Pages

Tuesday, April 8, 2014

Tusyen Lim USJ 13

By the time korang baca blogpost ni, barangkali fenomena istiqbal (opposition) planet Marikh telah pun berlaku. Bagi kawan2 yg ada di UK, istiqbal berlaku lebih kurang pada pukul 10 mlm ni. Jap apebende istiqbal ni? Haa boleh baca kat sini —> http://falakonline.net/semesta/2014/02/siap-sedia-semua-marikh-sudah-datang/

Walaupun Marikh kali ni tidaklah besar mana, tapi ia senang dicam sebab kecerahan merahnya sudah menyamai kecerahan bintang yang paling terang iaitu Sirius!

Lihat langit UK di sebelah tenggara malam ini. Senang cerita, hadap kiblat =)

Hampir tiap-tiap tahun aku tidak terlepas untuk melihat Marikh di angkasa. Kali pertama aku melihatnya ialah ketika istiqbal Marikh pada tahun 2003. Maka, anjakan paradigma aku dalam dunia falak sebenarnya bermula pada istiqbal Marikh 2003 yang kebetulannya berlaku di pusat tusyen Lim USJ 13! haha

Ok lah kali ni aku cuma nak cerita pasal tusyen Lim dan kaitannya dengan planet Marikh je haha.

Siapa tak kenal Tusyen Lim ni. Orang sejauh Puchong dan Shah Alam sanggup menghantar anak-anak mereka ke pusat tusyen ini. Semuanya gara-gara cakap-cakap orang yang berpindah daripada mulut ke mulut.

Walhal rumah teres pusat tusyen ni kecik je, dan cuma ada dua bilik kelas pada ketika itu. Tenaga pengajarnya pula hanya sepasang suami isteri iaitu Mr Lim dan Mrs Lim. Mrs Lim ni pula khabarnya Cina Kelantan (hahaha sesuka hati aku je. Entah2 tak betul pun). Alahai seronok betul aku dengar beliau bersembang. Sudahlah bahasa Melayunya fasih gila, berbudi bahasa pula!

Sebelum keluarga aku berhijrah ke tempat lain, aku tinggal di USJ 13; hanya 100 meter sahaja dari rumah tusyen Lim ni. Tiga tahun aku menghadiri tusyen Lim, dan selama tempoh itu jugalah aku melihat keluarga Mr Lim berkembang, mendapat cahaya mata dan mengenal hati budi.

Kami tusyen dari pukul 8 sampai pukul 10 malam, 2 kali seminggu. Entah kenapa, aku sangat look forward utk pergi tusyen Lim ni. Kadang2 tu, habis je main bola dgn kawan2, terus aku bersiap-siap utk pergi tusyen walaupun sanggup tak dinner dahulu.

Gila betul. Walhal jadual kami adik-beradik memang super packed kalau nak difikirkan. Usai sekolah kebangsaan, kami ke sekolah umi untuk mandi dan tukar baju sekolah agama (of which beg dan baju sekolah agama sudah disiapkan beforehand dan disimpan dalam kereta umi). Habis sekolah agama pula terus pergi padang main bola, then pergi tusyen Lim. Dari mana kami dapat tenaga sebanyak itu untuk bertahan dan stay focus dalam kelas sepanjang hari pun aku tak sure. Balik2 tusyen, kami pun makan saja lah lauk2 di dapur yg sudah sejuk.

Tusyen Lim ni seronok sebab Mrs Lim ajar silibus dgn sgt in-depth. Mrs Lim juga akan make sure beliau ajar silibus before cikgu2 di sekolah ajar. Selalu la jugak beliau bertanyakan kami “sekolah usj 12 dah belajar Sains sampai mana ya?” atau “cikgu2 sekolah usj 20 sudah ajar matematik sehingga bab berapa?”. Jadi, di sekolah, kami akan lebih advance daripada murid2 yang lain.

Kawan2 di tusyen Lim ni pun gila-gila. Yang paling suka buat lawak spontan namanya Razlan. Yang suka sakat anak Mrs Lim namanya Lim jugak. Anehnya, kami tahu bila masa untuk diam dan fokus dlm kelas dan bila masa untuk bising dan main lastik-lastik kertas.

Tapi, sebab paling utama kami suka ke tusyen Lim ialah rewards yg Mrs Lim selalu bagi. Jika kami dpt menyiapkan semua homework tusyen dlm masa sebulan, kami akan mendapat sijil. Cantik2 pula sijil tersebut. Ada yg bercorak Pokemon, ada yg jenis glittering dan wangi. Kalau perempuan, boleh request sijil bercorak Barbie atau yg sewaktu dengannya. Cukup sahaja 5 sijil, kami dpt trade dgn hadiah istimewa drpd Mrs Lim. Chocolate Daim atau Ferrero Rocher tu kira hadiah biasa lah.

Habis sahaja tusyen pd pukul 10 mlm, kami akan bermain kejar-kejar di halaman rumahnya sementara menunggu parents pick up anak masing2. Kadang2, kami akan kutip siput babi-siput babi yg banyak di tamannya lalu main lumba-lumba siput babi siapa yg paling laju. Mrs Lim akan sentiasa melayan kami dgn kopi, bersembang-sembang, sehinggalah kesemua pelajarnya pulang.

Lalu pada tahun 2003, secara tiba2 Mrs Lim memperuntukkan 15 minit terakhir sebelum pulang untuk bercerita tentang planet Marikh. Kami dibawa keluar dan diajar untuk mengenal pasti objek2 di langit. Pada ketika itu jugalah aku mengenal teleskop. Memang excited sungguh. Sebab Marikh pada ketika itu memang super besar!

Aku seakan-akan terpaku. Seolah-olah sudah terperangkap dalam genjutsu yang dipancarkan dari planet Marikh. Tapi lamunanku pada ketika itu terhenti apabila Mrs Lim menyuarakan pendapatnya tentang adanya kemungkinan kehidupan di planet Marikh.

Entah kenapa, pada ketika itu buat pertama kalinya aku tidak bersetuju dgn pendapat Mrs Lim, haha. Sebab aku berdalilkan ayat Quran yg banyak menceritakan perihal Bumi dan manusia, manusia dan Bumi, serta permulaan kejadian hari akhirat yg Allah ceritakan cuma tertumpu di padang Mahsyar, which is our Earth. Mantik budak darjah lima -.-

Pulang sahaja daripada tusyen, aku bercerita dengan penuh takjub perihal istiqbal Marikh kepada umi abah dan adik-adik. Dan sampai sekarang pun, kalau aku diminta untuk tunjuk langit dan bercerita mengenainya, my pupils dilated. Hoh.

Cumanya langit UK dah tak sama lah dgn langit Malaysia. Apa2 saja berita yg aku terima daripada geng2 FO akan aku translate terlebih dahulu, baik dari segi geografi mahupun timing. Tentang idea untuk mengetengahkan kesedaran falak dlm kalangan Malaysian di UK ni memang dah lama ada, cuma masa dan kerja pula yg membataskan. So aku cuma berkongsi mengenainya dlm usrah2 je, haha.

Jadi sekian sahajalah cerita tentang tusyen Lim usj 13 ni. Mr Lim dan Mrs Lim sudah lama tidak kuketemu. Semoga kalian sihat2 sahaja nohh (kalau kalian ada terbaca blogpost ni sila respon, hehe).

10 comments:

Anonymous said...

Do you still think aliens/extraterrestrial beings don't exist?

nazrinafifi said...

Clark chose to live on Earth after his hometown Krypton exploded in space. There are no extraterrestrial beings until Thor proved to us otherwise.

Menjawab soalan tak, anonymous?

Anonymous said...

I wouldn't know anything about Clark (Kent) - the series was awfully long with unnecessary romance, irked me when I tried to watch it. 'Scuse me for my ignorance, but as far as I know, Thor is a man with pretty hair and a gigantic hammer. I wasn't aware that he's the proof of / did anything to prove aliens' existence.

I must say that you indeed answered my question. Elusively. It is the kind of answer my lecturers would put a big NR (not relevant) right next to it and do the so-called 'boo-no-mark-for-you' victory dance afterwards. (Thank you for making me understand my lecturers' pain.)

So.. What do YOU think?
(If you are actually Clark or you currently possess Thor's hammer, please feel free to not answer. I'll keep the secret for you *winks*)




nazrinafifi said...

I... urmm.. I wasn't expecting you to reply in this comment box since blogger does not have the notification function to alert commenters. Hence the elusive answer i replied above >.<

Judging from your comment, dear anonymous, you obviously need to watch more movies or read DC comics to have a brief background of superman and thor. but stay away from these if you're in the midst of exam or of the sort ;)

Kayanya, kita perlu pulang ke pangkal dan jawab soalan asal iya.

Secara teoritasnya, belum ada penemuan kehidupan hatta 'a singular cell' yg berbentuk protein dalam planet2 sistem suria kita. Sekalipun begitu, para saintis sudah menjumpai puluhan planet lain yg berada di luar sistem suria kita yang punyai kebarangkalian kehidupan yang tinggi. Exoplanets tersebut tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Barangkali suam-suam kuku saja deh ataupun julat suhu siang dan malamnya tidak begitu besar.

Sekian itu sahaja yang saya tahu. Saya tidak akan bilang perkara2 di luar pengetahuan saya.

Makanya, kebarangkalian itu ada. Cuma kita tidak boleh bilang bahawa alien itu wujud sehingga kita bener2 yakin pasti akan penemuannya. Sehingga itu, teori wujudnya alien hanya sekadar teori. Bukan fakta.

Ayo kita perhatikan pula apa yang Quran bilang. Ana bukan ostad mahupun kiyai (tetibe ana hekhek), tapi ana yakin bener bahawa tuhan kita Alloh sering mendabikkan zatNya selaku pencipta alam. Dan kalam-kalamNya juga bukan untuk kita manusia sahaja, bahkan pengamalannya jua terpakai kepada semua makhluk ciptaanNya.

Ok lah awok. Hok tu jah laa hok ambo tahu. Letih lah pulok nok mmikir sambil2 kecek indon -.-! Kalu ado part klate atau indon hok tok pehe, tanyo lah saing2 deh.

It is already lengthy now. So, khulasohnya, what i think is there are no such things like aliens. Kita sebenarnya yg alien di muka Bumi ni. Dari Alloh kita datang, kepada Allah jualah kita kembali. Tetiba.

Bye anonymous. XOXO

Anonymous said...

Nah, superheroes are overrated. I like robots.. artificial intelligence. But that's beside the point.

That's a satisfying answer, I find myself agreeing with your views. I am a curious anon and I happen to like your writing style so I might appear again in the future - with more questions. Haha. Please continue writing. :)

Bye! xx
(I like your manners. Nice.)

nazrinafifi said...

Cepatnya reply!

I believe you are a natural writer as well - from reading the way you put points in places. Kalau dear anon ada blog juga, sila-silalah berkongsi dengan saya ya =)

ps: my manners in reality agak liar sebenarnya. jangan tertipu. =D

XOXO

Anonymous said...

I am usually quite efficient when I want to be. (Sluggish when it comes to lecture notes, though. I find it mind-boggling.) If my quick replies impress you, you're certainly not that hard to please :)

Ah, I guess it's the long-winded way of my writing that gave me away? Sadly, I'm a lousy writer.
And I chose to go anonymous for a reason; disclosing my blog would probably be counterproductive. :P

In my opinion, saying bye is a good manner, especially when you want to end this type of conversation. It doesn't leave the other person hanging.

Aaand I did it again - bombarding you with words - I'm sorry! Looking forward to your next entry! xx

nazrinafifi said...

qweuyrtiopadfhjsdgjfhlkzxcnbvm!!!!!!

It's okay. aku sumpah suka org bombard aku dgn words banyak2. kahh!

my dear anonymous, i believe we haven't met each other yet or we're just happen to be acquaintance, kan? because, just like my mom, i somehow could basically guess the personality from the way someone writes. <-- bajet.

hence it would be of no harm either for you to disclose your piece of writing/blog to me. tapi kalau tak nak suka hati lah aku tak kisah punnnn.

XOXO

Anonymous said...

I.. don't quite know how to interpret your first sentence. It could mean a lot of things - ranging from 'what the hell?' to 'God, I don't know what to say' to 'I'm so excited!'. Or I'm thinking too much into it - maybe you just felt like dragging your finger across the keyboard.

It's also difficult to tell whether you meant it when you wrote you like being bombarded with words (I'm quite skeptical about this to be honest) or you meant it sarcastically.

I can only guess someone's mood from their writing, especially if I know them well. You can guess what their personality is like just from one's writing? Wow, that's impressive. I doubt you could guess much from mine though - probably my gender and where I am in the world currently.

And yes, we've met. To say we're acquaintances is probably accurate. :)

Anonymity gives a somewhat mysterious vibe - I like that. :P Being able to indulge in witty banter/intelligent discussion without being judged is a definite plus point, I think. I stand by my decision. For now. xx

nazrinafifi said...

I really don't know what defines a witty banter or an intelligent discussion, for i am a bit slow/stupid myself. Hence I am serious when i wrote that i liked being bombarded with words. Wasn't a sarcasm,,

...my anonymous acquaintance ;)

XOXO