Pages

Monday, March 3, 2014

Network akhirat gua

#throwback Macam-macam lahaiii member aku. Ni salah satu ceritanya lah - dialog antara dua jiwa;


“Aku bukannya jenis yang desak paksa orang”

“Tapi kenapa kau tak cakap awal-awal? Kalau dari dulu aku tau dah lama aku ikut”

“Kau merajuk ahh ni?”

“Tak ahh. Terkilan sikit sebab kau baru ajak. Rasa macam a bit loser”

“Bro, keje kita cuma ajak orang. Nabi ajak orang. Sahabat ajak orang. Tabiin pun buat benda sama. Kita cuma make the loop continuous. Kau paham tak ni?”

“Paham. Sangat”

“Dah tu?”

“Takde pape. Sorry ahh weh dulu-dulu aku ingat korang bajet eksklusif”

“Kau rilek je. Bukan kau sorang pun yang pikir macam tu”

“Tu aku tau. Tapi apehal kau tak rebutt benda ni masa aku still tak tau dulu?”

“….”

“Apehal kau senyapp?”

“Ntah. Aku pun tak tau dohh haha. Tapi skarang ni kau paham kan kenapa kita ada dalam tren ni?”

“Aku dah paham lama la bongok. Cuma kau je yang baru ajak. Puiii”

“Skarang ni kita sama2 dah yakin janji Tuhan kelak, dan kita yakin memang ini jalan pejuang. Kau apahal nak cari pasal dengan aku lagi?”

“K fine jom buat keje"

--------------------------------------------------------------------

Word. Banyak udang, banyak garam. Banyak orang, banyak ragam. Agak2 masa kena hisab nanti, anggota badan mana yg paling banyak weightage sial? Mata? mulut? tangan, kaki? Aku tak tau lah korang mcm mana, tapi aku rasa mulut aku ni agak banyak sialnya. Nak cakap, nak ajak, nak sound orang buat benda baik pun berat, padahal aku tak bisu.

Semoga weightage mulut kita tak banyak buat benda sia2. Dan aku doakan semoga kita dan antum dlm tren yang straight.

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya."
[5:54]

Tidak ada kena mengena dengan yang telah meninggal dunia, tapi sumpah ada kena mengena dengan yang masih hidup. 

Sign out.

2 comments:

Anonymous said...

Toing kena batang hidung. Terasa nak lari dari tren. Baca naskhah berbau wardah ni, terus insap. Thanks btw. Moga thabat, jangan biarkan atas dasar semangat dan wujud ukhuwah semata. Bila berseorangan, luntur, layu. Bila berumah tangga, hanyut. Moga thabat sahabat.

hanimyusra said...

memang itu biasa
perjuangan itu pasti ada liku dan mehnahnya
moga kuat hadapi segalanya
terus berusaha memperbaiki diri dari masa ke masa!