Pages

Thursday, November 14, 2013

Apakah ciri2 calon zaujah ana?

Muslim. Wanita.

Kemain nya pun tajuk blogpost. kekeke. Tapi mcm biasalah, aku nak sembang santai je. Nak membebel dalam bahasa kasarnya pun boleh jugak. 

Bercinta tu tak pernah. Suka2 monyet ada lah. Tapi masa kolej dulu, adelah aku pernah difitnah suka kat sorang minah ni. Tapi aku cool je. Dah masuk alam uni pun aku kena kenen jugak. Tapi aku dah tak cool ahh senang cerita. Rasa hot (baca: panas) pulaks. So yeahh, pengalaman tu ada sikit2. lol.

Kalau nak baca atau dengar perbahasan ilmiah ttg ini, kalian sertailah seminar baitul-muslim yg banyak dianjurkan di luar sana. Nak terus pergi kursus kahwin haa tu lagi bagus. Tapi nak kahwin nnt jgn guna sijil kursus dari UK. Katanya Jakim tak lulus lagi (?). Dan paling2 malas pun, bukaklah ceramah ‘kalau dah jodoh’ Ustaz Kazim tu haa; ustaz cinta lokal kott! Ustazah Fatimah Syarha tu pun !! (?). =P

Okaylah nak dijadikan cerita, ada satu hari tu umi aku call. Jauh diteponnya dari Malaysia tu haa. Aku angkat2 tepon, sembang2 sikit, pastu umi cakap, “abe kelik Malaysia deh hujung minggu ni..? Belilah mano2 teket flait hok muroh”

So aku mcm terkejut. Lalu aku tanya, “bakpo umi?” Dan... masa tu jugaklah line putus. Maklumlah Giffgaff. Kalau di ceruk-ceruk ni line dia mmg bangang sikit. Hati aku masa tu terus dupdapdupdap tak tenteram dahh. Terus aku try call Malaysia.

 Tut tuuuutt… tut tuuuuut… 

Tut tuuuuutt.. tut tuuuuut...

Tunggu punya tunggu, tunggu punya tunggu, deringan hanya tinggal deringan. Malah bunyi itu makin lama makin kuat. Makin lama makin aku tak dapat menanggapi dunia realiti. Last2, aku tersedar aku tengah terbaring atas katil. Ahh bunyi jam loceng. Astaghfirullah… mimpi rupanya. Haha. Kata orang, mimpi ni mainan syaitan. Tapi aku tak pernah mimpi basah -.-

Duhhh.. mcm bagus je kan buat cerpens (baca: cerita saspens) mcm ni. *ketawa*

Tapi aku sebenarnya jarang bermimpi. Kalau aku bermimpi, ia selalunya sama ada aku banyak tidur, aku tersangat penat, atau mimpi tu mmg jadi majin boo aku. Ehh, deja vu. Dan mmg mimpi aku tu tadi dah jadi deja vu pun. Apalah nasib. Penat kot kalau selalu mimpi deja vu ni. Dia mcm kita nampak jasad kita sendiri yg tgh tidur, sambil berpusing-pusing kat siling bilik.

Ehh melalut dah. Kat mana kita tadi? Oh ya, aku balik kampung.

Mcm summer lepas, selalunya aku berbelah bahagi bila nak balik kampung ni. Satu kita rasa seronok sbb dpt jadi budak kecik balik. Dpt lenggang kangkung dlm ladang getah, dpt panjat pokok, dpt makan nasi kerabu sebungkus singgit setengah, dan mcm2 lagi. Yg tak seronoknya bila kita rasa mcm kita dah tua bangka.

 Mana taknya, ditanya kita, “awak ni dah ada suri hati atau belum?” -- tapi takde lah org Kelantan ckp formal mcm ni. duhhh. Moyang aku lagi tak boleh blah. Terus dipesannya, “caghi oghe ghumoh hok dekak2 pade laa deh. oghe kapong kito ni pung rama kea hok comey2 baik pe’el pranga nyo blako.”

“Payoh jauh2 ni. Nok bbesae pung tak kenal,” sambungnya lagi. Aku pun terus ‘wow great grandma, you should’ve bagged the most assobiah kelantanese award kott !’ But oh well it’s only my monologue. But ddamnnn. Thinking it over again, ada betul juga sebenaqnya kata2 beliau.

Sebab aku paling terkesan dgn ayat last moyang aku tu. “Nok bbesae pung tak kenal.” Walhasilnya, the ultimate conclusion is perkahwinan ni sebenarnya penyatuan dua buah keluarga, bukan hanya penyatuan dua buah jiwa semata-mata !

Sebab setebal mana pun barrier antara dua jiwa, lama2 terlerai jadi sejoli jugak akhirnya (andai itu takdirnya). Mcm kawan aku Oye dgn kak Ainaa, lepas kahwin, ulang-alik dari Jordan dgn UK mcm ulang-alik Subang - Teganu je bhai. Ok sorry takde kaitan. *ketawa keji*

Seram aku tengok sekarang ni. Tukar ‘pasangan hidup’ mcm tukar lampin bayi je bhai. Ada tu yg dah bosan dgn balak di Malaysia, pergi cari pulak balak kat sini. Seronoknya lahh main2kan hati manusia. Duhh mcm mak nenek aku membebel kat keyboard. Bendanya bukan nak busybody. Tapi yg jenis nak bagitau satu dunia 'wehh aku ada makwe’ ni wajar dilempang.

Bila dah break, senyap. Lepas tu mula lah timeline twitter dia penuh dgn ayat ‘ahh bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor’, ‘life moves on’, ‘Allah tahu aku kuat’ dan sebagainya. Macam… keling. Hahahhaa judgemental habis aku kali ni.

Apa2 pun, the ultimate jawapan kepada tajuk blogpost ialah

تنكح المرأة لأربع: لمالها ولحسبها وجمالها ولدينها، فاظفر بذات الدين تربت يداك

fullstop.

Kurangkan kontroversi dan argumentasi. Tingkatkan prestasi. Prestasi apa? Taqwa. Itu je beza kita dgn makhluk lain di mata Tuhan. Bye.


ps: Barakallahu fikum kak Mimie and Mape (kalu pok mung baco blog aku lahh). oh ya, kak Mimie ni kakak kepada Wan Amir manakala Mape double cousin aku. Maka, aku ada bau2 bacang dgn Wan Irwan sbb dia cousin Amir, maka indirectly juga aku bau2 bacang dgn Shauqi sbb dia cousin Irwan. Mcm complicated je. Kenapalahh budak2 ky ni ramai nak bau2 bacang dgn aku lulz.

ps2: kenapalahhh budak ky selalu kahwin dgn budak ky? Ogos haritu tambah lagi satu mempelai ky. Mcm ada agenda jemaah. Ky kahwin dgn Kmb, tak boleh? =D

ps3: cerpens aku mcm tergantung je kan? Rileks, mmg sengaja aku gantungkan.

2 comments:

azad said...

Come on la fifi. Mana ciri2 calon ituuu

Nadhirah said...

oh serius eh banyak budak2 ky kahwin dengan budak2 ky juga??