sebak. Aku pun tak tau macam mana ni boleh jadi poin konklusi yang ketiga -.-
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment