Pages

Saturday, January 31, 2015

#PUISI14



Bismillahirrahmanirrahim…

Fuhhh dah lamanyaaaa tak update blog! #JariMenari ni pun dah jadi #JariHikikomori gamoknye, haha. Tapi disebabkan withdrawal syndrome itu masih ada, aku gagahi jua jari ini utk berkongsi sedikit sebanyak input-input #PUISI14 Disember lepas. Minta maaf awal2 jugak kalau poin-poin yg dikongsi ni bersepah.

Compass Setting

Ustaz mulakan hari pertama #PUISI14 dengan sedikit panas sebenarnya. Kalau imbas balik, nak tergelak pun ada. Mana taknya, emcee memperkenalkan Ustaz Ridhauddin sebagai salah seorang penggerak gerakan wahabi di Malaysia. Dan tak semena-mena, para peserta nampak begitu gelisah dan tak senang bontotlah hahaha. Siap ada yang tanya, “betul ke ustaz wahabi?” “ustaz wahabi disebabkan pengaruh keluarga atau pilihan ustaz sendiri?” Lol.

Menjadi pulak lakonan/pakatan ustaz dgn emcee (feat. brader jet and faiz) malam tu. Walhal ustaz saja je nak test reaksi spontan peserta sbb ia sgt berkait rapat dgn minda separa sedar kita. Dengan menggunakan abstrak kes pengeboman di Canada, ustaz kata minda kita ni senang sgt dipengaruhi oleh media.

Obsesi kita terhadap sesuatu benda juga mampu membentuk karakter. Ustaz bg contoh org yg suka tengok cerita hantu dgn sikap penakut. Orang yg obses dgn anime selalunya tak berpendirian dan tak ada sifat kepimpinan (though I guess many will disagree with this). Tapi obsesi juga bergantung pada masyarakat setempat eg. tipikal cerita hantu di nusantara - org akan cari bomoh/ustaz. Tapi cerita hantu di western countries - org pergi library. Haa nampak tak beza budaya tu?

Poinnya: latar belakang kita sgt menentukan cara fikir seseorang.

#PUISI14 bertemakan pemuda, maka ustaz define definisi pemuda, baligh dan mumayyiz. Paling sentap bila ustaz berjaya buktikan yg kami semua belum mumayyiz T_T

Ustaz: Mumayyiz tu apa?
Semua: tahu membezakan yg baik dan buruk… (hampir serentak)
Ustaz: Oh pandainya semua… ok, siapa dah mumayyiz?
(semua angkat tangan)
Ustaz: Harini, siapa tak kutuk orang lagi?
(semua sengih sumbing lol)

Ustaz pun ada guna abstrak ‘mufti Pahang melarang penyebaran dan pemilikan bahan bacaan Wahabi’ (in fact, ustaz guna banyak gilaaa abstrak throughout the whole 4 days sampai aku dah jadi penat nak relate semua benda unconsciously -.-). Apa2 pun, ustaz setkan minda para peserta agar buat alignment cara berfikir dgn cara bertindak yg betul. Cara berfikir dan cara bertindak ok guys.

Pemuda Islam dan cabaran masa depan

Sekali lagi kami ditegaskan, graduan #PUISI14 mesti ada neraca Islam dlm segenap aspek kehidupan. Hatta nak kentut pun mestilah ‘kentut islami’. Haha. 


Ayat 92 dan 93 jelas menunjukkan bahawa dialog nabi Musa a.s. itu berstigma. Kata ustaz, dlm bahasa mudahnya, nabi Musa a.s. cakap, ‘hang buatpa? hang tak dengaq cakap aku?’ Hikmah yg nabi Harun a.s. tonjolkan dlm ayat seterusnya pula perlulah kita ambil perhatian. Kenapa nabi Harun a.s. guna ayat ‘anak emak’? Haaa hal ini adalah utk bagi org cool down.

Cool down. Bertenang. Think positive. Lalu ustaz kaitkan teori topi hijau yg dipopularkan oleh Edward de Bono (?). Bahawa perlunya kita jangan bersikap gelojoh dan sentiasa positif! Yosh!

Ustaz ada berkongsi hadis sahih Muslim ttg nabi Musa a.s. menumbuk malaikat maut sampai terkeluar biji matanya, tapi aku tak ingat macam mana boleh digress sampai ke sini (ustaz digress all the time, tbh. haha). Haaa oh yes, ustaz bagi contoh hadis ni utk counter dakwaan org “eh takkan laa nabi-nabi main tarik janggut tumbuk-tumbuk orang kot?” Syarah dan perbahasan hadis malaikat maut ditumbuk ni ada banyak di internet so antum boleh google je, but anyway poinnya, nabi-nabi ialah lelaki yang buat perkara yg betul mengikut konteks pada masa itu. Kita kena ada sudut pandang ni ye kawan2.

Then ustaz tanya, “apa beza pluralisme dan pluraliti agama? Apa beza kronisme dan kroni?”

I guess semua org boleh jawab soalan ni, tapi entah kenapa, aku macam first time baru perasan kroni selalu berlaku dlm sejarah islam. Like, ketua kerajaan selepas nabi Daud a.s.; anaknya nabi Sulaiman a.s. Keempat-empat khalifah merupakan bapa-bapa mertua dan menantu-menantu Baginda saw. Wanita pertama masuk syurga; Fatimah puteri Baginda. And the list goes on, but also with the fact that mereka semua sangat layak berada di posisi mereka. Berbeza dgn amalan kronisme ie. memberi jawatan kepada sesiapa saja sama ada layak atau tidak layak.

Ok next ada pembentangan LDK. Each group was assigned a recent islamic conflict. Ada team yg dpt kes ‘I want to touch a dog’, ada yg dpt isu ’tindakan MAIS yg menyesatkan SIS’, dan ada yg kena bincang isu ‘denda ke atas wanita islam yg tak bertudung di kelantan’. Team aku dpt kes ‘Peshawar attack’, tapi atas kekangan masa, team aku tak berkesempatan utk bentang hasil dapatan. Rasa down gila sbb perbincangan kami agak produktif sebenarnya huhu. Rushdi, Fikri, Khomeini; korang awesome!!

Anyway, aku rasa kesemua peserta berjayalah menunjukkan ciri-ciri pemuda islam dalam menangani situasi2 konflik. Eg:
  1. tidak gelojoh dlm mengeluarkan pendapat, 
  2. tidak menghukum dan mengata orang, 
  3. keperluan untuk memahami latar belakang manusia, 
  4. sentiasa mencari cara terbaik untuk menjelaskan bilhikmah, serta 
  5. meraikan kebebasan berfikir.
Banyak lagi cabaran yg kita perlu tempuh dlm dunia islam sebenarnya. Menelusuri tahun 2014 sahaja sudah cacamarba, inikan pula dengan islamophobia yg terbentang di depan kita pada awal 2015. Obviously lah we have a lot of work to do. Start by reading up relevant issues (educating ourselves), like, read a lot. Kadang kita ni suka bagi alasan sibuk, ye lah, student medik kan… sampai ‘sibuk’ tu has been our ‘always’ dan kita buta dgn org lain yg lagi sibuk daripada kita.

So… wake up, guys! (hoh semangat tetibe)



Akidah pemuda islam

العبرة بمسمى لا بالاسمأ

‘Pengajaran itu pada substance, bukan drpd labelnya’. Sesetengah org tu (tak perlulah kan point out mana2 badan), suka2 hati je label org ‘liberal’ ‘pluralis’ ‘ultrakiasu’ dsb without knowing the exact definition for those terms. Honestly, I did not see any way forward by putting a label to people yang tak sehaluan dgn kau. It brings further chaos and discontentment tu ada lah. Perhatikan hadis yg selalu kita dengar ini;
Dari Nukman bin Basyir, katanya…"Suatu ketika kami sedang duduk-duduk di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap." Datanglah Abu Saklabah lalu berkata: "Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?" Huzaifah radhiAllahu `anhu lalu segera menjawab: "Aku hafaz akan khutbah Rasulullah sollallahu `alaihi wassalam itu." Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan. Maka kata Huzaifah radhiAllahu `anhu, Rasulullah sollallu `alaihi wassalam telah bersabda:-
“Telah berlaku zaman kenabian keatas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah zaman khalifah (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana zaman kenabian. Maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (zaman fitnah -keamiran/beraja /zaman kesultanan ). Berlaku zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya juga, kemudian berlakulah zaman pemerintahan diktator(zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) , dan berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula zaman khalifah yang berjalan diatas cara hidup zaman kenabian. Kemudian Rasulullah sollallahu `alaihi wassalam pun diam.” (Riwayat Ahmad, Bazzar, At Tabrani)
Ibnu Khaldun dlm Muqoddimahnya menukilkan (kurang lebih); putaran sejarah secara makro menunjukkan sifat tamadun itu berkembang dan menguncup. The hadith itself gave an implicit idea to base Ibn Khaldun’s thought, but the most important is, quoting ustaz word by word,

“Al-Fateh bukan org pertama yg struggle nak buka Constantinople. Raaaaamai dah. Semua struggle nak buka supaya ‘akulah yg dimaksudkan oleh nabi’. Have we put our struggles to what’ve been mentioned by our prophet saw.?”

Ustaz kemudiannya menyeru kita utk menjadi teknokrat hizbullah ie. professionals yg menyampaikan agama dgn bahasa rakyat. Ye lah, rakyat, org kampung terutamanya, lebih memandang tinggi doktor Ireland yg mampu bagi khutbah tanpa melihat teks. Lol I’ve no idea kenapa ustaz bagi contoh tu.

Sebab tu ilmu silang bidang sangat penting. Terutamanya agama dan medik (arghhh ustaz selalu bagi contoh medik, kami engineers berasa dianak tirikan pula haha). Agamawan hanya mampu beri guidelines bersandarkan nas, tapi doktor lebih memahami polemik perubatan eg. euthanasia. Hanya jauhari yg mengenal manikam, bak kata org kampung aku.

We also went on great length discussing dasar2 islam eg. syumuliyyah, robbaniyyah, waq’iyyah, thabat walmurunah etc. But I shall not touch these topics extensively here kot. Your home takeaway point would be, we should digest dasar2 islam by its values, not just barely knowing their bulletpoints. Which reminded me of the ‘kentut islami’ that I’ve mentioned somewhere above. Perbahasan kentut islami tu takde, tapi prinsipnya tetap ada. Well you know lah, like, kentut yg beradab, tak tuduh org lain yg kentut, dsb.

Hiking & Explorace



Bestnya #PUISI14 kali ni, kami hiking around Glendalough dgn ustaz. Lama lah jugak nak sampai ke puncak ___ (insert nama bukit tu sbb aku dah lupa). Ada lah makan masa sejam setengah kot. Dengar ceritanya ada muslimat yg dah nak give up, tapi sebab semua org bersemangat waja, maka secara tak langsung beliau termotivasi utk menamatkan pendakian. Salute!

Ustaz bagi pengisian jiwa sikit di puncak bukit ni. Ditemani teko berasap dan bau wangi… ditemani cahaya malap dan lagu reggae… eh? ni lagu malique -.-! Sebetulnya ditemani bayu dan desir lalang… terasa sangat syahdu di situ. Ustaz sudahi pula dengan doa nabi Yunus a.s yg kami baca ramai-ramai… sangat terasa alam juga turut berzikir bersama-sama. Oh kenapa pula aku bermelankolik.

Turun dari bukit kami main explorace. Aku tak main lah sbb aku kena jaga checkpoint giant sudoku. So aku tak boleh share ibrah drpd checkpoints yg lain. The sudoku is fairly simple, tapi disebabkan aku kejam, maka takde team pun yg dpt full token drpd aku muahahaha.

Sebelum each team proceed on solving the sudoku, I asked them, “berapa lama masa agak2 antum boleh siapkan sudoku ni?” Ada yg jawab 10 minit. Ada yg konfiden 5 minit. Tapi last2 semua team took more than 15 minutes pun utk selesaikan -.-. And at the end of the task, I am supposed to preach a few ibrahs laa for this game. It turned out I am the one who’s getting preached lol.

Aku tak ingat siapa (sebab peserta #PUISI14 kali ni semua mantap2 I feel so small), but he shared “sudoku ni macam life kita la. Ada klu dan ada kelompongan yg kita kena isi. Bezanya cuma life kita tak ada expiry date or time due mcm dlm game ni. Boleh jadi esok lusa ajal kita. But we shall do best in our life right now. Insya-Allah k guys..?” Huuu #deep betul tarbiah sudoku ni.



Slot ASDA (apa saya dapat)

Eh, belum apa2 je terus slot asda? Haha actually ada talk ‘Syariah Pemuda Islam’ tapi entah kenapa aku takde notes utk talk tu T_T

Again, quoting ustaz word by word, “org yg mati hati, tunjuklah syurga pun, dia tak nak. Sebab dia tetap nak dunia.”

Ustaz kisahkan kepada kami, sewaktu Abu Bakar melihat daun jatuh, Abu Bakar bermonolog; ‘beruntung engkau wahai daun, engkau gugur tidak dimuhasabah.’ Ibrahnya, jangan sampai kita buta hati atas segala hikmah yang berlaku di muka bumi ini. Hikmah tak semestinya diperoleh drpd ceramah. "Sebab kalam Tuhan tu ada di mana-mana.”

Pada hari terakhir, ustaz bercerita ttg pemuda Kahfi. Bahawa mereka semua itu pada asalnya tidak kenal antara satu sama lain. Ditakdirkan, mereka lari daripada pemerintah yg zalim dan bertemu di sebuah pohon. Kata ustaz, “hati yg mencari Tuhan, mudah utk bersatu.”

“Modul yg dibuat oleh committee hanya mekanisme utk bawa kalian kpd Tuhan. Itu sahaja. Hati tak boleh dibuka dan ditutup melainkan dgn daya diri sendiri.”

Setakat ni je lah kot yg mampu jari aku menari. 4 hari sumpah terasa sangat singkat. Kalau ada satu pengajaran unik yg boleh aku share, ermmm budak2 medik ni sangat berotak mesin (-.-‘) ie. input-proses-output. But this is just a pukul-rata generalisation jeee haha. K bye assalamualaikum.

Friday, January 9, 2015

"Berapa lama lagi nak sampai?!" #PUISI14

[Ustaz Ridha sedang lead bacaan zikir]


"Berapa lama lagi nak sampai?!"
Peluh merenik, dan dah ada akhowat yang nak give up
"We're almost there! 10 minit lagi!!!"

10 minitlah sangat. Dah setengah jam hike kot.

Sesampai je di puncak,
masing-masing diam seribu bahasa.
Tak pasti sama ada kerana terlalu lelah,
atau memberi laluan alam berbahasa.

"La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minal dzolimin"
"La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minal dzolimin"
"La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minal dzolimin"

Sungguh tidak dapat digambarkan perasaan itu;
menggemakan kesaksian dan pengakuan
bersama desir bayu seisi Glendalough -
singing along the song of submission.
Feeling high.
Over the cloud nine.
Gitu.

Problemnya rasa high tu sekejap je.

Realiti seakan begitu membunuh.
Sudahlah expiry date kita entahkan bila,
(at least hiking hari tu cuma 2 jam je)
kita yang naif ini pula -
"berapa lama lagi nak sampai?"
"berapa lama lagi nak sampai?"

Duh.

Upper Lake Glendalough
23/12/2014 11:00