Ada juga kedengaran suara protes oleh kawan-kawan semeja
dengannya di warung itu. Belum tiba ke Ulu Kenas lagi saya sudah didakyah dengan
politik oleh masyarakat setempat. Ahh, sudahh !!
Telinga saya panas, sepanas cuaca tengahari bandar diraja
Perak, Kuala Kangsar pada ketika itu. Bagi menghilangkan kering tekak, kami sekeluarga
mencuba mee udang yang dikatakan popular di tempat itu sambil menghirup udara
segar di tepi sungai Perak. Saya tak reti nak komen sama ada mee udang itu sedap
atau tidak, tapi kawan saya, saudara Izzatjali, ada merungut bahawa hidangan ‘istimewa’
itu sudah tidak sesedap dahulu kala.
Apa yang pasti, tidak lama kemudian perut saya memulas.
Dan saya dihantar oleh keluarga saya ke kem bina badan Ulu
Kenas dalam keadaan perut meragam dan memegang sepucuk surat MC kerana demam. Satu
tindakan yang saya kira kurang bijak.
Walau bagaimanapun, saya tetap pasrah dan bersikap optimis
dalam menghadapi hari-hari mendatang. Saya tidak pernah bersikap skeptikal terhadap
program Btn. Malah saya sangat menghargai jasa-jasa pihak berwajib dalam
menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan belia. Cuma, saya
tertanya-tanya tentang pendekatan dan pelaksanaan program yang akan digunakan bagi
mencapai matlamat tersebut.
Pertanyaan-pertanyaan seperti itulah yang melatari pemikiran
saya sebaik sahaja saya menjejakkan kaki ke kem bina badan ulu kenas. Tak ubah
seperti pentaksir pegawai pelajaran daerah !
Wacana 1 bermula dengan penuh semangat. Penceramah menekankan
konsep 1Malaysia daripada perspektif umum: usaha ‘rebranding’ untuk mencapai
semangat perpaduan. Dalam keadaan sedar dan lalok, saya bersetuju dan mengiakan
sahaja kebanyakan isi-isi penting ceramah, sehinggalah secara tiba-tiba saya
tersentak apabila penceramah berkata, “Asal-usul Bumi ni dia (merujuk kepada
Raja-raja Melayu) yang punya !! dia yang memerintah ..!!”
Saya beristighfar sambil mengurut dada. ‘Kenyataan seperti
itu tidak membawa kepada murtad?’ saya pening sendirian.
Saya menyangka cuaca panas hingga ke petang, rupa-rupanya
hujan di tengahari. Musibah menimpa saya apabila hidangan makan malam di dewan
makan tidak mencapai ‘standard’ kebersihan yang normal. Hujan pula berlanjutan
hingga ke senja. Selama seminggu saya makan sampah dan minum minyak ! Sudahnya,
5 hari 4 malam perut saya memulas.
Mujur, umi memahami. Beliau tidak pernah lupa memesan saya
agar minum air dengan banyak, telan ubat sampai habis, selalu baca quran, dan solat
pada awal waktunya.
Wacana 2 pula berkisar tentang misi ke arah negara maju. Penceramah
menyenaraikan satu-persatu usaha-usaha kerajaan dalam membantu ekonomi negara. Semua
jenis bradER (economic region) dan aiskR1M diceritanya. Bagi yang buta ekonomi,
segalanya nampak indah kerana presentation slides penceramah adalah sangat
number-based.
Para pelajar tidak dihidangkan dengan argumen yang
membantutkan kejayaan sesebuah polisi , justeru, membantutkan otak untuk
berfikir secara kritis. Saya tidak salahkan penceramah. Berkemungkinan si
penceramah terpaksa mengejar masa yang agak suntuk. Tak ubah macam debat
Rafizi-KJ. Aduh !
Saya berpendapat, program btn harus menggalakkan peserta supaya
aktif berdiskusi secara dua hala. Malang sekali, ada kalanya saya merasakan
ceramah yang disampaikan sangat berbaur emosi dan dicemari semangat kebangsaan
yang tak tentu hala. Akibatnya, ‘learning outcome’ menjadi kabur bagi yang
berfikir dan menjadi gelap bagi yang menerima secara bulat-bulat.
Aduhai, Romanticism! Hehe.
Saya sendiri rimas dihentam emosi, justeru, kelas ‘peningkatan
keilmuan penjanaan kesedaran’ (pkpk) menjadi tempat yang ideal untuk saya
bertenang. Fasilitator bertugas telah membuat pkpk kami menjadi kelas sembang, Alhamdulillah.
Sesi riadah juga telah menjadi pengubat keserabutan minda. Sikap
para jurulatih seperti Pak Ahmad dan lain-lain tak ubah seperti sikap
bekas-bekas komando yang saya pernah kenal sebelum ini. Ujian jasmanilah yang
paling seronok. Dalam keadaan perut hebat memulas (24 jam sakit), saya mendapat
tempat ketiga dan mencatat masa 9 minit dalam ujian larian 2km. hehe.
Baik, saya sudah kekeringan idea.
Bagi yang belum pernah pergi dan sering bertanya “Btn ini
tidak hazardous ke?” atau mempunyai stigma “Ahh, btn ni politik belake~” atau
berpendirian “alaa ni macam ceramah motivasi je…”, saya nasihatkan kalian agar
jangan bermain dengan sangka-sangkaan.
Kalau datang dengan niat hendak belajar (ok fine sebenarnya
lagi best kalau datang tanpa apa-apa niat hahaha), insyaAllah baik-baik sahaja.
Buat kerja rumah dahulu sebelum pergi, supaya nanti tidak terpinga-pinga
kebingungan di sana.
Kem bina badan ulu kenas yang saya hadiri agak hazardous
sebab kami dilayan dengan hidangan makanan membunuh. Dengar cerita, makanan di
penjara lagi sedap?
Selamat berpuasa dan selamat beribadah!
3 comments:
Last paragraph xleh blah~ haha
serious memang hazardous ke btn nih?
ternanti-nanti.nice entry,bro
lol, depends laa.. ada je kem btn yg servis makanannya sedap ^^
Post a Comment