Pages

Saturday, August 11, 2012

Kem Bina Badan

“Bukan aku tak suka PAS… dak…. Malah aku respek Nik Aziz… aku tahu dia memang bagus… banyak ilmu agama… tapi yang aku tak puas hatinya kenapa depa dok berkawan dengan DAP nuh..!! DAP tu kapiaq ! kapiaq hang tau..” bebel orang tua itu.

Ada juga kedengaran suara protes oleh kawan-kawan semeja dengannya di warung itu. Belum tiba ke Ulu Kenas lagi saya sudah didakyah dengan politik oleh masyarakat setempat. Ahh, sudahh !!

Telinga saya panas, sepanas cuaca tengahari bandar diraja Perak, Kuala Kangsar pada ketika itu. Bagi menghilangkan kering tekak, kami sekeluarga mencuba mee udang yang dikatakan popular di tempat itu sambil menghirup udara segar di tepi sungai Perak. Saya tak reti nak komen sama ada mee udang itu sedap atau tidak, tapi kawan saya, saudara Izzatjali, ada merungut bahawa hidangan ‘istimewa’ itu sudah tidak sesedap dahulu kala.

Apa yang pasti, tidak lama kemudian perut saya memulas.

Dan saya dihantar oleh keluarga saya ke kem bina badan Ulu Kenas dalam keadaan perut meragam dan memegang sepucuk surat MC kerana demam. Satu tindakan yang saya kira kurang bijak.

Walau bagaimanapun, saya tetap pasrah dan bersikap optimis dalam menghadapi hari-hari mendatang. Saya tidak pernah bersikap skeptikal terhadap program Btn. Malah saya sangat menghargai jasa-jasa pihak berwajib dalam menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan belia. Cuma, saya tertanya-tanya tentang pendekatan dan pelaksanaan program yang akan digunakan bagi mencapai matlamat tersebut.

Pertanyaan-pertanyaan seperti itulah yang melatari pemikiran saya sebaik sahaja saya menjejakkan kaki ke kem bina badan ulu kenas. Tak ubah seperti pentaksir pegawai pelajaran daerah !

Wacana 1 bermula dengan penuh semangat. Penceramah menekankan konsep 1Malaysia daripada perspektif umum: usaha ‘rebranding’ untuk mencapai semangat perpaduan. Dalam keadaan sedar dan lalok, saya bersetuju dan mengiakan sahaja kebanyakan isi-isi penting ceramah, sehinggalah secara tiba-tiba saya tersentak apabila penceramah berkata, “Asal-usul Bumi ni dia (merujuk kepada Raja-raja Melayu) yang punya !! dia yang memerintah ..!!”

Saya beristighfar sambil mengurut dada. ‘Kenyataan seperti itu tidak membawa kepada murtad?’ saya pening sendirian.

Saya menyangka cuaca panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengahari. Musibah menimpa saya apabila hidangan makan malam di dewan makan tidak mencapai ‘standard’ kebersihan yang normal. Hujan pula berlanjutan hingga ke senja. Selama seminggu saya makan sampah dan minum minyak ! Sudahnya, 5 hari 4 malam perut saya memulas.

Mujur, umi memahami. Beliau tidak pernah lupa memesan saya agar minum air dengan banyak, telan ubat sampai habis, selalu baca quran, dan solat pada awal waktunya.

Wacana 2 pula berkisar tentang misi ke arah negara maju. Penceramah menyenaraikan satu-persatu usaha-usaha kerajaan dalam membantu ekonomi negara. Semua jenis bradER (economic region) dan aiskR1M diceritanya. Bagi yang buta ekonomi, segalanya nampak indah kerana presentation slides penceramah adalah sangat number-based.

Para pelajar tidak dihidangkan dengan argumen yang membantutkan kejayaan sesebuah polisi , justeru, membantutkan otak untuk berfikir secara kritis. Saya tidak salahkan penceramah. Berkemungkinan si penceramah terpaksa mengejar masa yang agak suntuk. Tak ubah macam debat Rafizi-KJ. Aduh !

Saya berpendapat, program btn harus menggalakkan peserta supaya aktif berdiskusi secara dua hala. Malang sekali, ada kalanya saya merasakan ceramah yang disampaikan sangat berbaur emosi dan dicemari semangat kebangsaan yang tak tentu hala. Akibatnya, ‘learning outcome’ menjadi kabur bagi yang berfikir dan menjadi gelap bagi yang menerima secara bulat-bulat.

Aduhai, Romanticism! Hehe.

Saya sendiri rimas dihentam emosi, justeru, kelas ‘peningkatan keilmuan penjanaan kesedaran’ (pkpk) menjadi tempat yang ideal untuk saya bertenang. Fasilitator bertugas telah membuat pkpk kami menjadi kelas sembang, Alhamdulillah.

Sesi riadah juga telah menjadi pengubat keserabutan minda. Sikap para jurulatih seperti Pak Ahmad dan lain-lain tak ubah seperti sikap bekas-bekas komando yang saya pernah kenal sebelum ini. Ujian jasmanilah yang paling seronok. Dalam keadaan perut hebat memulas (24 jam sakit), saya mendapat tempat ketiga dan mencatat masa 9 minit dalam ujian larian 2km. hehe.

Baik, saya sudah kekeringan idea.

Bagi yang belum pernah pergi dan sering bertanya “Btn ini tidak hazardous ke?” atau mempunyai stigma “Ahh, btn ni politik belake~” atau berpendirian “alaa ni macam ceramah motivasi je…”, saya nasihatkan kalian agar jangan bermain dengan sangka-sangkaan.

Kalau datang dengan niat hendak belajar (ok fine sebenarnya lagi best kalau datang tanpa apa-apa niat hahaha), insyaAllah baik-baik sahaja. Buat kerja rumah dahulu sebelum pergi, supaya nanti tidak terpinga-pinga kebingungan di sana.

Kem bina badan ulu kenas yang saya hadiri agak hazardous sebab kami dilayan dengan hidangan makanan membunuh. Dengar cerita, makanan di penjara lagi sedap?

Selamat berpuasa dan selamat beribadah!